Rabu, 23 Disember 2020

Rayuan Haji Melalui Applikasi Thijari

 


Assalamualaikum...

Selamat Hari Rabu 23 Disember 2020.

Pejam celik pejam celik dah nak habis dah tahun 2020, tahun yang anak-anak tak sekolah, mak ayah BDR dan pelbagai lagi. Rasa takut pun ada nak masuk tahun 2021 nanti, yerlah memikirkan keadaan masa hadapan yang tidak pasti.

Yang pasti tahun hadapan akan tiba juga, insyallah. Semoga Allah angkat wabak (virus) ini dan kembalikan kehidupan yang sempurna untuk kita semua, insyallah..

Semalam kakak saya kongsikan info tentang Applikasi ini. Katanya dah boleh mohon rayuan haji daripada app ini sahaja. Dah tak perlu dah nak tulis2 surat ke Tabung Haji. Maka saya pun bukalah app tersebut. Walaupun sememangnya giliran saya adalah pada tahun 1442H, insyallah tahun 2021 ini. Saya buka dan update sikit info dalam apps ini, update sekali info dalam akaun suami.

Memang betul kata kakak saya, sudah ada button rayuan haji dalam app tersebut. TH telah mudahkan urusan kita semua. Malah rayuan pun sudah mula di buka bermula semalam. Kakak saya telah mohon dan sudah dalam proses.

Sebenarnya app ini saya dahpun register lama. Saya buka sebab saya rasa app ni sangat ringkas, mudah dan bermanfaat. Anda bukan sahaja boleh semak no akaun, semak baki akaun malah anda juga boleh mendaftar haji dalam app ini, dengan syarat anda mempunyai baki RM1300 sebagai syarat wajib mendaftar haji. Baki berjumlah RM1300 ini akan ditahan dan tidak boleh dikeluarkan setelah daftar haji selesai. Ia akan menjadi baki wajib yang ada di dalam akaun dan menjadi sebahagian daripada kos menunaikan haji setiap bakal haji.

Setelah mendaftar untuk menunaikan haji, anda akan dapat menyemak nombor giliran daripada app yang sama. Bagi bakal-bakal haji yang telah tiba giliran pula, pemakluman surat tawaran, penerbangan dan maklumat2 lain yang berkaitan juga boleh diperoleh dari app ini. Maklumat berkenaan kursus asas dan kursus intensif juga boleh di semak di sini. Memang mudah dengan hanya satu app.

Untuk anda yang ingin explore app ini bolehlah berbuat demikian ye...

Isnin, 21 Disember 2020

JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2021

 

Bagi kakitangan awam, gaji terakhir untuk tahun 2020 telahpun diterima pada 17 Disember lalu. Dengan penerimaan gaji tersebut maka berakhirlah sudah penantian gaji untuk tahun ini. Tahun 2020 yang penuh dengan kekosongan aktiviti. Kalau ada pun aktiviti dalam rumah sahaja. Bagi anak2, tahun inilah tahun yang paling tidak aktif (rasanyalah). Sebab tahun ni tak ada aktiviti jalan-jalan, tak ada aktiviti lawatan dan segala macam aktiviti yang biasa dibuat di tahun-tahun yang lalu, untuk tahun ni semuanya dibatalkan. (Kalau ditangguhkan bermakna tahun depan kena Qada' πŸ˜‚ pulak).

Di penghujung tahun ini marilah kita meninjau-ninjau tarikh gaji kakitangan awam untuk tahun 2021. Nampak gayanya tahun depan kita akan raya awal nie..Insyallah kalau keadaan dah OK insyallah dapatlah kita raya secara normal.



Rabu, 16 Disember 2020

RENDANG DAGING 30 MINIT SIAP

 


Salam semua peminat rendang...

Hari ni saya nak kongsikan dengan pembaca cara masak rendang segera gerenti siap dala 30 minit. Mesti susah nak hadam kan. Mana ada rendang boleh siap dalam masa 30 minit aje. Nak2 mesti sejam baru siap semua. Jangan tak tahu, saya dah jumpa rahsia rendang sedap siap 30 minit gigit jari.

Kepada peminat2 rendang ini adalah berita baik untuk anda semua. Saya dah jumpa satu pes rendang yang sangat super duper sedap menggit jari. Serius ni. Bukan nak angkat2 yeh. Tak mainlah puji2 kosong. Ni puji ada isi punyer. Dah try banyak kali dan dah berjaya mengikat perut suami, anak2 , adik beradik, jiran tetangga dna rakan2 seperjuangan (tambah lauk heheh)...

