Here & There


Memaparkan catatan dengan label dark desire. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dark desire. Papar semua catatan

Sinopsis Ringkas Drama Bersiri "Dark Desire" di Netflix


Bagi peminat drama thriller, crime, romantic dan peminat cerita berlatar belakangnya undang-undang, drama “Dark Desire” boleh dimasukkan dalam list drama wajib tonton. Drama yang dikategorikan sebagai berunsurkan seks dan keganasan ni hanya disyorkan kepada golongan dewasa yang rajin berfikir. Sebab apa saya katakana begitu, adalah kerana jalan ceritanya yang yang berulang dan berbelit belit, penuh anggapan dan siasatan, dan tidak lari daripada konsep suntingan yang sedikit mengelirukan. Jadi, untuk habiskan season 1 dengan 18 episod ni dengan genre yang agak berat ini, saya sarankan anda semua duduk releks dan tengok dengan stress release. Tengok masa tengah free dan releks ok.

Dark Desire atau dalam Bahasa Spanishnya Oscuro deseo) dibintangi oleh Maite PerroniJorge Poza, Regina Pavón, Alejandro Speitzer, and Erik Hayser. Drama yang dibuat khas untuk Netflix ini telah mula ditayangkan pada 15 July 2020.

Sinopsis
Alma (dilakonkan oleh Maite Perroni), adalah seorang pensyarah undang-undang yang mempunyai kepakaran dalam bidang siasatan forensic. Walaupun telah berusia tapi Alma masih cantik, body masih solid dan berperwatakan menarik. Sementara Leonardo (dilakonkan oleh Jorge Poza), adalah suami kepada Alma, merupakan seorang hakim (dalam drama ini disebut sebagai Majistret) yang telah banyak menutup kebenaran. Kedua-dua mereka adalah ibu bapa kepada  Zoe (dilakonkan oleh Regina Pavón).
Selain 3 watak ini, 2 watak lain yang penting di dalam drama ini adalah Darío (dilakonkan oleh Alejandro Speitzer) yang merupakan pelajar dan scandal Alma dan juga waris harta yang menjadi target Leonardo dan Estaban. Esteban (dilakonkan oleh Erik Hayser), adalah penyiasat persendirian yang juga merupakan adik Leonardo, juga seorang bekas pegawai polis.
Cerita ini dimulakan dengan parti yang dihadiri oleh Alma dan kawan baiknya, Brenda. Di dalam parti tersebut, Alma telah bertemu dengan Dario. Perkenalan mereka hanya dengan berborak kosong sehinggalah membawa ke ranjang. Bagi Alma, hubungan seksual yang dijalinkan antara mereka berdua hanyalah hubungan tanpa komitmen dan cinta. Sebaliknya, bagi Dario, dia telah mula menyukai dan jatuh cinta kepada Alma, walaupun mengetahui bahawa Alma adalah isteri orang.


Alma adalah seorang isteri yang setia. Sepanjang perkahwinan, Alma tidak pernah curang, Cuma sejak kebelakangan, Alma merasakan bahawa Leonardo telah menjalinkan hubungan bersama pembantunya, Edith. Walaupun Leonardo menyangkal namun tindak tanduk dan body language Leonardo seolah-olah cuba mengelak dan menyembunyikan sesuatu. Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Leonardo sedang merancang sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka dan rancangan tersebut diuruskan oleh pembantunya, Edith. Oleh sebab itu, kedua-duanya nampak seolah-olah kerap berhubung dan keluar bersama.

10 Things You Didn't Know About Alejandro Speitzer 
Dario - Alejandro Speitzer

Keadaan tersebut dan anggapan bahawa Leonardo mempunyai hubungan sulit menyebabkan Alma curang dengan Dario. Alma menganggap hubungan dengan Dario setakat sekali itu sahaja, namun perkara tersebut menyebabkan Alma sering teringat ingat layanan Dario dan hubungan mereka menjadi rapat, lebih2 lagi setelah Dario mendaftar sebagai pelajar di kelas Alma.

Konflik Alma dan Dario tidak berhenti di situ sahaja. Ia menjadi rumit setelah kematian kawan baik Alma, Brenda. Estefan adalah pegawai penyiasat peribadi yang gigih mencari bukti dan saspek di sebalik kematian Brenda tersebut. Walaupun kematian Brenda dikaitkan dengan membunuh diri (self suicide) dengan penemuan pencukur yang digunakan untuk mengerat urat tangannya, namun Estefan yang masih tidak berpuas hati cuba menyiasat dengan terperinci dan akibatnya, ia telah membongkar banyak kisah-kisah lama yang mengaitkan bukan sahaja Estefan, tetapi juga melibatkan Dario dan Leonardo.

