Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan

Pengalaman Stay Di Forest City Golf Hotel, Gelang Patah, Johor

 


Bismillahirrahmannirrahim...

Jujurnya, walaupun saya seorang 'kakijalan' tapi hotel ni takada dalam wishlist saya. Satu, mungkin disebabkan hotel ni jauh nun di hujung sana maka saya belum meneroka kawasan sekitarnya yang menarik untuk dijelahi, atau mungkin sebab kedua, nama hotel ini jarang-jarang di war-warkan jadi saya kurang tahu pasal hotel ni.

Rezeki dapat duduk di hotel ini selama 2 hari sebenarnya sebab ada bengkel. Selepas sahaja mendapat tahu bengkel akan diadakan di sini, terus sahaja saya google nama hotel ni. Boleh tahan jauh dan isolated juga tempatnya.

Tapi setakat itu sahajalah info yang saya perlukan sebab menginap untuk bengkel. Kalau cantik selesa , alhamdulillah. Kalau sekadaran pun apa boleh buat, terima sahajalah. Jadi, saya tak expect apa-apa cuma harap boleh menginap dengan selesa kerana saya akan pergi bersama suami dan anak-anak saya. Dengan kelajuan santai  akhirnya kami sampai dalam pukul 8 lebih malam. Kami gerak daripada Putrajaya sekitar 5-6 petang dan tidak berhenti. Tidak susah untuk mencari hotel ini dengan waze/google map. Cuma perlu berhati-hati kerana jalan untuk ke sana (sekitar 30 minit ke hotel) gelap tanpa lampu jalan dan jalan beralun sedikit. 

Selepas register, dapat kad bilik kami pun beransur masuk bersama-sama sekeluarga.

Bilik

gambar dalam bilik



Bilik yang saya dapat ni luas, katil king, ada korridor dan bilik air pun luas. Memandangkan kami bawa anak-anak jadi saya arrange untuk satu katil extra dengan harga RM100 semalam. Saya rasa harga tu murah sebab dapat katil dan free breakfast sekali.

Korridor

Ni permandangan dari korridor. 

Bilik Air

Saya ni jenis yang tak kisah sangat pasalbilik air luas ke tidak, ada free berus gigi etc tu semua atau tidak. Tapi untuk bilik hotel seluas ini, dengan faciliti yang menarik,mustahil dan tak lengkapla kalau bilik airnya tidak menarik kan.

Bila saya masuk ke ruang bilik air, saya tak expect untuk bilik air yang seluas ini, ada tab mandi, ada shower slot dan of course, barang-barang mandian- shampoo, shower gel dan berus gigi semua ada. Cuma, kalau anda boleh bawak shower gel dan shampoo sendiri, its better to bring it with you. Sebab kecik bebenor botol shower gel n shampoonya. Saya ni pulak jenis suka mandi dengan sabun merata. Plus, dengan shower gel botol kecil macamana nak mandi buble dalamtab mandi yang super elok tu..kan..


Tab mandi ni cantik sebab dalam  dan luas, sesuai untuk akak ni yang comel montel...hehhe. paling kurang bolehlah nak pusing ke kiri ke kanan ala2 mandi dalam kolam. Ada sesetengah hotel yang saya jumpa tu tabnya muat2 badan sahaja.Apakah petandanya itu, adakah orang yang slim sahaja boleh mandi dalam tab..hehehe.

Breakfast

Bab breakfast kami anak beranak cukup suka pilih hotel yang ada menawarkan breakfast. Tak semua hotel yang kami pergi kami ambik pakej dengan breakfast, kadang2 teringin nak breakfast luar kami akan ambik bilik aje.

Kalau korang datang ke sini untuk leisure, better ambikpake sekali breakfast. Pertama, sebab banyak pilihan makanan, sup, bubur, makanan berat nasik mee semua ada. Walaupun variety mee mungkin cuma ada 2 tapi bagi saya itu dah banyak.Kalau nak dibandingkan dengan hotel 5star lain, hotel ini cover semua jenis western style eastern style breakfast.  Masakannya pula sedap cukup rase.Memang berbaloi dan kenyang. Takpayah pk nak diet bagai, makan dulu diet kemudian..gitu...

Antara menu breafast yang ada adalah:

Keduanya, sebab view. Breakfast dengan view padang golf menghijau. Siapa taknak?

Deco

Mula-mula masukke hotel ni kita akan dijamu mata dengan permandangan arca/ukiran patung dengangolf style sesuai dengan nama hotel ni Forest City Golf Hotel. Apabila melangkah ke dalam hotel anda akan nampak deco dan hiasan seperti ini. Bagi saya hiasan ni semuanya cantik dan tersusun elok aje dekat tempat yang sesuai di area entrance. Lainlah patung orang main golf di letaknya kat tepi lift atau kat koridor otw ke bilik. Mau tak tidur malam dibuatnya.hehe

pemandangan dari sisi pintu masuk 

replica kawasan Forest City


 
map seluas lebih kurang 4-5 meter x 3.5-4 meter dekat 
dinding sebelah kaunter check-in.

