Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

MH370 kehilangan yang menyakitkan

 


Its Official. 

Dokumentari khas tentang misteri kehilangan MH370 sekang telah boleh ditonton di Netflix. Mengimbau kembali kejadian 2014, saya rasa kita masing-masingnya mempunyai expresi pertama kita masing-masing ketika mendapat tahu kejadian sebegini. Berlaku dengan airline rasmi negara, yang menjadi kebanggan kita serta mengorbankan ramai penumpang, berita sebegini adalah rare. Apa lagi ia berlaku dengan misteri, tiada rekod pergerakan yang konkrit yang boleh diambil dan dipegang. Jika kita ingat semula di tahun tersebut, terdapat banyak spekulasi yang bertebaran di laman sosial. Sebagai pengguna airline, sudah pasti spekulasi sedikit sebanyak mempengaruhi saya dan mencemaskan. 

Apa-apapun, pembaca boleh menonton di Netflix dokumentari ini. Semoga ahli keluarga penumpang MH370 sentiasa tabah dan redha dengan kejadian ini.

 

Gempa bumi di Turki-Syria

 


Isnin, 6 Februari 2023 @wilayah Kahramanmaras, Turkiye & Utara Syria

Hari cuti Thaipusam untuk Malaysia. Sedang santai2 di hari Isnin dan dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria. Kalau ikutkan, gempa tersebut menggegarkan beberapa negara sekitar umpamanya Lebanon, tetapi kesan gegaran banyak terkesan di Turki dan Syria.

Turki mempunyai sejarah gempa bumi

Berita paling cepat tersebar di twitter. Tetapi pada rabu lepas twitter telah diblok oleh kerajaan Turki namun pada hari khamisnya twitter telah boleh diakses semula. Walaupun begitu, di twitter berita tentang kejadian disana, proses penyelamatan tetap updated, mungkin sebab wartawan dari seluruh dunia telah berada di sana maka berita dari sana tetap dikemas kini dari masa ke semasa. Di youtube pun ada beberapa channel yang menayangkan live operasi penyelamatan yang dibuat dekat sana. Membaca beritanya sahaja boleh membuatkan mata berair apa lagi selepas merenung gambar-gambar dan video yang meruntun hati.

Saya sambung dkt post selepas ni insyallah.







Emily in Paris new Season 3 dah start guys

 



Salam jumaat yang barakah semua, dah baca 10 ayat pertama al-kahfi ke belum?

jom ambik masa 2 minit baca ni.

Pelanggan #netflix semestinya familiar dengan drama bersiri yang telahpun mula menayangkan #season3 pada 21 Disember (2 hari yang lepas). Apa? Ada yang tertinggal kapal ke.. worry not. Since kita pun dah masuk hari jumaat ni, hujung minggu bolehlah lepak santai tonton #emilyinparisseason3 sambil makan popcorn.

Sebenarnya akak pun tak tengok lagi drama ni. Memang set plan nak habiskan hujung minggu nak tengok episode 1-10 sampai hbs. Lagipun isnin kan cuti xmas so ada masa untuk santai-santai kan.

Ok uoll nanti dah tengok kite kasi review insyallah.

 

Jumla lagi (on se revoit bientôt)


Asmaul Husna 99 Nama Allah

 


Asmaul Husna iaitu nama-nama Allah yang indah, yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifatNya. Makna dan maksud nama tersebut yang mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah SWT.

Melalui Asmaul Husna ini kita dapat tahu serta belajar mengenal Allah SWT yang maha pengasih dan penyayang, yang maha hebat sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta berserta segala isi di dalamnya.



99 Nama-Nama Allah dan Maknanya



  1. AR-RAHMAAN

    : ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.

  2. AR-RAHIM

  3. : ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.

  4. AL-MALIK

    : ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.

  5. AL-QUDDUS

    : ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

  6. AS-SALAAM

    : ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.

  7. AL-MU’MIN

    : ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

  8. AL-MUHAIMIN

    : ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.

  9. AL-’AZIIZ

    : ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya

  10. AL-JABBAAR

    : ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.

  11. AL-MUTAKABBIR

    : ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

  12. AL-KHAALIQ

    : ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.

  13. AL-BAARI’

    : ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

  14. AL-MUSHAWWIR

    : ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).

  15. AL-GHAFFAAR

    : ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.

  16. AL-QAHHAAR

    : ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.

  17. AL-WAHHAAB

    : ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.

  18. AR-RAZZAAQ

    : ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.