Siasatan tersebut juga telah menyebabkan kematian rakan polisnya, stress dan depression di pihak Leonardo, Zoe diperalatkan oleh Dario, Alma mendedahkan hubungannya dengan Dario sehinggalah pembongkaran status hubungan antara Estefan dan Brenda sebagai pasangan kekasih. Yang paling tragik, dalam pada masa yang sama, Brenda telah menjalinkan hubungan seksual dengan Leonardo. Ini bermaksud, Brenda mempunyai hubungan secara seksual dengan suami rakan baiknya sendiri, dan 2-2 adik beradik iaitu Leonardo dan Estefan dalam masa yang sama. Pelik bagaimana perkara ini dapat disembunyikan sekian lama, iaitu sejak hampir 10 tahun yang lepas.

Sementara Brenda, sebenarnya adalah saksi palsu bagi pembunuhan kanak-kanak berumur 6 tahun dan akibat daripada pengecaman pembunuh yang telah di buat oleh Brenda, bapa Dario di tuduh sebagai pembunuh. Sementara emak Dario, Lucinda pula telah diugut oleh Estefan dengan janji pemberian wang tapi tidak pernah ditunaikan. Akibat tuduhan tanpa asas tersebut, bapa Dario mengalami stress melampau dan akhirnya membunuh diri semasa di dalam tahanan di hadapan Dario dan Lucinda (semasa lawatan ahli keluarga). Peristiwa tersebut menjadi titik hitam kepada Dario sehingga menimbulkan dendam.

18 episod dengan pengisian semua episode dengan pelbagai topik, konflik dan pembongkaran yang membawa kepada sindiket untuk menghapuskan waris Guerra agar harta 20 million yang diwarisi dapat dikaut oleh pihak lain. Sindiket ini dan konflik ini masih belum jelas dan selesai. Mungkin akan dihuraikan pada musim yang baru kelak.

Saya pun teringin nak tahu apa kesudahan perasaan Alma yang telahpun terpikat dengan Dario, budak muda berumur 25 tahun yang berjaya membuatkannya mengingau dan asyik teringat ingatkan Dario. 

Knowing yang Leonardo telah curang dengan rakan baiknya sendiri selama 10 tahun sebenarnya cukup membuatkan Alma geram dan marah tapi Alma masih kekal dan setia bersama Leonardo. Dalam pada masa yang sama, Alma berfikiran bahawa Dario telahpun mati semasa kebakaran berlaku di kilang datuknya. Sedangkan hakikatnya (slot di episode akhir) Dario masih hidup dan bekerjasama dengan Estefan.

Persoalan :
  •        Apakah hubungan antara Estefan dan Dario?
  •        Siapa Dario sebenarnya?
  •        Adakah Dario benar2 berumur 25 tahun?
  •        Adakah Dario waris sah harta 20 juta milik Guerra?
  
Sama-sama kita tunggu Musim 2 nanti. 

Selamat menonton.


#darkdesire #lamadamedautriche #durbanvaperfamily #amberblast #milkone #selfportrait #darkpleasure #instastory #fictionalcharacter #durbanvape #dailypinup #boudoirphotography #pinup #vintagepinup #minx #femmefatale #vamp #lamadame #alphajuiceco #pleasure #hedonism #pinupsofinstagram #corset #bdsm #alldayvape #cannabiscommunity #vape #darkness #instapinup #bhfyp #classicpinup #stockings #silentfilmactress #loona #enjoying #industrialmusic #darkwish #darkmind #darkangel #darkmoon #darkdemon #electrodark #darkwave #industrial #romance #vapeporn #vapeallday #bud #readinglist #summercooper #romancereads #superjunior #romancebooks #romancereaders #purplemayhem #electro #alternativefashion #heartlesswife #gothicgirlsdoitbetter #podcast #dailypinup #boudoirphotography #pinup #vintagepinup #minx #femmefatale #vamp #lamadame #alphajuiceco #pleasure #hedonism #pinupsofinstagram #corset #bdsm #alldayvape #cannabiscommunity #vape #darkness #instapinup #blackandwhitephotography