Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Ogos 2020

Misteri Batu Ular "Nabau" di Sarawak


Batu Ular "Nabau" terletak 3km dari pusat pekan Engkilili. Batu tersebut mempunyai hujung runcing seperti kepala ular, nampak seolah-olah keluar dari tanah, menyebabkan orang ramai percaya bahawa batu tersebut sememangnya ular yang bertukar jadi batu. Batu Nabau juga dikenali sebagai Batu Lintang oleh penduduk tempatan sebelum ini hanyalah batu biasa yang mereka lalui dalam perjalanan ke kebun mereka.
Sekitar 20 tahun yang lalu, beberapa lelaki Cina tempatan membawa seorang lelaki Thailand untuk melawat batu tersebut. Lelaki Siam itu berkata beliau termimpi mengenai batu tersebut dan batu itu sebenarnya adalah ular sebenar dan dia harus memuja ular itu. Orang-orang rumah panjang menunjukkan kepadanya apa yang mereka panggil Batu Lintang ketika itu.
Orang Thai itu mendakwa bahawa doa dan persembahannya yang dibuat di atas batu itu telah dijawab, menyebabkan ramai orang berkumpul di kawasan itu untuk mencari keajaiban dan menjalankan pemujaan. Penduduk Iban yang menetap tidak jauh dari batu tersebut terkejut pada mulanya untuk melihat semua kemenyan dan lilin yang dipasang di batu tersebut. Ada yang mendakwa mereka menang hadiah loteri selepas meminta nombor ekor dari Batu Nabau. Ada juga komuniti Iban yang membuat upacara ‘miring’ di Batu Nabau. 
Sekarang, ramai Iban tempatan telah percaya bahawa ‘ular’ tersebut adalah dewa yang melindungi kawasan itu dengan kuasa mistik. Lama-kelamaan, penduduk Iban mula memanggilnya Batu Nabau (sejenis ular di Iban) dan bukannya Batu Lintang.
Salah satu kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut apabila musim hujan. Selebat hujan mana sekalipun, penduduk tempatan menyedari bahawa batu itu tidak pernah terendam dan entah bagaimana kelihatan terapung tepat di atas air walaupun seluruh kawasan tersebut dibanjiri.
Beberapa tahun dahulu ada surat khabar tempatan melaporkan penemuan beberapa huruf abjad Jawi di Batu Nabau.  Huruf alif, lam, nun, mim dan sin dikatakan telah ditemui terukir atas batu tersebut. Namun sehingga kini, tiada siapa yang benar-benar mengetahui mengenai penemuan tersebut dan misteri di sebalik batu tersebut.
Sumber :

Isnin, 21 Mei 2018

Pendaki OKU Anak Sarawak BERJAYA Tawan Kem Induk Everest


21.05.2018
Salam Malaysia Truly Asia,

Semenjak PH diumumkan sebagai peneraju negara bermula 10 Mei 2018 yang lepas, saya semakin seronok membuat pemerhatian ke atas media-media massa terutamanya televisyen. Memang diakui di zaman telefon pintar ini ramai pengguna lebih berminat untuk membaca berita daripada siri-siri akhbar online yang mana lebih cepat malah ada siri "live" daripada kawasan kejadian. Saya sendiri sebenarnya lebih suka membuka laman akhbar atas talian. Namun sejak GE14 ini saya perhatikan terdapat perubahan dari segi skrip dan pengisian berita. Mungkin ada baiknya saya terusnya membuat pemerhatian ini, bukan untuk tatapan sesiapa, cukup untuk memuaskan hati sendiri sahaja.

