Sejarah Lagu Negaraku | Malaysia National Anthem


Assalamualaikum…Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke-65.

 

Negaraku…
 Tanah tumpahnya darah ku…
 Rakyat hidup bersatu dan maju…
 Rahmat bahagia Tuhan kurniakan…
 Raja kita selamat bertakhta…
 Rahmat bahagia Tuhan kurniakan…
 Raja kita selamat bertakhta…

Irama Asal : Lagu Terang Bulan/‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ (lagu Rasmi Negeri Perak 1888)

Lirik/senikata  : jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj   dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.

Skor lagu :  1.  Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya),

2.      D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja),

3.      Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan

4.      A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya).

‘Negaraku’ menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air. Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957- Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia).

Pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu rasmi negeri Perak  iaitu . Lagu negeri Perak pula dikatakan berasal dari Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles yang dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda Sultan tamat tempoh hukuman dibuang negeri kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch di Pasir Salak.[Info berkenaan Pulau Seychelles ada di SINI.]

Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’. Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

Apabila lagu Negaraku diangkat menjadi lagu rasmi kebangsaan, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif pada tahun 1968 untuk menggubal Akta Lagu Kebangsaan 1968 (ALK) bagi melindungi maruah dan kehormatan lagu Negaraku ALK kemudiannya disemak semula pada tahun 1989 dan terkini pada 1 November 2018.

Menurut seksyen 8(1) ALK, setiap individu hendaklah menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan yang sedang dimainkan dengan cara berdiri tegak dengan syarat lagu tersebut dimainkan dalam suatu majlis atau acara. Jika mana-mana individu didapati tidak berdiri tegak atau tidak menunjukkan rasa hormat ketika lagu Negaraku dimainkan, individu tersebut boleh didakwa di bawah subseksyen 8(3) ALK yang membawa denda maksimum RM100 atau penjara maksimum satu bulan. Subseksyen 8(1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu. Tapi, sekiranya anda seorang yang berjiwa dan berdarah patriotik, tidak salah untuk menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan setiap kali mendengarnya.

Di sini saya kongsikan peruntukan penuh yang terdapat dalam Akta Lagu Kebangsaan, termasuk Jadual yang mengandungi not lagu tersebut.

AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) [AKTA 808]

1                    Tajuk ringkas dan pemakaian

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lagu Kebangsaan 1968.

(2) Akta ini terpakai di seluruh Malaysia.

2    Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Lagu Kebangsaan" ertinya Lagu Kebangsaan Malaysia iaitu gubahan yang mengandungi perkataan dan muzik yang dinyatakan dalam Jadual;

"versi pendek" ertinya versi pendek Lagu Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual;

"versi ringkas" ertinya versi ringkas Lagu Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual.

2                  Memainkan versi penuh Lagu Kebangsaan

(1)  Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada peristiwa yang berikut:

(a)    apabila suatu penghormatan diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong, atau seorang Raja yang dilantik bagi menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong mengikut Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957 [Akta 373], atau apabila panji-panji diraja dikibarkan bagi melambangkan kehadiran Yang di-Pertuan Agong;

(b)       semasa perbarisan rasmi atau majlis istiadat rasmi yang lain;

(c)   pada semua peristiwa apabila Yang di-Pertuan Agong hadir sendiri (termasuk penyiaran oleh Yang di-Pertuan Agong);

(d) apabila bendera Malaysia dibawa dalam perbarisan;

(e) apabila panji-panji rejimen dianugerahkan;

(f) bagi menaikkan panji-panji dalam Tentera Laut.

(2)       Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan boleh dimainkan di sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi Lagu Kebangsaan.

(3)     Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

4  Memainkan versi ringkas

(1)       Versi ringkas hendaklah dimainkan sebagai penghormatan pada semua peristiwa rasmi kepada-

(a)       Raja Permaisuri Agong; dan

(b)       Yang di-Pertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

(2)      Versi ringkas hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

5          Memainkan versi pendek

Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila Yang di-Pertuan Agong atau wakilnya tidak hadir tetapi salah seorang daripada Raja-Raja bagi Negeri-Negeri hadir, versi pendek hendaklah dimainkan pada masa tamatnya peristiwa itu sebaik selepas lagu kebangsaan Negeri yang berkenaan dimainkan.

6         Memainkan Lagu Kebangsaan pada peristiwa khas

(1)   Pada semua sambutan rasmi untuk orang kenamaan asing yang dalamnya penghormatan diberikan, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara pelawat kenamaan itu dimainkan.

