Kuching India Street



 

Kuching India Street yang terletak di sebelah waterfront di pusat bandar Kuching sekarang sudah berwajah baru. Pada asalnya nama jalan ini adalah Jalan Keling yang merujuk masyarakat India yang menjalankan perniagaan rempah ratus dan juga perniagaan runcit di kawasan ini. Pada tahun 1928 atas persetujuan Rajah Charles Brooke ianya telah ditukar kepada Jalan India atau India Street kerana maksud Keling itu tidak begitu baik menggambarkan keharmonian masyarakat majmuk di bumi Sarawak. Bacaan lanjut berkenaan sejarah nama-nama jalan di Kuching, Sarawak boleh ditemui di sini.
      
 
 

10 Tempat Wajib Pergi di London



Salam Malaysia Truly Asia,


Pada tahun 2016 saya ada cuba-cuba memohon untuk sambung belajar ke UK tapi gagal di peringkat temuduga untuk mendapatkan biasiswa. Niat untuk sambung belajar masih ada tetapi dengan kekangan masa dan komitmen, niat tersebut terpaksa ditinggalkan sekejab untuk memberi laluan kepada perkara lain yang lebih utama.

Apa yang specialnya tentang UK and London? Kalau ada yang bertanya soalan ni senang je jawapannya ada di Internet. Search London semua berkaiata London kita akan dapat tahu. Zaman teknologi tinggi sekarang semua di hujung jari. Hanya satu klik berbagai maklumat kita boleh dapat.

Sesiapa yang bercadang untuk London, misalannya, ada 10 tempat wajib pergi. Ini cadangan yang saya perolehi daripada pembacaaan beberapa blog dan website.

Tempat-tempat yang dicadangakn adalah seperti berikut :

1. London Eye

 



2. Big Ben




3. Tower of London




4. Buckingham Palace




5. British Museum




6. Hyde Park




7.  Tower Bridge 



8. Trafalgar Square






9. St Paul's Cathedral



10. The Shard






Salam Sayang,

Iswatonie
Putrajaya


Kek Belacan


KEK BELACAN






Bahan-bahan:

16oz mentega
10 biji telur
1 gelas gula halus
1 tin susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
1 tin kecil nestle cream
1 peket kecil horlicks
2 gelas tepung gandum
Browning sugar secukupnya
satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas)
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat :

1.          Masukkan air ke dalam pengukus dan pastikan dan biarkan mendidih di atas dapur. Pastikan pengukus betul2 panas sebelum memasukkan adunan kek.
2.             Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu.
3.            Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata.
4.      Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, serikaya, nestle cream dan pukul sebati.
5.             Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe.
6.     Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
7.           Masukkan browning sugar. Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati.
8.             Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
9.          Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 3-4 jam dengan menggunakan dapur gas atau 2 jam dengan menggunakan steamer elektrik.
10.          Sejukkan sebelum dipotong..


-Selamat Mencuba-

Catatan Penghuni Kuarters SUK Selangor





November 2016. Kami sekeluarga akhirnya berpindah masuk ke kuarters Kerajaan Selangor setelah hampir 6 tahun menyewa di seksyen 6 Shah Alam. Walaupun lokasi kuarters ini jauh sedikit dari ofis namun saya terima juga tawaran menduduki kuarters demi ruang yang lebih luas untuk anak-anak yang sedang membesar.

 

Ketika mendapat tawaran kuarters ini sebenarnya saya dan keluarga telah duduk dengan selesa di Seksyen 6. Bayangkan kami duduk di tempat yang sama hamper 6 tahun. Kami sudah selesa dengan view, dengan jiran dan orang sekeliling, dengan jarak sekolah, rumah dan pejabat. Pendek kata kami sekeluarga telah bina kelompok keluarga kami di sana. Di sana juga kami ada keluarga rapat yang juga bekas pengasuh anak kedua saya. Alhamdulillah kami masih rapat hingga sekarang.

 

Semasa membuat keputusan untuk pindah kami suami isteri telah duduk berbincang. Kalau ikutkan hati saya memang berat hati untuk pindah. Bukan apa, berpindah bukan sahaja perlukan kos malah perlukan tenaga untuk berkemas (packing) dan upacking. Bukan kerja yang mudah untuk kemas lebih-lebih lagi memikirkan dah 6 tahun tak buat spring cleaning. Setelah berbincang dan berbincang akhirnya kami memutuskan untuk berpindah. Saya apply cuti siap2. Husband pun sama. Dan kami memulakan operasi packing dan tempeh lori dan pekerja pada hari sabtu dan ahad.

 

2 hari pindah barang besar sahaja. Masih ada baki barang yang kami perlu angkat hari2 yang lain. Akhirnya, Isnin di bulan November kami telah mula bermalam di rumah baru. Walaupun hanyalah rumah kuarters, namun kami syukur ada ruang yang lebih luas untuk anak-anak bermain.

