Pengalaman Balik Umrah SOP 2022 dan Pasang Jam Tracker

 

 Salam 23 Syaaban 1443H, salam pagi Sabtu yang indah, Alhamdulillah…

Pagi ni seperti biasa memulakan pagi dengan mendengar kuliah santai bersama Ustazah Zai di FB Live. Santainya itu bukan sebabnya santainya apabila Ustazah Zai berbicara, walaupun sebenarnya bicara Ustazah memang bersifat santai. Sambil berkuliah sambil bersembang santai. Sesuai sangat dengan jiwa santai Akak, hehhe. Sebenarnya santai yang Akak maksudkan tu adalah sebab sambil mendengar sambil ke sana sini bersiap nak pergi keje. Hari ni keluar lambat sikit sebab belakang masih sakit2 sengal2. Tak pastilah kesan post covid atau kesan daripada duduk lama sangat di ofis. Malas nak fikir jadi layan sahajalah seadanya dan semampunya.

Hari ni nak bercerita tentang jam tracker yang terpasang elok selama lebih kurang 9 hari di tanganku.

12 Mac 2022- selamat sampai ke tanah airku Malaysia tercinta. Sebaik touch down, pakej pening kepala dan selsema pun muncul. Nak lap takde tisu kering jadinya guna sahajalah baju yang ada dalam beg buat lap2. Yang ada tisu basah pun sama kite guna jgak untuk bersih2kan tangan dek terkena selsema. Perasan jugak ramai yang batuk2 masa dekat airport Madinah. 

Malah dekat dalam kapal terbang pun ramai yang batuk2. Pada masa tu pun hati dah berdebar-debar takutkan terkena ngan covid. Sepanjang perjalanan dok jaga mask supaya tidak londeh. Kononnya jika londeh mudahlah terkene dgn jangkitan. Siapa kita untuk mengelak takdir kan. Akhirnya sakit itu datang jua.

Keadaan di KLIA pada masa tu tak terkawal. Kami Jemaah yang baru sampai terpaksa menunggu sehingga lebih kurang 2-3 jam untuk sampai turn kami untuk berjumpa dengan KKM. Sebaik turn kami masuk, kami dipakaikan gelang warna pink. Selepas tu kami tunggu lagi selama lebih kurang 3 jam untuk dipakaikan gelang jam tracker. 

Sebelum tu kami diarahkan untuk isi borang yang kalau tengokkan sama spt declaration dalam permohonan untuk house quarantine application. Kami isi dan serahkan dengan KKM dekat situ semasa proses pemakaian jam tracker. Akhir sekali disuruh untuk ambil sab PCR dan dibenarkan pulang ke rumah, Alhamdulillah. Walaupun pada masa tu badan memang seriuously tak larat dah, dengan penat duduk pening, selsema dan lapar tp apabila tahu proses semua dah selesai terus hilang sakit2 tu semua. Dalam hati ni tak sabar nak jmpa anak2 yang dah 2 minggu ditinggalkan. Apa2pun, lapar tetap lama ehhehe.

Oh ya, untuk jam tracker ni, saya dan husband diarahkan untuk menjaga dan memastikan radius 25 meter daripada kotak hitam jam. Kiranya kami berdua bukan sahaja dipertanggungjawabkan dengan jam penjejak ni tetapi juga diserahkan dengan 1 kotak hitam yang berkait dengan jam tersebut. 

Pejam celik pejam celik cukuplah masa 7 hari diamanahkan dengan jam ini. Hari untuk buka jam ini akhirnya tiba. Menurut KKM yang kami hubungi hari tu, jam perlu dibuka sehari setelah tempoh kuarantin tamat. Tapi oleh kerana tarikh kuarantin kami telah dianjakkan selama 2 hari (sepatutnya 12 Mac 2022-18 Mac 2022) tetapi dianjakkan ke 14 Mac 2022-20 Mac 2022) makanya kami suami isteripun nekad untuk ke klinik panel untuk buka jam ni yang paling dekat adalah di Bangi. Alhamdulillah, cerita kami dan jam penjejak tamat pada jam 2.00 petang 20 Mac 2022. 
 
Till then, 
Iswa.

 
 


Maintenance Rumah

 


Assalamualaikum, selamat petang dan salam hari selasa 21 Rejab 1443H...


