Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan

Isnin, 7 Disember 2020

CARA UNTUK CENTERKAN BLOG TITLE

Setiap kali update blog page setiap kali tu la nak tukar segala bagai..Lepas tu bila dah tukar setting sana sini startlah iconnya berubah ke sana sini macam tuannya jugak selalu plan nak kesana ke sini. Sudahnya tak bergerak ke mana-mana sebab PKP..heehe..

Kalau korang masih mencari2 atau lupe macam mana nak centerkan blog title, di sini saya kongsikan antara cara-caranya. Cara no. 1 saya selalu guna sebab paling mudah dan cepat.

Cara 1 : (copy dari bloggingtips.com)

1. Buka blog dan cari Template Customize

2. Klik Advanced tab dan cari perkataan ni > Add CSS.

3. Salin dan letakkan kod di bawah dalam kotak teks x (click then press CTRL + C to copy, then CTRL + V to paste):

 #header-inner {text-align:center !important;} #header-inner img {margin: 0 auto !important;}


Cara 2:(copy dari donnafasano.blogspot.com)

1. Sign into Blogger


2. Klik Design (top right)


3. Klik Template


4. Klik Advanced (top left)


5. Scroll ke bawah dan Klik Add CSS


6. Salin dan masukkan kod berikut :


.Header h1, .Header .description {

text-align:center;

}

7. Kemudian tekan Apply to Blog. Siap!

Isnin, 20 April 2020

Susahnya Nak Monetisasi Blog



Entah di mana silapnya permohonan untuk monetisasi blog ini masih gagal dan tidak berjaya. Jika anda seorang blogger yang gagal mencapai tahap yang google adsense perlukan, kita geng.

Sudah banyak kali saya cuba untuk menukar status blog ini kepada blog yang dimonetisasi.Sudah banyak kali juga saya baca polisi google adsense, mentelaah forum dan segala idea untuk menambahbaik baik content, design dan susun aturnya tapi masih juga gagal. Kecewa tak usah cakapla. Nak quit berblog pun ada. Saya taknak cerita lama berulang kembali jd saya cekalkan hati dan said to myself-keep it up dont’t give up!

Cerita lama tu takla lama sangat sebenarnya. cerita  tahun 2014 iaitu 6 tahun yang lalu.Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan ditambah dengan kebodohan diri sendiri akhirnya blog yang dibina dari tahun 2009 habis berkubur tanpa nisan.Bodoh kan.Bayangkan tahun 2009 betapa dunia blog masih merah semerah bayi baru lahir, atau setidak tidaknya ibarat bayi yang baru nak bertatih. Pada masa tu nak cari resepi, travel blog atau cara make up cukup susah.Kalau ada pun tak sebanyak sekarang.Samalah juga dengan koleksi wallpaper,gambar atau imej di google pada masa tu tidaklah sebanyak sekarang.Kalau ikutkan sekarang gambar memanglah banyak di google imej tapi kalau dah semua ada copyright macam mana nak copy simpan dalam blog. Tak pasal-pasal sebab satu gambar satu blog kene penalti.Naya.

Itulah pengalaman pada suatu masa dahulu. Belaja buat blog sendiri sebab kurang info dari blog dan hanya bergantung kepada info yang dibekalkan oleh pihak google.Sebenarnya nak buat blog tak susah pun.Cuma nak kemaskan blog mungkin akan ambik masa sebab nak kene belaja tutorial sendiri.Paling cepat,ambik tenaga profesionallah buatkan satu blog siap dengan domain. Dah siap kita monitor dan add in content.Itu jalan paling mudah asalkan sudi membayar ongkosnya. Ingat lagi zaman tu, siap beli template dari oversea sudahnya tak tau nak pasang domain. Kelakar. Habis melayang RM300.

Berbalik kepada halnya nak monetize blog, satu benda nak share dengan pembaca, bahawasanya blog2 boleh menjana pendapatan dengan meletakkan iklan di dalam blog, sama ada secara manual atau automatik. Memandangkan blog ini belim lagi berjaya di monetisasikan jadi saya hanya boleh share apa yang saya tahu sahaja.

Jika pembaca singgah di mana-mana website kebiasaannya pembaca akan nampak iklan dengan ciri-ciri seperti ini:



Ini adalah contoh salah satu iklan yang dijana oleh google adsense iaitu syarikat pengiklanan google. Setiap iklan yang dipasang mempunyai harga masing-masing sama ada mengikut jumlah view (tontonan) atau jumlah click. Ia juga bergantung kepada jenis iklan yang dipasang.Lain owner lainlah harga yang ditawarkan. Bayangkan kalau satu iklan per view berharga USD 0.03 (contoh) X 100 tontonan sehari pembaca sudah ada pendapatan sebanyak USD3 sehari.Jika dikira sebulan pembaca boleh dapat USD90. Cuba tukarkan kepada RM.Paling kurangpun RM315 ade dalam tangan sebulan.

