Here & There


Memaparkan catatan dengan label singapore. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label singapore. Papar semua catatan

Trip Bajet ke Singapore Part II -Day 1

                                                 

Bersambung dari Part 1.


KL  (BTS) - Tuas Check Point (Singapore)- Golden Mile Complex (Singapore)-Jalan Arab -Boat Quay (Hotel)

Kami sampai di Imigresen Malaysia sekitar jam 12 tengahari. Pada masa ni bas hanya berhenti sekali dan kami semua dalam kelaparan sangat-sangat. Pada masa ni semua orang ingat bas akan berhenti untuk makan tengahari. Jadi semasa bas berhenti untuk kali pertama jam sekitar 1000 pagi semua kami hanya membelikan makanan untuk alas perut. Itupun semua habis di makan.

Kalu orang tua pun lapar apatah lagi buak-budak kan. Nasib baik pagi tadi saya sempat gorengkan nugget Ramli dan bawak bekal. So adelah makanan untuk mereka sementara menunggu masa untuk makan tengahari.

Selesai cek passport di Imigresen Malaysia, bas yang sama menunggu di luar stesyen pemeriksaan tersebut terus membawa kami bergerak menyusuri jambatan di Laut China Selatan ke Singapura. 



Check Point pertama adalah Tuas Check Point yang menempatkan kastam dan Imigresen Singapura. Di sini, kami terpaksa berdiri dalam queue lebih kurang sejam setengah. Boleh tahan jugakla lamanya tu. Bila sampai turn kite tak sampai 5 minit pun cek passport. Yang lamanya tuh berdiri..Naik longgar skru lutut. Dahlah lapar hehehe

Settel semua kami akhirnya masuk dalam Singapura...yess...WELCOME TO SINGAPORE...

Seperti yang saya sebutkan dalam entri terdahulu, bas yang kami baik akan stop di Golden Mile Complex. Ianya adalah terminal bas  macam Pudu Raya. Namun bas kami berhenti di hadapan Complex tersebut dan semua penumpang turun. Kami terpinga pingalah jugak sebab tak pasti kenapa semua orang turun. Bila ditanya dengan driver bas rupa-rupanya semua biasanya akan trn di bas stand hadapan complex kerana lebih mudah dan dekat dengan Masjid Sultan. 



Oleh kerana semua orang tengah lapar jadi kami singgah dulu makan. Masa ni dah tak kira dah nak masuk kedai mana sebab semua kedai boleh tahan penuhnya. Ramai betul manusia kat sini....



Iswatonie 
Putrajaya.