Ok jom kita buat check list ringkas, mane tahu ada yang berminat untuk stay dekat sini, main golf atau lepak santai jauh dari kesibukan bandar.


bilik luas
boleh request tambah katil RM100 (dengan breakfast)
balcony
tab mandi
toiletries (bawak sendiri if nak mandi buih 😊)
 seterika dan papan 
 jug dan coffee
breakfast sedap
aircond & kipas


Semoga bermanfaat.






Peminat Kopi Mesti Cuba Nescafe Kopi-O ni sebab...

 

Salam kemerdekaan semua…semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang, insyallah.

Sebagai peminat kopi saya telah mencuba berbagai jenis jenis kopi, daripada yang murah kepada yang mahal dan daripada peket sehinggalah kopi brew. Memang seronok travel around dan try pelbagai jenis kopi seolah-olah memberikan perasaan yang berlainan, feel yang lain bergantung di mana kita merasai kopi tersebut.

Sebenarnya saya dilahirkan dalam keluarga peminum kopi, jarang sekali minum teh o atau teh Tarik atau milo dan yang seumpamanya. Mungkin disebabkan itulah maka saya membesar menjadi seorang peminum kopi tegar..hehhe.

Tapi kopi di kampung tak sama dengan kopi di bandar. Mak saya cukup suka kopi yang dikisar. Apabila dibancuh hampasnya akan tinggal di bawah dan hampir suku jug jugalah hampasnya. Sebegitu bezanya dengan kopi proses yang tinggal masukkan saje dalam cawan dan siap diminum, maka sebegitulah beza rasa kopi tersebut.

Rasa pekat yang tak boleh digambarkan. Jika di tambah susu sedikit boleh membuat anda terduduk dan menikmati kopi itu sahaja tanpa memikirkan benda lain. Hebat kan. Itu sebenarnya bergantung juga dengan siapa yang membuat air kopi tersebut. Kalau diikutkan, dalam keluarga kami di kampung, hanya sayalah seorang yang boleh membuat kopi o terangkat hehhee….ini bukan angkat bakul taw…ini mak kite yang cakap…heheh..sebab biasanya kalau saya ada dikampung, mak akan suruh saya yang buatkan kopi o sebab saya tahu nak anggarkan gula, tidak terlalu manis, sedang-sedan sahaja. Telah airlio kejab.

Tolak tepi kisah kopi di kampung, saya nak kongsikan kopi-o jenama nescafe sepertimana gambar di atas. Ada pembaca yang dah pernah rasa ke kopi o ni, atau penggemar kopi-o ni sama macam saya.

Kopi-o ni rasanya lain daripada kopi-kopi o peket yang lain. Rasanya sedikit pahit walaupun telah di tambah dengan gula. Jika di tambah dengan susu, kopi ini kurang kick. Ada yang sama pendapat dengan saya ke..

Saya suka kopi ni sebab rasa pahit di hujung rasa kopi seakan-akan signature kepada kopi-o ini. Saya dah cuba pelbagai jenis kopi o peket yang lain dan saya tak Nampak “signature” seperti ini. Saya suka nak share dan syorkan pembaca yang juga peminat kopi untuk try kopi ni. Selain murah (jika dibandingkan dengan Starbuck), anda juga boleh buat sendiri pada bila-bila masa dan senang diperoleh. Cari aje di mana-mana kedai serbaneka. Biasanya saya beli speedmart sebab pasar borong jarang masuk jenis yang ini.

Jika anda dah cuba, komen yeh kita share pendapat dan pengalaman.

-Peminat Kopi Kisar-


Cendol Durian BMI di Nilai [Mesti Cuba]



Peminat-peminat cendol tegar macam saya mesti tau mana nak carik cedol sedap, lemak2 dan memuaskan hati. Dalam seminggu mesti sekali nak merasa cendol. Teringat masa duduk kat Shah Alam dulu. Kami suami isteri suka betul makan cendol lori putih sama ada dekat seksyen 7 atau dekat sebelah bank dekat Plaza Massalam. Selalu makan open air je gitu. Seronok je lepak2 sambil makan2. Nak2 pulak makan masa tengah panas. Menang menyirap sedap die.

Baru-baru ni husband bawak saya ke Nilai. katanya kat Nilai ada kedai cendol super sedap. Saya ikutkan aje sebab kadang2 lidah husband saya ni pandai menipu. Yang tak sedap dikatanya sedap. Yang sedap pulak dikatanya biasa2 aje. Entahlah labu.

So sampai kat Nilai, actually pekan Nilai  masa tu dah tengah hari dalam pukul 1 macam tu. Sebenarnya kami berdua dari Putrajaya ke Shah Alam. Sebelum nak balik rumah kami melencong ke Nilai kononnya nak jalan2 la dulu. Sudahnya makan tengah hari berlaukkan cendol. Ikutkan je la Labu.

Kedai ni simple aje. Lokasi senang carik n jumpa sebab ada dekat tepi jalan, corner and sebelah masjid. So kalau nak waze/map carik CENDOL BMi Nilai.

