Pengalaman Stay Di Forest City Golf Hotel, Gelang Patah, Johor

 


Bismillahirrahmannirrahim...

Jujurnya, walaupun saya seorang 'kakijalan' tapi hotel ni takada dalam wishlist saya. Satu, mungkin disebabkan hotel ni jauh nun di hujung sana maka saya belum meneroka kawasan sekitarnya yang menarik untuk dijelahi, atau mungkin sebab kedua, nama hotel ini jarang-jarang di war-warkan jadi saya kurang tahu pasal hotel ni.

Rezeki dapat duduk di hotel ini selama 2 hari sebenarnya sebab ada bengkel. Selepas sahaja mendapat tahu bengkel akan diadakan di sini, terus sahaja saya google nama hotel ni. Boleh tahan jauh dan isolated juga tempatnya.

Tapi setakat itu sahajalah info yang saya perlukan sebab menginap untuk bengkel. Kalau cantik selesa , alhamdulillah. Kalau sekadaran pun apa boleh buat, terima sahajalah. Jadi, saya tak expect apa-apa cuma harap boleh menginap dengan selesa kerana saya akan pergi bersama suami dan anak-anak saya. Dengan kelajuan santai  akhirnya kami sampai dalam pukul 8 lebih malam. Kami gerak daripada Putrajaya sekitar 5-6 petang dan tidak berhenti. Tidak susah untuk mencari hotel ini dengan waze/google map. Cuma perlu berhati-hati kerana jalan untuk ke sana (sekitar 30 minit ke hotel) gelap tanpa lampu jalan dan jalan beralun sedikit. 

Selepas register, dapat kad bilik kami pun beransur masuk bersama-sama sekeluarga.

Bilik

gambar dalam bilik



Bilik yang saya dapat ni luas, katil king, ada korridor dan bilik air pun luas. Memandangkan kami bawa anak-anak jadi saya arrange untuk satu katil extra dengan harga RM100 semalam. Saya rasa harga tu murah sebab dapat katil dan free breakfast sekali.

Korridor

Ni permandangan dari korridor. 

Bilik Air

Saya ni jenis yang tak kisah sangat pasalbilik air luas ke tidak, ada free berus gigi etc tu semua atau tidak. Tapi untuk bilik hotel seluas ini, dengan faciliti yang menarik,mustahil dan tak lengkapla kalau bilik airnya tidak menarik kan.

Bila saya masuk ke ruang bilik air, saya tak expect untuk bilik air yang seluas ini, ada tab mandi, ada shower slot dan of course, barang-barang mandian- shampoo, shower gel dan berus gigi semua ada. Cuma, kalau anda boleh bawak shower gel dan shampoo sendiri, its better to bring it with you. Sebab kecik bebenor botol shower gel n shampoonya. Saya ni pulak jenis suka mandi dengan sabun merata. Plus, dengan shower gel botol kecil macamana nak mandi buble dalamtab mandi yang super elok tu..kan..


Tab mandi ni cantik sebab dalam  dan luas, sesuai untuk akak ni yang comel montel...hehhe. paling kurang bolehlah nak pusing ke kiri ke kanan ala2 mandi dalam kolam. Ada sesetengah hotel yang saya jumpa tu tabnya muat2 badan sahaja.Apakah petandanya itu, adakah orang yang slim sahaja boleh mandi dalam tab..hehehe.

Breakfast

Bab breakfast kami anak beranak cukup suka pilih hotel yang ada menawarkan breakfast. Tak semua hotel yang kami pergi kami ambik pakej dengan breakfast, kadang2 teringin nak breakfast luar kami akan ambik bilik aje.

Kalau korang datang ke sini untuk leisure, better ambikpake sekali breakfast. Pertama, sebab banyak pilihan makanan, sup, bubur, makanan berat nasik mee semua ada. Walaupun variety mee mungkin cuma ada 2 tapi bagi saya itu dah banyak.Kalau nak dibandingkan dengan hotel 5star lain, hotel ini cover semua jenis western style eastern style breakfast.  Masakannya pula sedap cukup rase.Memang berbaloi dan kenyang. Takpayah pk nak diet bagai, makan dulu diet kemudian..gitu...

Antara menu breafast yang ada adalah:

Keduanya, sebab view. Breakfast dengan view padang golf menghijau. Siapa taknak?

