Memaparkan catatan dengan label haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haji. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Jun 2020

Akhirnya Status Jemaah Haji Akan Diumumkan Minggu Depan




Salam 12 Syawal 1441H/ 4 Jun 2020

Bagi bakal Jemaah haji yang telah menerima tawaran bagi mengerjakan haji pada tahun 1441H sudah pasti berita berkenaan status untuk mengerjakan ibadah itu menjadi berita yang ditunggu-tunggukan. Bayangkan Syawal telahpun memasuki hari yang ke 12 dan sekiranya ibadah haji diteruskan berapa banyak masakah yang ada untuk Jemaah bersiap sedia. Bukan sahaja bakal Jemaah malah kesuntukan masa ini juga merujuk kepada petuga haji dan tabung haji yang akan menguruskan segala keperluan bakal haji. Cukupkah masa untuk bersedia dengan masa yang sangat suntuk ini.
Pada 15 Mei 2020 yang lepas Kerajaan Singapura telah umumkan untuk menangguhkan urusan haji bagi Jemaah daripada negara tersebut. Baru-baru ini pula Kerajaan Indonesia telah turut mengumumkan tidak akan menghantar Jemaah haji disebabkan masa yang sangat suntuk bagi menyediakan segala perkhidmatan yang diperlukan. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Agama pada 2 Jun 2020.

Bagaimana dengan Malaysia?

Kelmarin, 3 Jun 2020 Menteri Agama, Dr Zul telah umumkan bahawa Bahagiannya dan Tabung Haji telahpun mengadakan mensyuarat berkenaan status haji dan perkara tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dan seterusnya di bawa ke hadapan YDPA untuk perkenan.

Kebiasaannya pada hari-hari begini umpamanya di tahun lepas bakal-bakal haji telah bersedia dari segi rohani dan jasmani dan menghadiri kursus intensif bakal haji. Di dalam kursus inilah bakal-bakal haji akan mengulangkaji pengajian dan menimba ilmu baru dalam mengerjakan ibadah haji. Petugas haji bulan mungkin telah mula sibuk dengan pelbagai persiapan. Almaklum musim haji hanya berjarak kurang lebih 2 bulan daripada Tarikh kita menyambut aidilfitri.

Tahun 2020/1441H sangat cepat berlalu dan kita telahpun berada di pertengahan tahun 2020. Kurang lebih 6 bulan lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Begitulah kehidupan ini. Tanpa sedar, Masjid Nabawi yang sudah 3 bulan tidak dibuka untuk kunjungi umum dan akhirnya di buka. Pada hari pertama pembukaan Masjid Nabawi pada 8 Syawal 1441H/31 Mei 2020 seramai 90000 lebih Jemaah solat di Masjid tersebut. Keadaan telah beransur meriah di sana walaupun tidaklah semeriah dan sesesak dahulu.

Apa pun yang berlaku, hanya Allah Yang Mengetahui mengetahui hikmahNya dan sudah pasti kita perlu menanamkan perasaan patuh dan kembali kepada Allah dalam apa keadaan sekalipun.

Marilah kita terus berdoa agar wabak ini segera hilang dan kita dapat menikmati keadaan yang sama seperti dahulu dengan segera. Insyallah, Allah Maha Berkuasa  boleh melakukan apa sahaja hanya dengan Kun Fa Ya Kun.

Wallahu a’lam.
Bacaan Lain :

💛Tanah Suci Akan Di Buka Semula

💛Detik Sejarah Haji Dibatalkan
💛Arab Saudi Larang Umrah Saran Tangguhkan Haji


Sumber :

1. Sinar Harian
2. My Metro 



Khamis, 30 April 2020

Tanah Suci Akan Dibuka Semula |Sheikh Abdul Rahman As-Sudais




Ramai yang tersentuh apabila melihat Mekah dan Madinah sunyi daripada kesesakan manusia. Kawasan suci umat Islam ini kelihatan tidak seperti biasanya selepas Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah lockdown bagi mengawal penularan wabak Covid19.

6 Ramadan 1441H, Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter haramain.info mengumumkan kabaran gembira untuk umat Islam bahawa Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah  akan dibuka tidak lama lagi iaitu sebaik sahaja masalah penularan COVID-19 dapat ditangani.

Beliau sebelum itu menyaksikan pelancaran penggunaan kamera termal di pintu masuk Masjidil Haram.

 Menurutnya, dua masjid suci itu akan dibuka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Namun, tegasnya, pihaknya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam. "Kami tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci itu kerana semua langkah yang diambil adalah untuk kebaikan kita.