 

Kos Pindah Masuk Kuarters

Memandangkan ini kali pertama saya pindah masuk kuarters dan tak ramai kawan saya yang duduk di kuarters, jadi saya kurang ilmu tentang kos pindah masuk kuarters. Jadi, di sini saya akan kongsikan kos-kos yang saya telah keluarkan dan urutan urusan yang perlu diselesaikan sebelum kami pindah masuk barang dan menginap di sana.

 

1.     Hantar surat setuju masuk kuarters

-   Setelah terima surat tawaran saya diberi masa untuk menjawab sama ada setuju atau tidak memasuki kuarters yang ditawarkan. Untuk makluman, saya ditawarkan kuarters berdasarkan kelayakan. Untuk pegawai 41/44 layak menduduk kuarters dengan keluasan tertentu. Sebegitu juga dengan 48 dan ke atas. Setahu saya untuk 48 dan ke atas, kuarters yang akan ditawarkan adalah rumah semi-D sementara 41/44 adalah apartment.

 

2.    Bayar Deposit Menduduki Kuarters

-     Semasa menyerahkan surat setuju tersebut, untuk mendapatkan kunci rumah kuarters, saya perlu membuat pembayaran deposit menduduki kuarters. Jumlah deposit adalah 2 kali ganda sewa bulanan kuarters bersamaan dengan elaun perumahan yang saya terima iaitu RM600 x 2 =RM1200

 

Deposit kuarters : RM600 x 2 =RM1,200

 

-     Setelah membuat pembayaran tersebut, saya diserahkan salinan surat tawaran, salinan surat setuju terima dan kunci rumah. Kesemua dokumen tersebut adalah untuk simpanan dan untuk dikemukakan kepada TNB dan Syabas sebagai surat sokongan. Ya, saya baru tahu yang saya kena register untuk bekalan elektrik atas nama sendiri di TNB dan register bekalan air di Syabas. Selain daripada tu ada kos pembentungan yang perlu di bayar dan semua kos untuk register bekalan elektrik dan air tersebut adalah atas tanggungan sendiri. Bayangkan kami kene cari cawangan TNB dan Syabas yang terdekat dan menguruskan sendiri dengan kos sendiri.

 

3.    Register bekalan elektrik

-   Syukur cawangan TNB dekat dalam area Shah Alam di Seksyen 14 dan cawangan Syabas di Klang, dalam 15 minit perjalanan dari Shah Alam. Area ni parking memang susah sebab kawasannya sangat terhad. Nasib baik urusan di dalam TNB sangat cepat. Kurang 30 minit saya dah siap urusan di kaunter. TNB akan dating pasang meter dalam 1-3 hari, alhamdulillah.

 

Deposit Elektrik : RM750

 

4.    Register bekalan Air

-   Syukur cawangan TNB dekat dalam area Shah Alam di Seksyen 14 dan cawangan Syabas di Klang, dalam 15 minit perjalanan dari Shah Alam.

 

Deposit Air : RM150

 

Selesai semua urusan, next step kami tunggu TNB dan Syabas datang dan pasang meter. TNB paling pantas sebab petangnya dieorang dah siap buat kerje. Syabas pula datang the next day. Semua dah ada, kami pun pindah masuk.

 

5.    Kos Lori dan Pekerja

-      Proses pindah pindah masuk kami set buat pada hari Sabtu supaya ahad tu kami boleh uruskan baki barang yang kecil dan untuk kemas apa yang patut. Cadangan kami adalah ahadnya kami terus tidur di rumah baru. Alhamdulillah, perancangan berjalan dengan lancar.

 

Kos lori dan pekerja (2 trip) : RM600

 

         Next, jom tengok syurga baru kami.

 

Kuarters SUK Selangor di Seksyen 16 Shah Alam (November 2016- November 2017)


Kuarters 5 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air


Selama 6 tahun kami berteduh di dalam rumah dengan keluasan 750sq. Bayangkan dengan 2 anak dan ruang tamu yang luasnya sebesar bilik tidur di rumah kuarters ini kami hanya mampu memuatkan satu sofa kecil. Tidak boleh lebih dari itu. Kalau dulu bilik tidur kami cuma 3  sekarang di kuarters ini kami ada 5 bilik tidur dengan 3 tandas. Luasnya..Syukur ya Allah berikan kami peluang menumpang di bumiMu ya Allah.

 

Master Bedroom sangat luas. Kalau dulu ruang solat di luar sebab bilik kecil. Selepas katil queen dan almari, hanya ruang kecil sahaja untuk lalu di tepi. Sekarang, kami dihidangkan dengan bilik luas, ada tandas di dalam bilik dan built-in wardrobe.