Deco

Mula-mula masukke hotel ni kita akan dijamu mata dengan permandangan arca/ukiran patung dengangolf style sesuai dengan nama hotel ni Forest City Golf Hotel. Apabila melangkah ke dalam hotel anda akan nampak deco dan hiasan seperti ini. Bagi saya hiasan ni semuanya cantik dan tersusun elok aje dekat tempat yang sesuai di area entrance. Lainlah patung orang main golf di letaknya kat tepi lift atau kat koridor otw ke bilik. Mau tak tidur malam dibuatnya.hehe

pemandangan dari sisi pintu masuk 

replica kawasan Forest City


 
map seluas lebih kurang 4-5 meter x 3.5-4 meter dekat 
dinding sebelah kaunter check-in.

Ok jom kita buat check list ringkas, mane tahu ada yang berminat untuk stay dekat sini, main golf atau lepak santai jauh dari kesibukan bandar.


bilik luas
boleh request tambah katil RM100 (dengan breakfast)
balcony
tab mandi
toiletries (bawak sendiri if nak mandi buih 😊)
 seterika dan papan 
 jug dan coffee
breakfast sedap
aircond & kipas


Semoga bermanfaat.






Cara Untuk Semak Kelayakan Anda untuk Mendapatkan Facebook Star

 

Gambar hiasan


Assalamualaikum blogger/follower dan pembaca semua…

Semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan hari-hari yang akan datang, insyallah.

Pernah tak tengok star dekat mana-mana post di facebook. Selalunya star icon ni akan muncul di live page yang ada ribu2 follower. Tahukah anda dengan 1000 follower sahaja anda juga sebenarnya telah layak untuk menerima star daripada pembaca dan pengikut anda.

Saya akan kongsikan info daripada facebook yang sebenarnya saya translate ke Bahasa Malaysia dan edit sedikit untuk lebih santai dan senang nak faham. Saya akan kekalkan perkataan star tu ye. Faham kan star tu maksudnya bintang dalam Bahasa Malaysia…hehhe

Apa itu Facebook Star

Facebook Stars adalah suatu ciri yang memberi anda peluang untuk monetisasi (monetize)  kandungan video dan audio anda. Penonton boleh membeli Star dan menghantar kepada anda semasa anda sedang berlintas langsung (live) atau di dalam on-demand video yang mana mengandungi Star enable, atau semasa anda sedang live dalam audio room. Facebook akan membayar anda USD0.01 untuk setiap star yang anda terima

Ketersediaan Star

Star hanya tersedia di negara-negara yang berikut:

·         Argentina

·         Australia

·         Belgium

·         Brazil

·         Canada

·         Chile

·         Colombia

·         France

·         Germany

·         India

·         Indonesia

·         Italy

·         Malaysia

·         Mexico

·         New Zealand

·         Peru

·         Philippines

·         Portugal

·         Spain

·         Taiwan

·         Thailand

·         United Kingdom

·         United States

Lebih banyak negara akan disenaraikan kelak.

Star tidak tersedia di negara-negara yang berikut:

·         Cuba

·         Iran

·         North Korea

·         South Korea

·         Syria

·         Russia

Cara Untuk Semak Kelayakan Anda untuk Mendapatkan Facebook Star

Star

Star hanya diberikan kepada Pencipta yang memenuhi kriteria kelayakan program (program eligibility criteria).

Facebook Stars  adalah ciri yang mana anda perlu pohon untuk membolehkan anda monetize kandungan video dan audio anda. Anda perlulah layak untuk  Facebook Star sebelum anda boleh menerima Stars.

Cara Untuk Melayakkan Anda Untuk Menerima Star:

·         Anda hendaklah mematuhi Community Standards;

·    Anda hendaklah  mematuhi dan memastikan anda sentiasa patuh kepada  pass Facebook’s Partner Monetization Policies;

·   Anda telah mencapai 1,000 pengikut bagi tempoh sekurang-kurangnya 60 hari berturut-turut; dan

·  Anda tinggal di negara yang disenaraikan dalam senarai negara yang layak menggunakan ciri Facebook Star.

·  Anda hendaklah bersetuju dengan Terma dan Syarat Star (Stars Terms and Conditions).

Bagaimana Untuk Semak Sama ada Anda Layak untuk Menggunakan  Facebook Stars

Untuk semakan kelayakan, anda boleh ikut langkah-langkah yang berikut:

1.    Log in Facebook dan masuk ke Creator Studio.

2.    Klik pada tab Monetization yang terdapat di bahagian kiri menu dan semak status kelayakan anda.

3.    Sekiranya anda layak untuk Star, anda bolehlah enable Stars di dashboard anda dengan mengikut arahan yang terdapat di dashboard anda tersebut.