Hari ini maintenance rumah kuarters datang lagi. Minggu lepas dieorang datang dah untuk repair tekanan air rendah. To be exact dieorang datang Jumaat lepas dalam pkl 11 lebih jugaklah dieorang start dan akhirnya dalam 2 jam dieorang setel buat keje semua. Selesai aje tak bermakna tekanan air terus tinggi dan lebat ye. Adik maintenance ni cakap dieorang ade gamkan setengah tempat tu jadi gamnya masih basah. Jadinya dinasihatkan untuk start guna air di tandas rmh atas selepas pukul 3 petang.

Dipendekkan cerita kami start mula bukak air pada waktu maghrib. Pada masa tu air memang laju dan lebat daripada biasa. Seronoklah sekejab. Sebelum ni shower memang tak pnh bukak sebab air shower keluar dengan sesendunya. Dipendekkan lagi cerita keesokan harinya (sabtu) kami stay dekat Empire Hotel dan balik hari Ahad. Ni semua perancangan untuk menyambut birthday Akak ke 14. Boleh baca review tentang Empire Hotel dekat sini kalau sudi.

Ahad tu kami sampai rumah beberapa minit nak pukul 8 dan belum solat maghrib lagi. Jadi masing2 masuk tandas dalam bilik masing2 nak ambik air sembayang. Masa tulah kami nampak bilik air master syiling bocor ade air menitik nitik. Bilik anak yang biasanya bocor sebab tangki air penuh pulak ade air bertakung. Apa yang kami boleh buat adalah call semula adik maintenance yang datang hari tu.



lantai basah

syiling bocor air mengalir dekat dinding

ini syiling dalam tandas bilik master

Apa-apapun, masalah ni dahpun selesai harini. Adik maintenance yang cakap penuh adab dan lemah lembut dari hari pertama datang berjaya menyelesaikan masalah kami hari ni. Takde lagi kebocoran maka tak adalah lagi nak menyusahkan maintenance untuk datang 2 3 kali kat tempat yang sama. Dieorang pun banyak tempat nak buat kan.

Terima kasih adik maintenance,

Dari Akak Rumah No. 77😉

The Word

all of the lights land on you

the rest of the world fades from view

 and all of the love i see please please say

you feel it too

and all of the noise i hear inside

 restless and loud unspoken and wild

and all that you need to say

to make it all go away

 is that you feel the same way too

and i know the scariest part is letting go

cause love is a ghost you cant control

i promise you the truth cant hurt us now

so let the words slip out of your mouth

and all of the steps that led me to you

and all of the hell i had to walk through

but i wouldnt trade a day for the chance to say

my love im in love with you

and i know

the scariest part is letting go

cause love is a ghost you cant control

i promise you the truth cant hurt us now

so let the words slip out of your mouth

i know that were both afraid

we both made the same mistakes

an open heart is an open wound to you

and in the wind of a heavy choice

love has a quiet voice

still your mind now im yours to choose

and i know the scariest part is letting go

let my love be the light that guides you home

and i know the scariest part is letting go

cause love is a ghost you cant control

i promise you the truth cant hurt us now

so let the words slip out of your mouth


Assalamualaikum 2022

 


Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur Alhamdulillah Allah panjangkan umur dapat kita menginjak ke tahun 2022 dengan jayanya. Tiada sambutan tahun baru tahun ni tapi sebaliknya digantikan dengan majlis solat hajat di masjid dan surau negeri2. Eloklah begitu. Dalam keadaan covid yang tak reda lagi dan banjir teruk (hujung disember hari tu) memang tak sesuai nak happy sakan menyambut tahun baru.

Dah lama tak bersembang di blog ni. Dalam 2 tahun PKP ni adalah beberapa kali saja kerajinan itu datang. Idea sentiasa ada cuma menaip seakan satu beban yang bila di angkat tersangatlah berat dan tak mampu dibuat.

Apa2 pun alhamdulillah di hari Isnin 10 Januari 2022 Allah gerakkan hati dan ringankan jari jemariku ini untuk menaip seikhlas hati. Seronok rasanya dapat menukar setiap kata-kata dalam hati ini kepada bait2 perkataan.