(2)       Pada semua peristiwa rasmi yang diatur oleh Perwakilan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan Perwakilan asing itu atau peristiwa Kebangsaannya yang lain, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara Perwakilan asing itu dimainkan.

7          Menyanyi Lagu Kebangsaan

Pada semua peristiwa apabila Lagu Kebangsaan dinyanyikan, versi penuh atau versi Diraja hendaklah dilafazkan.

8         Tanda hormat

(1)   Bilamana versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan atau bilamana versi ringkas atau versi pendek dimainkan, semua orang yang hadir hendaklah berdiri sedia sebagai tanda hormat.

(2)      Subseksyen (1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu.

(3)    Mana-mana orang yang dengan disedarinya menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan.

(4)       Bagi maksud seksyen ini-

(a)    kegagalan mematuhi subseksyen (1) tanpa sebab yang baik dan mencukupi; dan

(b)  apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkecenderungan untuk merendahkan prestij Lagu Kebangsaan pada pandangan orang awam, hendaklah merupakan sikap tidak hormat.

9         Menangkap tanpa waran

Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melanggar seksyen 8 dalam kehadiran pegawai polis itu melainkan jika orang itu memberikan nama dan alamatnya dan memuaskan hati pegawai itu bahawa dia akan menjawab dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang akan diambil terhadapnya.

10       Pindaan Jadual

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda, menggantikan atau mengubah Jadual.

JADUAL  LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA



Catatan

:

Bagi versi penuh atau versi Diraja, dimainkan dari mula hingga akhir

Bagi versi ringkas, dimainkan dari mula hingga B dan disambung dari C hingga akhir

Bagi versi pendek, dimainkan dari C hingga akhir


 Lirik Lagu Negaraku (BM)

Negaraku,

Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup,

Bersatu dan maju,

Rahmat Bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita,

Selamat bertakhta.

Rahmat Bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita,

Selamat bertakhta.


Lirik Lagu Negaraku (BI)

Oh my motherland,

Where my life began

Where people lives

In harmony and prosperity

With God given

Blessing of happiness

Our King

Reign in peace

With God given

Blessing of happiness

Our King

Reign in peace

 

Lirik Lagu Negaraku (Bahasa Cina)

我的國家,

我生長的地方。

各族團結

前途無限無量。

但願上蒼,

福佑萬民安康。

祝我君王,

國祚萬壽無疆。

但願上蒼,

福佑萬民安康。

祝我君王,

國祚萬壽無疆。

 

Lirik Lagu Negaraku (Bahasa Tamil)

எனது நாடே

என் குருதி சிந்திய மண்ணே

மக்கள் வாழ்வே

ஒற்றுமையே முன்னேற்றமே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்

இறைமை வழங்கிடும்

எங்கள் மாமன்னர்

முறையாட்சி வாழியவே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்

இறைமை வழங்கிடும்

எங்கள் மாமன்னர்

முறையாட்சி வாழியவே

 

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun Malaysia.

 

Pergi Ikea Sekadar Untuk Makan

 


Assalamualaikum,

 

Selamat pagi Selasa, semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan hari-hari yang akan datang, insyallah.

Ada ke yang macam kami sekeluarga, datang ke Ikea jauh (jauhla sangat) semata-mata untuk makan aje. Kami sekeluarga cukup suka makan dekat sana sebab sup mushroomnya, sebab ayam gorengnya yang sedap dan paling penting dan tak boleh tinggal mestilah nak makan meatball yang kenyal dan sedap secukup rasa itu.

 



Perasaan selepas dapat makan dekat sana tu kan ibaratkan baru aje setelkan bayaran sebulan komitmen hehe. Bayangkan macam mana rasa leganya tu...tak boleh nak cerita macam mane jadi boleh try bayangkan aje.




Pernah sekali semata-mata untuk makan juga kami sekeluarga sanggup beratur dekat 2 jam jugak rasanya. Masa tu masih PKP tapi dah longgar. Cumanya, walaupun dah longgar, jumlah pengunjung yang boleh masuk dihadkan jumlahnya. Jadi, nak tak nak kenalah beratur panjang masa tu dan menunggu giliran masuk dengan penuh kesabaran. Alhamdulillah selepas  2 jam kami dapat masuk dan makan. Cuma masa tu kami bercadang nak masukla jalan-jalan cuci mata dekat dalam. Tapi, dek kerana masa menunggu yang terlalu lama, mood window shooping pun kelaut. Selepas makan dengan perut kenyang berisi kami pun baliklah dengan bahagianya.



