Here & There


Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan

Misteri Batu Ular "Nabau" di Sarawak


Batu Ular "Nabau" terletak 3km dari pusat pekan Engkilili. Batu tersebut mempunyai hujung runcing seperti kepala ular, nampak seolah-olah keluar dari tanah, menyebabkan orang ramai percaya bahawa batu tersebut sememangnya ular yang bertukar jadi batu. Batu Nabau juga dikenali sebagai Batu Lintang oleh penduduk tempatan sebelum ini hanyalah batu biasa yang mereka lalui dalam perjalanan ke kebun mereka.
Sekitar 20 tahun yang lalu, beberapa lelaki Cina tempatan membawa seorang lelaki Thailand untuk melawat batu tersebut. Lelaki Siam itu berkata beliau termimpi mengenai batu tersebut dan batu itu sebenarnya adalah ular sebenar dan dia harus memuja ular itu. Orang-orang rumah panjang menunjukkan kepadanya apa yang mereka panggil Batu Lintang ketika itu.
Orang Thai itu mendakwa bahawa doa dan persembahannya yang dibuat di atas batu itu telah dijawab, menyebabkan ramai orang berkumpul di kawasan itu untuk mencari keajaiban dan menjalankan pemujaan. Penduduk Iban yang menetap tidak jauh dari batu tersebut terkejut pada mulanya untuk melihat semua kemenyan dan lilin yang dipasang di batu tersebut. Ada yang mendakwa mereka menang hadiah loteri selepas meminta nombor ekor dari Batu Nabau. Ada juga komuniti Iban yang membuat upacara ‘miring’ di Batu Nabau. 
Sekarang, ramai Iban tempatan telah percaya bahawa ‘ular’ tersebut adalah dewa yang melindungi kawasan itu dengan kuasa mistik. Lama-kelamaan, penduduk Iban mula memanggilnya Batu Nabau (sejenis ular di Iban) dan bukannya Batu Lintang.
Salah satu kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut apabila musim hujan. Selebat hujan mana sekalipun, penduduk tempatan menyedari bahawa batu itu tidak pernah terendam dan entah bagaimana kelihatan terapung tepat di atas air walaupun seluruh kawasan tersebut dibanjiri.
Beberapa tahun dahulu ada surat khabar tempatan melaporkan penemuan beberapa huruf abjad Jawi di Batu Nabau.  Huruf alif, lam, nun, mim dan sin dikatakan telah ditemui terukir atas batu tersebut. Namun sehingga kini, tiada siapa yang benar-benar mengetahui mengenai penemuan tersebut dan misteri di sebalik batu tersebut.
Sumber :