Masa kami sampai customer tak berapa ramai. Ada yang tengah menjamu selera ada yang sedang tunggu order. Masa order tu saya sedikit terkejutla. Bukan underestimate tapi serious respect kat kedai ni. Walaupun nampak simple, kecil dan tersorok di Nilai tapi masa order tu super cepat, ringkas dan sangat pantas.Dieorang guna sistem order yang biasa ada dekat kedai-kedai mahal wei. Lepas order dioerang bagi device yang akan berbunyi bila order dah siap. Dah berbunyi tu rajin2lah angkat punggung pg ambik makanan dekat kaunter. Serius i like this system. Bukan ape, kurang sikit nak menjerit  nak menanya ke ape bila order nak siap kan. Lagipun benda2 mudah kita harus puji dan sokong. 

Cendol dan rojak sayur berpisah tiada. Inilah rojak sayur yang kami order. Actually order cendol durian, rojak dan mee goreng.



Kombinasi rojak sayur dan cendol memang best. Jangan lupa order rojak sayur yang lembut dengan kuahnya sedap very light light je.



bukti kami ada order mee goreng sedap. I dont know kenapa tiba2 terminat dengan mee goreng this style. Sedapppp..

Ruang dalam kedai ni. Simple aje kan. Tapi sistemik weii...



Kalau tengok dekat menu ni yang terpampang ni memang murah2 la harga dia. Menu senang satu aje korang bolehlah teliti dan baca 1-1. Agak2 makan tak cukup satu tambah la lagi. Order benda lain pulak. Atau tapau kasi  keluarga merasa jugak.


Kalau korang berminat nak try atau dah try dan nak try lagi dan lagi macam kami, jemput2lah datang ke Nilai. Boleh tengok info di bawah hasil copy dari google.


Alamat :

NO 3 GERAI MAJLIS DAERAH NILAI JALAN BESAR NILAI, Pekan Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Masa beroperasi: sehingga jam 6 petang

Telefon : 017-298 6265

Order Online : foodpanda.my


Kalau korang dah try jangan lupa share review dekat komen bawah. Saya pun nak tau berapa ramai yang dah baca posting n ni dan yang dah try sendiri. 


Selamat "cendol hunting".






SINOPSIS DRAMA "365 DAYS" DI NETFLIX




Drama yang tengah trending di Netflix disebabkan hero /leading actornya yang dark, tall and hensem, Italian man. Sekarang drama ni berada di tangga ke-5 trending di Malaysia. Hebat penangan drama ni. Tapi kena hati2 ya sesiapa yang dah tengok mesti tahu kandungan drama ni berat. Tak sesuai di tonton oleh kanak-kanak dan remaja. Tak sesuai jugak untuk adik2 yang belum berkahwin. Sebab apa, drama ni mengandungi unsur keganasan dan seks yang hanya sesuai di tonton oleh golongan berkahwin dan dewasa sahaja. Kalau ikutkan cerita romantic tapi faham2 jelah di Netflix takde tapisan.

Drama ni diadaptasi daripada Novel 365 DNI yang ditulis oleh Lipinska Blanka bertemakan percintaan. Drama berasal dari Poland ini dikatakan mengadaptasi film 50 Shades of Grey.

barisan pelakon 365 days

Di dalam drama ini Laura Biel (dilakonkan oleh Anna-Maria Sieklucka) adalah salah satu direktor penjualan sebuah hotel ternama di Warsawa, Polandia. Laura adalah seorang wanita yang mempunyai karier yang hebat dan berjaya namun sayangnya gagal dalam hal percintaan. Kekasihnya, Martin (dilakonkan oleh Mateusz Lasowski) tidak pernah memprioritaskan Laura dan lebih mementingkan kerja dan kawan-kawannya. Laura yang menahan kesabaran merancang untuk memperbaiki hubungan mereka dengan bercuti bersama ke Sisilia sekaligus meraikan ulang tahunnya.

Sementara Massimo Torricelli (dilakonkan oleh Michele Morrone) adalah anak seorang bos mafia yang berubah secara drastic setelah kematian ayahnya yang telah dibunuh dihadapannya sendiri. Massimo telah mengambil alih tempat ayahnya dan menguruskan seluruh bisnis mafia keluarganya di Sisilia, Italia.



Di Sisilia, Massimo telah terserempak dengan Laura di Lapangan terbang dan telah mengambil kesempatan menculik Laura semasa Laura bersendirian.Laura telah di bawa ke rumah Massimo. Setelah sedar bahawa dirinya telah diculik, Laura cuba untuk melarikan diri tetapi gagal. Dalam kesempatan itu Massimo menunjukkan kecurangan Martin. Massimo telah berjanji untuk tidak akan menyentuh Laura dengan paksaan dan memberikan masa untuk Laura jatuh cinta kepadanya dalam masa 365 hari. Sekiranya Laura tidak mencintai Massimo, Massimo akan melepaskan Laura pergi.

