Memaparkan catatan dengan label muzium sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muzium sarawak. Papar semua catatan

11 MUZIUM YANG TERDAPAT DI SARAWAK


1. MUZIUM SEJARAH SEMULAJADI

Bangunan ini dibina pada tahun 1908 dan pernah digunakan sebagai pejabat pentadbiran. Ianya kini mempamerkan koleksi sejarah semulajadi. Antara barangan yang dipamerkan adalah koleksi khas yang terdapat di Borneo seperti rangka mamalia, invertebrata, reptilia, burung, ikan dan kerang yang dipulihara. Peluang untuk melihat spesies yang mungkin pupus atau hampir pupus di muzium ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Waktu Melawat
Isnin Hingga Jumaat
9:00 pagi - 4:45 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum
10:00 pagi - 4:00 petang

1. Tahun Baru Cina
 (25 Januari 2020)
2. Hari Pekerja
 (01 Mei 2020)
3. Hari Raya (24 Mai 2020)
4. Hari Gawai ( 01 Jun 2020)
5. Hari Kemerdekaan Malaysia
 (31 August 2020)
6. Hari Jadi TYT Sarawak (10 October 2020)
7. Hari Natal (25 December 202
Tahun Baru Cina (25 Januari 2020)
Hari Pekerja (01 Mei 2020)
Hari Raya (24 Mei 2020)
Hari Gawai (01 Jun 2020)
Hari Kemerdekaan Malaysia (31 Ogos 2020)
Hari Jadi TYT Sarawak (10 October 2020)
Hari Natal (25 Disember 2020)
Tutup

Kemasukan
Percuma

2.MUZIUM SENI
Bangunan Muzium Seni Sarawak dibina selepas perang dan siap pada akhir tahun 1949. Ia telah digunakan sebagai bilik bacaan dan perpustakaan di seluruh negeri. Sebelum pembinaan bangunan ini, terdapat kira-kira 4500 buah buku telah diletakkan di bawah jagaan Kurator Muzium Sarawak. 
Wakil Majlis British telah menggunakan bangunan ini sebagai Perpustakaan Negeri sehingga tahun 1958 sebelum diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Sarawak. Ruang kosong di bangunan ini sering digunakan oleh ahli-ahli Kelab Seni Sarawak untuk mempamerkan hasil seni mereka serta ruang untuk perjumpaan sosial, Hari Krismas dan sambutan Tahun Baru. Pada tahun 1959, bangunan ini telah diserahkan kembali ke Sarawak untuk menjadi perpustakaan muzium dan arkib negeri untuk rujukan kurator dan penyelidik dari seluruh dunia. Kerja-kerja pembaikan secara keseluruhan telah dijalankan pada tahun 2001 untuk dijadikan sebagai Muzium Seni Sarawak. 
Muzium Seni dibuka untuk umum pada tarikh 20 September 2006 oleh Pehin Seri Hj. Taib Mahmud diwakili oleh Menteri Datuk Haji Hamdan.

Notis Penutupan
Ditutup kepada orang awam pada 14 Ogos 2019. Akan dibuka semula kepada orang awam sehingga notis pemberitahuan dikeluarkan. Terima Kasih.

3. MUZIUM PETROLEUM




Muzium Petroleum terletak di atas Bukit Tenaga (dahulu dikenali sebagai Bukit Kanada). Merupakan telaga minyak terawal dijumpai di Sarawak, Grand Old Lady masih utuh berdiri sejak 1910. Dengan kerjasama dari pihak Petronas dan Shell Malaysia, impian untuk mendirikan muzium ini akhirnya menjadi kenyataan dengan berlangsungnya Majlis Pecah Tanah yang telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Dr.George Chan pada 25 April 2003.
Konsep muzium ini berorientasikan interaktif di mana pengunjung bukan sekadar menyaksikan artifak dan bahan-bahan pameran, malah mereka boleh berinteraksi melalui peralatan canggih yang pasti akan menguji minda dan fikiran.
Notis Penutupan 
Ditutup sementara waktu kepada orang awam sehingga kerja baik pulih dan penyelenggaraan selesai. 