  19. AL-FATTAAH

    : ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

  20. AL-’ALIIM

    : ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

  21. AL-QAABIDH

    : ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.

  22. AL-BAASITH

    : ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.

  23. AI-KHAAFIDH

    : ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.

  24. AR-RAAFI’

    : ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.

  25. AL-MU’IZ

    : ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.

  26. AL-MUZIL

    : ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.

  27. AS-SAMII’

    : ( السميع ) Maha Mendengar.

  28. AL-BASHIIR

    : ( البصير ) Maha Melihat.

  29. AL-HAKAM

    : ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.

  30. AL-’ADL

    : ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.

  31. AL-LATHIIF

    : ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.

  32. AL-KHABIIR

    : ( الخبير ) Maha Waspada/  Maha Mengetahui.

  33. AL-HALIIM

    : ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.

  34. AL-’ADZHIIM

    : ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.

  35. AL-GHAFUUR

    : ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.

  36. ASY-SYAKUUR

    : ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.

  37. AL-’ALIY

    : ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.

  38. AL-KABIIR

    : ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.

  39. AL-HAFIDZ

    : ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.

  40. AL-MUQIIT

    : ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.

  41. AL-HASIIB

    : ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.

  42. AL-JALIIL

    : ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.

  43. AL-KARIIM

    : ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.

  44. AR-RAQIIB

    : ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.

  45. AL-MUJIIB

    : ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.

  46. AL-WAASI’

    : ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.

  47. AL-HAKIIM

    : ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.

  48. AL-WADUUD

    : ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.

  49. AL-MAJIID

    : ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.

  50. AL-BA’ITHU

    : ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.

  51. ASY-SYAHIID

    : ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.

  52.  AL-HAQ

    : ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.

  53. AL-WAKIIL

    : ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.

  54. AL-QAWIY

    : ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.

  55. AL-MATIIN

    : ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.

  56. AL-WALIY

    : ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.

  57. AL-HAMIID

    : ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.

  58. AL-MUHSHII

    : ( المحصى ) Maha Menghitung  / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.

  59. AL-MUBDI’

    : ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

  60. AL-MU’IID

    : ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.

  61. AL-MUHYII

    : ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.

  62. AL-MUMIIT

    : ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.

  63. AL-HAY

    : ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

  64. AL-QAYYUUM

    : ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.

  65. AL-WAAJID

    : ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.

  66. AL-MAAJID

    : ( الماجد ) Maha Mulia.

  67. AL-WAAHID

    : ( الواحد ) Maha Esa.

  68. AL-AHAD

    : ( الأحد ) Maha Tunggal.

  69. ASH-SHAMAD

    : ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.

  70. AL-QAADIR

    : ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya

  71. AL-MUQTADIR

    : ( المقتدر ) Maha Menentukan.

  72. AL-MUQADDIM

    : ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.

  73. AL-MUAKHKHIR

    : ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.

  74. AL-AWWAL

    : ( الأول ) Maha Pemulaan  / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.

  75. AL-AAKHIR

    : ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang sementara.

  76. AZH-ZHAAHIR

    : ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya

  77. AL-BAATHIN

    : ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dizahirkan ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

  78. AL-WAALII

    : ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.

  79. AL-MUTA’AALII

    : ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.

  80. AL-BAR

    : ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

  81. AT-TAWWAAB

    : ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

  82. AL-MUNTAQIM

    : ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.

  83. AL-’AFUW

    : ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

  84. AR-RAUUF

    : ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.

  85. MAALIKUL MULK

    : ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan  / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.

  86. ZUL-JALAALI WAL IKRAAM

    : ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan  / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.

  87. AL-MUQSITH

    : ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.

  88. AL-JAAMI’

    : ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.

  89. AL-GHANIY

    : ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.

  90. AL-MUGHNII

    : ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.

  91. AL-MAANI’

    : ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.

  92. ADH-DHAAR

    : ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya  / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya

  93. AN-NAAFI’

    : ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.

  94. AN-NUUR

    : ( النور ) Maha Pemberi Cahaya  / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

  95. AL-HAADI

    : ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.

  96. AL-BADII’

    : ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan  / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.

  97. AL-BAAQI

    : ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya

  98. AL-WAARITS

    : ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi  / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.

  99. AR-RASYIID

    : ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

  100. ASH-SHABUUR

    : ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.

Ghost Writer dan Penulis Sambilan

 


Salam jumaat yang barakah semua…semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang, insyallah.