Kalau pembaca ada story and menu yang korang biasa order, sharelah dekat bawah mane tahu kami pun tak try lagi, bolehlah kami dtg try next time.

 -it-






Dah lama mengidam benda ni

 


Assalamualaikum,

Hari ini ada masa sikit scroll gambar dan terjumpa gambar pada 23 Julai 2021 selepas balik dari Machine Outlet dekat IOI Putrajaya.Jadinya, posting ni bolehlah dikira sebagai posting lambat.

Tanggal 23 Julai 2022, akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki mesin ini. Bukan kaleng-kelang harganya ye. Bagi yang berduit tu memang mudah membeli walaupun mahal. Macam saya yang bergaji tetap dengan komitmen yang pelbagai memang agak mustahil untuk memiliki mesin ini. 

Saya rasa ramai aje student yang dah memiliki mesin ini. Yerlah zaman dah moden, jenama pun dah pelbagai. Bagi saya sendiri, adalah lebih mudah menggunakan laptop mampu milik dengan harga sekitar RM3000 ++ yang mana kelebihannya adalah lebih nyata iaitu laptop biasa lebih mudah dan senang untuk disambungkan dengan peralatan dan perisian lain, berbanding product Apple yang bersifat pilih kasih. Betul tak. Saya berminat membeli kerana gambar yang lebih cantik di screen selain boleh sync dengan handphone so senang untuk update blog 😎.

Inilah yang diidamkan, hasil simpanan berbulan.

Sebenarnya, memang niat sebenar membeli laptop ini untuk memudahkan saya update blog. Kononnya laptop yang ada sekarang ni dekat rumah susah nak menaip. Keypadnya licin tapi boleh je beli keyboard baru yang sync guna bluetooth. Plus, gambar dekat laptop pun dah tak cantik sebab dah pernah jatuh dan dah 2 kali repair, jadi tak cantik dan selesa dah nak guna. Alasan aje kan.


setting sendiri je

hakikatnya, dah setahun lebih beli laptop ni tapi beberapa kali aje bukak itu pun untuk tengok youtube. So misi nak update blog tu sebenarnya 100% angan-angan. Tapi itulah, baru-baru ni beli ipad air pulak dengan alasan yang sama, hopefully kali ni misi berjaya sebab blog pun dah monetize, so semangat sikit dan update blog, gitu...insyallah.

Nanti nak share gambar ipad air pulak.

-it-




Pil Tahan Period Untuk Wanita Umrah Atau Haji

 


Assalamualaikum...selamat pagi Isnin ...Semoga Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini dan hari-hari yang seterusnya, insyallah.

Sebagai pengikut tegar group Umrah di FB, saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit catatan berkenaan pil tahan period. Isu period ni bukanlah isu yang selalu timbul di post group tersebut, tetapi pernah ada yang bertanya dan saya ternampak ada beberapa jawapan yang menjawab persoalan orang yang bertanya. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi di blog ini untuk refresh dan kongsikan dengan pembaca yang sedang mencari-cari jawapan atau maklumat tambahan.

Untuk pengetahuan pembaca, saya dan suami telah menerima jemputan Allah Tuhan Semesta alam pada Mac 2022 untuk mengerjakan umrah, alhamdulillah. Jika berminat untuk baca pengalaman kami di sana dan itinerary kami, bolehlah follow link di bawah. Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

 Mengikut kiraan saya, period seterusnya adalah pada awal bulan Mac 2022 sama ada 2-3 Mac (mengikut kitaran biasa 26 hari). Tarikh penerbangan kami suami isteri pula adalah pada 1 Mac 2022. Oleh kerana saya risau period akan menggganggu perjalanan umrah saya nanti, jadi saya telah pergi ke Watson di Alamanda dan bertemu dengan pharmafist dan bertanyakan pil untuk tahan period. Beliau telah mencadangkan pil Norcolut yang perlu di makan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh period. Saya lupa harga pil ini, seingat saya RM10 sepapan dan saya beli 2 papan untuk cover 2 minggu di tanah suci. Pharmacist juga mengingatkan saya agar continue makan pil ini sehingga habis umrah kerana berkemungkinan period akan keluar sekiranya saya berhenti makan. 

3 hari sebelum berangkat, saya telah mulakan projek makan pil tahan period saya, untuk mengelakkan period pada tarikh saya telah berada di Mekah. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya, berkat makan pil ini, saya dapat mengerjakan solat dan umrah pada masa yang telah ditetapkan.

