Here & There


Memaparkan catatan dengan label cara mohon gerak khas prihatin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara mohon gerak khas prihatin. Papar semua catatan

Cara Daftar Geran Khas Prihatin 2.0 di gkp.hasil.gov.my


Salam #kitajagakita...

Jika anda seorang peniaga kecil yang mempunyai pendapatan kurang daripada 300 ribu, anda layak untuk memohon bantuan Geran Khas Prihatin (GKP). Peniaga yang layak telahpun diberikan bantuan yang sama melalui skim GKP 1.0 dan terima duit bantuan pada bulan Mei 2020 yang lalu. Jika anda antara orang yang terlepas daripada senarai pada skim 1.0 atau baru sahaja mendaftarkan peniagaan selewat-lewatnya pada 31.8.2020, makan anda layak untuk memohon pada skim 2.0 ini. Sebelum itu, pastikan anda mendaftar di gkp.hasil.gov.my atau layari website tersebut untuk buat semakan.

Cara daftar GKP 2.0

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar GKP 2.0:

  1. Layari pautan Log Masuk GKP 2.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Anda akan berada di paparan Log Masuk GKP
  3. Masukkan ID Pengguna, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda (Nombor Kad Pengenalan baru yang mempunyai 12-digit tanpa sempang)
  4. Tekan butang Semak
  5. Sekiranya anda memang belum pernah mendaftar GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini:
    • ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
  6. Klik pautan Daftar Akaun seperti yang dipaparkan
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  8. Tekan butang Cari
  9. Akan keluar paparan ini:
    • Untuk teruskan proses semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
  10. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  11. Tekan butang Semak

Proses daftar GKP 2.0 anda kini sudah selesai. 

Untuk membuat permohonan, anda boleh baca arahan dan panduan selanjutnya seperti di paparan skrin. Sebagai rujukan, pastikan salinan sijil pendaftaran perniagaan ada bersama anda.

 Syarat pendaftaran GPK 2.0

Bantuan Geran Khas Prihatin (GPK 2.0) ini adalah untuk usahawan dan peniaga-peniaga kecil yang tidak dapat bantuan GPK 1.0 sebelum ini.

Dengan peruntukan sebanyak RM600 juta, dianggarkan bahawa sekitar 200,000 PKS Mikro akan menerima bantuan ini.

Kriteria kelayakan utama untuk daftar GKP 2.0 adalah seperti berikut:

  • Tidak dapat bantuan GKP 1.0
  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan masih lagi aktif dijalankan
  • Jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak boleh lebih empat (4) orang
  • Jumlah pekerja tidak termasuk pemilik
  • Pemohon wajib memenuhi definisi PKS Mikro
  • Pemohon wajib berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSH sehingga 31 Ogos 2020