Hari ini semasa menonton siaran TV3 di laman tonton, saya terpaku  seketika dengan slot yang dibawakan ini. Ia adalah berkaitan kejayaan seorang anak muda yang cacat kakinya dan hanya bergerak dengan menggunakan buku lima tangannya, menaiki gunung Everest dan sampai ke Kem Induk Gunung Everest. Betapa gigihnya semangat anak muda yang merupakan seorang penuntut UIAM ini menakluk gunung yang tinggi hanya dengan mengesot dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Pada 15 Mei 2018 yang lepas Berita Harian telah membuat liputan berkenaan perkembangan siri penakluman Everest oleh beliau yang lebih gemar dipanggil dengan nama Adam ini, bersama-sama kumpulannya. Menurut liputan tersebut, misi pendakian tersebut telah dimulakan pada pukul 7 pagi waktu tempatan (bersamaan 9.15 pagi waktu Malaysia) padan 2 Mei 2018.

Bayangkan dengan cuaca yang sejuk pada suhu 5-7 darjah celcius, laluan berbatu, kekurangan anggota kaki, mengensot sejauh  5350 meter  jika tanpa minat, usaha dan kegigihan tidak akan menjadi kenyataan. Benarlah pepatah berkata, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Adam dan kumpulannya berjaya menawan Kem Induk Gunung Everest setelah hampir 16 hari pendakian. 

sumber : bharian

Pendakian yang dianggotai oleh 4 orang pendaki berpengalaman dengan pelbagai latarbelakang ini telah ditaja oleh Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang merupakan seorang pendaki berpengalaman negara.  3 yang lain turut bersama Adam adalah Aliff Abdullah sebagai ketua perubatan dan Irwan Yusof, pengurus ekspedisi bersama jurulatih Adam, Ardi Dullam.

Cerita berkenaan minat dan kesungguhan Adam sebenarnya bukan baharu. Awal tahun ini, pada 21 Januari 2018  Adam berjaya menawan puncak Gunung Datuk di Rembau dan cerita mengenainya telah disiarkan dalam Utusan Malaysia Online

Pada 21.10.2017  adam telah mengikuti ekspedisi pendakian ke Gunung Kinabalu yang berketinggian 8848m dari aras laut. Puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara itu mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar. Namun, berkat kesungguhan Adam berjaya menawan puncak tersebut. Sebagai rakyat Malaysia dan hamba Allah saya merasa terharu dan bangga dengan kegigihan Adam dalam mencapai cita-citanya. Liputan cerita Adam menawan Kinabalu boleh di baca di SINI.







Sedikit biodata Adam :


Profil: Azzrulkhan Hasrullah Matsah 
Umur: 24 tahun Adik beradik: Anak keempat daripada sembilan beradik.
 Keistimewaan lain: Fasih lima bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Jepun dan Somalia. Jurusan pengajian: Sarjana Muda Komunikasi Massa, UIAM 
Asal: Kuching, Sarawak.


Sebagai anak Sarawak saya turut berbangga dengan pencapaian Adam. Bukan senang untuk membuat pendakian yang mencabar. Apatah lagi cabaran dari segi fikizal dan mental juga. 

Semasa ditanya di dalam wawancara pagi ini sama ada Adam mempunyai ketikanya berasa berputus ada atau tidak, Adam menyatakan perasaan putus asa tidak terlintas langsung. 



Iswatonie 
Putrajaya, Malaysia


Khamis, 19 Oktober 2017

Sejarah Sarawak Bumi Kenyalang

.....السَّلاَم  عَلَيْكُمْ   وَرَحْمَة اللهِ وَبَرَكَاتُه





S.A.R.A.W.A.K

Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:

·   Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.


·   Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimomi. 


S.E.J.A.R.A.H   K.U.R.U.N  10-19


Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Tang, dan Song di Santubong. 

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit.{{fakta[1]}} Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati atau Datu Merpati telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15[perlu rujukan]. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Sumber, ensiklopedia.