Kemasukan
Percuma

4. MUZIUM TEKSTIL
Muzium Tekstil yang dibuka kepada orang ramai dalam bulan Ogos 2000 ini terletak di Bangunan Pavilion Bandaraya Kuching. Senibina bangunan adalah campuran English Renaissance dan English Colonial. Rekabentuknya membujur panjang dan mempunyai tiga tingkat serta beratapkan konkrit rata. Bangunan ini mempunyai dua tangga yang diperbuat daripada kayu yang diukir.
Ia telah dibina dalam tahun 1907 sebagai Pusat Perubatan dan kemudiannya dijadikan sebagai pejabat Jabatan Pendidikan. Muzium ini dibuka kepada orang ramai pada bulan Ogos 2000.
Muzium Tekstil ini menyimpan dan mempamerkan tekstil dan busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh etnik masyarakat Sarawak. Antaranya ialah Pua Kumbu masyarakat Iban dan Kain Songket Melayu Sarawak.
Konsep pameran akan menunjukkan proses tekstil itu dihasilkan bermula dari penyediaan benang, bertenun sehingga ianya siap menjadi sehelai kain. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada pelawat untuk berinteraksi dengan bahan pameran selain dari media 'touch on' yang disediakan.
Di penghujung pameran mempamerkan pelbagai pakaian masyarakat tempatan.

Waktu Melawat
Isnin Hingga Jumaat
9:00 pagi - 4:45 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum
10:00 pagi - 4:00 petang

Tahun Baru Cina (25 Januari 2020)
Hari Pekerja (01 Mei 2020)
Hari Raya (24 Mei 2020)
Hari Gawai (01 Jun 2020)
Hari Kemerdekaan Malaysia (31 ogos 2020)
Hari Jadi TYT Sarawak (10 October 2020)
Hari Natal (25 Disember 2020)
Tutup

Kemasukan
Percuma

5. MUZIUM WILAYAH BARAM
Muzium Wilayah Baram dibuka dengan rasminya dalam tahun 1997. Muzium ini bertempat di Kubu Hose, yang terletak di atas puncak bukit yang menghala ke Sungai Baram dan dibina dalam tahun 1898.
Pada tahun 1994 Kubu Hose telah diroboh dan dibina semula pada tapak dan mengikut rekabentuk yang sama, kemudian bangunan tersebut telah dirasmikan sebagai Muzium Wilayah Baram.
Barang pameran di dalam muzium ini terdiri daripada artifak-artifak kebudayaan kepunyaan pelbagai kumpulan etnik yang tinggal di kawasan tersebut. Kegiatan ekonomi dan aktiviti-aktiviti am kumpulan etnik tersebut juga ada dipamerkan.
Notis Penutupan
Telah Ditutup Kepada Orang Awam pada 5 November 2018
Akan dibuka semula kepada orang awam sehingga kerja-kerja membaikpulih selesai.

6. MUZIUM WILAYAH LIMBANG



Muzium Wilayah Limbang dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Adenan Haji Satem, Menteri Pembangunan Sosial pada tanggal 27 Ogos 1994. Muzium ini adalah merupakan kubu lama yang dibina dalam tahun 1897.
Bangunan dua tingkat ini telah diubahsuai dalam tahun 1966. Seperti kubu-kubu lain, ia berperanan sebagai kubu pertahanan daripada serangan pemberontak dan kemudiannya dijadikan pusat pentadbiran. Tiang, atap, dinding dan bahagian atas bangunan tersebut diperbuat daripada kayu belian manakala lantai bawahnya diperbuat daripada konkrit.
Semasa zaman pemerintahan Brooke, sebahagian daripada paras bawah digunakan sebagai tempat tahanan manakala sebahagian lagi digunakan sebagai stor. Paras atas pula menempatkan pejabat Residen dan Pegawai Daerah serta para pekerjanya. Bangunan tersebut kemudian diambil alih oleh Majlis Islam sebelum dijadikan muzium. 
Bangunan yang asal telah dirobohkan pada tahun 1989 dan dibina semula pada tapak yang sama dengan mengekalkan ciri-ciri asal bangunan. Muzium ini mempamerkan sejarah dan kebudayaan rakyat di Wilayah ini seperti alat buluh, cara pembuatan garam, seni manik, pakaian daripada kulit kayu, barangan logam, bakul dan sebagainya.

