Baju Raya #Pilihlalu 2020


Assalamualaikum…Salam 26 Ramadan 1441H

Cepat betul masa berlalu. Pejam celik hari ni dah masuk 26 hari umat Islam berpuasa. Anak-anak gembira sungguh tak sabar nak beraya walaupun tahu diaorang tahu baju raya tak beli lagi.

Masuk hari ke-26 badan dah makin lemah. Lebih2 lagi menuju ke Asar dan maghrib. Dahaga dan lapar masyallah. Bila sampai waktu berbuka pula, badan makin malas nak ke dapor. Startlah belek2 grabfood. Dah masuk 26 ramadan ni hampir semua makanan dah order dari Grabfood. Tengok rekod masyallah aku belanja tak ingat dunia…kopak.
Raya kali ni serious lain daripada raya tahun-tahun lalu. Tahun lepas dan tahun lepas pun biasanya time-time macam ni kami sekeluarga dah siap dah dengan baju raya, dengan order kuih dan mungkin jg dah siap buat kek lapis sendiri. Yang paling best time2 macam ni kami sekeluarga dah balik kampung nun di Sarawak. Raya di kampung jugak yang paling best.

Walaupun begitu raya tetap rayalah kan walau di mana kita berada. Nak2 pula kita beraya bersama keluarga. Tak kisahlah tak cukup kuota asalkan tak raya sorang2. Kita corakkan hari raya kita nak jadi macam mana sebenarnya. Nak meriah, buatlah aktiviti baru.Contohnya kalau sebelum ni raya sorang, tahun ni cariklah kawan atau pasangan ajaklah beraya sekali. Kalau sebelum ni raya beramai ramai tak cukup tanah dan inginkan privasi, pagi2 raya tu lepas solat raya tu pergi tdo balik dan bangun waktu petang. Insyallah, raya pertama akan berlalu dengan penuh keprivasian. Tepuk dada tanyalah selera.

Bermula 14 Mei 2020 Kerajaan dah longgarkan PKP kepada PKPB. Walaupun ramai manusia dah boleh keluar carik keperluan raya especially baju raya, namun kanak-kanak masih tidak digalakkan untuk keluar. Warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak adalah 3 golongan yang tidak digalakkan untuk berada di kalangan warga yang mungkin membawa gejala.Kalau di Putrajaya ni rasanya semua patuh pada arahan Kerajaan ni. Adalah sorang 2 yang mungkin terbawak anak/anak2 ke kedai. Tapi, sebenarnya baik tak payah bawak sebab bukannya dieorang boleh masuk kedai/mall pun. Kalau bawak tak boleh masuk kan dah menyusahkan diri sendiri. Anak terpaksa duduk di luar sementara mak ayah membeli belah. Aishh!

Minggu lepas saya dan suami ke Shah Alam dengan harapan dapatlah membeli baju raya untuk kami sekeluarga. Pusing-pusing tak banyak baju yang berkenan di hati. Bila terjumpa, tak boleh cuba pula. Konsepnya samalah seperti kita pandu lalu di McDonald, pesan -bayar- collect order. Bab baju ni konsepnya pilih-bayar-collect baju. Simple but not easy di hati heheh.

Berbalik kepada kisah kami berdua yang berhasrat nak bershoping baju raya, baju tak jumpa dan sudahnya kami berdua balik rumah dengan tak beli apa2pun. Selalunya, time rayalah kami berbelanja. Time nielah kami bershopping sakan. Tukar baju tidur, tukar underwear, tukar baju siang/jalan dan of course baju raya. Pokoknya, kami akan membeli pada musim raya, ganti sepersalinan semata-mata nak kejar diskaun waktu raya. Kadang-kadang adalah juga tambah2 masa diskaun raya cina atau krismas tapi biasanya memang kami akan berbelanja waktu raya. Bayangkan kali ni nak bershoping tapi orangnya tak boleh nak try.

Kadang-kadang baju ni, tak kisahlah baju jalan atau baju raya sedap aje mata memandang, kain pun dah rasa2 tu pun memang kain sejuk sedap di badan. Tapi selalunya, yang sedap di pandangan tidak semestinya sedap dipakai. Oleh sebab itulah makanya baju perlu dicuba terlebih dulu. Kalau baju jalan2 pun nak kene selesa, baju raya lagilah kan. Nak dipakai beraya kot.

