Memaparkan catatan dengan label movie review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie review. Papar semua catatan

Gifted Hands: The Ben Carson Story

 


Salam jumaat,

Dah baca 10 ayat awal surah al-kahfi ke belum?

Hari ni sempat habiskan satu movie dekat Netflix. Menarik jugak kisahnya sebab bertemakan inspirasi dan semangat dalam hidup.

Movie ni diadaptasikan daripada kisah sebenar yang dilalui oleh Dr Ben Carson, yang merupakan satu-satunya pelajar berkulit hitam di dalam kelasnya. Daripada kecil Dr Ben dah decide nak jadi doktor dan minatnya dikembangkan sehinggalah beliau berjaya mendapat biasiswa dan mengambil jurusan perubatan di Yale University. Bukan kaleng-kaleng yang dapat masuk ke Univiersiti ni ye. Kalau korang google universiti ni mesti korang akan kagum sebab universiti ni adalah universiti tertua di dunia dan telah melahirkan ramai graduan yang bijaksana.

Kejayaan Dr Ben bukanlah semata-mata sebab semangatnya tetapi juga disebabkan dorongan dan doa ibu beliau. Dalam islam pun kita dah diajar untuk hormat ibu bapa, dengar nasihat ibu bapa kan. Ibu bapa pula perlu menaikkan semangat anak-anak, sentiasa mendoakan anak-anak dan yang paling penting sentiasa menggalakkan kejayaan anak-anak dalam bidang yang anak-anak minati.

Dr Ben dibesarkan oleh ibunya sendirian tanpa ayah dan ibunya sangat-sangat berharap agar Dr Ben dan abangnya menjadi orang yang berguna kerana ibunya dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak berpeluang untuk belajar. Jadi, ibunya tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib yang sama sepertinya.

Teringat kata-kata hikmah ibu Dr Ben:

"you can do anything anybody else can do, 
only u can do it better".

Terus teringat dekat diri sendiri. Mak ayah jarang memberikan kata-kata semangat tetapi mereka support dan sentiasa mendorong agar sentiasa focus dan mencapai kejayaan dalam apa jua kerja yang sedang di buat. Sekarang dah bergelar ibu kepada 2 orang anak, giliran saya pulak memberikan kata-kata ransangan untuk anak-anak. Begitulah kitaran hidup.

Klimaks dalam movie ni adalah semasa DR Ben dan teamnya menjalankan pembedahan untuk memisahkan 2 orang bayi yang bercantum di kepala (siamese twins). Tiada pembedahan seumpamanya pernah dibuat namun tidak bermakna ia adalah mustahil, kata Dr Ben. 

Dalam nak mencari kaedah pembedahan yang sesuai, Dr Ben membaca banyak buku dan akhirnya mendapat idea untuk menutup penafasan (jantung) kedua-dua bayi semasa proses pembedahan iaitu selama sejam bagi mengelak sebarang komplikasi semasa pemedahan bagi memisahkan 2 kepala bayi oleh Dr Ben. 

oleh kerana prosedur pembedahan yang rumit, Dr Ben mencadangkan agar doktor-doktor yang terlibat dengan pembedahan tersebut menjalani latihan agar pembedahan dapat dijalankan dengan lancar. selepas pembedahan yang telah mengambil masa selama 22 jam, pembedahan bagi memisahkan 2 bayi kembar tersebut pun selesai dan berjaya dilakukan. Dr Ben dan teamnya di angkat kerana berjaya menyelamatkan nyawa kedua-dua bayi kembar tersebut.

Ada beberapa perkara yang harus kita ambil inspirasi daripada movie ni:

1. jangan cepat mengalah dan putus asa.

2. Believe in yourself.

3. where there is a will, there is a way.

4. thinking outside the box. kalau ikut buku saje memang tak akan ke mane la kerjaya seorang doktor.


Iswa,
Putrajaya
24.11.2023



Resurrection : Ertugrul


Resurrection: Ertuğrul atau dalam bahasa Turkinya Diriliş: Ertuğrul  adalah drama bersiri yang telah mula ditayangkan di Turki pada tahun 2014 dan menjadi hits selepas ditayangkan di Netflix. Drama ini menggunakan bahasa Turki dengan keindahan bahasa yang saya boleh katakan disulami sasteranya yang indah. Jika anda peminat cerita-cerita epik dan sejarah, ini adalah drama yang anda boleh tonton sambil bermain dengan perasaan, emosi dan kepercayaan. Insyallah anda akan jumpa something untuk kuatkan kepercayaan anda, jika anda benar2 ikuti jalan cerita dari awal hingga akhir.

Kisah ini diadaptasikan dari kisah sejarah kebangkitan Empayar Uthmaniyah. Jika anda ikuti baru2 Mahkamah Turki telah mengembalikan status muzium Hagia Sofia menjadi Masjid sepertimana asalnya. Hagia Sofia dibina pada tahun 537 sebagai sebuah gereja. Ia menjadi Masjid setelah Constantinople (sekarang dikenali sebagai Istanbul) ditakluki oleh Sultan Muhammad Al- Fateh (Sultan Mahmed ke-II) pada tahun 1453. Namun, is telah dtukar menjadi sebuah muzium pada tahun 1935 semasa pemerintahan Presiden Mustafa Altantuk yang mengamalkan liberaslism yang mengasingkan agama dan politik dalam kehidupan.

Ertugrul adalah pahlawan Islam yang merupakan moyang Sultan Muhammad Al-Fateh. Ikuti Musim Pertama (Season 1) di Netflix dan anda akan ketahui perkara2 berikut:
1. Ertugrul adalah anak kepada ketua Puak Kayi, Sulaiman Syah;
2. mempunyai 4 adik beradik;
3. seorang yang tegas, selalu berbeza pendapat dengan adik beradik yang lain mahupun orang lain di sekitarnya, namun selalunya dan kebanyakkannya, apa yang diluahkan oleh Urtugrul adalah betul dan tepat, menjadikan beliau seorang yang disegani kerana berani dan tegas;
4. seorang yang tangkas di medan perang;
5. mempunyai 3 rakan baik yang sentiasa ada bersama-sama beliau menang peperangan.


Season 1- Season 5 (Netflix)





Episod2 ini telah dikecilkan menjadi episod yang pendek di Netflix. Jadi jangan hairan di Netflix Season 1 ada 76 episod. Satu episod mengambil masa lebih kurang 40 minit ke atas. Bertabahlah untuk habiskan semua episod. Ia akan mengambil masa namun percayalah, its worth the time spent.


Bacaan lain :


>>>>Sinopsis "365 Days"

#ertu #ertugrul #rul #dirili #osman #kurulu #turkey #pakistan #dirilisertugrul #ertugrulgazi #t #turgut #dirilis #esrabilgi #osmanl #osmangazi #enginaltand #zyatan #turgutalp #bams #halimesultan #bamsi #z #rulgazi #ertugrulbey #g #love #k #urdu #bhfyp #burakozcivit #dizisi #dirilisdizisi #islam #rulbey #pakistani #ertugrulhalime #kurulusosman #ailesi #s #ottomanempire #memes #dirilisosman #cengizcoskun #osmanbey #ertugrulurdu #n #follow #balahatun #imrankhan #trt #muslim #karachi #like #kayi #ertugrulghazi #bey #lahore #islamabad #oye #turgut #dirilis #esrabilgi #osmanl #osmangazi #enginaltand #zyatan #turgutalp #bams #halimesultan #bamsi #rulgazi #ertugrulbey #love #urdu #urdupoetry

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...