“Saya membawakan perkabaran gembira untuk keseluruhan umat islam bahawa keadaan akan kembali normal tidak lama lagi di dua Masjid Suci  (Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah).
Dua Masjid suci tersebut akan di buka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Pada masa yang sama kami tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam.
Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.
 Semoga Allah melindungi mereka,"

Pemasangan termal adalah salah satu langkah yang dijalankan bagi menambah baik pencegahan penularan wabak di tanah suci. Sejak awal ramadan,  pemeriksaan suhu badan dan penjarakan social telah diamalkan semasa solat. 

Ahad, 5 April 2020

DETIK SEJARAH HAJI DIBATALKAN


MUSLIM di seluruh dunia diminta untuk menangguhkan persiapan untuk ibadah haji sehingga kes penyebaran wabak COVID-19 selesai. Perkara ini menimbulkan kerisauan bakal-bakal jemaah termasuk saya sendiri. Setiap kali menatap gambar-gambar tanah haram hati menjadi sayu. Saya faham keadaan sekarang sangat serius. Bukan sahaja di Arab Saudi di Malaysia pun keadaan kita masih mendesak.

 Hari ni masuk hari ke-18 PKP. Hanya dengan membayangkan keadaan frontliner terutamanya doc dan nurses cukup meresahkan hati kita. Syukurlah saya masih mampu meluangkan masa bersama-sama anak-anak. Mereka di barisan hadapan bukan sahaja penat malah tidak dapat peluang bermesra dengan keluarga seperti kita. Bantulah mereka dan negara dengan duduk di rumah. Walaupun bosan, sekurang-kurangnya lebih baik daripada sakit dan menyusahkan frontliner yang telah sedia penat dan lelah.https://img1.blogblog.com/img/video_object.png

 Ada cerita yang menyatakan ibadah haji mungkin akan dibatalkan/ditangguhkan pada tahun ini demi menjaga keselamatan jamaah. Sekiranya cerita ini menjadi kenyataan, maka tahun ini akan menjadi sejarah dalam kisah-kisah penangguhan ibadah haji sebelum ini. 

 Tahun 865: Pembantaian di Bukit Arafah

Pada tahun 865, Ismail bin Yusuf yang dikenal dengan al-Safak berkonflik dengan kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad. Ia dan pasukannya melakukan penyerangan ke bukit Arafah. Mereka membunuh para peziarah di bukit itu. Disebabkan itu, pelaksanaan ibadah haji dibatalkan pada tahun tersebut.

Tahun 930: Serangan Kelompok Qarmatian

Pada tahun 930, Abu Taher al-Janabi, dari Bahrain melakukan serangan ke Mekkah.

Mereka membunuh sekitar 30.000 jamaah haji di kota suci itu, kemudian membuang mayat-mayat mereka ke sumur. Mereka juga menjarah Masjidil Haram dan mencuri Hajar Aswad dari Kabah dan membawanya ke Bahrain.

Setelah peristiwa ini, ibadah haji ditangguhkan selama 10 tahun sehingga Hajar Aswad di kembalikan ke tempatnya semula.

Kelompok orang-orang Qarmati adalah suatu sekte Syiah Ismailiyah yang mempercayai masyarakat egaliter serta menganggap ibadah haji sebagai ritual jahiliyah.

Tahun 983: Kekhalifahan Abbasiyah dan Fatimiyah

Masalah politik juga pernah menyebabkan ibadah haji terganggu. Pada tahun 983 terjadi perselisihan politik antara penguasa dua kekhalifahan, Abbasiyah di Irak, dan Suriah serta Fatimiyah di Mesir.

Konflik politik tersebut menghalangi umat Islam untuk beribadah haji ke Mekkah. Selama delapan tahun ibadah haji ditiadakan, dan baru diselenggarakan lagi pada tahun 991.

Tahun 1831: Wabak

Wabak penyakit menular berasal dari India melanda Mekah pada tahun 1831 yang menewaskan tiga perempat jemaah haji di sana.

https://img1.blogblog.com/img/video_object.png

Tahun 1837-1858: Rangkaian Epidemik

Dalam masa 20 tahun, ibadah haji telah dibatalkan selama tiga kali. Pertama, pada tahun 1837-1840, di mana wabak penyakit melanda Mekah.

Kemudian kedua, pada tahun 1846-1850, serangan kolera melanda Mekah sehingga menyebabkan kematian lebih dari 15.000 orang serta menjangkiti penduduk Tanah Suci tersebut. Wabak tersebut muncul semula pada tahun 1865 dan 1883.