Hari ini saya terbaca blog ni https://web.z.com/my/blog/100-pilihan-cara-untuk-buat-duit-secara-online/#list-27 yang boleh tahan panjangnya tapi penuh dengan info. Satu benda yang menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan website truelancer yang memberi peluang kepada freelance writer untuk mendapatkan job secara online. Saya telahpun berdaftar dengan website tersebut walau dalam hati masih tertanya-tanya dan mencari info lanjut berkenaan website tersebut.

Saya terjumpa dengan blog https://www.fadzirazak.com/2019/11/dari-blogger-ke-ghostwriter.html. Baru saya tahu rupanya penulis sambilan yang menulis bagi pihak ketiga juga dinamakan ghost writer. Menarik jugak nama tu sebab yerlah menulis bagi pihak ketiga, kredit tidak akan berbalik kepada si penulis. Walau viral ke hujung dunia sekalipun penulisan tersebut, writernya akan tetap ghosty dan tidak dikenali. Itulah yang berlaku jika penulis mengambil upah menulis bagi pihak ketiga.

Antara bahan penulisan yang boleh diceburi oleh ghost writer adalah:

1.            Artikel untuk website dan blog

2.            Copywriting untuk media sosial

3.            Copywriting untuk iklan

4.            Buku fizikal

5.            e-Book

6.            Dokumen-dokumen penting

7.            Surat-surat rasmi

8.            Borang permohonan

9.            Tukar audio kepada teks

10.         Penterjemahan

…dan banyak lagi

 

Jika difikirkan seronok jugak cabang penulisan ni. Sebagai seorang pembaca tegar dan penulis blog yang baru nak semangat balik untuk update blog (sebab blog dah monetize), saya rasa saya nak cuba untuk menulis untuk orang lain, paling kurang utk majalah ke, walaupun tak dapat kredit tapi dapat tengok penulisan sendiri pun dah syukur. Tapi, saya tak pasti saya boleh buat ke tidak sekiranya dapat job ni sebab kadang-kadang kekangan masa membantutkan idea…huhu.

Jika ada pembaca yang merupakan bakal/potential customer yang sedang mencari-cari penulis untuk bahan-bahan penulisan, boleh aje hubungi saya melalui emel. Boleh bagi tahu jenis bahan yang dikehendaki dan quotation, manalah tahu saya berminat dan kitab oleh close deal. Tapi saya nak remind siap-siap yang saya perlukan lebih kurang 2 bulan utk siapkan bahan penulisan kerana saya lebih suka bahan yang saya buat dengan hati dan bukannya sekadar siap begitu sahaja dan saya jenis penulis yang slow yang menulis santai-santai sambil minum kopi makan biskut kat tepi kebun kecil saya, jadinya masa menulis adalah me-time bagi saya.

-Ghost Writer 2b-


Peminat Kopi Mesti Cuba Nescafe Kopi-O ni sebab...

 

Salam kemerdekaan semua…semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang, insyallah.

Sebagai peminat kopi saya telah mencuba berbagai jenis jenis kopi, daripada yang murah kepada yang mahal dan daripada peket sehinggalah kopi brew. Memang seronok travel around dan try pelbagai jenis kopi seolah-olah memberikan perasaan yang berlainan, feel yang lain bergantung di mana kita merasai kopi tersebut.

Sebenarnya saya dilahirkan dalam keluarga peminum kopi, jarang sekali minum teh o atau teh Tarik atau milo dan yang seumpamanya. Mungkin disebabkan itulah maka saya membesar menjadi seorang peminum kopi tegar..hehhe.

Tapi kopi di kampung tak sama dengan kopi di bandar. Mak saya cukup suka kopi yang dikisar. Apabila dibancuh hampasnya akan tinggal di bawah dan hampir suku jug jugalah hampasnya. Sebegitu bezanya dengan kopi proses yang tinggal masukkan saje dalam cawan dan siap diminum, maka sebegitulah beza rasa kopi tersebut.

Rasa pekat yang tak boleh digambarkan. Jika di tambah susu sedikit boleh membuat anda terduduk dan menikmati kopi itu sahaja tanpa memikirkan benda lain. Hebat kan. Itu sebenarnya bergantung juga dengan siapa yang membuat air kopi tersebut. Kalau diikutkan, dalam keluarga kami di kampung, hanya sayalah seorang yang boleh membuat kopi o terangkat hehhee….ini bukan angkat bakul taw…ini mak kite yang cakap…heheh..sebab biasanya kalau saya ada dikampung, mak akan suruh saya yang buatkan kopi o sebab saya tahu nak anggarkan gula, tidak terlalu manis, sedang-sedan sahaja. Telah airlio kejab.