Jika diikutkan, mengarang adalah satu pekerjaan yang pernah menjadi hobi dan kemudiannya menjadi sebab untuk menyambung pelajaran. Tapi rezeki tak menyebelahi, saya tak dapat kursus yang diidamkan dan akhirnya menyambung pelajaran dalam bidang bisnes (Dip) dan Undang-undang (Degree). 7 tahun belajar alhamdulillah Allah rezekinya pekerjaan yang akhirnya sekarang kerap mengarang. Tapi malangnya, sebab dah lama tak mengarang jadi bahasa2 lembut bahasa cantik dan puitis tidak lagi sebati dengan diri ini. Mungkin dengan masa ia boleh kembali dan menjadikan karangan menjadi lebih cantik dan tersusun mungkin.

Memandangkan hari ini adalah hari pertama posting dikeluarkan jadi saya tak akan bercerita panjang. Cukuplah menyapa rakan-rakan pembaca yang tersinggah di blog ini dan memberikan salam kepada pengunjung baru dan lama. Saya akan cuba update sekerap mungkin. Banyak untuk dikongsikan, insyallah.


Salam tahun 2022/ 1443H.

Iswa.

10.01.2022

15 perkara berkenaan darurat perkongsian Prof Shamrahayu Aziz

 

15 SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN DARURAT


Disalin daripada FB Prof Shamrahayu Aziz

"Assalamu’alaikum wrt wbt

Masih belum tenang suasana politik negara. Kita doakan moga yang dikatakan “gencatan politik” tiba jua dan sekali gus menjadi penamat kepada bahang panas keadaan semasa. Kita doakan yang baik-baik untuk semua.
Pada paparan kali ini saya mahu berkongsi beberapa fakta perundangan berkenaan DARURAT. Saya mengambil tajuk ini kerana DARURAT mula menjadi bualan dan cakap-cakap dalam media dan saya juga sering ditanya tentangnya oleh media.
Di bawah adalah 15 soalan dan jawapan saya berkaitan DARURAT. Mungkin akan ada soalan lain selepas ini, dan saya akan cuba berkongsi pandangan kemudian nanti.
Selamat membaca, moga bermanfaat.
Soalan 1
Apakah maksud darurat
Jawapan:
Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.
Soalan 2
Apakah kesan pengisytiharan darurat
Jawapan:
Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif. Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharakan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara. Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.
Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri
atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).
Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam jawapan kepada soalan seterusnya.
Soalan 3
Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan
Jawapan:
Ya. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.
Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.
Soalan 4
Apakah yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat
Jawapan:
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud.
Dibawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku.
Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas
i. Keselamatan negara; atau
ii. Kehidupan ekonomi; atau
iii. Ketenteraman awam
Soalan 5
Bilakah dan Dimanakah darurat boleh diisytiharkan
Jawapan:
Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa parlimen bubar. Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku.
Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).
Soalan 6
Adakah Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas nasihat Perdana Menteri
Jawapan:
Pegisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Kuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu (Malaysia). Kuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Walaubagaiamana pun, persoalan timbul ialah, adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri?
Perkara 150(1) menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.
Frasa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” atau dalam Bahasa Inggeris, “if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied” menjadi persoalan, adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau atas nasihat.
Beberapa keputusan kes telah membuat pernyataan tentang perkara ini.
Kes Stephen kalong Ningkan (No.2) (tahun 1968) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati. Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge…”
Walaubagaimana pun, keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979 menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Jemaah Menteri. Ini adalah kedudukan undang-undang yang disepakati. Lord Diplock menyatakan:
“Although this, like other powers under the Constitution, is conferred nominally upon the Yang di Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the Cabinet. So when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question”.
Justeru, menerusi keputusan kes Teh Cheng Poh ini, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, atau Jemaah Menteri, atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri.
Soalan 7
Adakah Keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat dan membuat Ordinan semasa darurat boleh dipersoalkan (justiciable)
Jawapan:
Keputusan kes Stephen kalong Ningkan (No.2) secara nyata Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge and once His Majesty is satisfied that a state of emergency exists, it is not for the court to inquire as to whether of not he should have been satisfied”. Maksudnya, menurut Ketua Hakim Barakbah, mahkamah tidak boleh mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong.
Pandangan majoriti ini disanggah oleh Ong Hock Thye, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam penghakiman sama. Hakim Ong Hock Thye menyatakan pandangan minoriti. Beliau menyatakan,
“His Majesty is not an autocratic ruler since Article 40(1) of the Federal Constitution provides that “in the exercise of his function under this Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet…Article 150 specifically provide that the emergency must be one ‘whereby the security or economic life of the Federation or any part thereof is threatened.. If those words of limitation are not meaningless verbiage….Article 150 does not confer on the Cabinet an untrammeled discretion to cause an emergency to be declared at their mere whim and fancy”
