Ibn Qayyim al-Jawziyya


Pemilik nama Shams al-Din Abu ‘Abdullah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa’ad namun lebih dikenali dengan gelarannya sebagai Ibn Qayyim Al-Jawziyyah.

PROFIL

Nama: Shams al-Din Abu ‘Abdullah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa’ad
Gelaran: Ibn Qayyim Al-Jawziyyah
Asal: Damsyik, Syria
Tahun kelahiran: 7 Safar 691 Hijrah (9 Januari 1292 Masihi)
Tahun kematian: 751 Hijrah (1350 Masihi)
Kepakaran: Ulama terbesar dalam bidang tafsir, hadis, fiqh (hukum Islam) dan usuluddin (teologi)
Sumbangan: Memperkenalkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadl dan riba al-nasi’ah serta mekanisme pasaran.
Karya agung: Tahdid al-Sunan oleh Abu Dawud (hadis), al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib (hadis), I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin (fiqh dan usul fiqh) dan al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyysah al-Shar’iyyah (fiqh dan usul fiqh)

Anak kelahiran Damsyik, Syria ini dilahirkan pada 7 Safar 691 Hijrah bersamaan 9 Januari 1292. Beruntunglah Ibn Qayyim Al-Jawziyyah kerana beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Bapanya, Abu Bakr mengajarnya tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuklah berkaitan faraid.

Tidak hairanlah figura hebat itu banyak membincangkan falsafah ekonomi Islam. Ia termasuklah konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadl dan riba al-nasi’ah serta mekanisme pasaran.

Menyoroti historiografinya, Ibn Qayyim bukan calang-calang individu. Ketika remaja beliau sudah menuntut ilmu dalam pelbagai bidang dengan beberapa ulama terkenal. Antara pernah menjadi gurunya ialah Qadi Sulayman Hamzah (711 Hijrah), Syakh Abu Bakr (718 Hijrah), Isma’il Maktum (716 Hijrah), Ibn Taymiyyah (661 Hijrah – 728 Hijrah) dan ramai lagi.

Kesungguhannya berguru itu menjadikan beliau menguasai pelbagai bidang ilmu hingga menjadi ilmuan terkenal. Ibn ‘Imad menyatakan, Ibn Qayyim juga alim dalam bidang tasawuf.

Kehebatannya diperakui sehinggakan sebahagian ulama sufi menggelarkannya sebagai sufi agung. Apa tidaknya, tokoh itu merupakan individu yang faqih dan mempunyai autoriti dalam Mazhab Hambali.

Anak murid Ibn Qayyim Al-Jawziyyah itu juga bukan sembarangan orang. Mereka terdiri daripada ilmuan dan ulama hebat. Antara anak muridnya yang masyhur ialah Ibn Kathir, tokoh dalam ilmu hadis dan sejarah; Zayn al-Din Ibn Rajab al-Hanbali (seorang tokoh dalam Mazhab Hanbali) dan Ibn Hajar al-‘Asqalani (tokoh hadis terkemuka).

Menurut Ibn Kathir, Ibn Qayyim Al-Jawziyyah merupakan orang yang kuat beribadah. Peribadinya yang disukai oleh orang ramai pada waktu itu.

Ibn Khatir menulis: “Aku tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadah seperti Ibn Qayyim. Sembahyangnya begitu lama. Beliau memanjangkan rukuknya dan juga sujudnya.”

Meskipun menguasai pelbagai disiplin ilmu, namun pemikiran ekonomi gagasan Ibn Qayyim begitu masyhur dengannya. Beliau antara tokoh penting dalam ekonomi zakat.

Menurut pandangannya, fungsi zakat adalah untuk membangunkan kualiti kebaikan, persaudaraan dan kebajikan. Maka dengan alasan yang dikemukakan itu, kadar khusus zakat ditetapkan ke atas setiap jenis harta kekayaan dan barang-barang yang boleh memberikan pulangan.

Ibn Qayyim juga membincangkan tentang persoalan riba yang menjadi teras dalam amalan perbankan dan kewangan konvensional dengan memetik ayat 276 dalam Surah al-Baqarah.

Beliau turut melarang semua jenis riba kerana boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan menghilangkan perasaan ihsan.

Ketokohannya semakin terserlah apabila beliau menganjurkan supaya kerajaan campur tangan dalam pemilikan harta kekayaan oleh individu jika mereka menggunakannya untuk jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat.