Ketiga, pada tahun 1858 pandemik kolera global juga menyerang Mekkah, membuat para jemaah haji dari Mesir dibawa ke pantai Laut Merah untuk dikuarantinkan.

Sumber :

1. https://muslim.okezone.com/read/2020/04/02/330/2193083/menolong-yang-lemah-lebih-utama-daripada-100-kali-naik-haji


Rabu, 1 April 2020

Arab Saudi Larang Umrah Dan Sarankan Umat Islam Untuk Tangguhkan Haji



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum...

PKP  Hari ke-15. Perintah hanya seorang daripada satu keluarga yang dibenarkan keluar untuk urusan penting sahaja umpamaya membeli barangan keperluan harian untuk keluarga masih kekal. Sementara ahli keluarga yang lain diarahkan memberi kerjasama dan patuh arahan Kerajaan untuk kekal duduk di rumah. Ahad lalu(22.3.2020) Kerajaan telah mengarahkan agar askar dan polis bersama mengawal pergerakan rakyat kerana walaupun telah memasuki hari ke -4 (Sabtu) namun masih ramai yang berdegil dan engkar perintah.  Jika tidak boleh sumbang sikit sumbang kudrat untuk negara, sumbanglah walaupun hanya doa dan patuhlah pada arahan semasa Kerajaan.

Pada awal bulan ini TH telah menawarkan tempat untuk mengerjakan ibadah haji bagi tahun semasa 1441H. Boleh baca posting tersebut di DI SINI jika belum baca. Jika diikutkan giliran sebenar (saya yang telah mendaftar pada Oktober 2008) adalah pada tahun hadapan, 1442H/2021.  Namun, keadaan semasa yang membingungkan menyebabkan ramai bakal-bakal haji bersikap menanam sikap tawakal dan redha akan ketentuan Allah. Dalam keadaan sekarang, hanya doa yang mampu dipanjatkan kepada Ilahi agar keadaan kembali kepada sedia kala.

Pada 27 Februari 2020 yang lalu, Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan penggantungan pengeluaran visa sementara dan pada 4 Mac 2020, arahan penuh larangan larangan umrah dan ziarah Masjid Nabawi telah dikeluarkan. Arahan tersebut dikeluarkan setelah kes Covid-19 dikesan menular ke negara tersebut. 

Selepas itu pada 23 Mac 2020 Kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan perintah kawalan pergerakan selama 21 hari. Dalam tempoh ini rakyat diarahkan untuk kekal di rumah pada jam 7 malam hingga 6 pagi setiap hari sebagai suatu langkah keselamatan. Melihat gambar-gambar tanah haram kosong berbanding dahulu sangat-sangat mengharukan...



Dalam pada itu, persoalan sama ada ibadah haji akan diteruskan pada tahun semasa 1441H masih belum ditentukan/dimuktamadkan oleh Kerajaan Arab Saudi  dan Malaysia. Pada 31.3.2020 ada perkongsian yang menyatakan bahawa Kerajaan Arab Saudi telahpun mengeluarkan saranan agar bakal-bakal haji menangguhkan ibadah tersebut. Berkenaan perkara ini, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan media bahawa satu pertemuan akan di buat dengan Keduataan Arab Saudi bagi mengetahui pendirian dan keputusan sebenar Kerajaan Arab Saudi berkenaan perkara ini.






Semoga Allah angkat wabak ini dengan segera dan umat Islam dapat hadir di rumahnya menjadi tetamuNya semula. Insyallah..



Isnin, 9 Mac 2020

Alhamdulillah Dapat Tawaran Haji 1441H/2020


Alhamdulillah, Rabu lepas saya dapat panggilan daripada Tabung Haji (TH) Putrajaya yang menyampaikan khabar gembira, saya ditawarkan tempat untuk menunaikan haji pada tahun 1441H/2020 ini. Kalau diikutkan, giliran sebenar saya adalah pada tahun hadapan. Saya dan anak sulung telah mendaftar haji pada bulan Oktober 2009. Pada masa itu anak sulung saya baru sahaja berumur 7 bulan. Siapa sangka Allah gerakkan haji saya untuk mendaftar pada hari tersebut.Syukur Allah bukakan hati dan akhirnya menerima peluang untuk menjadi tetamunya...

Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya saya pada masa itu. Terus saya call suami, kakak dan mak saya. Masing2nya mengucapkan syukur ke hadrat ilahi.