Merujuk kepada kitab Sejarah Melayu dan manuskrip sejarah yang terdapat di Brunei, bahawa setelah Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Melayu di pesisir timur Pulau Sumatera runtuh, maka kemudian dilanjutkan dengan berdirinya Kerajaan Johor (Johor Lama) di Pulau Temasik pada akhir abad ke-13 M (tahun 1200-an) yang wilayah kekuasaannya kemudian meliputi wilayah Sungai Sarawak. Seiring dengan itu, Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa berdiri dan berkembang dalam abad ke-14 M (tahun 1300-an) dimana kemudian Kerajaan Majapahit ini menundukkan Kerajaan Johor di Pulau Temasek ini termasuk wilayah Sungai Sarawak itu. Ketika Kerajaan Majapahit melemah pada pertengahan abad ke-14 M itu, maka Kerajaan Johor berhasil melepaskan diri dari kekuasaan Kerajaan Majapahit. Selanjutnya masih menurut manuscript sejarah yang terdapat di Brunei, bahwa pada sekitar tahun 1370 M, Raja Brunei yaitu Awang Alak Betetar di-Islam-kan oleh Sultan Johor saat itu dan menikahnya Awang Alak Betatar dengan anak Sultan Johor itu sehingga Awang Alak Betatar pun berganti gelar menjadi Sultan Muhammad Shah dilanjutkan dalam manuscript itu bahwa dengan pernikahan ini maka wilayah Sungai Sarawak kemudian diserahkan oleh Sultan Johor kepada Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah) untuk selanjutnya menjadi wilayah pentadbiran Kerajaan Brunei. Maka sejak saat itu wilayah Kerajaan Brunei membentang dari wilayah Sarawak di ujung timur hingga wilayah Sabah di ujung barat. 


Selanjutnya berdasarkan manuskrip sejarah yang terdapat di Brunei dan juga yang terdapat di Sambas disebutkan bahwa pada sekitar tahun 1625 M, menyusul persaingan antara Sultan Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke-10) dengan Adindanya yaitu Pangeran Muda Tengah maka untuk menghindari perseteruan maka Sultan Abdul Jalilul Akbar membuat kebijaksanaan untuk memberikan wilayah Sarawak kepada Adindanya yaitu Pangeran Muda Tengah itu agar Pangeran Muda Tengah dapat menjadi Raja di wilayah Sarawak itu. Maka kemudian pada sekitar tahun 1627 M, Pangeran Muda Tengah dan pengikutnya kemudian mendirikan Kerajaan di wilayah Sarawak dengan Pangeran Muda Tengah menjadi Sultan pertama Sarawak dengan gelar Sultan Ibrahim Ali Omar Shah dan kemudian lebih popular dengan sebutan Sultan Tengah atau Raja Tengah. Diyakini bahwa Istana Sultan Tengah ini adalah disekitar Kota Kuching sekarang (ada yang menyebutkan di sekitar Sungai Bedil) sehingga dapat dikatakan bahwa Sultan Ibrahim Ali Omar Shah (Sultan Tengah) inilah orang yang pertama membuka Kota Kuching ini. Sultan Tengah atau Raja Tengah ini kemudian pada sekitar tahun 1629 (disebutkan setelah sekitar 2 tahun memerintah di Sarawak), dalam pelayaran dari Johor ke Sarawak, kapalnya telah dihantam badai dan terdampar di Kesultanan Sukadana (sebuah Kerajaan di bagian tengah dari pesisir barat Pulau Borneo ini). Di Sukadana ini, Sultan Tengah kemudian menikah dengan Adinda Sultan Sukadana dan memperoleh 5 orang anak. Dari Sukadana Sultan Tengah dan keluarganya kemudian berhijrah ke wilayah Sungai Sambas. Keturunan dari Sultan Tengah inilah yang kemudian menjadi Sultan-Sultan Sambas dan keturunannya hingga saat ini dimana Sultan Sambas yang pertama yaitu Sultan Muhammad Shafiuddin (Sulaiman) adalah anak Sultan Tengah dari hasil pernikahannya dengan Adik Sultan Sukadana. 