Maksudnya, Yang di-Pertuan Agong bukan memerintah secara autokratik kerana baginda bertindak atas nasihat. Dalam pelaksanaan kuasa baginda, mahkamah boleh memeriksa keputusan yang dibuat oleh baginda dan juga Jemaah Menteri ketika membuat proklamasi darurat supaya ia terhad kepada keadaan yang disebut, iaitu keselamatan negara dan kehidupan ekonomi. Perkara 150 tidak memberikan kuasa budi bicara yang tidak teratur.
Keputusan Teh Cheng Poh, seperti yang dipetik di atas adala juga menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 boleh disemak oleh mahkamah. Selepas keputusan kes Teh Cheng Poh seperti yang dipetik di atas, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan peruntukan yang secara jelas TIDAK membenarkan mahkamah menyemak keputusan Yang di-Pertuan Agong, atau apa-apa tindakan yang dibuat oleh baginda berkenaan kuasa, fungsi dan peranan di bawah Perkara 150. Hal ini terdapat pada Perkara 150(8) yang menyatakan:
Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan ini –
(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan
(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan
(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1):
(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;
(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau
(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.
Walaupun begitu, Fasal 8 ini belum diuji di mahkamah.
Soalan 8
Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat
Jawapan:
Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan berlainan atau keadaan berlainan.
Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan. Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A).
Soalan 9
Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat
Jawapan:
Yang di-Pertuan Agong boleh boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.
Soalan 10
Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat
Jawapan:
Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta. Ini disebut dalam Perkara 150(2B).
Maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”.
Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen. Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung.
Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh).
Soalan 11
Adakah parlimen boleh membuat undang-undang semasa darurat
Jawapan:
Semasa keadaan darurat ini Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh diketepikan. Undang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes En Keok Cheng, Wylie C.J menyatakan, “The true effect of Article 150 is that, subject to certain exceptions set out therein, Parliament has, during an emergency, power to legislate on any subject and to any effect, even if inconsistencies with articles of the Constitution (including the provisions on fundamental liberties) are involved”.
Fasal (2C) Perkara 150 menyatakan “…Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaku diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh dalam mana-mana satu Majlis Parlimen”. Lihat juga Perkara 150(5), yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang tanpa persetujuan atau keizinan, atau tanpa perundingan bersama mana-mana pihak sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang.
Parlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak. Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. (Lihat 150(6A)).
Proklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen apabila keduanya bersidang serentak.
Soalan 12
Apakah kesan Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat
Jawapan:
Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia adalah Akta Parlimen. Ia boleh berkesan sehingga dibatalkan. Setelah Parlimen bersidang, Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan dan hendaklah dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen.
Sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan oleh Parlimen, ia tidak memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku sebelum itu menurut kuat kuasa Proklamasi darurat atau Ordinan.
Bahkan, ketidaklulusan oleh Parlimen juga tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang lain bagi tujuan darurat lain tersebut. (Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi pada masa sama atau pada masa berbeza, atas sebab yang sama atau atas sebab yang berbeza).
Soalan 13
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong membuat Ordinan Perbekalan (Bajet)
Jawapan:
Melihat kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, yang mana baginda boleh, sekiranya perlu dan baginda berpuas hati, memasyhurkan apa-apa ordinan semasa dua Majlis (Dewan) Parlimen tiada atau tidak bersidang serentak, maka sekiranya baginda berpuas hati dan perlu bagi memasyhurkan apa-apa perbelanjaan negara, baginda boleh berbuat demikian.
Namun setiap Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan kepada kedua Majlis Parlimen setelah keduanya bersidang serentak. Ordinan tersebut boleh dirungkaikan oleh resolusi yang dibuat oleh Parlimen. (Lihat Perkara 150(2) dan (3))
Soalan 14
Bilakah Darurat akan Berakhir dan siapa yang mengumumkan darurat telah berakhir
Jawapan:
Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian (annulling) proklamasi darurat – bila dan siapa.
Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung, “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) … hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi…” Frasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian (annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.
Kes The Cheng Poh menyatakan,
The power to revoke, however, like the power to issue a proclamation of emergency, vests in the Yang di-Pertuan Agong, and the Constitution does not require it to be exercised by any formal instrument. In their Lordships' view, a proclamation of a new emergency declared to be threatening the security of the Federation as a whole must by necessary implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation, if one is still in force.
Soalan 15
Apakah akan berlaku kepada Ordinan yang dibuat semasa darurat apabila darurat berakhir
Jawapan:
Ordinan yang dibuat bagi tujuan darurat hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah tamat tempoh enam bulan dikira dari tarikh Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa. Maksudnya Ordinan tersebut boleh berkuat kuasa lagi sehingga habis tempoh enam bulan dari tarikh darurat berakhir. (Lihat Perkara 150(7)).