Sehari kemudian saya telah ke TH untuk mendapatkan surat tawaran. Saya telah diserahkan surat tawaran yang perlu saya jawab dalam masa kurang 3 minggu.  Bersama-sama surat tawaran tersebut disertakan kad untuk  pemeriksaan kesihatan dan borang yang perlu di bawa bersama semasa membuat pemeriksaan kesihatan.


surat tawaran haji

Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji

Borang untuk pemeriksaan kesihatan

Untuk pengetahuan pembaca semua suami saya mendaftar lambat. Jadi saya perlu membuat rayuan untuk mendapatkan tempat untuk menunaikan haji bagi pihak suami saya. Dasar TH yang sedang berkuatkuasa tidak membenarkan seorang wanita yang berumur kurang 44 tahun untuk pergi sendiri tanpa ditemani mahram. Jadi, nak tak nak saya kena mohon untuk membawa mahram saya bersama. 

Untuk tujuan ini saya telah mendapatkan penerangan daripada pegawai TH yang bertugas di kaunter 5 pada masa tersebut. Saya diarahkan untuk mendapatkan borang mahram dan mengemukakan borang tersebut bersama-sama surat jawapan menerima tawaran haji kelak. Bersama-sama bornag mahram tersebut saya perlu kepilkan IC mahram dan salinan sijil nikah sebagai bukti.


Borang pengesahan mahram

Semasa posting ini ditulis, saya belum lagi pergi ke mana-mana klinik yang dibenarkan oleh TH untuk mendapatkan pemeriksaan. Kad dan borang semuanya tertinggal di ofis. Saya akan update posting ini dan kongsikan pengalaman saya mendapatkan pemeriksaan untuk jemaah haji di klinik yang dibenarkan oleh TH.

Saya doakan Allah jemput kita semua menjadi tetamuNya. Jangan berhenti berdoa. Jangan mudah rasa diri terlalu banyak dosa dan tidak layak ke sana. Insyallah, semakin kita mendekat diri kepadaNya, semakin Allah bukakan jalan untuk lebih dekat kepadaNya.

Wallahu a'lam.

Iswa Tonie
Putrajaya
9.3.2020


Jumaat, 21 Jun 2019

RAYUAN HAJI



Image result for haji
Salam...

Semalam semasa dalam meeting Kak Maria (kakak kandung) whatsapp bgtau Buknyah (makcik saya/ adik bapa) dapat panggilan haji. Rasa macam tak percaya yang Buknyah dapat peluang ke Mekah. Sepatutnya, Buknyah pergi bersama kak Maria dan abang ipar. Dieorang dah hantar surat rayuan untuk pergi bersama bulan 2 yang lepas. Tapi nampak gayanya, rezeki hanya berpihak kepada Buknyah. Hanya Buknyah terpilih sementara Kak Maria dan abang ipar telahpun dapat makluman daripada Tabung Haji bahawa rayuan dieorang tidak diluluskan..

Sebaik mendapat kabaran ini saya terus menelefon mak di kampung. Nak telefon Buknyah untuk ucap tahniah tak boleh pulak sebab Buknyah tak gune telefon. Semasa bercakap dengan mak mak pesan suruh call TH untuk semak giliran Akak. Kata Mak, mungkin Buknyah dapat sebab dah memang giliran die tahun ni. Itu sebab Kak Maria dan abang ipar tak terpilih. Mak pesan suruh cek kat TH mana tahu giliran Akak pun tahun ni sebab Buknyah mendaftar Haji dengan Akak dulu. Sekali lagi Akak rasa mcam tak percaya giliran Akak dah dekat. DUlu masa daftar (2008) lepas calculate tahun Akak rasa giliran Akak semasa Rina (no.1) dah besar..aishh tak boleh jadi kene call TH dan cek.

Habis je sembang dengan Mak Akakpun call TH. Semak punya semak memang betullah giliran Akak dah dekat tapi bukannya tahun ni tapi tahun 2021. Masyallah dah dekat rupanya giliran Akak. Nasib baik tak lepas lagi. Bayangkanlah selama ni Akak ingat giliran Akak adalah masa Rina dah masuk sekolah menengah. Itu sebabnya tak layan sangat menyimpan di TH ...hmmmm