Kemudian pada sekitar tahun 1655 M ketika dalam perjalanan pulang dari Sambas ke Sarawak, Sultan Tengah terbunuh di daerah Batu Buaya dan dimakamkan di Santubong (makam Sultan Tengah telah dibina dengan megah dan dapat ditemui hingga sekarang di lereng Gunung Santubong, disebelah kiri jalan dari Kuching ke Pantai Damai). Setelah kewafatan Sultan Tengah ini, Kerajaan Sarawak tidak diserahkan kepada anak-anak Sultan Tengah tetapi diambil alih kembali oleh Sultan Brunei sehingga wilayah Sarawak itu kembali menjadi wilayah pentadbiran Kesultanan Brunei. Sehingga dengan demikian Sultan Ibrahim Ali Omar Shah (Sultan Tengah) merupakan Sultan Sarawak pertama dan sekaligus juga merupakan Sultan Sarawak terakhir yang berarti pula merupakan satu-satunya Sultan Sarawak yang pernah wujud. 

Sebelum terdampar ke Sukadana (ketika berkunjung dari Sarawak ke Johor, Sultan Tengah telah mengangkat beberapa orangnya yang diberinya gelar Datu Petinggi dan Datu Temenggung untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Sarawak sepeninggalnya ke Johor itu dan hingga kini gelaran-gelaran itu kemudian masih digunakan turun temurun hingga di masa James Brooke menguasai Sarawak dan gelaran-gelaran itu pun masih terkesan hingga saat ini di Sarawak dan keturunan dari 1000 orang Sakai yang dibawa oleh Sultan Tengah dari Brunei ke Sarawak ketika Baginda mendirikan Kerajaan Sarawak, hingga saat ini masih dikenal di Sarawak dengan sebutan keturunan hamba Raja Sarawak.

Tampaknya bahwa golongan yang bergelar Abang diatas, datang ke Sarawak setelah masa Sultan Tengah itu. 


Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak

Sedangkan anak Sultan Tengah (Sultan Ibrahim Ali Omar Shah) yang sulung yaitu bernama Sulaiman kemudian pada tahun 1671 M, mendirikan sebuah Kerajaan diwilayah aliran Sungai Sambas yang kemudian dikenal dengan nama Kesultanan Sambas dengan Sulaiman sebagai Sultan Sambas pertama bergelar Sultan Muhammad Shafiuddn. Keturunan dari Sultan Muhammad Shafiuddin (Sulaiman bin Sultan Tengah) inilah yang kemudian secara terus menerus memerintah Kesultanan Sambas (15 Sultan) selama sekitar 279 tahun yaitu dari tahun 1671 M hingga 1950 M. Anak keturunan Sultan-Sultan Sambas ini sekarang banyak tersebar baik di Sambas, Singkawang, Pemangkat, Tebas, Bengkayang, Pontianak, Jakarta. Kerana hal ini pada zaman dulu dan kerana pertalian saudara ini. Telah menjadi adat kepada setiap bakal-bakal Sultan Sambas yang akan ditabalkan sebagai Sultan harus berdatang sembah atau berkunjung kehadapan Sultan Brunei. 

K.E.M.A.S.U.K.A.N    I.N.G.G.E.R.I.S


Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. 


Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, Gabenor Sarawak,Rajah Muda Hasim menghantar surat kepada James Brooke. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya. 

Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak iaitu kawasan yang kini dikenali sebagai Tanjung Datu sehinggalah ke bahagian timur yakni Pantai Kidurong di Bintulu. Penguasaan Brooke terhadap bahagian tengah Sarawak melibatkan aktiviti ekonomi sagu yang dapat diekspeort ke luar negeri terutamanya ke Singapura untuk tujuan ekonomi. Selepas itu semasa Charles Brooke mengambil alih teraju pemerintahan Sarawak, kekuasaan Sarawa ke atas wilayah-wilayah Brunei diperluaskan sehingga ke Baram dan seterusnya pada tahun 1905, keluasaan Sarawak terus merentasi Trusan dan Lawas. 


Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.


Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), Walaupun demikian, tarafnya sebagai Raja di dalam Protokol Kerajaan England adalah di lapisan kedua selepas Raja-raja India. 

Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina. 