Masalah ni bkn masalah saya seorang. Ini masalah ummah heheh. Saya tak pasti kalau ada yang dah membeli dan bila di cuba tidak pula sesuai dan sedap di badan. Ramai yang saya tanya katakan tidak membeli baju raya. Bagi saya, saya tunggu sabtu nanti. Insyallah kalau jumpa saya akan beli. Kalau tak, saya beli untuk anak2 ajelaa…harap jumpa yang saya rasa confident untuk beli. Itu penting. Confident comes first. Price comes before the 1st one. Heheh.
Gambar shopping raya tahun 2019. Klik SINI untuk baca lanjut.

Insyallah nanti saya share baju raya kami tahun ni. Sama ada berganti baru atau recycle, tunggu posting raya saya nanti.
Usai berbuka petang nanti, kita akan melangkah masuk ke 27 Ramadan 1441H. Ada sesuatu yang saya ingin kongsikan. Jangan lupa klik di SINI dan baca posting ni hari ini juga taw.

Till then, Salam dan semoga Allah terima amalan puasa kita semua, insyallah.









Resepi Biskut Florentine | Bakar Dengan AirFryer



Salam 9 Ramadan 1441H/Sabtu/2 Mei 2020/ PKP Hari ke-44.

Pejam celik pejam celik ramadan sudah masuk hari ke-10. Rasanya baru semalam berpuasa. Dalam keadaan kita berPKP ini masa cepat betul berlalu. Benarlah orang kata masa itu emas. Malah Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran sememangnya terlebih dahulu mengingatkan kita tentang masa :


”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan  dengan sabar.” (Surah 103:Al ‘Asr “Time”)

 

 Imam Asy Syafi’i rahimahullah akhirnya mengungkapkan pendapatnya :

 

”Seandainya setiap manusia merenungkan surat ini, niscaya hal itu akan mencukupi untuk mereka.” (Tafsir Ibnu Katsir 8/499)

 

Selanjutnya dari pendapat Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata:

 

 ”Maksud perkataan Imam Syafi’i adalah surat ini telah cukup bagi manusia untuk mendorong mereka agar memegang teguh agama Allah dengan beriman, beramal sholih, berdakwah kepada Allah, dan bersabar atas semua itu. Beliau tidak bermaksud bahwa manusia cukup merenungkan surat ini tanpa mengamalkan seluruh syari’at. Karena seorang yang berakal apabila mendengar atau membaca surat ini, maka ia pasti akan berusaha untuk membebaskan dirinya dari kerugian dengan cara menghiasi diri dengan empat kriteria yang tersebut dalam surat ini, yaitu beriman, beramal shalih, saling menasehati agar menegakkan kebenaran (berdakwah) dan saling menasehati agar bersabar.” (Syarh Tsalatsatul Ushul)

 

Jomlah kita sama-sama memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin dengan mengamalkan prinsip 5 perkara sebelum 5 perkara.

 

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

 

Semoga kita tergolong di dalam golongan yang selalu menghargai masa. Insyaallah.

Saya akan teruskan dengan perkongsian resepi Biskut Florentine.

Biskut ni sangat crunchy dan sedap ada rasa manis dan bahan2nya pulak memang jajan kekacang semua memang best untuk kunyah2. Kalau beli sebalang memang tak cukup. Nak pulak harganya mahal di luar. So apa kata kita buat sendiri dan  makan puas2 di waktu PKP ni. Boleh juga buat untuk persediaan raya.

Cara membuatnya senang sahaja. Bagi adik2 yang baru nak belaja membiskut dan nak buat biskut yang paling mudah dan ringkas tapi sedap guling2 inilah biskutnya dik. Salin dan jangan lupe share selepas membuatnya ok. Kita share pengalaman.

 Ok ini bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan-Bahan :

1. 250gm Tepung florentine 

2. 250gm almond flakes

3. 100gm kuaci labu

4. 100gm sunflower seed

5. 2 sudu besar black sesame

 

Cara Membuat :

1. Bakar semua bahan bil 2,3,4 selama 3minit suhu 160/3mt



2. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas dan gaul rata. 