Tolak tepi kisah kopi di kampung, saya nak kongsikan kopi-o jenama nescafe sepertimana gambar di atas. Ada pembaca yang dah pernah rasa ke kopi o ni, atau penggemar kopi-o ni sama macam saya.

Kopi-o ni rasanya lain daripada kopi-kopi o peket yang lain. Rasanya sedikit pahit walaupun telah di tambah dengan gula. Jika di tambah dengan susu, kopi ini kurang kick. Ada yang sama pendapat dengan saya ke..

Saya suka kopi ni sebab rasa pahit di hujung rasa kopi seakan-akan signature kepada kopi-o ini. Saya dah cuba pelbagai jenis kopi o peket yang lain dan saya tak Nampak “signature” seperti ini. Saya suka nak share dan syorkan pembaca yang juga peminat kopi untuk try kopi ni. Selain murah (jika dibandingkan dengan Starbuck), anda juga boleh buat sendiri pada bila-bila masa dan senang diperoleh. Cari aje di mana-mana kedai serbaneka. Biasanya saya beli speedmart sebab pasar borong jarang masuk jenis yang ini.

Jika anda dah cuba, komen yeh kita share pendapat dan pengalaman.

-Peminat Kopi Kisar-


Sejarah Lagu Negaraku | Malaysia National Anthem


Assalamualaikum…Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke-65.

 

Negaraku…
 Tanah tumpahnya darah ku…
 Rakyat hidup bersatu dan maju…
 Rahmat bahagia Tuhan kurniakan…
 Raja kita selamat bertakhta…
 Rahmat bahagia Tuhan kurniakan…
 Raja kita selamat bertakhta…

Irama Asal : Lagu Terang Bulan/‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ (lagu Rasmi Negeri Perak 1888)

Lirik/senikata  : jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj   dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.

Skor lagu :  1.  Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya),

2.      D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja),

3.      Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan

4.      A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya).

‘Negaraku’ menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air. Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957- Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia).

Pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu rasmi negeri Perak  iaitu . Lagu negeri Perak pula dikatakan berasal dari Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles yang dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda Sultan tamat tempoh hukuman dibuang negeri kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch di Pasir Salak.[Info berkenaan Pulau Seychelles ada di SINI.]

Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’. Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

Apabila lagu Negaraku diangkat menjadi lagu rasmi kebangsaan, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif pada tahun 1968 untuk menggubal Akta Lagu Kebangsaan 1968 (ALK) bagi melindungi maruah dan kehormatan lagu Negaraku ALK kemudiannya disemak semula pada tahun 1989 dan terkini pada 1 November 2018.

Menurut seksyen 8(1) ALK, setiap individu hendaklah menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan yang sedang dimainkan dengan cara berdiri tegak dengan syarat lagu tersebut dimainkan dalam suatu majlis atau acara. Jika mana-mana individu didapati tidak berdiri tegak atau tidak menunjukkan rasa hormat ketika lagu Negaraku dimainkan, individu tersebut boleh didakwa di bawah subseksyen 8(3) ALK yang membawa denda maksimum RM100 atau penjara maksimum satu bulan. Subseksyen 8(1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu. Tapi, sekiranya anda seorang yang berjiwa dan berdarah patriotik, tidak salah untuk menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan setiap kali mendengarnya.

Di sini saya kongsikan peruntukan penuh yang terdapat dalam Akta Lagu Kebangsaan, termasuk Jadual yang mengandungi not lagu tersebut.

AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (DISEMAK 2018) [AKTA 808]

1                    Tajuk ringkas dan pemakaian

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lagu Kebangsaan 1968.

(2) Akta ini terpakai di seluruh Malaysia.

2    Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Lagu Kebangsaan" ertinya Lagu Kebangsaan Malaysia iaitu gubahan yang mengandungi perkataan dan muzik yang dinyatakan dalam Jadual;

"versi pendek" ertinya versi pendek Lagu Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual;

"versi ringkas" ertinya versi ringkas Lagu Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual.