Anda nampak gambar pes yang saya sharekan kat atas? Itulah rahsia besar PERTAMA. Rahsia besar kedua adalah PRESSURE COOKER. Ye.Kalau nak cepat siap memang kenala ada Pressure Cooker atau PC ni. Apa2 brand pun boleh, asalkan boleh memasak. 

Ok jom saya kongsikan cara membuat rendang daging 30 minit siap sedap menggigit jari ni.

Bahan-bahan:
1 paket pes rendang
2 kg daging (kalau 1 kg guna separuh pes)
2 kotak santan pekat
1 batang serai (ikut suka nak letak ke tidak. saya tak letak)
2 helai daun kunyit
3 sudu besar kerisik (boleh tambah ikut kesukaan)
Nota : Tak payah letak garam sebab pes dah cukup semua rasa

Cara Membuat:

1. Bersihkan daging, buangkan airnya dan masukkan ke dalam PC. Kalau letak air, nanti daging akan keluar air juga jadi air akan jd banyak, rendang lambat masak. So pastikan selepas basuh daging airnya dibuang ye.



2. Selepas itu masukkan pes dan gaulkan bersama daging dengan rata.Perhatikan gambar di bawah. Daging kering jadi pes senang nak gaul bersama daging tu.



3. Selepas itu, tutup PC dan masakkan dengan menggunakan cara masakan >chicken>15 minit.
4. Selepas 15 minit, keluarkan daging dan pindahkan ke dalam periuk/kuali dan panaskan di atas dapur dengan api kecil. Masukkan santan, daun kunyit, kerisik dan serai (kalau suka). 
5. Biarkan rendang kering. Kacau untuk elakkan rendang hangus di bahagian bawah.
5. 15 minit (atau kurang) rendang anda dah siap. Mudah ke senang..


Mana Nak Dapatkan Pes?

Sebenarnya saya pun tak tahu mana nak dapatkan pes ni. Biasanya saya order dari bos dekat office. Kalau minat nak dapatkan mungkin anda boleh contact nombor yang ada kat luar paket pes ni. Kalau anda kol jangan lupe mention nama saya yeh. Manalah kot2 owner nak kasi diskaun kan.

Selamat Mencuba. Kalau dah Try jangan lupe share/komen kat sini bagitahu sedap ke seriusly sedap.

Bye.





JOM SUMBANG MAKANAN DI KEDAI MAIWP DI PRESINT 4

 


Salam...

Pagi ni Menteri Agama telah kongsikan di laman Twitter beliau berkenaan kedai MAIWP yang berada di Presint 4, Putrajaya. Kedai ini adalah satu projek yang dinamakan Projek Gerobok yang merupakan pusat pengumpulan barang-barang sedekah khas untuk golongan yang memerlukan. 



Berdasarkan gambar yang dikongsikan, dapat dilihat antara barang yang ada di kedai tersebut adalah barangan asas dalam bentuk makanan, antaranya beras, susu bayi dan sebagainya. Pada masa yang sama Menteri Agama menyeru sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah menghantar sumbangan berkenaan ke kedai ini.





 

Selasa, 15 Disember 2020

RESEPI CORNFLAKES SAMBAL PEDAS MANIS

 



Salam semua ..Selamat Hari Rabu.. 
Alhamdulillah Allah pinjamkan usia satu hari lagi πŸ’žπŸ’žπŸ’ž

Sebelum saya kongsikan resepi Cornflakes Sambal Pedas jom kita baca tweet KP Kesihatan Tan Sri Norhisham tentang kes C19 semalam. Jumlah kes baru dan kes aktif masih tinggi ye semua. Semalam kes baru 1084. Jadi marilah kita sama2 menjadikan amalan baru kebersihan diri demi kesihatan bersama. Jangan lupa pakai mask apabila masuk ke kawasan yang ramai orang, jadikan membasuh tangan sebagai amalan setiap masa dan jarakkan fizikal bagi memastikan tiada contact yang memberi ruang kepada jangkitan. Mask tu kena tukar2 ye. Jangan pakai satu mask seminggu heheh.


Resepi ni simple aje. Saya pun belajar dari resepi2 dekat google cuma teknik membakar thru Air fryer tu teknik saya sendiri supaya cornflakes rangup dan crunchy walaupun setelah seminggu dikahwinkan dengan sambal pedas manis.