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah turut menjelaskan tentang nilai-nilai etika yang baik yang seharusnya diamalkan oleh orang Islam dalam kegiatan ekonomi. Antara nilai yang diketengahkan adalah kepatuhan kepada ALLAH, ketaatan kepada agama, sifat baik, jujur dan benar.Dirinya juga tidak mensia-siakan ilmunya begitu sahaja. Beliau menjilidkan sebanyak 66 buah kitab dalam pelbagai bidang penulisan berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Dr ‘Iwwad Allah Jad Hijazi.

 Antara kitab hadisnya yang masyhur ialah Tahdid al-Sunan oleh Abu Dawud dan al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib. Dalam bidang fiqh dan usul fiqh, beliau menyumbangkan kitab seperti I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin dan al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyysah al-Shar’iyyah serta banyak lagi.

Menurut riwayat yang masyhur, Ibn Qayyim Al-Jawziyyah meninggal dunia pada tahun 751 Hijrah bersamaan 1350 Masihi di tempat kelahirannya.

Memang tidak boleh disangkal, kehebatannya selaku tokoh pemikir dan ulama terkenal. Semua pandangan beliau dalam bidang ekonomi seperti pasaran, kawalan harga, nisbah dan sebagainya sebenarnya telah dikemukakan terlebih dahulu sebelum teori-teori ekonomi lain yang dicetuskan para sarjana Barat seperti Adam Smith dan Alfred Marshal.

Segala teori yang dikemukakan beliau masih lagi relevan hingga ke hari ini.


Benarkah Bahtera Nabi Nuh ada di Turki?

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang barakah...semoga Allah berikan perlindungan untuk kita sepanjang hari ini insyallah... 

Sejak Hagia Sofia diistiharkan menjadi masjid semula saya rasa hati saya sangat dekat dengan Turki. Setiap kali melihat gambar2 masjid di sana, mendengar berita atau apa2 penulisan berkenaan Turki hati saya akan tersentuh. Kadang2 terasa terharu sehingga mengalir air mata. Masyallah, moga Allah kurniakan peluang untuk saya berada di Turki, menjelajah ke setiap pelusuk negaranya, solat sunat di setiap masjidnya dan yang paling penting menziarahi makam2 pejuang Islam yang telah membentuk Islam di nusantara, insyallah.

Baru-baru ini saya ada ternampak satu video di Youtube yang menceritakan berkenaan Nabi Nuh. Daripada video itu minat saya berkembang untuk mengetahui lebih dalam berkenaan Nabi Allah Nuh. Di mana asal usulnya, siapa keluarganya, di mana beliau membina kapalnya, ke mana hala kapal tersebut, di mana ia berlabuh dan banyak lagi. Perkongsian hari ini agak Panjang. Saya banyak ambik dari sumber2 bacaan saya yang saya harapkan ianya adalah tepat dan boleh digunakan untuk meluskan ilmu pengetahuan kita semua berkenaan nabi-nabi yang terdahulu.

Mengikut Islam, kisah bahtera Nabi Nuh difirmankan Allah SWT menerusi ayat ke-64 surah al-A'raf dalam al-Quran yang bermaksud: 

"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)."

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/04/47879/siri-misteri-di-mana-lokasi-bahtera-nabi-nuh

Hal ini disebabkan kisah benar membabitkan malapetaka hukuman Tuhan dan pembinaan kapal agam itu diceritakan dalam kitab tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Mengikut Islam, kisah bahtera Nabi Nuh difirmankan Allah SWT menerusi ayat ke-64 surah al-A'raf dalam al-Quran yang bermaksud: "Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)."

Rentetan kisah itu bermula apabila kaum Nabi Nuh enggan mengesakan Allah SWT walaupun Tuhan memberikan mereka pelbagai nikmat.

Nabi Nuh berdakwah siang dan malam tetapi kaumnya enggan mengikuti ajaran Baginda, malah sanggup memperlekeh dan mencabar Allah mendatangkan azab buat mereka.Umat Nuh kufur

Keangkuhan dan kekufuran umat Nabi Nuh menyebabkan Allah akhirnya memerintahkan rasul itu membina kapal besar di kawasan tinggi yang jauh dari laut sehingga kaumnya menuduh Baginda gila.

Allah kemudian menurunkan hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir paling besar dan menenggelamkan serta mengorbankan umat ingkar. Pengikut Nabi Nuh bagaimanapun terselamat kerana menaiki bahtera.

Bala Tuhan itu difirmankan dalam ayat 25, surah Nuh yang bermaksud: "Disebabkan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong bagi mereka selain Allah."

Selepas beberapa lama, banjir surut dan kapal itu berlabuh di satu kawasan, seterusnya bermulalah misteri dalam kalangan pengkaji dalam mencari lokasi bahtera itu tersadai sehingga kini.