2                  Memainkan versi penuh Lagu Kebangsaan

(1)  Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada peristiwa yang berikut:

(a)    apabila suatu penghormatan diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong, atau seorang Raja yang dilantik bagi menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong mengikut Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957 [Akta 373], atau apabila panji-panji diraja dikibarkan bagi melambangkan kehadiran Yang di-Pertuan Agong;

(b)       semasa perbarisan rasmi atau majlis istiadat rasmi yang lain;

(c)   pada semua peristiwa apabila Yang di-Pertuan Agong hadir sendiri (termasuk penyiaran oleh Yang di-Pertuan Agong);

(d) apabila bendera Malaysia dibawa dalam perbarisan;

(e) apabila panji-panji rejimen dianugerahkan;

(f) bagi menaikkan panji-panji dalam Tentera Laut.

(2)       Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan boleh dimainkan di sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi Lagu Kebangsaan.

(3)     Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

4  Memainkan versi ringkas

(1)       Versi ringkas hendaklah dimainkan sebagai penghormatan pada semua peristiwa rasmi kepada-

(a)       Raja Permaisuri Agong; dan

(b)       Yang di-Pertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

(2)      Versi ringkas hendaklah dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

5          Memainkan versi pendek

Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila Yang di-Pertuan Agong atau wakilnya tidak hadir tetapi salah seorang daripada Raja-Raja bagi Negeri-Negeri hadir, versi pendek hendaklah dimainkan pada masa tamatnya peristiwa itu sebaik selepas lagu kebangsaan Negeri yang berkenaan dimainkan.

6         Memainkan Lagu Kebangsaan pada peristiwa khas

(1)   Pada semua sambutan rasmi untuk orang kenamaan asing yang dalamnya penghormatan diberikan, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara pelawat kenamaan itu dimainkan.

(2)       Pada semua peristiwa rasmi yang diatur oleh Perwakilan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan Perwakilan asing itu atau peristiwa Kebangsaannya yang lain, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara Perwakilan asing itu dimainkan.

7          Menyanyi Lagu Kebangsaan

Pada semua peristiwa apabila Lagu Kebangsaan dinyanyikan, versi penuh atau versi Diraja hendaklah dilafazkan.

8         Tanda hormat

(1)   Bilamana versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan atau bilamana versi ringkas atau versi pendek dimainkan, semua orang yang hadir hendaklah berdiri sedia sebagai tanda hormat.

(2)      Subseksyen (1) tidak terpakai jika Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem berita itu.

(3)    Mana-mana orang yang dengan disedarinya menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan.

(4)       Bagi maksud seksyen ini-

(a)    kegagalan mematuhi subseksyen (1) tanpa sebab yang baik dan mencukupi; dan

(b)  apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkecenderungan untuk merendahkan prestij Lagu Kebangsaan pada pandangan orang awam, hendaklah merupakan sikap tidak hormat.

9         Menangkap tanpa waran

Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melanggar seksyen 8 dalam kehadiran pegawai polis itu melainkan jika orang itu memberikan nama dan alamatnya dan memuaskan hati pegawai itu bahawa dia akan menjawab dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang akan diambil terhadapnya.

10       Pindaan Jadual

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda, menggantikan atau mengubah Jadual.

JADUAL  LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA



Catatan

:

Bagi versi penuh atau versi Diraja, dimainkan dari mula hingga akhir

Bagi versi ringkas, dimainkan dari mula hingga B dan disambung dari C hingga akhir

Bagi versi pendek, dimainkan dari C hingga akhir


 Lirik Lagu Negaraku (BM)

Negaraku,

Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup,

Bersatu dan maju,

Rahmat Bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita,

Selamat bertakhta.

Rahmat Bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita,

Selamat bertakhta.


Lirik Lagu Negaraku (BI)

Oh my motherland,

Where my life began

Where people lives

In harmony and prosperity

With God given

Blessing of happiness

Our King

Reign in peace

With God given

Blessing of happiness

Our King

Reign in peace

 

Lirik Lagu Negaraku (Bahasa Cina)

我的國家,

我生長的地方。

各族團結

前途無限無量。

但願上蒼,

福佑萬民安康。

祝我君王,

國祚萬壽無疆。

但願上蒼,

福佑萬民安康。

祝我君王,

國祚萬壽無疆。

 

Lirik Lagu Negaraku (Bahasa Tamil)

எனது நாடே

என் குருதி சிந்திய மண்ணே

மக்கள் வாழ்வே

ஒற்றுமையே முன்னேற்றமே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்

இறைமை வழங்கிடும்

எங்கள் மாமன்னர்

முறையாட்சி வாழியவே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்

இறைமை வழங்கிடும்

எங்கள் மாமன்னர்

முறையாட்சி வாழியவே

 

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun Malaysia.