Hari2 berlalu dan hubungan di antara Massimo dan Laura semakin genting. Laura seolah-olah memboikot dan dengan sengara provoke Massimo. Massimo pula dengan egonya cuba untuk menawan Laura tapi dengan lembut dan bukan dengan paksaan. Sehinggalah suatu hari semasa mereka sedang berlayar di dalam bot, Laura telah cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam laut. Nasib Laura baik sebab masa Laura terjun tu Massimo ada berdekatan dan Massimo terus terjun dan menyelamatkan laura. Sangat klise di situ kan. Di sinilah bermulanya perasaan cinta antara Massimo dan Laura. Selepas tu berlakulah hubungan seksual di antara mereka secara suka sama suka. Kanak-kanak, remaja dan sesiapa yang di bawah umur sangat2 tidak digalakkan untuk tengok cerita ni sebab scene selepas Laura diselamatkan tu memang sangat2 heavy. Jalan cerita dah elok dah. Tapi ditengah2 drama ada pulak scene macam tu.

antara scene berat dalam drama ni

Selepas kejadian tu Massimo dan Laura jadi couple. Tapi oleh sebab ada konflik antara Massimo dan rakan bisnes lain yang berpunca daripada Laura, maka Massimo mengarahkan Laura untuk balik semula ke rumah asalnya. Massimo berjanji akan datang menjenguk Laura setelah konflik selesai. Dengan berat hati Laura ikut arahan dan balik semula ke tempat asalnya.

Beberapa bulan selepas itu Massimo datang ke rumah Laura tanpa diduga dan melamar Laura. Seperti dijangka  Laura bersetuju dan akhirnya mereka membuat persiapan untuk perkahwinan mereka. Tapi nasib tidak menyebelahu mereka sebab semasa Laura dan rakannya berada di dalam kereta dan dalam perjalanan untuk ke tempat Massimo, kereta mereka telah diletupkan oleh musuh Massimo yang masih menyimpan dendam. Itulah pengakhiran cerita ini. 

Saya cerita ni dengan ringkas aje taw. Kalau nak tengok details bolehlah tengok di Netflix. Tapi nasihat saya macam apa yang cakap kat atas, drama ni tidak sesuai untuk tontonan family, kanak-kanak, remaja dan dewasa yang belum berkahwin sebab ada scene keganasan melampau dan seksual tanpa tapisan yang tidak sesuai untuk ditonton. Dalam sesetengah komen reporter menyatakan drama ni adalah salah satu drama di Netflix yang mengandungi softporn. Kalau kita di Malaysia ini bukan softporn dah, ini hardporn!

Apa-apa pun moga sinopsis ini dapat membantu anda yang sedang tertanya tanya jalan cerita 365 days ini. 

Selamat menonton.

Youtube :
Sinopsis (BM)
Behind the scene 
Biography Michele Morrone



#365 #365days #365dni #massimo #hotscene #netflixtrending #michelemorrone #sinopsis365days #synopsis365days #synopsis365dni #netflix #massimo #365dni #365days #michelemorrone #days #project #photochallenge #challenge #daychallenge #photooftheday #dni #photography #day #revista #love #motivation #michelemorrone #nature #annamariasieklucka #art #hgf #picoftheday #bnw #ska #photo #blackandwhite #instagood #newyear #stayhome #projekt #fun #bw #entertainment #bhfyp #daily #travel #photoaday #hollywood #photoproject #dayschallenge #photos #kimkardashian #news #homesweethome #dag #magazine #royals #life #hemagoesfamous #stars #fame #gossip #books #new #dias #kyliejenner #kalendar #dagenproject #dniblankalipi #of #k #asia #hours #london #365 #365days #365dni #viral #trendingnetflix

Movie Review : The Billionaire (Thailand)



Ittipat, seorang anak muda dr keluarga berada yang suka bisnes dan malas belajar to sangat bijak mencari wang runtuh. Ittipat dapat income beribu hasil jual weapon thru online video games. Kiranya menjual weapons dlm games. Bayangkan hasil dari jualan tu beliau dapat beli kereta baru ...beli cash tue... At one point akaun  game online kene sekat sebb byk sgt transaksi online haram. So satu hari masa die tgh lapar nampak iklan pameran barangan n makanan industri. Beliau pun pergilah ke pameran tersebut dengan harapan dapatla makanan free. Memang sah beliau dapat makanan free kat situ. Kat situ jugalah beliau dapat tahu pelbagai jenis mesin kilang dan industri sehinggalah beliau terpandang kat mesin buat chestnut terus beliau terdetik nak buat bisnes tu. Beliau pun tanpa lengah-lengah terus beliau belilah mesin tersebut. Mesin sampai rumah terkejut beruk mak ayah die.Bayangkanlah mesin chestnut sampai kat rumah. Sapa nak guna.

So beliau bukak bisnes chestnut kat mall (booth).1st tapak beliau dekat depan foodcourt tp bisnes tak maju. Dalam sehari adalah seorang datang membeli. Beliau rasa down sgt masa nie. Tapi beliau tidak berputus asa. Beliau mencari di mana kesilapan bisnes dan dapati besar kemungkinan lokasi tapak tak sesuai dan menarik. Jadi, pada suatu hari beliau pergi berjumpa dengan pihak pengurusan dan tapak yang ada di hadapan pintu masuk. Rezeki beliau baik. Beliau dapat tapak yang diidamkan. Semasa berniaga di lokasi tu bisnes dah start maju. Maju punya maju sampailah satu hari pihak management complaint sebb siling dah hitam sebab habuk memasak. Oleh kerana bisnes baru je ok die janji nak cat balik kasi cantik. Pada masa inilah mak ayah beliau ajak pindah ke China sebab bisnes ayah beliau ada masalah hutang 40m dan telah diistiharkan muflis. Beliau turut kecewa dengan keadaan tu tapi beliau bertekad untuk kekal Thailand dan berjaya dalam bisnes. So beliau stay bersama pakcik jaga kat rmh beliau a.k.a pekerja booth chestnut sementara mak dan ayahnya berpindah ke China.