3. Masukkan 1 sudu rata bahan yang telah digaul td dalam setiap paper cup.


4. Jangan letak banyak kalau x nanti biskut akan jadi tebal dan agak keras bila nak kunyah.

5. Bakar dalam AF (Airfyer) suhu 160/7mt.

6. Sejukkan dulu sebelum keluarkan dari paper cup dgn cara tolak perlahan2 dari bawah paper cup tadi.

 

         FB : Renie Kasriana Kaman


Bagi pembaca atau adik2 yang tak ada airfryer di rumah janganlah risau. Boleh guna oven dengan cara masukkan semua bahan ke dalam loyang (nipis2) dan bakar di dalam oven pada suhu 160c.

Kalau takada oven pulak, pembaca dan adik2 semua boleh guna magic pan. Masukkan semua bahan ke dalam loyang. Ratakan nipis supaya senang makan dan cepat masak. Masukkan loyang ke dalam magic pan dan tunggu masak. Magic pan lagi senang sebenarnya sebab just guna dapur gas. Mana2 yang sesuai dan convenient untuk semua.

Saya kongsikan di sini cara masak menggunakan magic pan yang dikongsikan oleh Pn Azlita Aziz di blog beliau : norazlitaaziz.blogspot.com.

https://norazlitaaziz.blogspot.com/2013/05/florentine-cookies-krunchy-karamel.html


Selamat mencuba semua. Jangan lupa kongsikan hasil masakan di ruangan komen di bawah ya.

Dan Selamat berpuasa…












 


RESEPI AYAM GOLEK HAJAH FATIMAH



Salam 8 Ramadan 1441H/Jumaat/1 Mei 2020/ PKP Hari ke-43

Selamat Hari Buruh untuk semua pekerja.

Selagi anda diberikan upah/gaji, anda berada di bawah kateria seorang pekerja dan selama anda bekerja dan menyumbangnya titik peluh anda maka anda telahpun memenuhi tuntutan atas diri sendiri.
Islam mewajibkan bahawa setiap orang yang berakal, baligh dan berkemampuan agar menafkahi diri sendiri untuk hidup. Ini berdalilkan sabda Rasulullah , daripada Jabir bin Abdillah RA:
ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا
Maksudnya: “Engkau mulakan nafkah itu dengan dirimu kemudian isterimu.”
           Riwayat Muslim (997)

Ok macam biasa saya aaya nak share resepi. Resepi hari ni adalah ayam golek Hajah Fatimah. Resepi ini dikongsikan oleh Kak Sarimah, officemate merangkap PA bos kami. Kak Sarimah ni jarang masak untuk ofis tapi sekali dia keluarkan skil masak beliau semua seakan-akan terpaku dan tak berhenti memuji. Paling kurang kena try air sirap bandung marvelles beliau atau air the Tarikh berliau yang umpph.. serius sedap sangat sampai nak tambah tanpa rasa segan silu dan tanpa ingat orang belakang.hahah

So resepi ni beliau kongsikan di FB dan saya salinkan semula di sini untuk rujukan saya sendiri dan untuk dikongsikan kepada pembaca semua agar pahala beliau berkembang dan menyeliputi alam, insyallah.

Ayam Golek Hjh Fatimah 

Bahan-bahan:
1 ekor ayam bulat
Cili kering kisar 5 sudu besar
4 biji bawang besar kisar
6 ulas bawang putih kisar
Halia 2 inci kisar
1 tin (sederhana) tomato puree
Santan 2 kotak kecil
Serai 4 btg diketuk
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar gula melaka (hancurkan)
1 sudu besar gula putih
2 sudu kecik garam (boleh tambah ikut rasa)
Bahan penumis - cengkih, kayu manis, biji pelaga, bunga lawang
Bawang goreng utk tabur atas ayam
Minyak utk tumis
Serbuk perasa (optional)