S.E.J.A.R.A.H   M.O.DE.N


Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia Kedua. Pada masa kekalahan Jepun pada 1945, Sarawak ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia.[2] [rujukan : Hasbi Sulaiman, Perjuangan Anti Cession Sarawak hal. 49-50 Hasbi Sulaiman, Perjuangan Anti Cession Sarawak hal. 49-50] Ia kemudian diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946. Sepanjang pemerintahan British tersebut Sarawak ditadbir oleh Pejabat Tanah Jajahan di London. Pengambilan Sarawak sebagai Tanah Jajahan British di Timur telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan mahupun antarabangsa kerana British telah memungkiri janji mereka semasa menandatangni Piagam Atlantik 1941 iaitu tiada perluasan wilayah; perubahan wilayah adalah atas kehendak rakyat; pemulihan pemerintahan sendiri yang telah dinafikan sebelum ini; hak dalam memperoleh bahan mentah dan pengurangan sekatan perdagangan; kerjasama global untuk menjamin keadaan ekonomi dan sosial yang lebih baik untuk semua; kebebasan dari rasa takut dan berkeinginan; kebebasan di laut; menghentikan amalan keganasan serta pelucutan senjata di seluruh dunia. 


Sepanjang tiga tahun pertama rakyat Sarawak hanya diikitiraf sebagai Subjek British, penentangan demi penentangan dilakukan oleh Rakyat Sarawak yang mahukan sama ada berkerajaan sendiri dengan Merdeka ataupun mahukan Rejim Brooke memerintah semula. Peristiwa terbesar yang berlaku pada masa itu ialah Pembunuhan Duncan Steward, Gabenor Sarawak yang kedua di Sibu oleh seorang anak muda belasan tahun bernama Rosli Dhoby. Pembunuhan ini berlaku pada 3 Disember 1949. 


Pada 22 Julai 1963 Rakyat Sarawak telah diberi taraf berpemerintahan sendiri dengan Stephen Kalong Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri Pertama bagi Negeri Sarawak. Taraf berpemerintahan sendiri ini ialah setaraf dengan negeri-negeri naungan British yang lainnya kerana Sir Alexander Waddell masih lagi menjawat jawatan Gabenor sehingga 15 September 1963.[ dan menyertai Persekutuan Tanah MelayuSabah dan Singapura, dalam persekutuan Malaysia[rujukan :  United Nations list of Non-Self-Governing Territories, North Borneo and Sarawakyang dibentuk pada 16 September 1963, walaupun dibantah sebahagian penduduk pada mulanya.(rujukan :  UN General Assembly 15th Session – The Trusteeship System and Non-Self-Governing Territories (m/s:509–510)  UN General Assembly 15th Session – The Trusteeship System and Non-Self-Governing Territories (m/s:509–510)] 


Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia-Malaysia antara 1962 dan 1966[rujukan :  The territorial dispute between Indonesia and Malaysia over Pulau Sipadan ... oleh R. Haller-Trost;  United Nations Treaty Registered No. 8029, Manila Accord between Philippnes, Federation of Malaya and Indonesia (31 Julai 1963)] 



F.A.K.T.A  K.E.D.U.D.U.K.A.N   S.A.R.A.W.A.K


Sarawak terletak di bawah khatulistiwa tepat ke timur dari Semenanjung Malaysia. Ia merupakan negeri yang terbesar di Malaysia meliputi lebih 124,000 km persegi hutan hujan tropika di seluruh pulau BORNEO. Sumber : www.mbks.gov.my

SARAWAK merupakan habitat semula jadi untuk haiwan di kawasan tropika yang melindungi pelbagai spesies burung, reptilia dan haiwan berkandung, hanya untuk menamakan beberapa. Kekayaan hutan hujan menyediakan haiwan-haiwan tropika dengan tumbuh-tumbuhan yang subur dan pembentukan semula jadi untuk terus meremajakan kitaran hidup mereka. SARAWAK juga rumah kepada kolaj kumpulan etnik. Kepelbagaian budaya mewujudkan keharmonian warna accentuating keunikan tradisi, gaya hidup dan bahasa.

Bandar KUCHING adalah ibu kota Sarawak.Ia merupakan hab penuh dengan aktiviti-aktiviti perniagaan dan pelancongan.  

Sumber : www.mbks.gov.mySumber, ensiklopedia