Berkenaan siling yang kotor dan hitam tadi, beliau telah berusaha untuk membersihkan kotoran hitam dan mengecat semula. Namun, malang bagi beliau kerana walaupun dah cat bisnes owner lain masih complaint jadi pihak management terpaksa tolak beliau keluar. So beliau pun berhenti berniaga. Pada masa ni bukan sahaja beliau yang down dengan saya saya sekali turut rasa down dan give up.

Nak dijadikan cerita pada suatu hari beliau berjumpa dengan girlfriend beliau. Masa tenagh sembang dlm kereta girlfriend beliau telah keluarkan satu bekas di dalamnya ada seaweed dan bagi kat beliau untuk rasa. So beliau pun ambik dan rasa sangat sedap dan terus dapat idea nak buat bisnes seaweed pulak.

Sudahnya beliau jual semua mesin chesnuts beliau dan beli seaweed berkotak2 n grg sendiri kat rmh. Beliau juga membeli mesin packaging plastik utk pembungkusan. Berkotak2 beliau goreng semua hangus dan tak sedap.Membazir kan. Oleh kerana terlalu banyak pembaziran sekali lagi beliau rasa sedih dan kecewa. Duit baki pun dah makin susut nak beli seaweed utk try pun dah tak cukup.sian die😢😢 


Pasa suatu hari hujan turut dengan lebatnya. Beliau pada masa tu dalam perjalanan balik ke rumah, Apabila sampai dekat rumah beliau tengok pakcik jaga yg tinggal dengan beliau terbaring pengsan. Beliau ingatkan pakcik tu mati. Beliau rasa sangat sedih memikirkan siapa akan temankan beliau nanti.

Well masih panjang rupanya cerita ni...Beliau bawak pakcik tu pergi hospital. Rupanya pengsan aje. So pakcik admitted beliau pun balikla ke  rumah.

Setelah sampai di rumah, beliau ada nampak ada satu bungkusan seaweed mentah yang .tak di goreng lagi. Kiranya itulah bungkusan terakhir yang masih berbaki. Walaupun dah basah sikit terkena tempias hujan, beliau masih teruskan niat untuk menggoreng seaweed tersebut. Dalam hati beliau masih tu memang dah putus asa sebab dah tak boleh pikir nak buat macam mana baik untuk goreng nak bagi sedap.

Siapa sangka rupa-rupanya itulah last n the 1st plastic seawed yg bawak tuah kat beliau..Rupanya2 seawed mentah yg dibeli tak boleh terus goreg.kena basahkan dulu baru goreng. Barulah rangup..cehhh!!! So beliau dah dpt idea baru dan beliau mulakan bisnes dengan menjual bungkusan demi bungkusan. Market pada masa tu sangat slow. Mungkin juga sebab cara pembungkusan yang tidak menarik atau bukan kegemaran penduduk di sana.
Pada suatu hari dgn rasa down sbb bisnes tak berjalan dengan lancar beliau pun pergilah masuk ke dalam kerdai 7E n masa melangkah keluar tu beliau terbaca something kat paper n dpt idea nak paasrkan barang beliau di 7E.
Esoknya beliau pergi bawak sampel kat 7e.7e bagi green light jadi beliau gembira yang sangat namun kegembiraan tersebut ternyata hanya seketika.Beliau terkejut apabila 7e bagitahu nak buat inspection kilang n nilai kebersihan kilang..aiseh kilang beliau masa tu ada dekat ruang belakang rmh die n pekerja hanyalah beliau dan pakcik jaga tu.

Ini adalah stage yang paling mencabar bagi beliau. Beliau berniat untuk adakan satu kilang yang betul-betul. Jadi beliau sanggup jual rumah  dan jual keretanya  untuk siapkan kilang dan mencari pekerja..sgt touching ms tu ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ Terus ending...7e buat inspection..die berjaya jadi supplier untuk 7E so sekrg dh jd jutawan sebab yerla...berapa banyak cawangan yang 7E ade kan...giler mewah... 

Cerita ini telah diadaptasikan berdasarkan cerita sebenar jutawan muda, Itthipat Kulapongvanich yang menjadi jutawan di usia 19 tahun. Rezeki tidak datang bergolek dan tidak juga mengenal usia. Selagi ada usaha, ada semangat yang kental dan kerajinan yang tinggi pasti akan berjaya juga akhirnya. DOnt Give Up!






Filem Romantik Bermotivasi Tinggi Mesti Tengok : The Mountain Between Us Movie Review


Salam Malaysia Truly Asia,

Bagi peminat cerita-cerita romantiik, filem ini sudah semestinya menjadi pilihan untuk tontonan. Tambahan pelakon seperti  Kate Winslet yang membintangi filem tersohor Titanis dan latar belakang gunung salji membuatkan kita terfikir apakah sebenarnya corak cerita romantik ini.