RESEPI CORNFLAKES PEDAS MANIS 

Bahan-bahan

5 sudu besar cili kisar

4 sudu besar bawang merah (dikisar)

3 sudu besar bawang putih (dikisar)

1 kotak Cornflakes

7 sudu besar gula

4 sudu besar minyak masak

sedikit garam

sedikit sos cili (pilihan)


Cara Membuat

1. Panaskan minyak, masukkan cili kisar, guna api sederhana dan biarkan pecah minyak.

2. Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih. Ada sesetengah resepi cuma guna bawang putih. Terpulang kepada anda nak masukkan 2-2 jenis bawang. Saya suka rasa blend kedua-dua bawang ni jadi saya guna 2-2. Bagi saya lagi banyak bawang lagi banyaklah kuah sambal pedas korang nanti. Ok biarkan pecah minyak dan saya masih guna api sederhana. S

3. Setelah itu masukkan gula, biarkan sebentar dan masukkan garam. Cuba rasa, kalau pedas, bolehlah tambah sedikit gula lagi supaya sambal anda nanti mesra kanak-kanak. Kalau guna cili kisar pedas memang akan rasa pedas sangat taw walaupun cuma guna beberapa sudu aje. So sesuaikan rasa, biarkan rasa pedas dan manis dan sedikit rasa manis blend together. Biarkan sebentar, kacau2 selalu supaya tak hangit. Tunggu sampai pekat dan masukkan cornflakes dan kacaukan. Bab ni, ada orang yang akan letak cornflakes setelah sambal sejuk. Macam saya pulak, saya suka blendkan sambal dan cornflake sekali jalan. Mana-mana cara pun boleh.



4. Kalau anda cuba cara saya ni, make sura korang ada air fryer ye sebabnya saya akan goreng sambal saya yang dah siap ni dalam AF tanpa minyak. Caranya, guna api 90c selama 8 minit. Pastikan anda masukkan layer yang nipis aje. Dengan itu sambal anda dan cornflakes akan menjadi garing. Anda cuba dulu sekali, lepas tu cek sama da cornflakes anda garing atau tidak. Kalau tak garing, kurangkan sikit dan goreng dalam AF semula. 

Untuk sambal ni saya guna satu kotak cornflakes 750gm. Anda semua boleh guna mana2 jenis cornflakes tak kisah pun. 


Selamat mencuba.


Isnin, 14 Disember 2020

Road to LLM

 


2 minggu lepas iklan pasal nak sambung belajar ni appear semula kat email. Dah 3 tahun menunggu masa yang sesuai untuk kembali memohon cuti belajar...huhu..

Untuk ke sekian kalinya, semangat untuk sambung belajar pun muncul kembali. Kali ni semangat sangat sangat tinggi mungkin sebab memikirkan anak-anak dah besar, senang nak urus. Tambahan, selepas 3 tahun di MOF rasanya jiwa belajar, menulis dan research tu seolah olah telah dibentuk dengan rapi. Alhamdulillah...

Semalam, seorang rakan saya semasa sama2 DPP dulu whatsapp memaklumkan dia akan dipindahkan, setelah 5 tahun di tempat sekarang. Sembang punya sembang saya pun bertanyalah kat kawan ni sama ada dia berminat ke nak sambung belaja. Yerlah, ramai jugak yang saya cuba2 tanya, ramai yang tak berminat. Naklah jugak ada geng, barulah seronok sikit nak apply. Kalau study satu uni lagilah best. Nak2 pulak pg sambung kat oversea. Seronok ade geng untuk sama2 pening kepala..hahhaha.

Master?


Walaupun semangat ni memang tinggi nak belajar benda baru tapi di sebalik semangat tu ada jugak rasa risau. Yerlah nak study tu memang nak kena ada effort. Tapi di sebalik effort tu ade jugak rasa risau, risau tak tertanggung dengan kerja2 sekolah, keluarga, kelas dan everthing. Risau tak boleh coup dengan subject pun satu hal jugak. Aduhai...

Semalam semasa sembang dengan kawan tu memang kami timbulkan kerisauan ini 1st and foremost. Mungkin jugalah saya rasa satu-satunya yang seronok untuk difikirkan semasa study ni adalah PELUANG. Peluang untuk belajar, peluang untuk bercuti daripada memikirkan hal2 kerja, peluang untuk berada bersama keluarga, dan yang paling besar adalah peluang untuk menikmati zaman-zaman pembelajaran di negara orang.

Ya, saya dan kawan saya nak try berkelana di negara orang. Of course bersama keluarga-suami dan anak-anak. Memikirkan benda ni kami berdua jadi bersemangat semula. Asal mood down je memikirkan ielts, memikirkan kos etc, kami cuba ubati hati kami dengan planning yang seronok2.