Pengkaji Barat menggambarkan bahtera Nabi Nuh berbentuk seakan-akan kotak dengan panjangnya kira-kira 137 meter, 30 meter lebar dan 14 meter tinggi. Mereka juga menganggarkan banjir besar itu berakhir lebih 4,000 tahun lalu.

Mengenai lokasi kapal itu berlabuh, penyelidik Barat merujuk terjemahan Injil yang menyatakan bahtera Nabi Nuh terdampar di Banjaran Ararat antara Turki dan Armenia.

Ekspedisi pencarian

Dengan petunjuk itu, maka ekspedisi pencarian dijalankan sejak ratusan tahun lalu bagi mencari kembali bahtera agung itu untuk dipertontonkan kepada masyarakat moden.

Laman informasi Wikipedia menyenaraikan siri ekspedisi dan dakwaan penemuan lokasi bahtera di Ararat. Antaranya pada 1829, pendaki terkemuka, Dr Friedrich Parrot, menulis dalam jurnalnya `Journey to Ararat' bahawa: "Penduduk Armenia amat yakin bahtera Nabi Nuh berada di puncak Ararat dan bagi menjaga rahsia kewujudannya, tiada manusia dibenarkan menghampiri kawasan itu."

Pada tahun 1883, beberapa pihak termasuk British Prophetic Messenger melaporkan petugas Suruhanjaya Turki yang menyiasat kejadian salji runtuh di Ararat berjaya melihat bahtera itu.

Terdapat juga dakwaan Maharaja Russia, Tsar Nicholas II, menghantar 150 pakar pelbagai bidang untuk mencari bahtera itu di Ararat sekitar 1916 hingga 1918.

Bagaimanapun, laporan ekspedisi tidak sempat dikemukakan kerana Perang Bolshevik meletus di Russia.Terbenam dalam salji

Pertengahan tahun 2004, sekumpulan saintis bersama ahli perniagaan, Daniel McGivern, menyatakan mereka menemui objek yang mempunyai ciri bahtera Nabi Nuh terbenam dalam salji di puncak Ararat.

Cuaca panas tahun itu menyebabkan salji cair dan membolehkan satelit merakamkan gambar berkenaan yang diyakini McGivern bahawa imej itu adalah bahtera Nabi Nuh.

Malangnya, ekspedisi mencari tidak dapat diteruskan apabila gagal mendapat kebenaran kerajaan Turki berikutan kawasan itu amat bahaya dan berada dalam zon perang.

Pada tahun 2007, ekspedisi pertubuhan Noah's Ark Ministries International (NAMI) mendakwa menemui `gua aneh' berdinding kayu di Ararat. Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan mereka sudah menjumpai bahtera itu dan masuk ke dalamnya.

Mereka juga mendakwa ujian karbon menganggarkan kayu dinding gua itu berusia kira-kira 4,800 tahun. Lokasi itu bagaimanapun dirahsiakan sehingga kini.

Walaupun ramai percaya banjaran Ararat menjadi tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh, malah banyak ekspedisi dilakukan ke sana sejak ratusan tahun lalu, hakikatnya tiada bukti kukuh didedahkan untuk mengesahkan dakwaan itu.

Bukit Judi

Berbanding Kristian, umat Islam mengimani ayat ke-44, surah Hud yang jelas menyatakan bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi.

Bagaimanapun, sehingga kini, lokasi sebenar Bukit Judi masih diperdebatkan. Dalam tafsir Ibnu Kathir, dinyatakan Bukit Judi terletak di wilayah Al-Jazirah atau barat laut Mesopotamia. Pengkaji, Muhammad Isa Dawud pula menyatakan Bukit Judi terletak di Bhutan.

Terdapat juga kawasan lain turut dikaitkan sebagai lokasi tersembunyinya bahtera Nabi Nuh antaranya Durupinar di utara sempadan Iran, Gunung Alborz di Iran dan di Yaman.


SAJAK BUAT PASUKAN "FRONLINER" KKM

 


berkorban apa sahaja

harta ataupun nyawa

itulah pujangga rawa menitip di hati melekat di jiwa

dialun gelombang rasa

bagai menari bersama ombak derita

berkocak riang entah mana hujungnya

 

Mentari pagi hilang seri

Bahangnya enggan menyentuh hati

Ke mana pergi tidakkan dicari

Ke hujung dunia mungkin pasti

Manakan dapat dicari-cari

Mentari berlalu pergi

Akankah datang kembali mengetuk pintu hari

 

Sinar mentari yang dicari

Hanya bulan kunjung kembali

Membawa sinar di hujung hati

Mungkinkah sinarnya kan gagah lagi

Apakah ada ganti

Mentari yangku cari

Jangan sembunyikan diri

 

Rindu pada mentari

Mengikat kasih sejati

Rindu pada purnama

Tersisih seolah mati.