Saya mulakan dengan  memperkenalkan pelakon utama  filem ini. Kate Winslet  (sebagai Alex Martin) di dalam cerita ini adalah seorang jurnalis (wartawan) sementara Idris Elba  (sebagai  Dr Ben Bass) adalah seorang pakar bedah.  kedua-duanya bertemu di Lapangan Terbang Boise. Pada masa tersebut, penerbangan dibatalkan disebabkan ribut salji. Alex telah mendapat idea untuk menyewa  kapal terbang kecil milik Beau Bridges (sebagai Walter) daripada Lapangan Terbang Boise ke Salt Lake City. Alex tidak dapat duduk diam kerana Alex akan berkahwin selang sehari. Sementara Dr Ben pula perlu menghadiri pembedahan di Baltimore, Maryland. Kedua-dua mereka menaiki kapal terbang milik Walter. Turut serta bersama-sama meraka adalah seorang anjing milik Walter.


Kapal terbang mereka secara amnya berjaya melalui kawasan-kawasan yang mengalami cuaca buruk. Alex dan Dr Ben menyangkakan mereka akan berjaya sampai ke destinasi. Malangnya, Walter  diserang strok menyebabkan kapal terbang mereka terhempas di atas gunung salji. Nasib Dr Ben sangat baik kerana masih hidup dan hanya mengalami cedera ringan. Sementara Alex, mengalami patah kaki , dan Walter terkorban.

Di sinilah bermula detik-detik permulaan cerita di mana kedua-duanya cuba untuk bangkit dan bersemangat untuk hidup dan mendapatkan pertolongan. Kedua-duanya, dan anjing milik Walter berjalan mengharungi gunung ganang yang sejuk dan beku tanpa hala tuju.


Semasa berada di dalam perjalanan, perbagai ujian ditempuhi oleh Alex dan Dr Ben, termasuklah kemalangan yang menyebabkan Alex terjatuh di dalam tasik yang membeku. Kerjasama, saling bantu membantu, saling faham memahami antara mereka merapatkan hubungan antara mereka. Pada saat inilah, Dr Ben dan Alex belajar untuk lebih mengenali satu sama lain. Pada kebanyakan masa, Dr Ben menjadi seorang hero yang menjaga kesihatan  dan  keselamatan Alex tanpa henti. 

Setelah menempuh perjalanan yang jauh, Alex tidak mampu lagi berjalan menyebabkan Dr Ben membuat satu alas untuk menarik Alex .  Bayangkanlah berjalan menempuh salji yang tebal dan sejuk . Sudahpasti pasti perjalanan mereka sangat sukar. Namun, nasih menyebelahi mereka.

Akhirnya mereka berjaya menemui sebuah rumah usang yang ditinggalkan. Di sana, mereka  menjadi lebih rapat dan cuba untuk mencari jalan untuk hidup. Sepanjang perjalanan, mereka tidak bertemu dengan sesiapa. Apabila mereka melihat rumah usang tersebut sekurang-kurangnya mereka berjaya untuk berlindung dari kesejukan salji. 


Pada suatu hari semasa sedang berjalan untuk mencari jalan keluar   kaki Dr Ben telah  terkena perangkap berduri. Alex yang dalam keadaan tidak bermaya terus  bergegas mencari pertolongan. Nasib baik pada masa tu anjing mereka telah membawa Alex ke kawasan pembalakan tidak jauh dari situ. 
Alex dan Dr Ben sedar  di bawa ke hospitall. Sebaik sedar daripada tidur,  Dr Ben  terus pergi ke bilik  Alex dan mendapati Alex  bersama tunangnya. Dr Ben rasa kecewa dan berlalu dengan hampanya. 

Sejak keluar daripada hospital, kedua-duanya tidak berhubung langsung. Dr Ben seolah-olah enggan mengingati semula kenangan bersama Alex. Dia cuba memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya. Sementara Alex pula cuba untuk menghubungi Dr Ben namun tidak pernah di sambut. Bagi Dr Ben, dia tidak mahu berasa kecewa  dan hampa. Biarlah Alex meneruskan hidupnya bersama tunangnya, sementara Dr Ben meneruskan kehidupannya bersama kerjayanya. 

Alex tidak pernah putus asa menghubungi Dr Ben walaupun Alex tahu semua panggilan telefonnya tidak pernah dilayan oleh Dr Ben.Sehinggalah pada satu hari Alex telah mengirimkan gambar-gambar yang telah di ambil semasa kejadian mereka bersama di gunung. Dr Ben yang menerima gambar-gambar tersebut telah terbuka hati untuk bertemu dengan Alex. Dan akhirnya mereka bertemu setelah sekian lama.

Pertemu mereka adalah penghujung kepada cerita romantis ini. Pada pertemu tersebut, kedua-duanya nampak janggal sedangkan kedua-duanya sangat rapat dan saling menyimpan perasaan antara satu sama lain semasa berada di pergunungan. Di pertemuan tersebut Alex telah meluahkan perasaannya dan memberitahu bahawa dia tidak dapat meneruskan perhubungan bersama tunangnya kerana telah jatuh cinta dengan Dr Ben. Pada masa ni keadaan seolah-olah tegang sikit sebab Dr Ben seolah-olah tidak ada perasaan langsung kepada ALex. Respon Dr Ben pada masa tu hanyalah  diam dan tidak memberikan respon balas yang postifi. Akhirnya kedua-duanya mengucapkan kata-kata selamat tinggal sedangkan di dalam hati mereka menyimpan rasa sayang antara satu sama lain.

