Memaparkan catatan dengan label rimini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rimini. Papar semua catatan

Good Morning Rimini - From Blue Suite Hotel

 

Salam Good Morning...

Ini adalah sambungan daripada trip Road to London. Jika pembaca belum lagi membaca post sebelum ini, pembaca bolehlah klik link di sebelah kanan wall ini.

Sebagai ringkasan, trip Road to London adalah suatu perjalanan saya  (dan rombongan lawatan). Saya mulakan perjalanan dari KL-London (transit satu malam di Malaysia Hall) -Rimini , Italy (untuk sesi lawatan).  




Alhamdulillah diberikan peluang untuk menghirup udara dari pekan kecil Rimini, Itali. Cuasa sejuk pagi dan kopi panas memang sedap diminum. Tambah2 lagi dengan permandangan indah dari tepi laut yang suuyi sepi...


Ini adalah pemandangan dari Hotel Blu Suite, Rimini. Hotel ini terletak betul2 di tepi pantai. Saya dan rombongan samapai di hotel ini di waktu petang dan dalam keadaan penat. Apa yang difikirkan pada masa itu hanyalah check in dan cepat2 merebahkan badan.

Semasa kami (saya dan rombongan) sampai, hotel ini agak lengang. Tidak ramai yang duduk di lobby atau di mana-mana ruang hotel seperti selalunya keadaan di hotel di Malaysia. Dan even semasa breakfast cuma nampak beberapa orang yang turun makan di ruang kecil cafe.

Setiba masuk ke ruang bilik saya rasa kagum sekejab. Jujurnya, hotel ini memang cantik dan jika di lihat dari websitenya pun memang gambarnya pun cantik2. Namun, apa yang saya tidak sangka2 adalah keadaan dalam biliknya dan ruang dalamnya yang luas. Saya expect bilik yang kecik sebab hotelnya pun nampak cenonet.Well, im wrong, obviously.




pemandangan dari arah pintu masuk bilik. Ini adalah ruang tamu kecil. Sofa biru itu sangat lembut dan boleh dibuka dan dijadikan satu katil saiz queen.

Meja menempatkan set untuk membuat air minuman.


Lokasi almari ini adalah di tepi pintu masuk ke bilik. Besar kan almari ni..boleh muatkan beg2 luggage yang besar.



Ruang tandas terletak di sebelah kanan pintu masuk ke dalam bilik. Tandas di Europe memang cantik dan kemas. Cuma satu je.Takde paip air untuk membasuh.hehe




Ruang masuk kebilik. Dipisahkan dengan dinding. Sangat privacy...


Ini adalah pemandangan sebenar ruang tempat tidur di dalam bilik ini. Disediakan satu bath rope, bantal coklat (untuk hiasan kot) dan satu beg berisi towel besar (souvenir). Bestkan..


Baca post lain untuk pengalaman saya ke sekitar Italy.

Iswa Tonie
Rimini, Italy
13.03.2019




Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...