Resepi Acar Buah


Resepi Acar Buah


Bahan-bahan
2kg buah jeruk campuran - potong jika saiz besar
(Kana,Cherry merah, Cherry hijau, Pala, Jeruk Limau)
2 cawan kismis / raisin
4 sudu besar bijan - sangai dahulu

Bahan Masak Cuka
1 botol besar cuka makan (2 cawan)
3 cawan gula pasir
2 sudu besar garam
3 in halia - hiris memanjang
15 ulas bawang merah - belah 2
15 ulas bawang putih - belah 2
50 tangkai cili padi - jangan buang tangkai

Cara Penyediaan :
1.      Masukkan cuka, gula dan garam ke dalam periuk, kacau rata dan masukkan bahan-bahan lain, biar sekali mendidih.  
2.      Tutup api dan angkat.  
3.      Ketepikan dulu

Bahan Kisar halus
50 tangkai cili merah kerinting (buang biji, rebus dan kisar)
2 labu kecil bawang besar
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 inci halia
3 cawan minyak untuk menumis

Bahan Rempah
3 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
1 sudu besar serbuk jintan putih, 1 sudu besar serbuk jintan manis, 1 paket kecil rempah kari ikan, 1 sudu kecil serbuk kunyit (Satukan semua)

Cara Penyediaan :
1.      Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga betul-betul pecah minyak (1/2 jam) sentiasa kacau supaya tidak hangus.

2.      Masukkan bahan rempah dan tumis selama 10 minit hingga naik bau.

3.      Masukkan bahan masak cuka, bersama cuka sekali dan buah jeruk campuran.  Gaul rata.
4.      Kacau sehingga kuah hampir kering tetapi jangan terlalu kering, biar berkuah sedikit, selepas beberapa jam kuah akan memekat.

5.      Angkat dan tabur bijan.

6.      Simpan di dalam botol kaca untuk tahan lama.  Acar Buah semakin sedap jika di simpan beberapa hari.

Selamat Mencuba.


KEK HATI PARI

Image result for KEK HATI PARI

Bahan-bahan:
450gm mentega
10 biji telur
5 gelas tepung gandum
4 gelas gula
2 gelas gula ditanak
3 sudu esen vanila
3 sudu makan browning
3 sudu bicabonate of soda
800gm kismis ....kisar @ gunting halus


Cara-cara:

Image result for KEK HATI PARIMentega dan gula dipukul hingga kembang..masukkan telur satu persatu..sambil digaul rata..masukkan vanila ,browning ,kismis dan tepung.gaul rata...masukkan gula tanak..kuar dgn cepat dan rata....masukkan dalam acuan ...tutup permukaan acuan dgn plastik @ alumanium ...kukus selama 8 jam dgn api perlahan.






Kek Lapis Bumi (Kukus)

Image result for Kek Lapis bumi       

Kek Lapis Bumi (Kukus)

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air

1 cawan tepung gandum (diayak)
1/4 cawan serbuk holicks
5 biji telur gred A 
225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
4 sudu besar serikaya
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
Pewarna hijau dan kuning




Cara-cara :

Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 

Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
Masukkan tepung dan diadun sekata. 

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

 Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. 

Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
Akhir sekali ialah adunan nescafe. 


Image result for Kek Lapis bumi

Ulangi proses hingga habis.
Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
Sejukkan kek sebelum dipotong.


KEK LAPIS HOLIDAY INN

Sumber : FB : Roziah M

Peminat kek lapis mungkin yang inginkan kelainan rasa dalam kek lapis boleh try resepi kek lapis Holidah Inn ni. Bahan-bahan untuk kek ni tak banyak dan tak rumit untuk dicari. Cuma untuk tepung, kalau tak ada tepung Hong Kong boleh aje nak guna tepung gandum. Saya sendiri pun jarang guna tepung hongkong sebab susah nak jumpa tepung nie. Jadi, janganlah rasa teragak agak untuk gune tepung gandum. 

Pada pendapat saya sendiri, kek ni special rasanya sebb menggunakan bahan iaitu jem nanas. Rasanya akan lain sikit berbanding kek lapis lain yang biasanya menggunakan horlick etc. Kalau nak cuba buat kek ni tipsnya adalah kurangkan sikit measurement untuk gula, jem n bahan2 lain yang manis2 tu..insyallah cukup rasa. Kalau dah manis sangat nak makan pun susah betul tak.. So selamat mencuba. Sesiapa yang dah try jangan lupa share n comment ye.