Setelah berpisah daripada pertemuan tersebut, Alex dan Dr Ben berjalan secara berlawanan. Alex dan Dr Ben melangkah sambil berdialog di dalam diri mereka apakah jalan terbaik untuk mereka ambik. Dan akhirnya kedua-duanya berundur dan  berlari mendapatkan satu sama lain. 
Noktah.

Ada beberapa perkara yang boleh diambil iktibar setelah menonton cerita romnatis ini. Pertamanya, sifat azali manusia adalah mudah jatuh cinta dan sayang seseorang, terutamanya seseorang yang menjaga dan memberikan sepenuh perhatian kepada kita. Di dalam cerita ini Alex telah jatuh cinta  berdasarkan tindakan dan kebaikan yang telah dilakukan oleh Dr Ben terhadapnya. Sebagai seorang Dr, Dr Ben menjaga Alex yang dalam keadaan sakit, memerhatikan perkembangan luka dan kebajikan Alex dari pelbagai segi. Di dunia nyata, lelaki seperti Dr Ben adalah lelaki  yang diidamkan oleh semua wanita. Serius.

Keduanya, semangat untuk hidup yang tinggi antara mereka. Melihat kepada keadaan yang sejuk, gunung  ganang yang sejuk dek ais dan salji, mana mungkin manusia boleh hidup tanpa kekuatan fizikal dan mental. Di dalam cerita ini, Alex digambarkan sebagai seorang yang lemah. Mudah sakit dan cepat penat. Sementara Dr Ben digambarkan lelaki yang gagah, bersemangat tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat.



Perbezaan antara lelaki dan perempuan di dalam cerita ini adalah menggambarkan keadaan sebenar atau lumrah kehidupan. Dalam dunia yang nyata, wanita di pandu oleh lelaki. Lelaki telah dijadikan sebagai ketua yang akan memimpin keluarga, bangsanya  dan sudah pasti wanita. Gambaran ini jika digunakan di alam nyata, jelas memberikan tanggapan bahawa dalam menempuh dugaan, wanita mempunyai akal yang pendek sementara lelaki adalah teguh dan bersemangat memimpin untuk mengecap kejayaan.

Ketiga,  semangat untuk hidup bukan sahaja semasa di pergunungan yang seolah-olah tidak berpenghujung. Di dalam dunia nyata, cabaran hidup, kesempitan hidup atau pelbagai masalah adalah sama seperti pergunungan yang wujud di dalam cerita ini. Dalam ketidakpastian penghujungnya, kita mudah lemah dan kadang-kadang tersasar daripada semangat menempuh dugaan dan cabaran. Hanya manusia yang betul-betul kuat  fizikal dan mentalnya, akan berjaya mengharungi apa sahaja rintangan. Begitulah perumpamaan cerita romantis ini.


 Filem ni saya bagi  5. Jalan ceritanya menarik, pelakon yang berkaliber dan susun ceritanya sempurna.

Selamat menonton bagi yang belum menonton. 

Iswatonie 
Putrajaya.

Cinta Hingga Hujung Nyawa : The Notebook Movie Review




Cerita romantik yang diadaptasikan daripada novel yang ditulis oleh Nickolas Sparks ini mungkin sudah dilupakan. Dikeluarkan pada tahun 2004 dan dilakonkan oleh 2 watak utama iaitu Ryan Gosling sebagai Noah dan Rachel McAdams sebagai Allie. Namun, cerita romantik ini tidak pernah dimakan waktu. Walaupun telah 13 tahun berlalu namun cerita ini seronok diulang tayang.



Bermula daripada cinta pandang pertama, Noah yang didorong perasaan yang membuak-buak cuba mendekati Allie. Noah hanyalah seorang budak kampung. Manakala Allie adalah anak orang kaya yang berada di area tempat tinggal Noah untuk bercuti di musim panas. Allie berumur 17 tahun pada masa tersebut dan digambarkan sebagai seorang yang ceria, mempunyai ramai kawan dan well dressed sesuai dengan latarbelakang beliau sebagai satu-satunya anak kepada pasangan orang berada. 

Semasa di dalam tempoh perkenalan, kedua-dua Allie dan Noah amat serasi. kedua-duanya berkongsi gelak ketawa dan akhirnya jatuh cinta. Pada masa tersebut, cinta Allie dan Noah adalah cinta pertama mereka dan kedua-duanya saling sayang menyayangi yang digambarkan dengan pandangan mata dan kelakuan kedua-duanya yang melakukakn adegan seperti orang bercinta.

Kedua-duanya tidak mengetahui bahawa perhubungan tersebut tidak direstui oleh orang tua Allie. Setelah orang tua Allie mengetahui wujudnya cinta antara mereka ibu bapa Allie terus membawa Allie keluar daripada pekan tersebut dan balik semula ke bandar. Allie kemudiannya menyambung pelajaran. Sementara Noah di pekan tersebut merindui Allie. Noah menggambarkan perasaannya melalui sura-surat yang dihantar kepada Allie pada setiap hari selama 365 haru (setahun). Namun, Noah tidak menerima apa-apa balasan daripada Allie. Apa yang tidak Noah ketahui adalah bahawa semua surat-surat yang di hantar kepada Allie sebenarnya tidak sampai ke tangan Allie. Emak Allie yang menerima surat-surat tersebut menyembunyikannya daripada pengetahuan Allie. Akhirnya, kecewa dengan surat-surat yang tidak dibalas dan beranggapan bahawa Allie tidak mengingati beliau lagi, Noah akhirnya berputus asa dan berhenti daripada mengirimkan surat kepada Allie.