Cara Memasak :
1.Panaskan minyak dlm 1 senduk. Guna periuk besar yg bertutup yg muat untuk seekor ayam.
2.Tumis bahan penumis, masukkan bahan2 kisar, serai ketuk, goreng hingga wangi dan naik minyak.
3.Masukkan santan dan tambah air.
4.Masukkan garam, gula tomato puree, jintan2.
5.Dah mendidih, masukkan ayam.
6.Pastikan kuah melepasi separuh badan ayam (jgn sampai tenggelam pulak)sebab nanti kena balik2kan.
7.Tutup periuk dan biarkan masak dgn api sederhana.
8.Bila ayam dah masak dan kuah dah memekat, boleh tutup api.
9.Sediakan pinggan bersalad, letakkan ayam dan curahkan sikit kuah atasnya dan jangan lupa taburkan bawang goreng di atasnya.
10. Dah siap!

Selamat mencuba.

Kredit Resepi  : Kak Sarimah  (FB : Sarimah Yusof)

Pembaca yang dah cuba sudi2kanlah komen di bawah ye dan sekiranya pembaca ada tips dan juga resepi lain yang sewaktu dengannya, jom kongsikan di kotak komen di bawah. Semoga niat pembaca untuk berkongsi resepi mendapat kurniaan pahala, apatah lagi dibulan ramadan yang mulia ini, insyallah.

Sebenarnya banyak resepi yang ingin saya kongsikan. Resepi yang saya kumpul  untuk rujukan sendiri dan banyak dikongsikan di FB dan Instagram. Saya akan share dalam posting yang lain. Stay tune. Selamat berpuasa.

#resepi #resepimudah #resepisedap #masak #malaysia #kongsiresepi #malaysianfood #makan #sedap #covid #jommakan #resepibonda #food #viral #foodporn #sayajual #sukamakan #masakanmelayu #sedapsangat #kakimakan #makanan #instafood #stayathome #recipe #resepimemikatsuami #tipskurus #makanfree #diet #masaksendiri #bhfyp #malaysiafood #ramadhan #jomkurus #sayamasak #jjcm #mahn #cookwithlove #bazarpaknil #makananmelayu #homemade #raya #resep #sukamasak #menu #kurus #stayhome #kuihtradisional #delicious #ketukketukramadhan #dudukrumah #resepidiet #dietsihat #kuihraya #kekbatik #ctdk #foodstagram #biskutraya #kuruscepat #kitajagakita #dapurkaknis #jommakan  #resepibonda #food #viral #foodporn #sayajual #sukamakan #masakanmelayu #sedapsangat #kakimakan #makanan #instafood #stayathome #recipe #resepimemikatsuami #tipskurus #makanfree #diet #masaksendiri #foodie


Alhamdulillah Channel Youtube Dah Monetize





Salam 7 Ramadan/PKP Fasa 4 /PKP Hari ke …

Syukur alhamdulillah Allah panjangkan usia ke tahun 1441H dan dapat menunaikan ibadah puasa yang telahpun masuk hari ke 7 hari ini. Tahun 1441H/2020 nampaknya bakal meninggalkan banyak kesan di hati sanubari setiap insan dan umat manusia. Bukan sahaja kita diuji dengan wabak Covid-19 yang tidak kelihatan namun amat digeruni ini malah kita juga diuji dengan kesan daripada Covid-19 sama ada kepada diri, kepada kerjaya, kepada persekolahan anak-anak dan lain-lain kesannya. Namun di sebalik ujian Allah ini akan ada cahaya yang bakal menyinari, insyallah. Teringat saya pada satu posting di twitter pagi tadi yang berbunyi (lebih kurangla) … Jika Allah memberikan kita hadiah dalam bentuk masalah, maka ingatlah bahawa hadiah yang bakal kita peroleh adalah besar dan tinggi nilainya. Dalam maksudnya. Saya tafsirkan bahawa Allah menguji kita sama ada dalam bentuk kebaikan dan kemewahan, dan ada juga ujian dalam bentuk masalah. Namun daripada kedua-dua ujian akan ada balasan dan ganjaran. Dan bagi kita yang berjaya sabar, syukur dan “menikmati ujian dalam bentuk malasah tersebut”, janganlah risau. Ganjaran yang besar menanti di sana.