Semoga Allah permudahkan urusan para fronliner...Allah sahajalah yang dapat membalas jasa anda semua...


Iswa Tonie,

Putrajaya.

12.10.2020


Akhirnya Rihanna Mohon Maaf Guna Lagu Doom Promisi Pakaian Dalam


Kecoh di Twitter dan Instagram 2 hari lepas pasal isu ni. Rihanna telah menggunakan lagu Doom (hari kiamat) yang dikatakan adalah hadis yang mengandungi perkataan Nabi Muhammad yang telah dibacakan oleh Ustaz Mishary bin Rashid Alafasy.

Pada hari yang sama, penulis lirik kepada muzik tersebut telah membuat hantaran permohonan maaf di akaun twitter miliknya.

Sementara penyanyi Rihanna sendiri hanya membuat permohonan maaf setelah teruk dikecam..2 hari selepas kejadian...

A post shared by Rihanna🔵 (@badgal__rihanna) on

Nampaknya Rihanna seolah-olah cuba bermain dengan sensitiviti agama Islam. Walaupun bahasanya nampak ikhlas tapi ini bukanlah kali pertama Rihanna membangkitkan kemarahan kaum Muslim. Sebelum ini, Rihanna pernah teruk dikecam akibat memakai pakaian yang menjolok mata semasa melawat Masjid. 

 

Cara Daftar Geran Khas Prihatin 2.0 di gkp.hasil.gov.my


Salam #kitajagakita...

Jika anda seorang peniaga kecil yang mempunyai pendapatan kurang daripada 300 ribu, anda layak untuk memohon bantuan Geran Khas Prihatin (GKP). Peniaga yang layak telahpun diberikan bantuan yang sama melalui skim GKP 1.0 dan terima duit bantuan pada bulan Mei 2020 yang lalu. Jika anda antara orang yang terlepas daripada senarai pada skim 1.0 atau baru sahaja mendaftarkan peniagaan selewat-lewatnya pada 31.8.2020, makan anda layak untuk memohon pada skim 2.0 ini. Sebelum itu, pastikan anda mendaftar di gkp.hasil.gov.my atau layari website tersebut untuk buat semakan.

Cara daftar GKP 2.0

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar GKP 2.0:

  1. Layari pautan Log Masuk GKP 2.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Anda akan berada di paparan Log Masuk GKP
  3. Masukkan ID Pengguna, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda (Nombor Kad Pengenalan baru yang mempunyai 12-digit tanpa sempang)
  4. Tekan butang Semak
  5. Sekiranya anda memang belum pernah mendaftar GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini:
    • ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
  6. Klik pautan Daftar Akaun seperti yang dipaparkan
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  8. Tekan butang Cari
  9. Akan keluar paparan ini:
    • Untuk teruskan proses semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
  10. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  11. Tekan butang Semak

Proses daftar GKP 2.0 anda kini sudah selesai. 

Untuk membuat permohonan, anda boleh baca arahan dan panduan selanjutnya seperti di paparan skrin. Sebagai rujukan, pastikan salinan sijil pendaftaran perniagaan ada bersama anda.

 Syarat pendaftaran GPK 2.0

Bantuan Geran Khas Prihatin (GPK 2.0) ini adalah untuk usahawan dan peniaga-peniaga kecil yang tidak dapat bantuan GPK 1.0 sebelum ini.

Dengan peruntukan sebanyak RM600 juta, dianggarkan bahawa sekitar 200,000 PKS Mikro akan menerima bantuan ini.

Kriteria kelayakan utama untuk daftar GKP 2.0 adalah seperti berikut:

  • Tidak dapat bantuan GKP 1.0
  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan masih lagi aktif dijalankan
  • Jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak boleh lebih empat (4) orang
  • Jumlah pekerja tidak termasuk pemilik
  • Pemohon wajib memenuhi definisi PKS Mikro
  • Pemohon wajib berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSH sehingga 31 Ogos 2020

"Tiap Detik Kehidupan Seorang Manusia Terakam Di Dalam Rakaman Lauh MahfuzNya"


Kita biasa mendengar orang berkata " sudah ajalnya".."sudah ditakdirkan" dan apabila berkaitan dengan jodoh pula orang akan bercakap "sudah tertulid di luh mahfuz".. pernahkah anda semua kaji apakah yang dimaksudkan takdir, qada' dan qadar dan kaitannya dengan kejadian-kejadian yang berlaku di dalam perjalanan hidup ini.