Waktu Lawatan
Selasa Hingga Jumaat
9:00 pagi - 4:45 petang

Sabtu & Ahad
10:00 pagi - 4:00 petang

Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Isnin, Hari Pekerja & Hari Malaysia
Tutup

Kemasukan
Percuma

7. MUZIUM ARKEOLOGI NIAH
Muzium Arkeologi Niah terletak berdekatan dengan tapak arkeologi Gua Niah di Bahagian Miri. Muzium ini mempamerkan artifak pra-sejarah dan budaya di kawasan tersebut. Orang awam berpeluang untuk menyaksikan sendiri peninggalan orang-orang purba yang pernah tinggal di gua tersebut beribu-ribu tahun dahulu.

Notis Penutupan
Telah ditutup kepada orang awam pada 20 Ogos 2019. Akan dibuka semula sehingga notis pemberitahuan dikeluarkan. 

8. MUZIUM SEJARAH CINA

Muzium Sejarah Cina telah dirasmikan oleh Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan, YB Alfred Yap Chin Loi pada 23 Oktober 1993. Bangunan ini memiliki ciri-ciri sejarah dan telah dibina dalam tahun 1912. Dari tahun 1912 hingga 1921 bangunan ini telah digunakan sebagai mahkamah oleh masyarakat Cina.
Tujuan ia ditubuhkan adalah sebagai sumber maklumat tentang sejarah pelbagai bangsa Cina yang menakjubkan. Peranan Muzium Sejarah Cina yang paling mencabar ialah mendidik generasi sekarang agar menghargai segala perjuangan dan nilai-nilai murni yang dikembangkan oleh pelopor terdahulu.
Para pelawat berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal-usul setiap etnik Cina yang menggunakan berbagai-bagai dialek. Selain itu, mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam akan kemahiran tradisional dan seni kebudayaan serta perkembangan yang telah dicapai sepanjang tempoh itu. Muzium ini terletak di Tebingan Sungai Kuching dan merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan.
Waktu Melawat
Isnin Hingga Jumaat
9:00 pagi - 4:45 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum
10:00 pagi - 4:00 petang

Tahun Baru Cina (25 Januari 2020)
Hari Pekerja (01 Mei 2020)
Hari Raya (24 Mei 2020)
Hari Gawai (01 Jun 2020)
Hari Kemerdekaan Malaysia (31 Ogos 2020)
Hari Jadi TYT Sarawak (10 October 2020)
Hari Natal (25 December 2020)
Tutup

Kemasukan
Percuma

9. MUZIUM WARISAN ISLAM SARAWAK 




Muzium Warisan Islam Sarawak telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, pada 22 Mei 1992. Bangunan tersebut dahulunya merupakan James Brooke Malay College dan kemudian diambil-alih dan diubah-suai bersesuaian dengan tarafnya sebagai muzium.
Pada tahun 1930 bangunan ini dikenali sebagai Madrasah Melayu Sarawak. Ianya digunakan khas untuk melatih lebih ramai guru dalam pendidikan Melayu peringkat tinggi. Tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam membangunkan masyarakat Melayu itu sendiri (Sarawak Gazette, 2 Mac, 1931). Sekolah-sekolah pada masa tersebut amat mahir dalam penggunaan bahasa Inggeris tetapi masih kekurangan guru Melayu yang berkelayakan.
Bangunan tersebut memiliki lantai yang ditinggikan dan ruangannya berbentuk segiempat dengan tiga ruang tambahan berserta dua laman dalaman. Reka bentuknya amat unik dan dikatakan satu-satunya yang ada di negeri ini. Hampir keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada konkrit dan kayu manakala atapnya adalah atap genting.
Objektif utama mendirikan muzium ini adalah untuk memperkenalkan kepada rakyat di negeri ini dan juga para pelawat akan keunikan ketamadunan Islam dalam suasana masyarakat Sarawak. Dalam erti kata lain, dengan penubuhan muzium ini, adalah diharapkan rakyat akan lebih menghargai dan memahami sumbangan Islam terhadap ketamadunan manusia sejagat.
Muzium ini terbahagi kepada tujuh buah galeri. Setiap galeri mempamerkan bahan yang berkaitan dengan sesuatu disiplin seperti yang dinyatakan di bawah: 
Galeri PertamaSejarah Islam di Sarawak
Galeri KeduaSeni Rekabentuk Islam
Galeri KetigaSains, Teknologi, Ekonomi, Pendidikan dan Kesusasteraan
Galeri KeempatKostum, Muzik, dan Barangan Peribadi
Galeri KelimaPersenjataan
Galeri KeenamSeni hiasan dan alat-alat domestik
Galeri KetujuhKoleksi kitab Al-Quran