1 Ramadan 1441H di tahun 2020 ini jatuh pada Jumaat, 24 April 2020. Malamnya kami sekeluarga sempat bertarawih, minum malam dan tidur awal. Seperti tahun2 sebelumnya, kami sekeluarga akan revise semula doa berpuasa sebulan dan harian. Mungkin saya boleh kongsikan di sini sebagai rujukan akan datang.

 Niat Puasa Harian

Niat Puasa Sebulan


Bagi kami sekeluarga, tahun ini ada kelebihannya berbanding tahun-tahun yang lalu. Misalannya kami jarang berpuasan bersama-sama. Suami selalu keluar kawasan dan biasanya puasa saya dan 2 anak saya kami tempuh bertiga sahaja. Mungkin adalah hari-harinya yang kami akan bersahur bersama tapi semasa berbuka, hanya kami bertiga. Alhamdulillah Allah beri peluang kami berbuka, bersahur dan insyallah bertarawih bersama di tahun ini. Syukur alhamdulillah.

Kalau sebelum ni anak-anak berpuasa di sekolah, tahun ini mereka berpuasa di rumah. Dapatlah saya monitor mereka. Sekurang-kurangnya saya ada masa bersama mereka sepanjang masa mereka menahan lapar dan dahaga. Kalau kat sekolah curi2 minum sape tahu kan. Kat rumah kita bolehlah monitor sendiri. Tapi kalau boleh janganlah ada sifat curi2 minum ni …

Niat puasa dah hafal, tarawaih pun dah siap. Tiba waktu sahur. Alhamdulillah kami sahur dengan lauk apa ada sahaja. Lauk ayam dan sayur sikit. Buah dan kurma itu wajib.

Rezeki tidak pernah salah alamat. Sambil menikmati lauk sahur bersama suami dan anak-anak kami seperti biasa sembang-sembang kosong. Oh ya. Alhamdulillah tahun ini anak-anaknya Nampak bersemangat sungguh untuk bangun sahur. Kalau sebelum ni anak-anak liat dan susah nak makan. Kali ni semua bangun dengan pantas, makan berselera malah ada mood untuk sembang. Kita peratikan hari2 seterusnya adakah ini semangat ramadan baru atau baru ramadan.

Ok berbalik kepada masa bersembang kosong di waktu sahur, tangan saya macam gatal nak bukak emel. Pukul 5 pagi dan emel baru masuk mengejutkan saya. Tanpa sedar tiba2 saya menjerit gembira. Yess.. Channel Youtube saya akhirnya di monetisasi oleh pihak Youtube. Alhamdulillah. Nasib baik masa saya menjerit tu saya tak menyuap apa2 ke mulut. Kalau tak, memang nayalah suami yang duduk di depan saya tu. Heheh.

Semua orang, suami dan anak-anak mengucap syukur. Bukan apa, walaupun channel ini adalah channel sendiri tapi ia ibaratkan projek keluarga. Kami sama-sama berbincang tentang idea dan menunggu sehingga channel ini dimonetizekan. Kami tidak sabar untuk meraih hasild darippadanya.

Sekadar perkongsian, channel ini secara seriusnya saya update dan kemaskini pada bulan Oktober 2019. Kalai diikutkan ada beberapa video yang saya telah upload sebelum itu tapi uploas hanya untuk suka-suka.Tidak ada plan sama sekali untuk mengaut hasil daripada tontonan video tu. Tapi entah macam mana bulan Oktober 2019 di wall youtube saya kerap kali video yang mengkongsikan cara untuk buat duit dari youtube hadir dan singgah. Sekali saya biarkan aje. Masuk kali kedua dan seterusnya saya mula terpikir why not saya try untuk buat duit juga. Mana tahu boleh jadi sumber income kedua.

Bermula daripada itu saya mula mencari apps untuk membuat video, update video sedia ada dan habiskan sedikit masa untuk research jenis video yang saya rasa saya boleh buat. Setakat ini video saya di channel tu semuanya setakat yang termampu.

Sehingga posting ini disiarkan, saya tidak sempat lagi untuk update video baru. OTW katanya.

