Here & There


Pengalaman Balik Umrah SOP 2022 dan Pasang Jam Tracker

 


Assalamualaikum,

 Salam 23 Syaaban 1443H, salam pagi Sabtu yang indah, Alhamdulillah…

Pagi ni seperti biasa memulakan pagi dengan mendengar kuliah santai bersama Ustazah Zai di FB Live. Santainya itu bukan sebabnya santainya apabila Ustazah Zai berbicara, walaupun sebenarnya bicara Ustazah memang bersifat santai. Sambil berkuliah sambil bersembang santai. Sesuai sangat dengan jiwa santai Akak, hehhe. Sebenarnyanya santai yang Akak maksudkan tu adalah sebab sambil mendengar sambil ke sana sini bersiap nak pergi keje. Hari ni keluar lambat sikit sebab belakang masih sakit2 sengal2. Tak pastilah kesan post covid atau kesan daripada duduk lama sangat di ofis. Malas nak fikir jadi layan sahajalah seadanya dan semampunya.

Hari ni nak bercerita tentang jam tracker yang terpasang elok selama lebih kurang 9 hari di tanganku.

 12 Mac 2022- selamat sampai ke tanah airku Malaysia tercinta. Sebaik touch down, pakej pening kepala dan selsema pun muncul. Nak lap takde tisu kering jadinya guna sahajalah baju yang ada dalam beg buat lap2. Yang ada tisu basah pun sama kite guna jgak untuk bersih2kan tangan dek terkena selsema. Perasan jugak ramai yang batuk2 masa dekat airport Madinah. Malah dekat dalam kapal terbang pun ramai yang batuk2. Pada masa tu pun hati dah berdebar-debar takutkan terkena ngan covid. Sepanjang perjalanan dok jaga mask supaya tidak londeh. Kononnya jika londeh mudahlah terkene dgn jangkitan. Siapa kita untuk mengelak takdir kan. Akhirnya sakit itu datang jua.

Keadaan di KLIA pada masa tu tak terkawal. Kami Jemaah yang baru sampai terpaksa menunggu sehingga lebih kurang 2-3 jam untuk sampai turn kami untuk berjumpa dengan KKM. Sebaik turn kami masuk, kami dipakaikan gelang warna pink. Selepas tu kami tunggu lagi selama lebih kurang 3 jam untuk dipakaikan gelang jam tracker. Sebelum tu kami diarahkan untuk isi borang yang kalau tengokkan sama spt declaration dalam permohonan untuk house quarantine application. Kami isi dan serahkan dengan KKM dekat situ semasa proses pemakaian jam tracker. Akhir sekali disuruh untuk ambil sab PCR dan dibenarkan pulang ke rumah, Alhamdulillah. Walaupun pada masa tu badan memang seriuously tak larat dah, dengan penat duduk pening, selsema dan lapar tp apabila tahu proses semua dah selesai terus hilang sakit2 tu semua. Dalam hati ni tak sabar nak jmpa anak2 yang dah 2 minggu ditinggalkan. Apa2pun, lapar tetap lama ehhehe.

Oh ya, untuk jam tracker ni, saya dan husband diarahkan untuk menjaga dan memastikan radius 25 meter daripada kotak hitam jam. Kiranya kami berdua bukan sahaja dipertanggungjawabkan dengan jam penjejak ni tetapi juga diserahkan dengan 1 kotak hitam yang berkait dengan jam tersebut. 

Pejam celik pejam celik cukuplah masa 7 hari diamanahkan dengan jam ini. Hari untuk buka jam ini akhirnya tiba. Menurut KKM yang kami hubungi hari tu, jam perlu dibuka sehari setelah tempoh kuarantin tamat. Tapi oleh kerana tarikh kuarantin kami telah dianjakkan selama 2 hari (sepatutnya 12 Mac 2022-18 Mac 2022) tetapi dianjakkan ke 14 Mac 2022-20 Mac 2022) makanya kami suami isteripun nekad untuk ke klinik panel untuk buka jam ni yang paling dekat adalah di Bangi. Alhamdulillah, cerita kami dan jam penjejak tamat pada jam 2.00 petang 20 Mac 2022. 


Till then, Iswa.