Here & There


Assalamualaikum 2022

 


Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur Alhamdulillah Allah panjangkan umur dapat kita menginjak ke tahun 2022 dengan jayanya. Tiada sambutan tahun baru tahun ni tapi sebaliknya digantikan dengan majlis solat hajat di masjid dan surau negeri2. Eloklah begitu. Dalam keadaan covid yang tak reda lagi dan banjir teruk (hujung disember hari tu) memang tak sesuai nak happy sakan menyambut tahun baru.

Dah lama tak bersembang di blog ni. Dalam 2 tahun PKP ni adalah beberapa kali saja kerajinan itu datang. Idea sentiasa ada cuma menaip seakan satu beban yang bila di angkat tersangatlah berat dan tak mampu dibuat.

Apa2 pun alhamdulillah di hari Isnin 10 Januari 2022 Allah gerakkan hati dan ringankan jari jemariku ini untuk menaip seikhlas hati. Seronok rasanya dapat menukar setiap kata-kata dalam hati ini kepada bait2 perkataan.

Jika diikutkan, mengarang adalah satu pekerjaan yang pernah menjadi hobi dan kemudiannya menjadi sebab untuk menyambung pelajaran. Tapi rezeki tak menyebelahi, saya tak dapat kursus yang diidamkan dan akhirnya menyambung pelajaran dalam bidang bisnes (Dip) dan Undang-undang (Degree). 7 tahun belajar alhamdulillah Allah rezekinya pekerjaan yang akhirnya sekarang kerap mengarang. Tapi malangnya, sebab dah lama tak mengarang jadi bahasa2 lembut bahasa cantik dan puitis tidak lagi sebati dengan diri ini. Mungkin dengan masa ia boleh kembali dan menjadikan karangan menjadi lebih cantik dan tersusun mungkin.

Memandangkan hari ini adalah hari pertama posting dikeluarkan jadi saya tak akan bercerita panjang. Cukuplah menyapa rakan-rakan pembaca yang tersinggah di blog ini dan memberikan salam kepada pengunjung baru dan lama. Saya akan cuba update sekerap mungkin. Banyak untuk dikongsikan, insyallah.


Salam tahun 2022/ 1443H.

Iswa.

10.01.2022

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.