Sebenarnya, tidak susah pun nak kumpul 1000 follower. Anda boleh aje create engagement melalui sharing info daripada posting sama ada daripada individua tau daripada page lain. Yang penting bagi kehidupan sesuatu tu adalah engagement. Lagi banyak engagement, lagi lebatlah follower and rating di facebook page.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 



Ghost Writer dan Penulis Sambilan

 


Salam jumaat yang barakah semua…semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang, insyallah.

Hari ini saya terbaca blog ni https://web.z.com/my/blog/100-pilihan-cara-untuk-buat-duit-secara-online/#list-27 yang boleh tahan panjangnya tapi penuh dengan info. Satu benda yang menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan website truelancer yang memberi peluang kepada freelance writer untuk mendapatkan job secara online. Saya telahpun berdaftar dengan website tersebut walau dalam hati masih tertanya-tanya dan mencari info lanjut berkenaan website tersebut.

Saya terjumpa dengan blog https://www.fadzirazak.com/2019/11/dari-blogger-ke-ghostwriter.html. Baru saya tahu rupanya penulis sambilan yang menulis bagi pihak ketiga juga dinamakan ghost writer. Menarik jugak nama tu sebab yerlah menulis bagi pihak ketiga, kredit tidak akan berbalik kepada si penulis. Walau viral ke hujung dunia sekalipun penulisan tersebut, writernya akan tetap ghosty dan tidak dikenali. Itulah yang berlaku jika penulis mengambil upah menulis bagi pihak ketiga.

Antara bahan penulisan yang boleh diceburi oleh ghost writer adalah:

1.            Artikel untuk website dan blog

2.            Copywriting untuk media sosial

3.            Copywriting untuk iklan

4.            Buku fizikal

5.            e-Book

6.            Dokumen-dokumen penting

7.            Surat-surat rasmi

8.            Borang permohonan

9.            Tukar audio kepada teks

10.         Penterjemahan

…dan banyak lagi

 

Jika difikirkan seronok jugak cabang penulisan ni. Sebagai seorang pembaca tegar dan penulis blog yang baru nak semangat balik untuk update blog (sebab blog dah monetize), saya rasa saya nak cuba untuk menulis untuk orang lain, paling kurang utk majalah ke, walaupun tak dapat kredit tapi dapat tengok penulisan sendiri pun dah syukur. Tapi, saya tak pasti saya boleh buat ke tidak sekiranya dapat job ni sebab kadang-kadang kekangan masa membantutkan idea…huhu.

Jika ada pembaca yang merupakan bakal/potential customer yang sedang mencari-cari penulis untuk bahan-bahan penulisan, boleh aje hubungi saya melalui emel. Boleh bagi tahu jenis bahan yang dikehendaki dan quotation, manalah tahu saya berminat dan kitab oleh close deal. Tapi saya nak remind siap-siap yang saya perlukan lebih kurang 2 bulan utk siapkan bahan penulisan kerana saya lebih suka bahan yang saya buat dengan hati dan bukannya sekadar siap begitu sahaja dan saya jenis penulis yang slow yang menulis santai-santai sambil minum kopi makan biskut kat tepi kebun kecil saya, jadinya masa menulis adalah me-time bagi saya.

-Ghost Writer 2b-


Peminat Kopi Mesti Cuba Nescafe Kopi-O ni sebab...

 

Salam kemerdekaan semua…semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang, insyallah.

Sebagai peminat kopi saya telah mencuba berbagai jenis jenis kopi, daripada yang murah kepada yang mahal dan daripada peket sehinggalah kopi brew. Memang seronok travel around dan try pelbagai jenis kopi seolah-olah memberikan perasaan yang berlainan, feel yang lain bergantung di mana kita merasai kopi tersebut.

Sebenarnya saya dilahirkan dalam keluarga peminum kopi, jarang sekali minum teh o atau teh Tarik atau milo dan yang seumpamanya. Mungkin disebabkan itulah maka saya membesar menjadi seorang peminum kopi tegar..hehhe.

Tapi kopi di kampung tak sama dengan kopi di bandar. Mak saya cukup suka kopi yang dikisar. Apabila dibancuh hampasnya akan tinggal di bawah dan hampir suku jug jugalah hampasnya. Sebegitu bezanya dengan kopi proses yang tinggal masukkan saje dalam cawan dan siap diminum, maka sebegitulah beza rasa kopi tersebut.

