Memaparkan catatan dengan label youtube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label youtube. Papar semua catatan

Cara Pantas Monetize Youtube Channel

 



Assalamualaikum..apa kabar anda semua hari ini. Semoga semua baik2 sahaja ye.

Penghujung tahun 2019 adalah masa yang saya tidak akan lupakan. Pada masa tu ramai yang aktif buka akaun youtube dan target untuk monetize. Selalu keluar dekat wall kawan-kawan share video youtuber youtuber yang berbincang  pelbagai topik. Tak tahu bila tarikh sebenar saya mula aktif tapi yang nyata bermula dengan menonton kisah dan pengalaman youtuber lain membuatkan saya berminat untuk mencuba.

Bukan senang ye nak memenuhi syarat-syarat untuk monetize yang ditetapkan oleh youtube. Setiap youtuber perlu mempunyai 1000 follower dan 4000 jam tontonan. Makan tahun jugak untuk fullfill syarat ni.

Tapi sebenarnya ada je taktik jalan short cut dan salah satu yang disharekan oleh ramai youtuber adalah "i follow you, you follow me back" pattern. Caranya senang aje, masuk dan komen di mana-mana video dan komen sebegitu. Nanti uoll akan dapatlah follower baru. Nak komen pun kenelah pastikan terlebih dulu owner video jenis yang sporting. Karang tak pasal-pasal dijadikan bahan. So, hati2 je.

Selain tu ada je group di facebook yang uoll boleh join. Dekat sana uoll boleh share content terbaru. Rakan-rakan dalam group akan bantu tengok dan seterusnya follow...dieorang pun expect benda yang sama dari uoll..sesuai dengan pepatah "i scratch your back, u scratch my back" gitu.

Hakikatnya, nak jd youtuber ni bukan senang. If uoll ada content tapi takde bakat editor pun tak menjadi jugak. Ramai yang saya tengok content best, suara sedap tapi editing buat content jadi tak menarik. Sebenarnya sayalah orangnya tu. Saya sebenarnya minat, ada je tajuk nak share tapi itu, bakat editing tak berapa nak ade. huhuh

Btw, if uoll ada masa free jenguklah my Youtube account. Boleh lah komen apa patut supaya hiduplah sikit akaun tu. Dah lama dah tak buat content sebab .......pelbagai sebab. Ni sekarang tengah bekerja keras nak update and cantikkan blog sebab blog pun dah monetize. Walau tak tahu berapa income boleh dapat tapi apa salahnya cantikkan bagi senang uoll datang baca dan tengok blog ni..

Terakhir, satu aje nak share bab nak jadi youtuber ni... semangat kene ade, rajin kene ade, content  kena ada yang paling terpenting, jangan putus asa...Rezeki kan di tangan Allah jadi,jika niat tu baik, elok insyallah Allah bantu...so teruskan jangan give up (bercakap dengan diri sendiri)....insyallah video terbaru youtube kite akan menyusul (-_-).

Youtube Didenda USD170M atas isu COPPA

Image result for youtube fined 170 million

Assalamualaikum..

Isu TNC dan Guideline baru Youtube masih panas. Ramai Youtuber dan Youtuber baru nak up (me) tertanya-tanya kenapa keadaan ini berlaku. Hari ini saya sempat meneliti TNC secara detail dan terperinci dan memahami setiap inci TNC untuk mengetahui hasrat yang ingin disampaikan oleh Youtuber. Bila tengok TNC yang ada ni (thru email) seriously macam baca tenancy agreement yang di buat oleh agen rumah yang baru nak up. Dengan bahasa yang simple dan lenggok yang mudah diteka, saya agak yang mereka TNC tu mungkin nak cepat siap ataupun try untuk guna bahasa sesimple yang mungkin supaya pembacanya mudah faham akan maksud yang hendak disampaikan.

