Memaparkan catatan dengan label merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merdeka. Papar semua catatan

Sejarah Lagu Negaraku | Malaysia National Anthem


Assalamualaikum…Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke-65.

 

Negaraku…
 Tanah tumpahnya darah ku…
 Rakyat hidup bersatu dan maju…
 Rahmat bahagia Tuhan kurniakan…
 Raja kita selamat bertakhta…
 Rahmat bahagia Tuhan kurniakan…
 Raja kita selamat bertakhta…

Irama Asal : Lagu Terang Bulan/‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ (lagu Rasmi Negeri Perak 1888)

Lirik/senikata  : jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj   dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.

Skor lagu :  1.  Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya),

2.      D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja),

3.      Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan

4.      A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya).

‘Negaraku’ menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air. Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957- Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia).

Pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu rasmi negeri Perak  iaitu . Lagu negeri Perak pula dikatakan berasal dari Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles yang dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda Sultan tamat tempoh hukuman dibuang negeri kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch di Pasir Salak.[Info berkenaan Pulau Seychelles ada di SINI.]

Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’. Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

Apabila lagu Negaraku diangkat menjadi lagu rasmi kebangsaan, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif pada tahun 1968 untuk menggubal Akta Lagu Kebangsaan 1968 (ALK) bagi melindungi maruah dan kehormatan lagu Negaraku ALK kemudiannya disemak semula pada tahun 1989 dan terkini pada 1 November 2018.

Menurut seksyen 8(1) ALK, setiap individu hendaklah menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan yang sedang dimainkan dengan cara berdiri tegak dengan syarat lagu tersebut dimainkan dalam suatu majlis atau acara. Jika mana-mana individu didapati tidak berdiri tegak atau tidak menunjukkan rasa hormat ketika lagu Negaraku dimainkan, individu tersebut boleh didakwa di bawah subseksyen 8(3) ALK yang membawa denda maksimum RM100 atau penjara maksimum satu bulan. Subseksyen 8(1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu. Tapi, sekiranya anda seorang yang berjiwa dan berdarah patriotik, tidak salah untuk menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan setiap kali mendengarnya.

Di sini saya kongsikan peruntukan penuh yang terdapat dalam Akta Lagu Kebangsaan, termasuk Jadual yang mengandungi not lagu tersebut.

AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) [AKTA 808]

1                    Tajuk ringkas dan pemakaian

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lagu Kebangsaan 1968.

(2) Akta ini terpakai di seluruh Malaysia.

2    Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Lagu Kebangsaan" ertinya Lagu Kebangsaan Malaysia iaitu gubahan yang mengandungi perkataan dan muzik yang dinyatakan dalam Jadual;

"versi pendek" ertinya versi pendek Lagu Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual;

"versi ringkas" ertinya versi ringkas Lagu Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual.

2                  Memainkan versi penuh Lagu Kebangsaan

(1)  Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada peristiwa yang berikut:

(a)    apabila suatu penghormatan diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong, atau seorang Raja yang dilantik bagi menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong mengikut Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957 [Akta 373], atau apabila panji-panji diraja dikibarkan bagi melambangkan kehadiran Yang di-Pertuan Agong;

(b)       semasa perbarisan rasmi atau majlis istiadat rasmi yang lain;

(c)   pada semua peristiwa apabila Yang di-Pertuan Agong hadir sendiri (termasuk penyiaran oleh Yang di-Pertuan Agong);

(d) apabila bendera Malaysia dibawa dalam perbarisan;

(e) apabila panji-panji rejimen dianugerahkan;

(f) bagi menaikkan panji-panji dalam Tentera Laut.

(2)       Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan boleh dimainkan di sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi Lagu Kebangsaan.

(3)     Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

4  Memainkan versi ringkas

(1)       Versi ringkas hendaklah dimainkan sebagai penghormatan pada semua peristiwa rasmi kepada-

(a)       Raja Permaisuri Agong; dan

(b)       Yang di-Pertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

(2)      Versi ringkas hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

5          Memainkan versi pendek

Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila Yang di-Pertuan Agong atau wakilnya tidak hadir tetapi salah seorang daripada Raja-Raja bagi Negeri-Negeri hadir, versi pendek hendaklah dimainkan pada masa tamatnya peristiwa itu sebaik selepas lagu kebangsaan Negeri yang berkenaan dimainkan.

6         Memainkan Lagu Kebangsaan pada peristiwa khas

(1)   Pada semua sambutan rasmi untuk orang kenamaan asing yang dalamnya penghormatan diberikan, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara pelawat kenamaan itu dimainkan.

(2)       Pada semua peristiwa rasmi yang diatur oleh Perwakilan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan Perwakilan asing itu atau peristiwa Kebangsaannya yang lain, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara Perwakilan asing itu dimainkan.

7          Menyanyi Lagu Kebangsaan

Pada semua peristiwa apabila Lagu Kebangsaan dinyanyikan, versi penuh atau versi Diraja hendaklah dilafazkan.

8         Tanda hormat

(1)   Bilamana versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan atau bilamana versi ringkas atau versi pendek dimainkan, semua orang yang hadir hendaklah berdiri sedia sebagai tanda hormat.

(2)      Subseksyen (1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu.

(3)    Mana-mana orang yang dengan disedarinya menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan.

(4)       Bagi maksud seksyen ini-

(a)    kegagalan mematuhi subseksyen (1) tanpa sebab yang baik dan mencukupi; dan

(b)  apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkecenderungan untuk merendahkan prestij Lagu Kebangsaan pada pandangan orang awam, hendaklah merupakan sikap tidak hormat.

9         Menangkap tanpa waran

Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melanggar seksyen 8 dalam kehadiran pegawai polis itu melainkan jika orang itu memberikan nama dan alamatnya dan memuaskan hati pegawai itu bahawa dia akan menjawab dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang akan diambil terhadapnya.

10       Pindaan Jadual

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda, menggantikan atau mengubah Jadual.

JADUAL  LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA



Catatan

:

Bagi versi penuh atau versi Diraja, dimainkan dari mula hingga akhir

Bagi versi ringkas, dimainkan dari mula hingga B dan disambung dari C hingga akhir

Bagi versi pendek, dimainkan dari C hingga akhir


 Lirik Lagu Negaraku (BM)

Negaraku,

Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup,

Bersatu dan maju,

Rahmat Bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita,

Selamat bertakhta.

Rahmat Bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita,

Selamat bertakhta.


Lirik Lagu Negaraku (BI)

Oh my motherland,

Where my life began

Where people lives

In harmony and prosperity

With God given

Blessing of happiness

Our King

Reign in peace

With God given

Blessing of happiness

Our King

Reign in peace

 

Lirik Lagu Negaraku (Bahasa Cina)

我的國家,

我生長的地方。

各族團結

前途無限無量。

但願上蒼,

福佑萬民安康。

祝我君王,

國祚萬壽無疆。

但願上蒼,

福佑萬民安康。

祝我君王,

國祚萬壽無疆。

 

Lirik Lagu Negaraku (Bahasa Tamil)

எனது நாடே

என் குருதி சிந்திய மண்ணே

மக்கள் வாழ்வே

ஒற்றுமையே முன்னேற்றமே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்

இறைமை வழங்கிடும்

எங்கள் மாமன்னர்

முறையாட்சி வாழியவே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்

இறைமை வழங்கிடும்

எங்கள் மாமன்னர்

முறையாட்சி வாழியவே

 

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun Malaysia.

 

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...