Rasa pekat yang tak boleh digambarkan. Jika di tambah susu sedikit boleh membuat anda terduduk dan menikmati kopi itu sahaja tanpa memikirkan benda lain. Hebat kan. Itu sebenarnya bergantung juga dengan siapa yang membuat air kopi tersebut. Kalau diikutkan, dalam keluarga kami di kampung, hanya sayalah seorang yang boleh membuat kopi o terangkat hehhee….ini bukan angkat bakul taw…ini mak kite yang cakap…heheh..sebab biasanya kalau saya ada dikampung, mak akan suruh saya yang buatkan kopi o sebab saya tahu nak anggarkan gula, tidak terlalu manis, sedang-sedan sahaja. Telah airlio kejab.

Tolak tepi kisah kopi di kampung, saya nak kongsikan kopi-o jenama nescafe sepertimana gambar di atas. Ada pembaca yang dah pernah rasa ke kopi o ni, atau penggemar kopi-o ni sama macam saya.

Kopi-o ni rasanya lain daripada kopi-kopi o peket yang lain. Rasanya sedikit pahit walaupun telah di tambah dengan gula. Jika di tambah dengan susu, kopi ini kurang kick. Ada yang sama pendapat dengan saya ke..

Saya suka kopi ni sebab rasa pahit di hujung rasa kopi seakan-akan signature kepada kopi-o ini. Saya dah cuba pelbagai jenis kopi o peket yang lain dan saya tak Nampak “signature” seperti ini. Saya suka nak share dan syorkan pembaca yang juga peminat kopi untuk try kopi ni. Selain murah (jika dibandingkan dengan Starbuck), anda juga boleh buat sendiri pada bila-bila masa dan senang diperoleh. Cari aje di mana-mana kedai serbaneka. Biasanya saya beli speedmart sebab pasar borong jarang masuk jenis yang ini.

Jika anda dah cuba, komen yeh kita share pendapat dan pengalaman.

-Peminat Kopi Kisar-


Sejarah Lagu Negaraku | Malaysia National Anthem


Assalamualaikum…Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke-65.

 

Negaraku…
 Tanah tumpahnya darah ku…
 Rakyat hidup bersatu dan maju…
 Rahmat bahagia Tuhan kurniakan…
 Raja kita selamat bertakhta…
 Rahmat bahagia Tuhan kurniakan…
 Raja kita selamat bertakhta…

Irama Asal : Lagu Terang Bulan/‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ (lagu Rasmi Negeri Perak 1888)

Lirik/senikata  : jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj   dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.

Skor lagu :  1.  Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya),

2.      D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja),

3.      Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan

4.      A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya).

‘Negaraku’ menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air. Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957- Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia).

Pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu rasmi negeri Perak  iaitu . Lagu negeri Perak pula dikatakan berasal dari Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles yang dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda Sultan tamat tempoh hukuman dibuang negeri kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch di Pasir Salak.[Info berkenaan Pulau Seychelles ada di SINI.]

Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’. Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

Apabila lagu Negaraku diangkat menjadi lagu rasmi kebangsaan, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif pada tahun 1968 untuk menggubal Akta Lagu Kebangsaan 1968 (ALK) bagi melindungi maruah dan kehormatan lagu Negaraku ALK kemudiannya disemak semula pada tahun 1989 dan terkini pada 1 November 2018.

Menurut seksyen 8(1) ALK, setiap individu hendaklah menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan yang sedang dimainkan dengan cara berdiri tegak dengan syarat lagu tersebut dimainkan dalam suatu majlis atau acara. Jika mana-mana individu didapati tidak berdiri tegak atau tidak menunjukkan rasa hormat ketika lagu Negaraku dimainkan, individu tersebut boleh didakwa di bawah subseksyen 8(3) ALK yang membawa denda maksimum RM100 atau penjara maksimum satu bulan. Subseksyen 8(1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu. Tapi, sekiranya anda seorang yang berjiwa dan berdarah patriotik, tidak salah untuk menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan setiap kali mendengarnya.

Di sini saya kongsikan peruntukan penuh yang terdapat dalam Akta Lagu Kebangsaan, termasuk Jadual yang mengandungi not lagu tersebut.

AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) [AKTA 808]

1                    Tajuk ringkas dan pemakaian

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lagu Kebangsaan 1968.

(2) Akta ini terpakai di seluruh Malaysia.

2    Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Lagu Kebangsaan" ertinya Lagu Kebangsaan Malaysia iaitu gubahan yang mengandungi perkataan dan muzik yang dinyatakan dalam Jadual;

"versi pendek" ertinya versi pendek Lagu Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual;

"versi ringkas" ertinya versi ringkas Lagu Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual.