Kali terakhir saya apply monetisasi adalah semalam.Saya tak pasti apa lagi yang saya perlu betulkan jika masih gagal kali ni. Saya cuba juga cari pengalaman blogger lain sebelum monetisasi tapi tak banyak yang saya jumpa yang betul-betul share pengalaman dan tips untuk monetizekan blog. Dah banyak kali juga saya hantar feedback kat google dan tanya apa next step yang saya perlu lakukan atau apakah lagi yang saya perlu perbetulkan tapi hampa.Google Adsense terlalu sibuk untuk reply dan beritahu apa yang saya perlu buat. Saya faham. Siapalah diri ini di sisi google.

Never mind.Life goes on. 

Kalau pembaca ada pengalaman dan ada tips yang sesuai untuk saya sudi sudikanlah komen di bawah. Kalau blog ini dimonetize at least bertambahlah kerajinan untuk update dan share ilmu.Begitulah hendaknya, insyallah.

Saya akan kongsikan di posting seterusnya bagaimana untuk register monetisasi di google adsense dan kenapa saya memilih untuk berdaftar dengan adsense sedangkan ada je cara lain untuk “buat duit dari blog” atau ade je syarikat pengiklanan lain yang saya boleh join. Tunggu posting seterusnya.Salam.


Iswa Tonie
Putrajaya.
11.58 PM/Monday

#youtuber #youtube #youtubers #youtubechannel #instagram #like #love #follow #subscribe #vlogger #gamer #tiktok #music #gaming #explorepage #instagood #influencer #sub #blogger #youtubevideos #trending #video #viral #vlog #photography #memes #k #explore #likeforlikes #bhfyp #makeup #youtubevideo #fashion #ps #twitch #likes #fortnite #followforfollowback #art #dance #model #streamer #gamer #tiktok #music #gaming #explorepage #instagood #influencer #sub #blogger #youtubevideos #trending #video #viral #vlog #photography #memes #explore #likeforlikes #contentcreator #monetize #monetisasi



Rabu, 10 April 2019

Cara Buat Blog Paling Mudah dan Ringkas



Ramai blogger dah beralih ke youtuber sekarang ni dan menjadi youtuber pemula. Ada yang masih kekal setia dan menulis blog. Tidak kurang yang maintain kedua-dua channel. Well, kalau 2-2 boleh buat duit kenapa perlu pilih kan.

Semasa saya mula-mula berblog pada tahun 2011/2012, saya banyak berlajar dari blogger lain dan youtube. Pada masa tu sebenarnya kurang video kurang kat youtube untuk tajuk tutorial. Jadi susah sikit dan ambik masa sikit untuk mahir selok belok nak creat blog. But, Alhamdulillah 2 minggu bertunggus lumut try and error akhirnya saya dapat mencipta blog sendiri. Malangnya blog tersebut telah didelete pada tahun 2014 atas sebeb-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada masa tu minat sangat menulis . Idea untuk buat blog masa tu bukan sangat untuk berkongsi ilmu tapi lebih kepada keseronokan ada blog sendiri, seolah-olah ada baby yang perlu dibelai setiap hari. Tapi, lama-lama dek kerana kesibukan dan kekurangan idea, blog ditinggalkan dan akhirnya dibiarkan bersarang.

Blog ini adalah blog projek terbaru. Saya rasa terpanggil untuk create satu lagi blog where i can share story and pix. Mana tahu anak2 nanti nak tengok tulisan zaman purba bolehlah tengok mak dieorang ni..Nak share kat FB kurang seronok nak tulis panjang2.

Nak create blog sebenarnya mudah aje. 1st and foremost buat dengan hati2 dan teliti. Insyallah dalam 2 minggu (if uoll struglle study and try everday) insyallah uoll akan dapat mahirkan diri dengan template dan ciri2 yang ditawarkan oleh google.

Ok Jom kita tengok cara mudah dan ringkas untuk create blog sendiri.

1. Taip https://www.blogger.com klik CREATE YOUR BLOG




2.  Masukkan emel address dan password.



3.  Cipta Nama Blog dan isikan alamat yang diingini. (alamat yang anda pilih adalah tertakluk kepada kekosongan di platform www yeh.)


4. Tadaaa...Blog dah siap...



5. Teruskan posting pertama anda dengan klik NEW POST. Untuk cara buat posting pertama, Klik kat SINI.


Bacaan lain :