Kalau diikutkan, saya dan rombongan telah menginap di Madinah terlebih dahulu selama 5 hari dan pada hari ke6 kami telah bergerak ke Mekah dan terus mengerjakan umrah. Allah permudahkan urusan. 

Untuk sahabat-sahabat yang akan mengerjakan umrah atau haji saya doakan Allah permudahkan urusan semasa hendak pergi, semasa bepergian dan semasa mengerjakan ibadah dan semasa baliknya nanti, semoga beroleh umrah yang mabrur, insyallah.



Skodeng info influencer di website Social Blade



Itulah orang cakap maklumat di hujung jari. Sekarang nak cek maklumat tentang influencer, ranking and details semua ada dalam dekat website ni socialblade.com.

Sajalah baru-baru ni nak cek Ryan Bakery punyer akaun. Nampaknya dalam rekod rekod cuma ada 2 akaun Tik Tok and instagram. Die punya follower Tik Tok bukan kaleng-kaleng kau...


Siapa lagi uol nak cek bolehlah cek..kalau ade info lain nak share boleh komen kat bawah taw..info menarik kan makanan asas sekarang ni..zaman maklumat di hujung jari..makan jari tu..hehe

Salam.











Cara Pantas Monetize Youtube Channel

 



Assalamualaikum..apa kabar anda semua hari ini. Semoga semua baik2 sahaja ye.

Penghujung tahun 2019 adalah masa yang saya tidak akan lupakan. Pada masa tu ramai yang aktif buka akaun youtube dan target untuk monetize. Selalu keluar dekat wall kawan-kawan share video youtuber youtuber yang berbincang  pelbagai topik. Tak tahu bila tarikh sebenar saya mula aktif tapi yang nyata bermula dengan menonton kisah dan pengalaman youtuber lain membuatkan saya berminat untuk mencuba.

Bukan senang ye nak memenuhi syarat-syarat untuk monetize yang ditetapkan oleh youtube. Setiap youtuber perlu mempunyai 1000 follower dan 4000 jam tontonan. Makan tahun jugak untuk fullfill syarat ni.

Tapi sebenarnya ada je taktik jalan short cut dan salah satu yang disharekan oleh ramai youtuber adalah "i follow you, you follow me back" pattern. Caranya senang aje, masuk dan komen di mana-mana video dan komen sebegitu. Nanti uoll akan dapatlah follower baru. Nak komen pun kenelah pastikan terlebih dulu owner video jenis yang sporting. Karang tak pasal-pasal dijadikan bahan. So, hati2 je.

Selain tu ada je group di facebook yang uoll boleh join. Dekat sana uoll boleh share content terbaru. Rakan-rakan dalam group akan bantu tengok dan seterusnya follow...dieorang pun expect benda yang sama dari uoll..sesuai dengan pepatah "i scratch your back, u scratch my back" gitu.

Hakikatnya, nak jd youtuber ni bukan senang. If uoll ada content tapi takde bakat editor pun tak menjadi jugak. Ramai yang saya tengok content best, suara sedap tapi editing buat content jadi tak menarik. Sebenarnya sayalah orangnya tu. Saya sebenarnya minat, ada je tajuk nak share tapi itu, bakat editing tak berapa nak ade. huhuh

Btw, if uoll ada masa free jenguklah my Youtube account. Boleh lah komen apa patut supaya hiduplah sikit akaun tu. Dah lama dah tak buat content sebab .......pelbagai sebab. Ni sekarang tengah bekerja keras nak update and cantikkan blog sebab blog pun dah monetize. Walau tak tahu berapa income boleh dapat tapi apa salahnya cantikkan bagi senang uoll datang baca dan tengok blog ni..

Terakhir, satu aje nak share bab nak jadi youtuber ni... semangat kene ade, rajin kene ade, content  kena ada yang paling terpenting, jangan putus asa...Rezeki kan di tangan Allah jadi,jika niat tu baik, elok insyallah Allah bantu...so teruskan jangan give up (bercakap dengan diri sendiri)....insyallah video terbaru youtube kite akan menyusul (-_-).

Salam 19 Syaaban 1442H Jumaat yang barakah

 


Asslamualaikum...salam jumaat yang barakah...


Daripada Abi Darda' daripada Nabi S.A.W, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal."

– Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah



Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhani daripada bapanya daripada Nabi S.A.W bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."

– Hadis Riwayat Ahmad

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...