Untuk Youtuber Pemula/New Youtuber seperti saya atau seispa sahaja yang telah pasang niat untuk menjana income dari Youtuber saya nasihatkan jangan berhenti mencuba. Jadikan medan youtuber untuk share knowledge dan bukan semata-mata menjana income semata-mata sebab nak buat video ni bukan senang. Buat masa ni Youtuber perlukan new youtuber untuk memenuhi 2 syarat utama iaitu 1000 subscriber dan 4000 jam masa tontonan. Kalau video yang pembaca buat tu hits dan di share di soc media insyallah 4000 jam boleh dicapai dalam masa sebulan atau kurang daripada tu. Tapi kalau tak hit pun, jangan putus asa. Teruskan upload video. Yang penting jangan copy video orang lain. Kalau nak copy pastikan ia hanya 1% atau sedikit sahaja dan ada nilai2 review/react etc. Itu yang paling penting. Video2 lain yang ada hakcipta masih boleh diterima.


Akan ada sambungan.






Tanah Suci Akan Dibuka Semula |Sheikh Abdul Rahman As-Sudais




Ramai yang tersentuh apabila melihat Mekah dan Madinah sunyi daripada kesesakan manusia. Kawasan suci umat Islam ini kelihatan tidak seperti biasanya selepas Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah lockdown bagi mengawal penularan wabak Covid19.

6 Ramadan 1441H, Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter haramain.info mengumumkan kabaran gembira untuk umat Islam bahawa Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah  akan dibuka tidak lama lagi iaitu sebaik sahaja masalah penularan COVID-19 dapat ditangani.

Beliau sebelum itu menyaksikan pelancaran penggunaan kamera termal di pintu masuk Masjidil Haram.

 Menurutnya, dua masjid suci itu akan dibuka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Namun, tegasnya, pihaknya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam. "Kami tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci itu kerana semua langkah yang diambil adalah untuk kebaikan kita.

“Saya membawakan perkabaran gembira untuk keseluruhan umat islam bahawa keadaan akan kembali normal tidak lama lagi di dua Masjid Suci  (Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah).
Dua Masjid suci tersebut akan di buka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Pada masa yang sama kami tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam.
Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.
 Semoga Allah melindungi mereka,"

Pemasangan termal adalah salah satu langkah yang dijalankan bagi menambah baik pencegahan penularan wabak di tanah suci. Sejak awal ramadan,  pemeriksaan suhu badan dan penjarakan social telah diamalkan semasa solat. 

“Setakat Ini Sahaja” | Ebit Lew



“Setakat Ini Sahaja” | Ebit Lew

Salam 5 Ramadhan 1441H. Semoga Allah rahmati saya dan pembaca semua di bulan yang mulia ini. Semoga Allah juga berikan kemudahan bagi kita semua menunaikan ibadah puasa dan memudahkan kita dalam menjalani ibadah2 lainnya, insyallah.

 Saya pernah berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew di sebuah Shopping Mall di KL tahun lepas. Pada masa tu kita masih bercuti Tahun Baru Cina dan ramai orang kat Mall pada masa tu. Saya tak tahu dalam ramai2 orang tu saya terperasan ade seseorang sedang melihat ke arah saya. Bila ditoleh rupanya ustaz Ebit Lew.

Saya kenal ustaz ni sebab beliau lantang berkenaan isu LGBT. Pendekatan/approach yang beliau gunakan berbeza dari ustaz2 yang lain. Jangan salah tafsir ye. Saya bukan maksudkan berbeza maka pendekatan beliau bagus. Tidak. Yang saya maksudkan adalah pendekatan beliau lain dari kebiasaan. Beliau beri ceramah dan pada masa yang sama turut turun padang dan berjumpa dengan “masalah”.

 Suatu masa dulu beliau pernah interview Shafiey Alias selepas insaf kali pertama. Beliau juga turun padang dan berjumpa dengan anak2 muda yang banyak menghabiskam masa di luar. Terkini, beliau di lihat aktif semasa tempoh PKP ini dengan program bantuan kemasyarakatan. 