Waktu Lawatan
Isnin Hingga Jumaat
9:00 pagi - 4:45 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum
10:00 pagi - 4:00 petang

Tahun Baru Cina (25 Januari 2020)
Hari Pekerja (01 Mei 2020)
Hari Raya (24 Mei 2020)
Hari Gawai (01 Jun 2020)
Hari Kemerdekaan Malaysia (31 Ogos 2020)
Hari Jadi TYT Sarawak (10 October 2020)
Hari Natal (25 December 2020)
Tutup

Kemasukan
Percuma

10. MUZIUM ETNOLOGI (Bangunan Lama)
Muzium Ethnologi (Bangunan Lama) didirikan dalam tahun 1891 dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di negeri Sarawak pada masa tersebut.
Sejak ianya dibina, bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaiki. Rekabentuknya yang membujur, 44' x 160', mempunyai dinding dan tiang yang diperbuat daripada batu bata dan beratapkan belian dan konkrit. Ianya dibina mengikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (Zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas. 
Semasa Zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah jagaan seorang Pegawai Jepun. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak.
Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak, seperti reptilia, mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Tingkat atas bangunan ini mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang yang pelbagai jenis, perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.
Penutupan Sementara
Ditutup kepada orang awam pada 23 Oktober 2017. Akan dibuka semula kepada orang awam sehingga notis pemberitahuan dikeluarkan. Terima Kasih.

11. MUZIUM WARISAN SRI AMAN, KUBU ALICE
Ia merupakan bangunan tertua di Sri Aman yang dibina pada tahun 1864 semasa pemerintahan Rajah Brooke yang kedua, Sir Charles Brooke. Kubu ini diberi nama Alice, iaitu nama isterinya Margaret Alice Lili de Windt.
Selain dijadikan kubu pertahanan, ia juga telah digunakan sebagai rumah pegawai kerajaan, pejabat-pejabat kerajaan, pejabat mahkamah dan balai polis. Ia terletak di atas sebuah bukit kecil dan ini menjadikan ia amat sesuai untuk mengnakluki kedua tebing sungai. Kubu ini dibinakan dengan menggunakan kayu belian. Ia hanyalah satu-satu kubu yang berbentuk segiempat dengan menara ditiap-tiap sudutnya. Apa yang menarik tentang kubu ini ialah ruang tengahnya yang mempunyai sebuah halaman yang luas, sebuah jambatan yang mana dapat di turun-naikkan dan tangga yang digunakan jika ada serangan musuh serta di sekelilingnya dipagar dengan dawai besi tajam. 
Kubu yang dibinakan di tempat strategik di Skrang ini adalah untuk mengawalkan serangan kaum Dayak Skrang dan menyerang kapal-kapal dan juga pemotong kepala suku kaum yang lemah iaitu kaum Balau dan dayak Sebuyau di hilir Batang Lupar.
Fort James dibina untuk mengawal aktiviti Iban (terutama Rentap dan sekutunya Skrang) dari Saribas.
Waktu Melawat
Selasa sehingga Jumaat 
9.00 pagi - 4.45 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum 
10.00 pagi - 4.00 petang

Waktu Tutup
Isnin

Kemasukan
Percuma

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...