 

Ada 4 bilik tidur yang lain di dalam kuarters ni. Masing-masing anak-anak dapat sorang satu bilik. Walaupun masing-masing ada ruang untuk simpan barang masing-masing tapi tetap anak-anak tidur di bili kami. Sebab rumah kuarters ni luas dan anak-anak tak biasa tidur sendiri jadi kami maafkan ajelaa. Oh ye 3 bilik tidur ada built-in wardrobe. Hanya satu bilik di belakang dekat are dapur yang takde wardrobe. Yang tu saya jadikan bilik kraf.



ruang tamu


Ruang Tamu Yang Luas

 

Kami dah biasa bersantai di depan tv atas couch kecil kami. Kami dah biasa tengaok tv sambal lepak atas katil di rumah lama. Di rumah kuarters ni, ruang tamu luas, sofa pula cuma ada satu. Jadilah kami anak beranak melepak di depan tv bersantai di atas carpet. Macam tu pun seronok jugak. Cuma terasa kosong ruang tamu kami. Bila bercakap pun macam bergema sedikit. Bayangkan bercakap kuat sikit dah macam bercakap dalam tempat kedap udara.hahhaa.



ruang dapur


Ruang Dapur Yang Selesa

 

Inilah ruang dapur kuarters ini. Sangat santai. Memang jauh bezanya dengan ruang dapur lama kami. Dahlah sempit, takde kabinet dapur. Barang dapur kena susun elok2 supaya tak nampak crowded. Oleh sebab dapur kecil, maka meja makan kecil kami terpaksa menumpang ruang tamu kami yang terhad itu. Kami syukur dan selesa sebenarnya begitu. Ruang yang kecil maka  kurang tempat untuk dikemas.

 

Mula-mula tengok ruang dapur ni tak terbayang happynya. Yerlah. Dah lama bertarung di ruang dapur yang sempit. Nak juga merasa masak – masak di ruang yang selesa. Alhamdulillah, merasa gak masak di dapur yang luas ni.

 

Parking

Bab parking susah sikit nak cerita sebab setiap unit cuma layak untuk satu tempat parking sedangkan kami suami isteri masing-masingnya mempunyai kereta sendiri. Cuma syukur, lokasi tempat parking yang diperuntukkan untuk rumah kami dekat aje di sebelah blok kuarters. Manakala untuk suami pula, beliau terpaksalah parking di Kawasan luar kuarters dan berjalan kaki masuk ke kuarters.


Di sebalik kegembiraan  kami sekeluarga pindah masuk ke syurga baru kami, Allah uji saya. Pada hari pertama setelah kami pindah kami, saya mendapat kabaran saya dipindahkan ke Putrajaya. Bayangkan semua barang dah dipindahkan, kami pun baru sahaja keluarkan kos untuk pindah, takkan nak berpindah ke Putrajaya pula. Apa-apapun syukur, kami diberi peluang untuk merasa nikmat hidup sebagai penghuni kuarters walaupun sekejab. Alhamdulillah.



Update :  Jangan lupa simpan semua resit bayaran, korang akan perlukan semua resit tu masa korang keluar daripada kuarters dan nak dapatkan semula deposit2.


Iswa Tonie

Putrajaya.

 





Bye-bye Shah Alam





Menghitung hari2 terakhir di Mahkamah Shah Alam. Sempat bergambar dengan rakan2 seperjuangan. Banyak kenangan pahit dan manis di sini. Semoga perjalanan mencari pengalaman hidup di Putrajaya kelak akan menjadi lancar, terurus dan selamat hendaknya, insyallah.

Pengalaman Mengendalikan Kelas Kraf Felt di Kajang


                  



Salam...


Pada 8.3.2014 dengan kerjasama SUK Selangor saya dan team telah dijemput untuk menganjurkan kelas kraf berasaskan kain felt di Kajang. Target kehadiran pada masa tersebut adalah suri rumah dan juga warga emas yang berminat dalam kelas jahitan dan juga kelas berasaskan kraf. Selain daripada membuka peluang untuk warga Kajang menceburi bidang kraf kelas ini diharapkan dapat menarik minat suri rumah dalam menjana pendapatan sampingan.



Saya sendiri mula menceburi bidang kraf ini sejak 2012. Minat timbul setelah anak kedua lahir dan pada masa tersebut kraf ini mula bertapak dengan cepat di Semenanjung. Sebelum itu saya berminat dan belajar menjahit manik. Namun minat tersebut terpaksa dihentikan kerana kekurangan bahan dan kelas lanjutan di Kuching. Saya sendiri terpaksa turun ke Semenanjung  semata mata untuk mengikuti kelas intensif menjahit manik yang diadakan di hotel di Chow Kit (pada masa tersebut bekerja di Kuching).