KEK LAPIS HOLIDAY INN
(Nota: untuk loyang 8 x 8)

BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A

BAHAN C
270g Tepung Hong Kong (boleh guna tepung gandum kalau takde tepung hongkong)

BAHAN D
Pewarna Hijau, kuning dan merah

Cara-Cara Membuat:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
4. Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau.

Cara-Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit,suhu 120'c, setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atasnya.
8. Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, kuning, dan Merah kembali sehingga adunan habis.



#keklapis #keklapis #keklapissarawak #keklapissedap #keklapispremium #kuihraya #kekraya #keklapismurah #keklapissarawakoriginal #keklapiscadbury #keklapismasammanis #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #bhfyp #keklapisnilai #ansuranraya #malaysia #kuching #keklapisraya #keklapisviral #rempeyek #kekbatik #keklapisbywai #keklapisseremban #bazaarpaknil #jalanjalancarimakan #kueh #kuchingfood #keklapisevergreen #kuehlapis #foodstagram #postagekeklapissarawak #keksarawak #kuih #kuchingfoodie #resepikeklapis #kuihlapis #keklapisasli #kekrayasarawak #kurangmanis #imsweetenough #originalsarawak #bazarpaknil #bmf #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade  #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #kekviral #kek #kek #cake #memes #meme #k #keksedap #pasta #dankmemes #cringe #dank #brownies #tatl #sunum #s #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #m #kurabiye #a #l #cakes #kekmurah #dessert #bhfyp #anime #dankmeme #biskutraya #yemek #r #kuihraya #ayylmao #chan #sayajual #kekbirthday #fnaf #i #homemade #b #food #edgymemes #filthyfrank #lmfao #cheesecake #instacake #mutfak #n #kekcoklatmoist #ke #nefisyemektarifleri #doorgift #papafranku #birthday #malaysia #lezzet #brownies #tatl #sunum #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #kurabiye #cakes #kekmurah #dessert #kekviral

Kek Lapis Polkadot

Sumber : FB Siti Aisyah Cakes Houses
Bahan A
480gm mentega tulen 
15 biji kuning telur
150gm gula kaster
5 sudu besar susu pekat manis 
2 sudu kecil ovalette
230gm tepung hong kong 
1 sudu kecil baking powder


Bahan B
6 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar
150gm gula kaster


Bahan C
30gm serbuk koko - ayak
1 sudu besar coklat emulco
Pewarna merah atau di sukai (untuk lapisan atas dan bawah)
150gm biskut jejari

Loyang 9x9 in di alas dan gris dasarnya.


Cara-cara :
Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
Satukan mentega, gula kaster, susu pekat dan ovalette. Pukul hingga berkrim. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul hingga rata dan sebati.
Masukkan adunan mentega ke dalam mangkuk besar, kemudian masukkan tepung dan kaup balikkan hingga sebati.

Satukan bahan B, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan kental.
Kaup balikkan ke dalam adunan tadi hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian di masukkan serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata.
Satu bahagian lagi di beri pewarna merah atau yang di sukai untuk lapisan atas dan bawah. Gaul rata.

Ambil 7 sudu besar adunan merah, ratakan di dalam loyang dan bakar api atas dan bawah selama 8 minit atau pemukaannya perang. Tekan dengan penekan kek lapis, cucuk permukaan dengan garpu dan sapu dengan sedikit mentega.
Ulangi lapisan kedua dan ketiga adunan merah dengan menggunakan api atas saja.
Kemudian ambil 7 sudu besar adunan coklat, ratakan dan atur biskut jejari di atasnya. Bakar selama 8 minit. Ulangi melapis lapisan coklat hingga habis.

Untuk lapisan atas, ulangi melapis adunan merah hingga habis sebanyak 3 lapisan.
Setelah habis, tutup loyang dengan aluminium foil, bakar dengan api atas dan bawah selama minit supaya kek masak dengan sempurna.

Selamat mencuba.


