Here & There


Memaparkan catatan dengan label london. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label london. Papar semua catatan

Primak : Outlet Wajib Singgah Jika Ke Eropah


Jika anda ke London atau Eropah, jangan lupa singgah ke mana-mana outlet Primak yang berdekatan dengan anda dan pastikan, anda bersedia untuk membelanjakan sejumlah wang di outlet ini. Bukan apa, apabila membeli dengan mata wang luar kita biasa terlupa nilai gandaannya. Apatah lagi apabila nilai harga yang tercatat pada barang semuanya pada nilai rendah umpamanya 1GBP, 10 GDP ..tak ke rabun mata dibuatnya.

Sebagai perkongsia, Primak adalah sebuah kedai fesyen ringkas Irish (Irish fast Fashion) yang merupakan sebuah anak syarikat bagi syarikat pemprosesan makanan. Ibu pejabat Primak terletak di Dublin, Ireland dan dinamakan sebagai Penneys. Di London dinamakan sebagai Primak.

Barangan yang dijual di sini termasuklah pakaian, kasut, selipar, sandal, beg yang merangkumi kesemua jangkauan umur iaitu daripada bayi, kanak-kanak hingga dewasa. Kesemuanya berjenama Primak, dengan harga serendah 1GDP dan kualiti, pada saya adalah sangat mengagumkan. Selain harga daripada tawaran yang rendah dan menarik, barang-barangnya yang pelbagai dan berkualiti adalah sebab-sebab saya syorkan anda semua untuk ke kedai ini. Anda juga boleh mendapatkan souvenir yang berasaskan London/UK di kedai ini pada harga yang rendah. Umapamanya, anda boleh mendapatkan tshirt London dengan saiz kanak-kanak pada harga serenda 1GDP dan 3 GDP utk baju dewasa.

Setakat ini Primak telah membuka 380 outlet dan paling luas dan besar terletak di  Birmingham High Street, yang mempunyai keluasan 160,000 sq ft (14,800 m2) merangkumi 5 tingkat bangunan kedai. Ia turut memuatkan kedai makan termasuklah Cafe pertama Primak dengan kolaborasi dengan pihak Disney selain daripada kedai gunting dan studio kecantikan.


Sumber:
https://www.primark.com