 Bacaan lanjut:

Assalamu’alaikum wrt wbt. Terima kasih kepada semua kerana membaca tulisan saya dan memberikan komen, soalan dan...

 “Sedar atau tidak sedar kita hidup hampir 40 tahun dalam keadaan pengisytiharan darurat tidak dirungkai atau tidak ditarik balik. Pengisytiharan darurat yang dibuat pada 15 mei 1969 ditarik balik atau dibatalkan pada 20 Disember 2011. Rakyat tidak perasan pun kita dalam darurat kerana negara membangun dengan gagah dan undang-undang dilaksana dengan baik. Mahkamah berfungsi. Itulah pengalaman Malaysia kita”.

Selamat membaca, moga bermanfaat:
Soalan 1:
Prof Shamrahayu Aziz, nak tanya. Kalau perlembagaan digantung apakah maksudnya hak asasi juga terancam? Bagaimana dgn prosedur di mahkamah, apakah berjalan seperti biasa? Bagaimana proses penguatkuasaan? Apakah perlu berlandaskan perlembagaan atau boleh dilakukan sesuka hati? Contoh, kalau dlm situasi polis mahu menangkap seseorang individu yg disyaki terlibat jenayah, dlm situasi biasa polis tdk boleh berbuat sesuka hati sebaliknya perlu berlandaskan hak asasi yg terjamin dlm perlembagaan(perlu mendapatkan waran di mahkamah dsb). Kalau dlm situasi selepas pemasyhuran darurat bagaimana pula(since perlembagaan telahpun digantung)?
Jawapan:
Sedar atau tidak sedar kita hidup hampir 40 tahun dalam keadaan pengisytiharan darurat tidak dirungkai atau tidak ditarik balik. Pengisytiharan darurat yang dibuat pada 15 mei 1969 ditarik balik / dibatalkan pada 20 Disember 2011. Rakyat tidak perasan pun kita dalam darurat. Negara membangun dengan gagah dan undang-undang dilaksana dengan baik. Mahkamah berfungsi. Itulah pengalaman Malaysia kita.
Soalan 2:
Adakah YDPA boleh memasyhurkan Ordinan itu dengan wewenangnya atau tertakluk juga kepada nasihat PM macam keadaan biasa?
Jawapan:
Yang di-Pertuan Agong, atas sifat jawatan itu, sebagai Ketua Negara, pastinya baginda tertakluk kepada etika, raja sekarang bukan raja seperti zaman feudal zaman dahulu. Baginda hendaklah mengamalkan amalan yang baik. bermesyuarat dengan pelbagai pihak.
Soalan 3:
Setahu saya bila sebut Darurat je maka Tentera berkuasa mrk boleh buat apa saja terutama kpd musuh bangsa, musuh agama, musuh negara! Atau mungkin musuh Raja² Melayu itu sendiri!W'alam
Jawapan:
Kalau proklamasi darurat kerana sebab keselamatan negara, mungkin betul tentera akan beramai-ramai keluar kem untuk mententeramkan keadaan. Kalau kerana kesihatan, saya fikir tidak sebgeitu tu. Aktiviti ekonomi boleh saja berjalan macam biasa. (lihat jawapan saya kepada soalan di bawah).
Soalan 4:
Prof ingn saya bertanya apa kah kesan darurat di peringkat Negeri, adakah ianya akan menjejaskan Badan Perundangan Negeri (DUN), adakah DUN juga boleh terbubar? Terima kasih Prof.
Jawapan:
Sekiranya darurat diisytihar, Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Kabinet tidak terbubar. Semua akan terbubar sekiranya dibubarkan. Pengisytiharan Darurat tidak akan secara automatik menyebabkan pembubaran tersebut. Kesan darurat bergantung kepada di mana darurat diisytiharkan. Sekiranya meliputi seluruh Malaysia, maka ia merangkum seluruh Malaysia. Sebab darurat boleh diisytiharkan pada mana-mana tempat yang tertentu atau seluruh Malaysia. Sebagai contoh, sekiranya di Lembah Kelang ni penularan Covid tidak terkawal, maka hanya di Lembah Kelang.