Menerusi laman FB dan Youtube beliau dilihat kerap muat turun (upload) aktiviti yang beliau lakukan bersama team beliau. Bagi pembaca yang mengikuti perkembangan program beliau sudah pasti tahu dari awal PKP lagi beliau sudah mulakan langkah menghantar bantuan kemasyarakatan sama ada kepada frontliner mahupun masyarakat yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan tatkala negara di ambang PKP ini.

Terbaru telah viral kisah Ustaz Ebit ini membantu sebuah keluarga daif di Alor Setar yang dikatakan duduk bersama anak dan cucu-cucunya yang tidak bersekolah di sebuah rumah yang sangat daif. Walaupun bentuknya seperti rumah namun keadaan dalam dan luarnya lebih mirip kepada tempat permbuangan sampah,  tempatnya kotor dan busuk, kata Ustaz Ebit Lew.

Keluarga ini telah menetap di rumah tersebut sejak 15 tahun yang lepas di atas tanah orang lain. Namun apa yang ingin saya kongsikan bukanlah fakta tentang keluarga berkenaan. Syukur isu berkenaan keluarga ini telahpun semakin padam di social media. Ini mungkin disebabkan keputusan yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew setelah dipanggil ke Bukit Aman.

 

                 

 Keputusan ini dipaparkan di FB milik ustaz kesayangan ramai ini. Kata-kata luahan daripada beliau :

“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat. 

Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.

Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

 Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. 

Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.”

Semua orang terkesan dengan Covid19 baik pekebun, petani, nelayan, pelajar, penjawat awam, pekerja swasta sehinggalah kepada setinggi-tinggi jawatan yang dipegang. Malahan kesan kepada wabak ini merebak kepada hamper seluruh negara di dunia ini. Ramai yang meratapi nasib, terutamanya pekerja swasta yang kehilangan kerja dan ada yang dikurangkan gajinya. Namun apa daya kita, yang baik adalah daripada Allah swt, yang buruk adalah daripada kekurangan diri kita sendiri. WALLAHU A'LAM. 


Semoga Allah berikan kekuatan kepada Ustaz Ebit Lew untuk teruskan usaha beliau. Kita perlukan someone seperti beliau. Seorang yang sanggup mengeluarkan wang sendiri demi membantu umat yang lain, yang sanggup tinggalkan keluarga demi memastikan saudaranya tidak kelaparan, juga sanggup merendahkan diri dengan turun di jalanan untuk memanggil saudara islam kembali kepadaNya. Hanya orang yang terpilih sahaja mampu dan mempunyai kekuatan seperti beliau. 



Marhaban Ya Ramahan 1441H


Salam Semua..

Pada ramadan yang lepas (1140H) saya ada kongsikan hikmah malam2 ramadan yang kita habiskan dengan bertarawih. Jika anda belum baca boleh baca di link ini : Marhaban Ya Ramadan 1440H

PKP masuk hari yang ke-36 hari ini pada 1 Ramadan 1441H yang juga dikenali sebagi Saiyidus Syuhur iaitu bermaksud Penghulu Sekalian Bulan.
Sabda Rasullullah SAW:

“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan.”

Puasa Menghapuskan Dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَقُوْلُ: اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ إَذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ.
-أخرجه مسلم في صحيحه،كتاب الطهارة، باب الصلوات الخمس والجمعة إلى الجمعة ورمضان إلى رمضان مكفرات لما بينهن ما اجتنبت الكبائر، حديث رقم 233.

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Solat lima waktu, dari hari Jumaat ke jumaat  (berikutnya) dan Ramadhan ke Ramadhan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar."   (Hadits Riwayat Muslim, no.233, at-Tirmizi, no. 214)

Ramadan tahun 1441H sudah pasti banyak bezanya dengan ramadan tahun lepas. Dengan adanya proses PKP yang belum selesai, wabak yang masih belum ketemu vaksinnya, pesakit Covid-19 masih ramai yang berada dalam proses rawatan dan pemerhatian sehingga menyebabkan projek bazaar ramadhan di seluruh negara telah dibatalkan. Bukan itu sahaja, malah solat tarawih dan majlis berbuka puasa di masjid-masjid seperti lazimnya dibuat pada setiap ramadan juga tidak akan berlangsung pada tahun ini. Pembatalan majlis-majlis tersebut adalah bagi mengelakkan penularan wabak di kalangan manusia.