Berkenaan pemergian Buknyah pun Akak ceklah jugak. TH cakap Buknyah terpilih atas sebab rayuan. Kalau ikutkan giliran tak sampai lagi. Dan apabila Buknyah merayu bermakna Buknyah telahpun bersedia untuk berangkat pergi ke Mekah. Sekiranya Buknyah menolak, ia adalah satu kerugian. Melainkan terdapat sebab2 lain atau sebab keuzuran yang tidak dielakkan maka bolehlah menolaknya. Pegawai TH sempat berpesan, kalau Akak merayu bersama Buknyah besar kemungkinan Akak pun terpilih bersama kerana TH akan memberikan keutamaan kepada bakal haji yang telah hampir gilirannya untuk pergi terlebih dahulu... Rasa menyesal pulak sebab tak hantar rayuan....Namun, itulah rahsia Allah. Peluang untuk Akak mungkin bukan masa ini...Jauh di sudut hati Akak teringin untuk pergi bersama Buknyah dan sama2 beribadah di bumi pilihan Allah swt.

 Akak kemudiannya kol Mak semula dan bagitahu hasil percakapan bersama pegawai dari TH. Mak pesan untuk sediakan surat rayuan. Sebenarnya Akak dah tanya dah kat pegawai TH sama ada Akak boleh menghantar surat rayuan. Pegawai tu bagitahu rayuan telahpun ditutup dan tarikh akhir adalah sebelum syawal. Ruginya...alangkah bagusnya kalau tahu dari awal...huhuu

 Malam tu suami balik aku ceritakan semua dari a to z. Akak tanya kat suami sama ada perlu untuk Akak hantar surat rayuan. Kalau Akak dapat sekalipun Akak tidak akan dapat pergi. Peraturan TH mewajibkan wanita yang berumur 44 tahun ke bawah menunaikan haji dengan ditemani mahram. Sekiranya Akak terpilih maka secara automatik suami akan pergi bersama. Suami serahkan Akak untuk buat keputusan. Katanya sekarang peak season dan keja banyak masuk. Beliau bekerja sendiri (freelance) namun sekiranya peluang ada di depan mata masakan ditolak kan... ok jawapan itu seolah olah green light bagi Akak... 

Jumaat. 21 Jun 2019..

Hari ini sibuk sikit di ofis. Keja hari ni macam perlukan badan ni untuk bergerak ke sana sini dan membuat follow up. Dalam hati masih berkira kira sama ada untuk menghantar surat rayuan atau tidak. Knowing yang tarikh rayuan telah ditutup, sebelah hati memang malaslah rasanya nak draf surat rayuan. Sebelah hati pulak kata kenapa tidak mencuba. Yang penting niat. Allah Maha Berkuasa, Kun Fa Ya Kun. Kalau Allah inginkan maka jadilah... so Akak buat keputusan untuk draf surat rayuan dengan pantas. Masa rehat tengahari Jumaat Akak tak keluar siapkan surat rayuan dan terus shot email kepada TH. Masa nak tekan send tu terasa macam gementar sikit. Dalam hati berdebar debar. Macam2 persoalan ade...termasuklah soalan yang mencabar diri untuk menilai kemampuan diri mengharung dugaan di tanah suci..Mampukah aku...Telah bersediakah aku.....huhuhu....

Sabtu, 22 Jun 2019..

Lebih kurang pukul 10 pagi Akak telah menerima emel balasan daripada TH yang menyatakan bahawa proses rayuan bagi Haji 1440H telahpun ditutup sebelum syawal dan tiada rayuan akan dipertimbangkan di peringkat itu. Akak tawakal... 

Namun, sehingga hari ini Akak masih panjatkan doa semoga Allah berikan peluang untuk Akak ke sana... Hati Akak seolah olah ditarik tarik untuk berada di tanah Haram...Semoga peluang itu ada untuk Akak diselitkan bersama jemaah lain di tahun 1440H ini insyaallah...


Allahumma ballighna Makkata wal Madiinata wal 'Arafata wa Rzuqnal hajjal mabruuro wardha 'anna wahgfirlanaa warhamnaa Anta Maulaana fanshurnaa 'Alal qoumil Kaafiriina


Maksudnya:

Ya Allah perkenankanlah kami untuk sampai/hadir ke Mekkah, Madinah, dan Arafah, dan berikanlah kami rezeki menjadi Haji Mabrur, dan redhailah kami, dan ampunilah kami, dan sayangilah kami. Engkaulah kekasih kami, maka tolonglah kami atas golongan orang orang kafir. Aamiin

Update :


 Alhamdulillah Buknyah selamat berlepas ke tanah suci pada 31 Julai 2019 jam 5.15 pagi KLIA. Semoga mendapat haji yang mabrur. Insyallah.