Soalan 5:
Kes Cheng Poh ni apa dia ya.. sampai dipinda perlembagaan yang tak nak mahkamah boleh menyemak kembali keputusan YDPA?
Jawapan:
Sebab pada pandangan kerajaan semasa pindaan itu dibuat, merreka mahu memastikan Yang di-Pertuan Agong dapat melaksana pentadbiran semasa darurat dengan baik. Kepercayaan yang tinggi telah diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga tindakan baginda tidak boleh dipersoalkan. Dengan itu Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhati -hati supaya amanah yang bagina galas tidak melampau batas, hendaklah sentiasa bermesyuarat dengan jemaah menteri, para pakar bidang, akademik, teknokrat, penjawat awam, malah dengan sultan lain menerusi Majlis Raja-Raja. Perkara ini yang kita hendaklah sentiasa mengingatkan kepada institusi beraja. Untuk Jemaah Menteri juga mereka harus ingat juga, sebarang nasihat yang mereka berikan kepada Yang di-Pertuan Agong hendaklah benar, telus, tulus, atau berwibawa agar mereka dapat memberi gambaran sebenar tentang apa yang berlaku kepada Yang di-Pertuan Agong - agar baginda tidak dimalukan dengan keputusan tidak wajar yang berpihak kepada mana-mana parti politik.
Soalan 6:
Mohon pencerahan dari Akak Prof berkaitan Perkara 149 , adakah ianya menjadi asas kepada berlakunya Perisytiharan Darurat ? Menurut Akak Prof, apakah keterangan dalam Perkara 149(1) telah atau sedang berlaku dalam negara ?
Jawapan:
Perkara 149 ada pelbagai tujuan. Mungkin bagi ancaman yang berlaku di luar negara atau dalam negara. Contoh jenayah terancang berlaku di luar negara, kita boleh menggunakan undang2 pencegahan yg dibuat di bawah Per. 149. Kalau subeversif ia boleh ditangani melalui 149, tapi kalau subversif berterusan, perlu isytihar darurat. Jadi betul juga kalau dikatakan bunga2 ancaman boleh digunakan 149, tapi kalau ancaman berterusan, makan proklamasi darurat bawah 150 mungkin diperlukan. Peristiwa lama semasa British, ancaman komunis mulanya kelihatan tidak berbahaya kepada British dan ia ditangani dengan undang-undang menangani subversif. Tetapi apabila ladang British dibakar dan pegawai British dibunuh, British mengisytiharkan darurat."

Pengistiharan Darurat 12 Januari 2021

 


Orkid ke Anggerik?

 


Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin semua..

Ada lagi ke yang tak tahu beza Orchid and Anggerik cepat2 angkat tangan..heheh

Sebelum ni pun saya pun confuse antara 2 bunga ni. Dek kerana seorang sana sebut orkid seorang lagi sebut anggerik tapi pegang pokok yang sama. Bila perati betul2 pokoknya sama, cara jaganya sama eh kenapa pulak nama lain2. 

Sebagai peminat pokok orkid anda mesti tahu yang orkid dan anggerik adalah pokok bunga yang sama. Orchid dalam bahasa inggeris dan anggerik dalam bahasa melayu Malaysia dan Indonesia. Kalau tengok di Youtube jarang orang Malaysia sebut anggerik. Biasa guna perkataan orkid. Tapi kalau tengok youtube Indonesia anda akan jumpa youtuber yang sebut perkataan anggerik atau orkid. 2-2 pun ada. So kesimpulannya, orkid dan anggerik adalah bunga yang sama.



Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...