Kek Lapis Keju Oreo



Kek Lapis Keju Oreo

Bahan A

-12 biji kuning telur B
-6 biji putih telur
-250gm gula kaster
-270gm tepung Hong Kong
-30gm serbuk horlicks
-2 sudu kecil ovalete
-1 sudu kecil esen vanila


Bahan B - Adunan Keju
-250gm krim keju
-3 sudu besar susu pekat manis
-1 sudu teh lemon paste

Bahan C- Adunan Biru
-250gm mentega
-3 sudu makan susu pekat manis
-pewarna biru atau yang di sukai


Bahan D
2-3 bungkus biskut oreo dengan krim

Loyang 8 x 8in di alas dasar dan gris

Cara-cara :

Bahan A : 
Pukul kuning telur, putih telur, gula kaster, esen vanila dan ovalete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Perlahankan mixer, masukkan tepung dan serbuk horlicks sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian di adun bersama bahan B (Adunan Keju) dan satu bahagian lagi di adun bersama bahan C. (Adunan Biru)
Bahagikan Adunan Biru kepada 2 bahagian, untuk lapisan atas dan bawah.
Ambil 6 sudu besar adunan biru, ratakan ke dalam loyang. Bakar api atas dan bawah pada suhu 180C selama 8-10 minit atau hingga permukaan keperangan.
Angkat, tekan dengan penekan kek lapis, cucuk dengan garpu dan sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek. Ulangi lapisan biru yang kedua dan bakar dengan api atas saja selama 8 minit. Ulangi sehingga 3 lapisan biru.
Ambil 7 sudu besar adunan keju, ratakan dan susun biskut oreo di atasnya. Bakar hingga permukaannya keperangan, tekan dengan penekan kek lapis setiap lapisan.
Ulangi sehingga adunan keju dan oreo habis.
Untuk lapisan atas, ambil 6 sudu besar adunan biru, ulangi melapis dan membakar sehingga 3 lapisan.
Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil, dan bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit hingga masak sekata.


Bahan B : 
Pukul krim keju. lemon paste dan susu pekat manis hingga berkrim, kaup balikkan dengan adunan yang di bahagi tadi.


Bahan C : 
Pukul mentega dan susu pekat manis hingga berkrim. Masukkan ke dalam adunan yang di bahagi tadi bersama pewarna biru, kaup balikan hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan atas dan bawah.


Selamat mencuba.

kek lapis Cheese Coklat chip



Bahan-bahan


500gm butter

10 biji telur gred A
350gm tepung pau@tepung superfine
200gm gula halus
1/2 tin susu pekat
1 paket santan serbuk
60gm susu tepung
250gm cream cheese
1 sudu teh essen vanila
Sedikit perisa cheese
Perwarna putih (x letak)
Ovallate
Coklat chip secukupnya

Cara-Cara

Pukul butter, gula dan ovallate sampai berwarna putih.kemudian pukul telur satu persatu. Pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan susu, serbuk santan, essen vanila dan kacau sebati.

Masukkan cheese. Pukul skejap shingga cheese tidak berketul. Masukkan tepung.

Kemudian bolehlah bakar. Lapisan pertama guna api atas bawah.
 Lapisan seterusnya guna api atas sahaja.
 Setiap lapisan tabur coklat chip. 
Suhu ikut kepanasan oven masing-masing.




#keklapis #keklapis #keklapissarawak #keklapissedap #keklapispremium #kuihraya #kekraya #keklapismurah #keklapissarawakoriginal #keklapiscadbury #keklapismasammanis #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #bhfyp #keklapisnilai #ansuranraya #malaysia #kuching #keklapisraya #keklapisviral #rempeyek #kekbatik #keklapisbywai #keklapisseremban #bazaarpaknil #jalanjalancarimakan #kueh #kuchingfood #keklapisevergreen #kuehlapis #foodstagram #postagekeklapissarawak #keksarawak #kuih #kuchingfoodie #resepikeklapis #kuihlapis #keklapisasli #kekrayasarawak #kurangmanis #imsweetenough #originalsarawak #bazarpaknil #bmf #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade  #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #kekviral #kek #kek #cake #memes #meme #k #keksedap #pasta #dankmemes #cringe #dank #brownies #tatl #sunum #s #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #m #kurabiye #a #l #cakes #kekmurah #dessert #bhfyp #anime #dankmeme #biskutraya #yemek #r #kuihraya #ayylmao #chan #sayajual #kekbirthday #fnaf #i #homemade #b #food #edgymemes #filthyfrank #lmfao #cheesecake #instacake #mutfak #n #kekcoklatmoist #ke #nefisyemektarifleri #doorgift #papafranku #birthday #malaysia #lezzet #brownies #tatl #sunum #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #kurabiye #cakes #kekmurah #dessert #kekviral


Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...