Walaupun begitu, janganlah kita pandang pada ruang yang sempit. Pandanglah pada keindahan dan hikmah yang Allah turunkan daripada keadaan dan situasi ini. Manfaatkan masa  yang ada untuk melakukan ibadah bersama keluarga umpamanya bersahur dan berbuka bersama, bertarawih dan bertadarus sambil berkongsi ilmu dan membetulkan kesalahan bacaan dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijadikan amalan harian di bulan puasa umpamanya menambahkan ilmu dan kajian tentang sirah dan hadis nabi. Tajuknya mungkin berat tapi apalah salahnya belajar sedikit demi sedikit. Jadikan ia satu aktivit mengulangkaji bersama anak-anak yang sememangnya belajar mengenai sirah nabi di sekolah.

Bagi para suami, inilah masanya untuk menjalankan tanggungjawab anda sebagai imam kepada keluarga anda terutamanya bagi suami yang jarang ada di rumah dan mempunyai anak-anak lelaki. Jadilah contoh mereka agar anak-anak tahu tugas dan beban yang akan mereka tanggung juga kelak. Bagi suami yang telah biasa menjadi imam kepada keluargnya, mungkin inilah masanya untuk lebih mengeratkan silaturahim yang telah terbina, insyallah. 

Allah adalah sebaik-baik pemberi.  Gunakan dan manfaatkan masa terluang dengan sebaiknya. SeandaiBulan Ramadan adalah bulan seribu hikmah bagi orang-orang yang menghargai setiap detiknya.

Jom kita semak semula kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Namun sebelum itu, saya kongsikan semula niat puasa di bulan Ramadan.

Niat Puasa

NIAT PUASA SEBULAN



NIAT PUASA HARIAN



Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Nama-nama tersebut ialah:
1.      Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan)
Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.
Rasulullah menegaskan bahawa:
 "Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan."
2.      Syahrul Syiam (Bulan Puasa)
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"
Madrasah Ramadhan selama sebulan adalah untuk mencapai sifat taqwa kepada Allah S.W.T. meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur syar'ei adalah berdosa dan menjadi kafir apabila menafikan kewajibannya. Nabi s.a.w telah bersabda:
"Pegangan Islam dan dasar-dasarnya adalah tiga perkara, sesiapa meninggalkan salah satu daripadanya maka ia adalah kafir iaitu penyaksian keesaan Allah, mendirikan solat dan puasa Ramadhan"(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan al-Dailami)
"Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah dapat diqadha' puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia melakukannya" (Hadis Riwayat Bukhari)
3.      Syahrul Quran (Bulan Quran)
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil"
Nabi s.a.w telah bersabda:
" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)
4.      Syahrul Sabr (Bulan Kesabaran)
Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar di dalam Al-Qur'an,
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas." (Surah az-Zumar:10)
Dalam hadis nabi pernah bersabda,
 "Seandainya seorang memaki engkau atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa'. (Sahih Al-Jami As-Saghir)
5.      Syahrul Rahmah (Bulan Kerahmatan)
6.      Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan)
Malam Lailatul Qadar
Malam Lailatul Qadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an. Malam ini lebih utama dari 1000 bulan. Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Rah.
“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni [‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”].”
— HR. Tirmidzi 

7.      Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka)
Nabi bersabda:
"Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan dari api neraka"
Termasuk dalam kemenangan ialah apabila umat Islam telah berjaya dan mencapai kemenangan yang besar dalam bulan Ramadhan. Antaranya ialah terakam dalam sejarah:
a.      Kemenangan di dalam Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan
b.     Dapat menawan Kota Makkah dari tangan kafir quraisy dan memasuki kota Makkah yang disebut sebagai Fathu al-Fakkah
8.      Syahrul Jud (Bulan Murah hati)
Nabi telah bersabda dalam hadisnya:
"Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya." (Hadis  Riwayat Tirmidzi)
9.      Syahrul Barakah (Bulan Keberkatan)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan ( dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya".

Sumber :

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...