2                  Memainkan versi penuh Lagu Kebangsaan

(1)  Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada peristiwa yang berikut:

(a)    apabila suatu penghormatan diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong, atau seorang Raja yang dilantik bagi menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong mengikut Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957 [Akta 373], atau apabila panji-panji diraja dikibarkan bagi melambangkan kehadiran Yang di-Pertuan Agong;

(b)       semasa perbarisan rasmi atau majlis istiadat rasmi yang lain;

(c)   pada semua peristiwa apabila Yang di-Pertuan Agong hadir sendiri (termasuk penyiaran oleh Yang di-Pertuan Agong);

(d) apabila bendera Malaysia dibawa dalam perbarisan;

(e) apabila panji-panji rejimen dianugerahkan;

(f) bagi menaikkan panji-panji dalam Tentera Laut.

(2)       Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan boleh dimainkan di sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi Lagu Kebangsaan.

(3)     Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

4  Memainkan versi ringkas

(1)       Versi ringkas hendaklah dimainkan sebagai penghormatan pada semua peristiwa rasmi kepada-

(a)       Raja Permaisuri Agong; dan

(b)       Yang di-Pertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

(2)      Versi ringkas hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

5          Memainkan versi pendek

Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila Yang di-Pertuan Agong atau wakilnya tidak hadir tetapi salah seorang daripada Raja-Raja bagi Negeri-Negeri hadir, versi pendek hendaklah dimainkan pada masa tamatnya peristiwa itu sebaik selepas lagu kebangsaan Negeri yang berkenaan dimainkan.

6         Memainkan Lagu Kebangsaan pada peristiwa khas

(1)   Pada semua sambutan rasmi untuk orang kenamaan asing yang dalamnya penghormatan diberikan, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara pelawat kenamaan itu dimainkan.

(2)       Pada semua peristiwa rasmi yang diatur oleh Perwakilan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan Perwakilan asing itu atau peristiwa Kebangsaannya yang lain, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara Perwakilan asing itu dimainkan.

7          Menyanyi Lagu Kebangsaan

Pada semua peristiwa apabila Lagu Kebangsaan dinyanyikan, versi penuh atau versi Diraja hendaklah dilafazkan.

8         Tanda hormat

(1)   Bilamana versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan atau bilamana versi ringkas atau versi pendek dimainkan, semua orang yang hadir hendaklah berdiri sedia sebagai tanda hormat.

(2)      Subseksyen (1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu.

(3)    Mana-mana orang yang dengan disedarinya menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan.

(4)       Bagi maksud seksyen ini-

(a)    kegagalan mematuhi subseksyen (1) tanpa sebab yang baik dan mencukupi; dan

(b)  apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkecenderungan untuk merendahkan prestij Lagu Kebangsaan pada pandangan orang awam, hendaklah merupakan sikap tidak hormat.

9         Menangkap tanpa waran

Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melanggar seksyen 8 dalam kehadiran pegawai polis itu melainkan jika orang itu memberikan nama dan alamatnya dan memuaskan hati pegawai itu bahawa dia akan menjawab dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang akan diambil terhadapnya.

10       Pindaan Jadual

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda, menggantikan atau mengubah Jadual.

JADUAL  LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA



Catatan

:

Bagi versi penuh atau versi Diraja, dimainkan dari mula hingga akhir

Bagi versi ringkas, dimainkan dari mula hingga B dan disambung dari C hingga akhir

Bagi versi pendek, dimainkan dari C hingga akhir


 Lirik Lagu Negaraku (BM)

Negaraku,

Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup,

Bersatu dan maju,

Rahmat Bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita,

Selamat bertakhta.

Rahmat Bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita,

Selamat bertakhta.


Lirik Lagu Negaraku (BI)

Oh my motherland,

Where my life began

Where people lives

In harmony and prosperity

With God given

Blessing of happiness

Our King

Reign in peace

With God given

Blessing of happiness

Our King

Reign in peace

 

Lirik Lagu Negaraku (Bahasa Cina)

我的國家,

我生長的地方。

各族團結

前途無限無量。

但願上蒼,

福佑萬民安康。

祝我君王,

國祚萬壽無疆。

但願上蒼,

福佑萬民安康。

祝我君王,

國祚萬壽無疆。

 

Lirik Lagu Negaraku (Bahasa Tamil)

எனது நாடே

என் குருதி சிந்திய மண்ணே

மக்கள் வாழ்வே

ஒற்றுமையே முன்னேற்றமே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்

இறைமை வழங்கிடும்

எங்கள் மாமன்னர்

முறையாட்சி வாழியவே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்

இறைமை வழங்கிடும்

எங்கள் மாமன்னர்

முறையாட்சி வாழியவே

 

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun Malaysia.