Di sebalik TNC yang mudah difahami itu, terdapat cerita dalam cerita sebenarnya. Umpamanya, apabila Youtube (YT) memaklumkan bahawa TNC baru itu dibuat sebagai salah satu syarat penyelesaian dengan FTC bagi isu pelanggaran Children's Online Privacy Protection Act (COPPA). Isu ni mungkin tidak pernah dicanang oleh media massa Malaysia ataupun dibincangkan di dalam mana-mana group YT tapi tahukah anda sebenarnya YT telah disaman oleh  Peguam Negara New York dan Federal Trade Commission untuk jumlah denda yang paling tinggi iaitu USD170M. Nampak banyak kan jumlahnya. Memang banyak pun. Tapi kalau nak dibandingkan dengan income tahunannya $13B ape sangatlah 170M tu kan.


Menurut CNN Business, kes yang melibatkan isu perlanggaran hak privasi kanak-kanak ini telah diselesaikan pada 4 September 2019. Selain daripada jumlah wang denda, Google juga disyaratkan untuk :

1. memastikan pencipta video (creator) membuat self declaration berkenaan video yang muatmasuk tersebut melibatkan kanak-kanak atau tidak;
2. ruangan komen dan notifikasi bagi video untuk tontonan kanak-kanak akan ditutup;
3. tiada lagi iklan peribadi di video untuk tontonan kanak. Ini bermakna tiada income dan monetisasi untuk pencipta video kanak-kanak. (Syarikat Les Copague dan sewaktu dengannya perlu komen pasal benda nie.)

Thats why  YT come out dengan TNC baru yang jelas berkenaan perkara yang saya sebutkan di No. 1, 2 dan 3 di atas. Selepas ini, pencipta video kanak-kanak akan kehilangan inc0me dan kanak-kanak pula boleh menonton video kegemaran mereka tanpa iklan. Kadang-kadang satu video tapi iklannya sampai 5 bijik dalam tu. Jenuh menunggu iklan tu habis...walaupun hanya 10 saat..hahaha

Untuk pengetahuan Youtube adalah anak syarikat Google yang dibeli dari Jawed Karim, Steven Chen dan  Chad Hurley pada tahun 2006. US mentafsirkan kanak-kanak sebagai yang berumur di bawah 13 tahun sementara kita tafsirkan sebagai yang berumur bawah 18 tahun. Kanak2lah sangat kan...

Dari sudut pandangan pengguna YT dan parents kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun saya setuju dengan syarat baru yang ditetapkan oleh FTC dan dipersetujui oleh Google ini. Bukan apa, budak-budak kan suka video yang cantik terang warna warni. Kene pulak dengan minat budak-budak yang suke menari menyanyi memang layanlah kan. Sanggup tak makan tak mandi. Kita sebagai orang tua nak kene pantau budak-budak walaupun kadang2 terpaksa bergaduh sebab merajuk ke ape kan. Tapi bayangkan kalau dah awal-awal tengok pun ade peringatan kene tanya mak ayah dulu, kene mintak consent mak ayah dulu sebelum tengok..senanglah kite nak bagitau anak2 bahawasanya nak tengok video dalam youtube pun ade tapisan bukan senang2 aje tengok. Macam amalan sekarangla. Bukak2 aje tekan2 dah bukak video yang dieorang minat. Boleh komen2 plak. Kadang2 bukan budak2 komen tapi tersilap tekan dengan entah apa2 emoji icon segala die bubuh dalam komen tu. Bayangkan kalau tersilap letak wording atau perkataan mencarut. adoyaii...

Sekarang mak ayah dah ada alasan untuk sekat anak2 main handphone, tengok video segala. Lagipun kalau takde tapisan anak2 terdedah dengan video2 dewasa. Walaupun YT ade sekatan video yang lucah atau pelik2 tapi dieorang bukannya cek satu2 pun. Robot yang cek. Mesti ade yang terlepas punye..

Pengajarannya, gunalah YT secara berhemah. Jaga anak-anak. Omputih fights for hak anak anak-anak kita jadi kita janganlah pulak leka dan biarkan anak2 terdedah dengan dunia YT secara berlebih lebihan.


Semoga bermanfaat..


Iswa Tonie
Putrajaya
14.11.2019

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...