Noah kemudiannya telah berkhidmat sebagai askar dalam Perang Dunia kedua. Sementara Allie telah menjadi jururawat sukarelawan setelah tamat pengajian di sekolah tinggi. Semasa berkhidmat sebagai sukarelawan Allie telah berkenalan dengan askar bernama Lon Hammond dan akhirnya bercinta dan bertunang. Perhubungan kedua-dua pasangan ini direstui ibu bapa Allie. Sementara Allie, masih mengimbau kenangan bersama Noah walaupun pada ketika itu telah menerima lamaran Lon Hammond.

Klimaks cerita cinta ini bermula setelah Noah kembali ke rumahnya setelah tamat berkhidmat di dalam perang. Noah telah diberikan oleh ayahnya sebuah rumah yang di beli semata-mata untuk dibaiki dan didiami oleh Noah. Rumah yang dibeli tersebut adalah rumah usang yang menjadi tempat sejarah antara Noah dan Allie. Itulah rumah yang menjadi tempat kedua-duanya "lepak". Noah meneruskan niatnya untuk menjadikan rumah tersebut rumah yang bermakna buat dirinya dan Allie, walaupun pada masa tersebut Noah tidak pasti sama ada Allie masih ingat kepadanya.

Setelah bekerja keras membaiki dan mengubahsuai rumah tersebut akhirnya siap. Ia menjadi sebuah rumah yang cantik dan kemas dengan cat bewarna putih, Ramai yang berminat untuk membeli rumah tersebut namun tidak ada satu tawaran pun diterima oleh Noah. Cerita berkenaan penjualan rumah dan kecantikan rumah tersebut akhirnya menarik perhatian wartawan dan menjadikan cerita rumah tersebut sebagai "headline" surat khabar. 

Secara kebetulan, Allie sedang membaca surat khabar apabila ternampak post tersebut. Akibat terkejut dan tergamam, Allie pengsan. 

Allie kemudiannya nekad untuk pergi ke pekan tempat tinggal Noah untuk bersemuka dengan Noah. Pertemuan kali tersebut akhirnya membawa kedua-dua pasangan ini ke alam percintaan yang mereka tinggalkan 7 tahun yang lepas. 

Konflik berlaku apabila Allie rasa bersalah terhadap tunangnya dan pada masa tersebut Noah menyarakan Allie untuk berfikir sejenak dan membuat keputusan untuk dirinya tanpa memikirkan orang lain.


Kalau dah jodoh tidak akan kemana. Begitulah perumpamaan keduanya. Akhirnya Allie kembali kepada Noah.

Cerita ini telah ditulis oleh Allie di dalam buku notanya dengan catatan "baca kepadaku dan aku akan kembali kepadamu". Rupa-rupanya Allie mengidap penyakit Alzheimer yang membawa kepada kehilangan ingatan yang tidak bersifat kekal. Allie telah ditempatkan di nursing house. Sebagai seorang suami yang sangat sayangkan isterinya, Noah telah mencari alasan bahawasanya beliau mengidap penyakit jantung agar dapat tinggal dan bersama-sama dengan isterinya. Sungguh loving dan ini digambarkan dengan perlakuan Noah yang menjadi rakan rapat isterinya dan berusaha untuk mengembalikan ingatan isterinya dengan membaca catatan di dalam buku nota agar ingatan Allie boleh kembali semula. Begitulah dalamnya cinta Noah kepada Allie. Cinta padang pertama yang kekal tidak berubah dan tidak dimakan usia.



Pada suatu hari semasa ingatan Allie hampir-hampir kembali, kedua-duanya telah menari dan gembira namun kegembiraan tersebut hanyalah seketika. Allie kembali agresif dan menyebabkan Allie diberikan suntikan dan dimasukkan ke wad. 

Noah yang merasa bimbang akan kesihatan isterinya telah berpura-pura diserang sakit jantung dan kemudiannya di tempatkan di wad yang sama. Semasa berada di wad inilah Noah mencari peluang untuk bersama-sama dengan isterinya.

Allie sedang tidur apabila Noah datang mendekatinya. Pada masa tersebut Allie terbangun dan dalam keadaan sedar dan mengenali Noah. Beliau tidak agresif seperti sebelumnya dan nampak sangat normal. Kedua-duanya tidur bersama sambil tangan kedua-duanya saling menggenggam erat tangan satu sama lain.

Keesokan paginya, jururawat yang bertugas masuk ke dalam bilik Allie dan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia.

Cerita cinta ini sangat berbaloi untuk ditonton. Terdapat banyak message percintaan, life and relationship yang diterapkan di dalamnya. Link di bawah adalah alternatif sekiranya anda ingin menonton melalui sewaan atau beli daripada Apple. 


Selamat menonton.

Iswatonie
Putrajaya.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...