Saya percaya belajar pun bukan senang. Bukannya setakat masuk kelas keluar kelas dan exam. Bagi saya, its the thing that u understand, u grab and hold untuk kegunaan di masa hadapan. Saya percaya tentang ilmu yang bermanfaat. Sebab saya telah alami sendiri.

Dulu lepas grade Diploma dan ambik Law, saya rasa macam saya dah membazir masa 3 tahun. Sepatutnya saya masuk terus Degree, ambik Law dan kemudian bekerja. Tapi bila pk2 balik, sesungguhnya perjalanan kehidupan ini telahpun Allah susun elok. Masa saya study Law memang saya tak nampak ke mana hala tuju ilmu dari Diploma yang ambik selama 3 tahun tu. Masa Diploma ada jugak belaja Contract Law, Insurance Law (dulu ada Akta Insurans), Partnership Law dan subject2 yang berkaitan dengan Business. Masa tu dah rasa seronok belaja Law. Tapi takde pulak teringin nak further study in law pun. Sekadar seronok dan tak sabar nak grade sebab nak keje cepat. Huhuhu.

Masa Degree saya tak jumpa link antara Business Studies dan Law. Seriuosly tak jumpa.Tapi itulah sebenarnya semuanya dah tertulis. Allah mudahkan urusan saya sebenarnya. Masa yang saya habiskan selama 3 tahun belaja bisnes bukanlah tandanya Allah suruh saya buat bisnes. Tapi rupa-rupanya ilmu itulah yang membantu saya membantu abang saya, kawan-kawan, suami dan diri saya sendiri dalam memberikan pendapat tentang akaun, tentang bisnes relationship dan of course dari segi perundangang. Itulah yang seronoknya bila ada ilmu, walaupun sedikit dapat jugak dikongsikan. Saya rasa ilmu tersebut saya jumpa LINKnya semasa saya ditugaskan di Mahkamah Komersil. Pada masa itulah saya belajar untuk revise semula cara untuk baca statement bank, cara untuk carik ketidakaturan akaun dan saya rasa ia menjadi suatu keja yang mudah sedikit apabila ilmu asas akaun tu telah ada, walaupun tidak banyak. Nak banyak2 kenalah tanya yang pakar betul tak.

Apabila saya ditugaskan di sini, walaupun yang dipraktikkan adalah ilmu perundangan, tapi ilmu perakaunan banyak jugak ditimbulkan. Dan alhamdulillah, saya rasa seronok dapat revise semula ilmu2 yang saya pernah belajar suatu masa dahulu di sini.

Posting ni akan menjadi posting pertama untuk "Road to LLM" untuk saya, insyallah utk kawan saya juga.Harap permohonan kami berjaya. 

Bye for now...Nak sambung buat personal statementπŸ˜‰



Khamis, 10 Disember 2020

Kes-Kes Penipuan Macau Scam Yang Pernah dilaporkan Di Media Sosial

 


Phone Scam, Macau Scam, Scammer atau setara dengannya. Semuanya adalah merujuk kepada satu jenis aktiviti yang sama. Dengan menggunakan modus operandi yang sama, scammer-scammer akan menelefon mangsa-mangsa dengan satu target yang sama iaitu memperdayakan mangsa untuk mendapatkan semua simpanan milik mangsa.

Mungkin ada yang bertanya bagaimanakah scammer ini beroperasi..bagaiman scammer ini mendapatkan data sama ada data berkaitan nombor telefon, no kad pengenalan atau jumlah simpanan mangsa. Mangsa yang di panggil itu pun bukan calang-calang. Jarang sekali kita mendengar scammer salah target dan memperdayakan orang yang tidak berduit, dalam bahasa mudahnya orang yang biasa-biasa. Dinamakan pun jenayah terancang, makanya sudah pasti scammer kenal target yang ditelefon. Disclaimer : melainkan ada info lain yang tidak sampai ke pengetahuan saya).

Saya ingin kongsikan di sini senarai kes-kes yang pernah dilaporkan di media massa, mungkin boleh dijadikan panduan dan pengajaran. 




Nota : Saya tidak ada maklumat berkenaan siasatan atau kesudahan kes-kes ini, jadikan info di sini sebagai bacaan pemula dan baca lanjut untuk lebih maklumat/maklumat yang lebih terperinci. Sumber maklumat
dibekalkan).

Sumber: