Alhamdulillah Channel Youtube Dah Monetize





Salam 7 Ramadan/PKP Fasa 4 /PKP Hari ke …

Syukur alhamdulillah Allah panjangkan usia ke tahun 1441H dan dapat menunaikan ibadah puasa yang telahpun masuk hari ke 7 hari ini. Tahun 1441H/2020 nampaknya bakal meninggalkan banyak kesan di hati sanubari setiap insan dan umat manusia. Bukan sahaja kita diuji dengan wabak Covid-19 yang tidak kelihatan namun amat digeruni ini malah kita juga diuji dengan kesan daripada Covid-19 sama ada kepada diri, kepada kerjaya, kepada persekolahan anak-anak dan lain-lain kesannya. Namun di sebalik ujian Allah ini akan ada cahaya yang bakal menyinari, insyallah. Teringat saya pada satu posting di twitter pagi tadi yang berbunyi (lebih kurangla) … Jika Allah memberikan kita hadiah dalam bentuk masalah, maka ingatlah bahawa hadiah yang bakal kita peroleh adalah besar dan tinggi nilainya. Dalam maksudnya. Saya tafsirkan bahawa Allah menguji kita sama ada dalam bentuk kebaikan dan kemewahan, dan ada juga ujian dalam bentuk masalah. Namun daripada kedua-dua ujian akan ada balasan dan ganjaran. Dan bagi kita yang berjaya sabar, syukur dan “menikmati ujian dalam bentuk malasah tersebut”, janganlah risau. Ganjaran yang besar menanti di sana.

1 Ramadan 1441H di tahun 2020 ini jatuh pada Jumaat, 24 April 2020. Malamnya kami sekeluarga sempat bertarawih, minum malam dan tidur awal. Seperti tahun2 sebelumnya, kami sekeluarga akan revise semula doa berpuasa sebulan dan harian. Mungkin saya boleh kongsikan di sini sebagai rujukan akan datang.

 Niat Puasa Harian

Niat Puasa Sebulan


Bagi kami sekeluarga, tahun ini ada kelebihannya berbanding tahun-tahun yang lalu. Misalannya kami jarang berpuasan bersama-sama. Suami selalu keluar kawasan dan biasanya puasa saya dan 2 anak saya kami tempuh bertiga sahaja. Mungkin adalah hari-harinya yang kami akan bersahur bersama tapi semasa berbuka, hanya kami bertiga. Alhamdulillah Allah beri peluang kami berbuka, bersahur dan insyallah bertarawih bersama di tahun ini. Syukur alhamdulillah.

Kalau sebelum ni anak-anak berpuasa di sekolah, tahun ini mereka berpuasa di rumah. Dapatlah saya monitor mereka. Sekurang-kurangnya saya ada masa bersama mereka sepanjang masa mereka menahan lapar dan dahaga. Kalau kat sekolah curi2 minum sape tahu kan. Kat rumah kita bolehlah monitor sendiri. Tapi kalau boleh janganlah ada sifat curi2 minum ni …

Niat puasa dah hafal, tarawaih pun dah siap. Tiba waktu sahur. Alhamdulillah kami sahur dengan lauk apa ada sahaja. Lauk ayam dan sayur sikit. Buah dan kurma itu wajib.

Rezeki tidak pernah salah alamat. Sambil menikmati lauk sahur bersama suami dan anak-anak kami seperti biasa sembang-sembang kosong. Oh ya. Alhamdulillah tahun ini anak-anaknya Nampak bersemangat sungguh untuk bangun sahur. Kalau sebelum ni anak-anak liat dan susah nak makan. Kali ni semua bangun dengan pantas, makan berselera malah ada mood untuk sembang. Kita peratikan hari2 seterusnya adakah ini semangat ramadan baru atau baru ramadan.

Ok berbalik kepada masa bersembang kosong di waktu sahur, tangan saya macam gatal nak bukak emel. Pukul 5 pagi dan emel baru masuk mengejutkan saya. Tanpa sedar tiba2 saya menjerit gembira. Yess.. Channel Youtube saya akhirnya di monetisasi oleh pihak Youtube. Alhamdulillah. Nasib baik masa saya menjerit tu saya tak menyuap apa2 ke mulut. Kalau tak, memang nayalah suami yang duduk di depan saya tu. Heheh.

Semua orang, suami dan anak-anak mengucap syukur. Bukan apa, walaupun channel ini adalah channel sendiri tapi ia ibaratkan projek keluarga. Kami sama-sama berbincang tentang idea dan menunggu sehingga channel ini dimonetizekan. Kami tidak sabar untuk meraih hasild darippadanya.

Sekadar perkongsian, channel ini secara seriusnya saya update dan kemaskini pada bulan Oktober 2019. Kalai diikutkan ada beberapa video yang saya telah upload sebelum itu tapi uploas hanya untuk suka-suka.Tidak ada plan sama sekali untuk mengaut hasil daripada tontonan video tu. Tapi entah macam mana bulan Oktober 2019 di wall youtube saya kerap kali video yang mengkongsikan cara untuk buat duit dari youtube hadir dan singgah. Sekali saya biarkan aje. Masuk kali kedua dan seterusnya saya mula terpikir why not saya try untuk buat duit juga. Mana tahu boleh jadi sumber income kedua.

Bermula daripada itu saya mula mencari apps untuk membuat video, update video sedia ada dan habiskan sedikit masa untuk research jenis video yang saya rasa saya boleh buat. Setakat ini video saya di channel tu semuanya setakat yang termampu.

Sehingga posting ini disiarkan, saya tidak sempat lagi untuk update video baru. OTW katanya.

Untuk Youtuber Pemula/New Youtuber seperti saya atau seispa sahaja yang telah pasang niat untuk menjana income dari Youtuber saya nasihatkan jangan berhenti mencuba. Jadikan medan youtuber untuk share knowledge dan bukan semata-mata menjana income semata-mata sebab nak buat video ni bukan senang. Buat masa ni Youtuber perlukan new youtuber untuk memenuhi 2 syarat utama iaitu 1000 subscriber dan 4000 jam masa tontonan. Kalau video yang pembaca buat tu hits dan di share di soc media insyallah 4000 jam boleh dicapai dalam masa sebulan atau kurang daripada tu. Tapi kalau tak hit pun, jangan putus asa. Teruskan upload video. Yang penting jangan copy video orang lain. Kalau nak copy pastikan ia hanya 1% atau sedikit sahaja dan ada nilai2 review/react etc. Itu yang paling penting. Video2 lain yang ada hakcipta masih boleh diterima.


Akan ada sambungan.






Tanah Suci Akan Dibuka Semula |Sheikh Abdul Rahman As-Sudais




Ramai yang tersentuh apabila melihat Mekah dan Madinah sunyi daripada kesesakan manusia. Kawasan suci umat Islam ini kelihatan tidak seperti biasanya selepas Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah lockdown bagi mengawal penularan wabak Covid19.

6 Ramadan 1441H, Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter haramain.info mengumumkan kabaran gembira untuk umat Islam bahawa Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah  akan dibuka tidak lama lagi iaitu sebaik sahaja masalah penularan COVID-19 dapat ditangani.

Beliau sebelum itu menyaksikan pelancaran penggunaan kamera termal di pintu masuk Masjidil Haram.

 Menurutnya, dua masjid suci itu akan dibuka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Namun, tegasnya, pihaknya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam. "Kami tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci itu kerana semua langkah yang diambil adalah untuk kebaikan kita.

“Saya membawakan perkabaran gembira untuk keseluruhan umat islam bahawa keadaan akan kembali normal tidak lama lagi di dua Masjid Suci  (Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah).
Dua Masjid suci tersebut akan di buka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Pada masa yang sama kami tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam.
Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.
 Semoga Allah melindungi mereka,"

Pemasangan termal adalah salah satu langkah yang dijalankan bagi menambah baik pencegahan penularan wabak di tanah suci. Sejak awal ramadan,  pemeriksaan suhu badan dan penjarakan social telah diamalkan semasa solat. 

“Setakat Ini Sahaja” | Ebit Lew



“Setakat Ini Sahaja” | Ebit Lew

Salam 5 Ramadhan 1441H. Semoga Allah rahmati saya dan pembaca semua di bulan yang mulia ini. Semoga Allah juga berikan kemudahan bagi kita semua menunaikan ibadah puasa dan memudahkan kita dalam menjalani ibadah2 lainnya, insyallah.

 Saya pernah berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew di sebuah Shopping Mall di KL tahun lepas. Pada masa tu kita masih bercuti Tahun Baru Cina dan ramai orang kat Mall pada masa tu. Saya tak tahu dalam ramai2 orang tu saya terperasan ade seseorang sedang melihat ke arah saya. Bila ditoleh rupanya ustaz Ebit Lew.

Saya kenal ustaz ni sebab beliau lantang berkenaan isu LGBT. Pendekatan/approach yang beliau gunakan berbeza dari ustaz2 yang lain. Jangan salah tafsir ye. Saya bukan maksudkan berbeza maka pendekatan beliau bagus. Tidak. Yang saya maksudkan adalah pendekatan beliau lain dari kebiasaan. Beliau beri ceramah dan pada masa yang sama turut turun padang dan berjumpa dengan “masalah”.

 Suatu masa dulu beliau pernah interview Shafiey Alias selepas insaf kali pertama. Beliau juga turun padang dan berjumpa dengan anak2 muda yang banyak menghabiskam masa di luar. Terkini, beliau di lihat aktif semasa tempoh PKP ini dengan program bantuan kemasyarakatan. 

Menerusi laman FB dan Youtube beliau dilihat kerap muat turun (upload) aktiviti yang beliau lakukan bersama team beliau. Bagi pembaca yang mengikuti perkembangan program beliau sudah pasti tahu dari awal PKP lagi beliau sudah mulakan langkah menghantar bantuan kemasyarakatan sama ada kepada frontliner mahupun masyarakat yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan tatkala negara di ambang PKP ini.

Terbaru telah viral kisah Ustaz Ebit ini membantu sebuah keluarga daif di Alor Setar yang dikatakan duduk bersama anak dan cucu-cucunya yang tidak bersekolah di sebuah rumah yang sangat daif. Walaupun bentuknya seperti rumah namun keadaan dalam dan luarnya lebih mirip kepada tempat permbuangan sampah,  tempatnya kotor dan busuk, kata Ustaz Ebit Lew.

Keluarga ini telah menetap di rumah tersebut sejak 15 tahun yang lepas di atas tanah orang lain. Namun apa yang ingin saya kongsikan bukanlah fakta tentang keluarga berkenaan. Syukur isu berkenaan keluarga ini telahpun semakin padam di social media. Ini mungkin disebabkan keputusan yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew setelah dipanggil ke Bukit Aman.

 

                 

 Keputusan ini dipaparkan di FB milik ustaz kesayangan ramai ini. Kata-kata luahan daripada beliau :

“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat. 

Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.

Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

 Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. 

Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.”

Semua orang terkesan dengan Covid19 baik pekebun, petani, nelayan, pelajar, penjawat awam, pekerja swasta sehinggalah kepada setinggi-tinggi jawatan yang dipegang. Malahan kesan kepada wabak ini merebak kepada hamper seluruh negara di dunia ini. Ramai yang meratapi nasib, terutamanya pekerja swasta yang kehilangan kerja dan ada yang dikurangkan gajinya. Namun apa daya kita, yang baik adalah daripada Allah swt, yang buruk adalah daripada kekurangan diri kita sendiri. WALLAHU A'LAM. 


Semoga Allah berikan kekuatan kepada Ustaz Ebit Lew untuk teruskan usaha beliau. Kita perlukan someone seperti beliau. Seorang yang sanggup mengeluarkan wang sendiri demi membantu umat yang lain, yang sanggup tinggalkan keluarga demi memastikan saudaranya tidak kelaparan, juga sanggup merendahkan diri dengan turun di jalanan untuk memanggil saudara islam kembali kepadaNya. Hanya orang yang terpilih sahaja mampu dan mempunyai kekuatan seperti beliau. 



Marhaban Ya Ramahan 1441H


Salam Semua..

Pada ramadan yang lepas (1140H) saya ada kongsikan hikmah malam2 ramadan yang kita habiskan dengan bertarawih. Jika anda belum baca boleh baca di link ini : Marhaban Ya Ramadan 1440H

PKP masuk hari yang ke-36 hari ini pada 1 Ramadan 1441H yang juga dikenali sebagi Saiyidus Syuhur iaitu bermaksud Penghulu Sekalian Bulan.
Sabda Rasullullah SAW:

“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan.”

Puasa Menghapuskan Dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَقُوْلُ: اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ إَذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ.
-أخرجه مسلم في صحيحه،كتاب الطهارة، باب الصلوات الخمس والجمعة إلى الجمعة ورمضان إلى رمضان مكفرات لما بينهن ما اجتنبت الكبائر، حديث رقم 233.

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Solat lima waktu, dari hari Jumaat ke jumaat  (berikutnya) dan Ramadhan ke Ramadhan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar."   (Hadits Riwayat Muslim, no.233, at-Tirmizi, no. 214)

Ramadan tahun 1441H sudah pasti banyak bezanya dengan ramadan tahun lepas. Dengan adanya proses PKP yang belum selesai, wabak yang masih belum ketemu vaksinnya, pesakit Covid-19 masih ramai yang berada dalam proses rawatan dan pemerhatian sehingga menyebabkan projek bazaar ramadhan di seluruh negara telah dibatalkan. Bukan itu sahaja, malah solat tarawih dan majlis berbuka puasa di masjid-masjid seperti lazimnya dibuat pada setiap ramadan juga tidak akan berlangsung pada tahun ini. Pembatalan majlis-majlis tersebut adalah bagi mengelakkan penularan wabak di kalangan manusia.

Walaupun begitu, janganlah kita pandang pada ruang yang sempit. Pandanglah pada keindahan dan hikmah yang Allah turunkan daripada keadaan dan situasi ini. Manfaatkan masa  yang ada untuk melakukan ibadah bersama keluarga umpamanya bersahur dan berbuka bersama, bertarawih dan bertadarus sambil berkongsi ilmu dan membetulkan kesalahan bacaan dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijadikan amalan harian di bulan puasa umpamanya menambahkan ilmu dan kajian tentang sirah dan hadis nabi. Tajuknya mungkin berat tapi apalah salahnya belajar sedikit demi sedikit. Jadikan ia satu aktivit mengulangkaji bersama anak-anak yang sememangnya belajar mengenai sirah nabi di sekolah.

Bagi para suami, inilah masanya untuk menjalankan tanggungjawab anda sebagai imam kepada keluarga anda terutamanya bagi suami yang jarang ada di rumah dan mempunyai anak-anak lelaki. Jadilah contoh mereka agar anak-anak tahu tugas dan beban yang akan mereka tanggung juga kelak. Bagi suami yang telah biasa menjadi imam kepada keluargnya, mungkin inilah masanya untuk lebih mengeratkan silaturahim yang telah terbina, insyallah. 

Allah adalah sebaik-baik pemberi.  Gunakan dan manfaatkan masa terluang dengan sebaiknya. SeandaiBulan Ramadan adalah bulan seribu hikmah bagi orang-orang yang menghargai setiap detiknya.

Jom kita semak semula kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Namun sebelum itu, saya kongsikan semula niat puasa di bulan Ramadan.

Niat Puasa

NIAT PUASA SEBULAN



NIAT PUASA HARIAN



Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Nama-nama tersebut ialah:
1.      Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan)
Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.
Rasulullah menegaskan bahawa:
 "Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan."
2.      Syahrul Syiam (Bulan Puasa)
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"
Madrasah Ramadhan selama sebulan adalah untuk mencapai sifat taqwa kepada Allah S.W.T. meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur syar'ei adalah berdosa dan menjadi kafir apabila menafikan kewajibannya. Nabi s.a.w telah bersabda:
"Pegangan Islam dan dasar-dasarnya adalah tiga perkara, sesiapa meninggalkan salah satu daripadanya maka ia adalah kafir iaitu penyaksian keesaan Allah, mendirikan solat dan puasa Ramadhan"(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan al-Dailami)
"Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah dapat diqadha' puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia melakukannya" (Hadis Riwayat Bukhari)
3.      Syahrul Quran (Bulan Quran)
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil"
Nabi s.a.w telah bersabda:
" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)
4.      Syahrul Sabr (Bulan Kesabaran)
Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar di dalam Al-Qur'an,
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas." (Surah az-Zumar:10)
Dalam hadis nabi pernah bersabda,
 "Seandainya seorang memaki engkau atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa'. (Sahih Al-Jami As-Saghir)
5.      Syahrul Rahmah (Bulan Kerahmatan)
6.      Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan)
Malam Lailatul Qadar
Malam Lailatul Qadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an. Malam ini lebih utama dari 1000 bulan. Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Rah.
“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni [‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”].”
— HR. Tirmidzi 

7.      Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka)
Nabi bersabda:
"Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan dari api neraka"
Termasuk dalam kemenangan ialah apabila umat Islam telah berjaya dan mencapai kemenangan yang besar dalam bulan Ramadhan. Antaranya ialah terakam dalam sejarah:
a.      Kemenangan di dalam Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan
b.     Dapat menawan Kota Makkah dari tangan kafir quraisy dan memasuki kota Makkah yang disebut sebagai Fathu al-Fakkah
8.      Syahrul Jud (Bulan Murah hati)
Nabi telah bersabda dalam hadisnya:
"Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya." (Hadis  Riwayat Tirmidzi)
9.      Syahrul Barakah (Bulan Keberkatan)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan ( dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya".

Sumber :

Susahnya Nak Monetisasi Blog



Entah di mana silapnya permohonan untuk monetisasi blog ini masih gagal dan tidak berjaya. Jika anda seorang blogger yang gagal mencapai tahap yang google adsense perlukan, kita geng.

Sudah banyak kali saya cuba untuk menukar status blog ini kepada blog yang dimonetisasi.Sudah banyak kali juga saya baca polisi google adsense, mentelaah forum dan segala idea untuk menambahbaik baik content, design dan susun aturnya tapi masih juga gagal. Kecewa tak usah cakapla. Nak quit berblog pun ada. Saya taknak cerita lama berulang kembali jd saya cekalkan hati dan said to myself-keep it up dont’t give up!

Cerita lama tu takla lama sangat sebenarnya. cerita  tahun 2014 iaitu 6 tahun yang lalu.Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan ditambah dengan kebodohan diri sendiri akhirnya blog yang dibina dari tahun 2009 habis berkubur tanpa nisan.Bodoh kan.Bayangkan tahun 2009 betapa dunia blog masih merah semerah bayi baru lahir, atau setidak tidaknya ibarat bayi yang baru nak bertatih. Pada masa tu nak cari resepi, travel blog atau cara make up cukup susah.Kalau ada pun tak sebanyak sekarang.Samalah juga dengan koleksi wallpaper,gambar atau imej di google pada masa tu tidaklah sebanyak sekarang.Kalau ikutkan sekarang gambar memanglah banyak di google imej tapi kalau dah semua ada copyright macam mana nak copy simpan dalam blog. Tak pasal-pasal sebab satu gambar satu blog kene penalti.Naya.

Itulah pengalaman pada suatu masa dahulu. Belaja buat blog sendiri sebab kurang info dari blog dan hanya bergantung kepada info yang dibekalkan oleh pihak google.Sebenarnya nak buat blog tak susah pun.Cuma nak kemaskan blog mungkin akan ambik masa sebab nak kene belaja tutorial sendiri.Paling cepat,ambik tenaga profesionallah buatkan satu blog siap dengan domain. Dah siap kita monitor dan add in content.Itu jalan paling mudah asalkan sudi membayar ongkosnya. Ingat lagi zaman tu, siap beli template dari oversea sudahnya tak tau nak pasang domain. Kelakar. Habis melayang RM300.

Berbalik kepada halnya nak monetize blog, satu benda nak share dengan pembaca, bahawasanya blog2 boleh menjana pendapatan dengan meletakkan iklan di dalam blog, sama ada secara manual atau automatik. Memandangkan blog ini belim lagi berjaya di monetisasikan jadi saya hanya boleh share apa yang saya tahu sahaja.

Jika pembaca singgah di mana-mana website kebiasaannya pembaca akan nampak iklan dengan ciri-ciri seperti ini:



Ini adalah contoh salah satu iklan yang dijana oleh google adsense iaitu syarikat pengiklanan google. Setiap iklan yang dipasang mempunyai harga masing-masing sama ada mengikut jumlah view (tontonan) atau jumlah click. Ia juga bergantung kepada jenis iklan yang dipasang.Lain owner lainlah harga yang ditawarkan. Bayangkan kalau satu iklan per view berharga USD 0.03 (contoh) X 100 tontonan sehari pembaca sudah ada pendapatan sebanyak USD3 sehari.Jika dikira sebulan pembaca boleh dapat USD90. Cuba tukarkan kepada RM.Paling kurangpun RM315 ade dalam tangan sebulan.

Kali terakhir saya apply monetisasi adalah semalam.Saya tak pasti apa lagi yang saya perlu betulkan jika masih gagal kali ni. Saya cuba juga cari pengalaman blogger lain sebelum monetisasi tapi tak banyak yang saya jumpa yang betul-betul share pengalaman dan tips untuk monetizekan blog. Dah banyak kali juga saya hantar feedback kat google dan tanya apa next step yang saya perlu lakukan atau apakah lagi yang saya perlu perbetulkan tapi hampa.Google Adsense terlalu sibuk untuk reply dan beritahu apa yang saya perlu buat. Saya faham. Siapalah diri ini di sisi google.

Never mind.Life goes on. 

Kalau pembaca ada pengalaman dan ada tips yang sesuai untuk saya sudi sudikanlah komen di bawah. Kalau blog ini dimonetize at least bertambahlah kerajinan untuk update dan share ilmu.Begitulah hendaknya, insyallah.

Saya akan kongsikan di posting seterusnya bagaimana untuk register monetisasi di google adsense dan kenapa saya memilih untuk berdaftar dengan adsense sedangkan ada je cara lain untuk “buat duit dari blog” atau ade je syarikat pengiklanan lain yang saya boleh join. Tunggu posting seterusnya.Salam.


Iswa Tonie
Putrajaya.
11.58 PM/Monday

#youtuber #youtube #youtubers #youtubechannel #instagram #like #love #follow #subscribe #vlogger #gamer #tiktok #music #gaming #explorepage #instagood #influencer #sub #blogger #youtubevideos #trending #video #viral #vlog #photography #memes #k #explore #likeforlikes #bhfyp #makeup #youtubevideo #fashion #ps #twitch #likes #fortnite #followforfollowback #art #dance #model #streamer #gamer #tiktok #music #gaming #explorepage #instagood #influencer #sub #blogger #youtubevideos #trending #video #viral #vlog #photography #memes #explore #likeforlikes #contentcreator #monetize #monetisasi



8 RESEPI KUDAPAN RAYA





PKP day 32. 5 hari sebelum puasa, insyallah. Ramai yang dah kemaskini buku resepi dan bercadang nak masak kek apa untuk raya ini. Walaupun kemungkinan raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini namun kemeriahan dan hari yang ditunggu-tunggu setiap tahun ini sudah pasti akan diraikan semeriah-meriahnya. Saya pula sibuk mengumpul resepi. Biasanya setiap tahun saya akan order semua kudapan. Kek sahaja saya akan buat sendiri. Tak tahulah tahun ni. Kalau PKP dilanjutkan sehingga selepas raya, boleh saya try buat sendiri kudapan. Kalau tak menjadi, boleh ambil gambar dan share di group masak apa tak jadi hari ni..hehhe

Jom simpan resepi kudapan ni. Kalau ikutkan bahan-bahannya mudah dicari dan nak buat pun tak susah. Tengoklah nanti dah buat saya share pengalaman membuat. Buat masa ni saya share resepinya dulu. Kalau korang dah try, janganlah segan. Silalah share resepi (kalau lain daripada resepi yang saya ada ni) dan tips untuk elak tidak menjadi. 

RESEPI REMPEYEK RANGGUP


Bahan-bahan:


2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1.Bersihkan dan toskan kacang tanah.
Bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.
2.Panaskan minyak atas api yang sederhana besar.
Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya
dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis.
3.Apabila agak keperangan, angkat dan toskan.



RESEPI KEREPEK BAWANG


Bahan-bahan
Untuk doh bawang::
1 biji bawang besar ( diblend tanpa air )
1 sudu besar serbuk udang kering
Tepung gandum secukupnya

Untuk doh margerine:1 1/2 cawan tepung gandum
70gm margerine/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
Untuk doh bawang: Tepung diuli bersama bawang blended + serbuk udang kering . Tambahkan tepung hingga adunan sehingga menjadi doh yang bulat. Bahagikan pada 3 bahagian.

Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga sama seperti tadi. Bahagikan pada 3 bahagian.

Kemudian canaikan doh bawang dan doh margerine secara berasingan.
Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)
Keluarkan dan hiris nipis2.
Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh.


RESEPI POPIA INTI SERUNDING IKAN BILIS


Bahan2:
1 mangkuk ikan bilis
(guna yang dah siap kopek)
12 tangkai cili kering(rebus dulu)
1 biji bawang besar(potong kecil)
5 ulas bawang putih(potong kecil)
5 batang serai(potong kecil)
Sedikit halia(agak2 jela)potong kecil
1/2 cwn air
1/2 cwn santan pekat(sy guna santan kotak)
2 sudu mkn gula
2 sudu mkn minyak masak
1 sudu teh garam(sy guna sudu kfc tu je)

Cara-Cara

1) cuci ikan bilis..& rebus hingga mendidih..toskan & kisar guna blender kering..
2) masukkan bhn2 lain dlm blender..bwg besar,bwg putih,serai,halia,cili kering,santan &air..kisar hingga sebati
3) panaskan minyak dlm kuali..masukkan bhn2 yg telah dikisar td..kacau selama 5 minit..masukkan gula & garam
4) masukkan ikan bilis yg telah diblender td..kacau sehingga kering..agak lama jgk nak tggu kering..lebih kurang 40-45minit

# sukatan kat atas tu utk kuantiti yg sikit je..cukup utk sepaket kulit popia
5) step seterusnya,sediakan kulit popia..gunting kecil2..sy potong 8 bahagian utk sekeping kulit popia tu
6) letakkan serunding sikit atas kulit popia td..simpul kemas2..buat hingga habis..
7) goreng hingga masak..




RESEPI KUIH TIRAM


Bahan bahan:500g tepung gandum
160ml air
1 biji telur
6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar minyak

Cara-cara:1.Campurkan tepung jagung dan munyak, gaul sebati.(ketepikan)
2.Campurkan semua bahan lain hingga menjadi doh yang licin dan mudah diuli. (kalau lembik tambah sikit tepung @ kalau keras tambah sikit air)
3.Uli doh nipis2 dan sapu dengan adunan tepung jagung tadi.
4.kemudian gulung kemas2 potong kecil2 sebesar ibu jari.
5.Ambik seketul kecil tadi dan canai leper.
6.Bila dah siap goreng hingga kekuningan.
7.Bila dah masak toskan dan golekkan dengan gula halus.

Simpan dalam bekas kedap udara.