Kelas kraf ini berlangsung selama 3 jam. Sebagai penganjur kelas, saya  dan team telah menyediakan barangan asas menjahit bagi 40 orang peserta. Pada masa tersebut peserta yang hadir lebih daripada yang dijangkakan. Mujur kami sediakan 10-15 tambahan. Barang asas yang disediakan antaranya adalah gunting, kain felt, template, gam, kapas, benang dan pin.




Sepanjang kelas berjalan, saya dan tema akan berjalan dari meja ke meja dan membantu para peserta menyediakan bahan dan mencantumkan jahitan. Di dalam gambar di atas, anda boleh lihat Mr Husband bersama salah seorang peserta yang menggayakan pin hasil kerjatangan beliau sendiri. Sementara peserta yang lain sedang menggunting template sebagai pengukur di kain felt dan ada juga yang sedang menjahit hasil kerja tangan.



Untuk hiasan dan touch up, peserta diberi pilihan untuk menggunakan bahan tambahan yang disediakan oleh penganjur. Bahan-bahan hiasan yang disediakan termasuklah butang, manik dan bunga hiasan untuk menghias hasil kerja tangan. Pada masa yang sama, penganjur akan mencadangkan butang atau hiasan yang sesuai bagi hasil tersbut. Misalannya hasil yang kecil bersesuaian dengan bentuk hiasan yang kecil dan boleh juga dipadankan mengikut warna dan bentuk hasil yang telah siap. Turut disediakan adalah pengetip pin dan gam panas (hot glue gun) yang akan digunakan oleh penganjur semasa mencantumkan hiasan mengikut kesesuaian hasil.

saya dan Mr Husband sama-sama menimba pengalaman menjadi penganjur dan turun padang.




salah seorang peserta menunjukkan hasil jahitan beliau. Ini adalah key chain berbentuk hati yang di buat dengan menggunakan kain felt mengikut ukuran template yang disediakan.




Menariknya berkenaan kelas ini, ia berjaya mengumpulkan pelbagai kaum. Seni jahitan kraf ini sangat simple dan mudah. Tidak perlu menjadi seorang tukang jahit dan tidak perlu menjadi seorang pakar jarum untuk memupuk minat dalam bidang kraf ini. Memadai dengan sifat ingin tahu dan sedikit kesabaran. Menjahit memang leceh namun apabila melihat hasil kerja tangan sendiri anda pasti akan rasa bangga pada diri sendiri. 





Team kami : Safwan, Nazurah dan saya sendiri. Mr Husband tolong ambikkan gambar .









Terima kasih SUK Selangor kerana memberik peluang kepada kami berempat peluang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang sedikit. Moga dengan perkongsian ini warga Kajang dan sewaktu dengannya mendapat manfaat bersama serta dapat mengeratkan lagi persahabatan antara kita, insyallah.


Iswa Tonie
08.03.2018

Rina 18.02.2012



Selamat Hari Jadi Rina yang ke-4...

Tahun ni lain macam sikit sambutannya. Cuma menjadi kelainan, saya dan suami memutuskan untuk membuat sambutan hari jadi untuk rina, secara kecila2an. Jadi kami jemput rakan2 terdekat saya dan suami dan pengasuh adik Rina, Ki. Ini adalah kali pertama saya menjemput rakan2 datang ke rumah. Maklumla, hanya menyewa flat. Ruang rumah yang kecil, dapur yang sempit, mustahil kami dapat memuatkan ramai orang.

Kek hari jadi saya telah tempah awal di kedai King's. Goodies saya beli bekas dan masukkan cupcake di dalamnya. Sticker di atas bekas saya tempah di kedai sticker di Tesco Shah Alam. Pendek cerita, semua persiapan ala kadar telah dibuat.

Pada hari kejadian, rakan2 datang seorang demi seorang. Daripada 2 orang hinggalah puluhan orang. Naik rissau jugak pada mulanya sebab ruangan sempit jadi ada tetamu yang terpaksa duduk didapur. Akhirnya, Allah mudahkan. Majlis berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.








Kek ini sangat besar. Dan paling saya tak boleh lupe adalah saya terlepas pandang meja untuk meletakkan kek ini. Akhirnya terpaksa diletakkan di atas meja yang kurang stabil ni. Nasib baik tak jatuh. Kalau tak, memang putih matalah sebab tak boleh makan kek ni. kek butter memang sedap.


Pengasuh, adiknya, anak2 dan anak saudara pengasuh.


Sungguh pack.heehhe

terpaksa duduk di dapur


rindu zaman anak2 masih kecik ni...



Rina bergambar dengan hadiah2nya.



Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...