Saya terjumpa kata -kata ini hari ini ""Tiap Detik Kehidupan Seorang Manusia Terakam Di Dalam Rakaman Lauh MahfuzNya" dan ia menjentik hati saya untuk mentelaah bersama-sama dengannya.

Hasil carian di twitter, saya terjumpa pula dengan kata-kata berharga ini :

 Dah tertulis di Luh Mahfuz setiap langkah perjalanan hidup kita.

Indahnyalah kan kehidupan ini. Allah telah tuliskan perjalanan kehidupan kita terdahulu sebelum ianya berlaku. Maka oleh kerana itulah Ustaz Mohd Amin dalam mengulas berkenaan perkara berkaitan Luh Mahfuz menasihatkan agar kita umat Muhammad sentiasa berdoa agar perjalanan kehidupan kita akan menjadi lebih cantik dan teratur. Dalam memetik kata-kata beliau menekankan orang yang paling sibuk dalam menentukan perjalanan hidup kita adalah para malaikat. Para malaikatlah yang akan memastikan kesemua ketentuan berjalan seperti diarahkan dan ditulis di Luh Mahfuz. Siapalah kita untuk menidakkan qada' dan qadar' Allah. Namun begitu, Ustaz sarankan, hanya dengan berdoa dan berdoa yang akan dapat menahan perjalanan yang tidak baik daripada mendatangi kita. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Dia hanya katakan jadi, maka jadilah.

Teringat saya kawan-kawan yang Allah hadirkan dalam kehidupan ini. Saya bersyukur Allah temukan semua yang baik-baik belaka. Daripada zaman belajar semasa di Diploma dahulu, zaman belajar di UKM, bekerja dari satu ofis ke satu ofis, semuanya baik-baik. Yang paling penting, semuanya hadir dan memberikan saya pengajaran yang berharga. Syukur Ya Allah, dan terima kasih rakan-rakanku semua. Kamu hadir dan sangat bermakna. Jangan risau takat mana kamu berikan pelajaran kepada saya. Kerana yang menilai dan menitip ilmu dari kamu adalah saya dan perbuatan kamu kepada orang lain juga sungguh memberikan saya pengajaran juga. Jangan ingat hanya direct ilmu sahaja yang berharga ya. 

Baru nak bersungguh menaip tapi nampaknya kena stop dulu. Sudah masanya untuk berjumpa dengan amanah Allah yang sudah habis waktu sekolahnya. Insyallah saya akan sambung nanti..mungkin malam ini. Seronok pula menaip sambil mengimbau kenangan lama, rakan-rakan... really miss u all..


-Iswa tonie-

 

Layan Lagu Lama Bryan Adams - Heaven

Hello Oktober...

Hari khamis yang agak membosankan..banyak keja tak siap lagi..kepala pun dah pusing. Balik nanti mesti penat dan pening lagi..macam biasalah..harapnya dapatlah finalisekan draf opinion nan satu ini.. very tricky yet interesting study and research... banyak study kepala pun bengong...heheh

Pinjam masa 5 minit carik lirik lagu ni.. Sambil layan lagu dekat applemusic..sambil baca akta..layan jek...

Dah lama tak layan lagu2 cinta..berfeeling sambil buat keje..tak penah dibuat dek orang..hahah .. Tak taulah apa angin hari ni...terfeeling bila dengar lagu ni...

Nota: lagu ni tak berkaitan kepada sesiapa yang masih hidup atau yang sudahpun tiada..cuma lagu di saat kebosanan melanda...

Dah jom sambung mentelaah buat research sikit lagi. Esok dah jumaat. Sekali lagi...harap bolehlah finalisekan opinion nan hado ini esok..insyallah...

Sapa suka lagu ni PM tepi heehhe..

 Lirik Lagu : Heaven by Bryan Adams

Oh, thinkin' about all our younger years
There was only you and me
We were young and wild and free
Now nothing can take you away from me
We've been down that road before
But that's over now
You keep me comin' back for more
Baby, you're all that I want
When you're lyin' here in my arms
I'm findin' it hard to believe
We're in heaven
And love is all that I need
And I found it there in your heart
Isn't too hard to see
We're in heaven
Oh, once in your life you find someone
Who will turn your world around
Bring you up when you're feelin' down
Yeah, nothing could change what you mean to me
Oh, there's lots that I could say
But just hold me now
'Cause our love will light the way
And baby, you're all that I want
When you're lyin' here in my arms
I'm findin' it hard to


Putrajaya, Malaysia

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...