RESEPI KUIH KARAS
Bahan-bahan:1 bungkus tepung beras
2 cawan gula/ikut manis sendiri
3 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya:
Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air, Kacau hingga sebati. Then panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas(seperti acu roti jala), tuang adunan di dalam kuali seperti membuat roti kirai. Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dengan segera dan lipat. Toskan.
-
Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi lemau atau masuk angin


RESEPI MARUKU MELETOP


Bahan-bahan300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda

1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar garam halus
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu besar udang kering - kisar halus
2 sudu besar ketumbar - kisar halus
santan cair @ air secukupnya

Cara Membuat1.Satukan semua bahan kering,gaul sebati.
2.Larutkan garam dan gula bersama air@santan.
3.Masukkan telur.marjerin dan santan@air uli menjadi doh yang lembut.
4.Panaskan minyak untuk menggoreng.
5.Ambil acuan maruku,masukkan doh tadi dan tekan kedalam kuali yang berisi minyak panas tadi.
6.Goreng hingga kekuningan dan angkat.
7.Toskan minyaknya dan simpan dalam bekas kedap udara.



KUIH SIPUT PEDAS


Bahan-Bahan :1 kg tepung gandum
2 sudu teh jintan manis
2 biji telur gred A - dipecahkan
200 gm udang kering-dikisar
15 biji cili kering-dikisar @ ikut kepedasan masing2
3 sudu besar mentega - dicairkan
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa

Cara-cara Menyediakan:1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam mangkuk besar kecuali mentega dan daun kari.Gaulkan hingga semuanya sebati.
2. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan tadi,uli sehingga ianya menjadi doh yang lembut.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
4. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat2 lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput.Ulang langkah ini sehingga doh habis.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
6. Masukkan kuih siput yang telah siap digentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan.
7. Simpan dalam bekas kedap udara.
8. Selamat mencuba!

RESEPI CORNFLAKES MANIS PEDAS

Bahan-bahan
500 gm cornflakes
350 gm butter
Garam sikit
Gula perang ikut mnis
Kacang tanah sangai rangup
Ikan bilis putih halus goreng
3 sdb cuka mkn
Cili kisar ikut pdas
Sos cili ikut pedas
Daun Kari jika suka
Bijan sangai jika suka
Kiub ikn bilis
10 ulas bwg putih tumbuk halus
Cara Membuat
1. Cairkan butter. Tumis bwg putih smpai harum.
2. Masukkan cili kisar, sos cili n bhn2 lain. Masak hingga berbuih dan padamkan api.
3. Masukkn cornflakes dan kacau sebati.
4. Kemudian masukkan ikan bilis dan daun kari.
5. Masukkan minyak bijan dan sebatikan semua bahan-bahan dengan rasa manis, masin dan pedas.
6. Masukkan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 5 minit sehingga warna keemasan.
7. Biarkan sejuk dan kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.



Sumber :
1. FB Siti Hajar Hashim
2. FB Rahila Laila‎

#keklapis#keklapis #keklapissarawak #keklapissedap #keklapispremium #kuihraya #kekraya #keklapismurah #keklapissarawakoriginal #keklapiscadbury #keklapismasammanis #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #bhfyp #keklapisnilai #ansuranraya #malaysia #kuching #keklapisraya #keklapisviral #rempeyek #kekbatik #keklapisbywai #keklapisseremban #bazaarpaknil #jalanjalancarimakan #kueh #kuchingfood #keklapisevergreen #kuehlapis #foodstagram #postagekeklapissarawak #keksarawak #kuih #kuchingfoodie #resepikeklapis #kuihlapis #keklapisasli #kekrayasarawak #kurangmanis #imsweetenough #originalsarawak #bazarpaknil #bmf #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade  #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #kekviral #kek #kek #cake #memes #meme #k #keksedap #pasta #dankmemes #cringe #dank #brownies #tatl #sunum #s #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #m #kurabiye #a #l #cakes #kekmurah #dessert #bhfyp #anime #dankmeme #biskutraya #yemek #r #kuihraya #ayylmao #chan #sayajual #kekbirthday #fnaf #i #homemade #b #food #edgymemes #filthyfrank #lmfao #cheesecake #instacake #mutfak #n #kekcoklatmoist #ke #nefisyemektarifleri #doorgift #papafranku #birthday #malaysia #lezzet #brownies #tatl #sunum #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #kurabiye #cakes #kekmurah #dessert #kekviral

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...