Isnin, 11 Januari 2021

RESEPI SALMON GRILLED LEMON SAUCE


 Salam..

Peminat-peminat ikan salmon sudah pasti mengetahui khasiat ikan salmon kepada kesihatan yang antaranya adalah:

1. Kaya dengan lemak Omega-3
2. Sumber protein
3. Sumber potassium
4. Mengandungi selenium
5. Mengandungi antioksidan Astaxanthin
6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
7. Mengawal berat badan
8. Dapat membantu melawan keradangan
9. Melindungi kesihatan otak
10. Tinggi Vitamin B

Salmon merupakan sumber vitamin B yang sangat bagus. Vitamin B terlibat dalam beberapa proses dalam badan, temasuklah menukar makanan yang anda makan kepada tenaga, membentuk dan membaiki DNA dan mengawal keradangan. Dlama 100 gram salmon, jumlah vitamin B adalah seperti berikut:

*RDI (Recommended Dietary Intake)

  • Vitamin B1 (thiamin): 18% daripada RDI
  • Vitamin B2 (riboflavin): 29% daripada RDI
  • Vitamin B3 (niacin): 50% daripada RDI
  • Vitamin B5 (pantothenic acid): 19% daripada RDI
  • Vitamin B6: 47% daripada RDI
  • Vitamin B9 (folic acid): 7% daripada RDI
  • Vitamin B12: 51% daripada RDI
Jika di Jepun ikan salmon di makan dengan ringkas iaitu melalui proses masakan yang sangat minimun. Di Barat pula resepi masakan ikan salmon dipelbagaikan. Anda suka ikan salmon di masak cara yang mana?

Hari ni saya terjumpa resepi ikan salmon yang dikongsikan di page MATJHI. Saya rasa resepi ni simple dan senang dibuat. Anda boleh cuba sebab soskan macam sedap je..macam sedap je (kena sebut 2x insyallah menjadi dan sedap).

Walaupun ikan salmon antara ikan kayangan tapi sesuailah harga dengan manfaatnya yang banyak. Dek kerana harganya yang special ramai yang enggan memilih untuk membeli ikan ini berbanding ikan biasa-biasa yang banyak di pasaran. Bayangkan harga untuk satu ketul/potong tu sama dengan harga utk sekilo ikan kebanyakan yang boleh dijadikan judah 6 orang makan. Tapi apa-apapun, tepuk dada tanya selera.

Saya kongsikan resepinya di sini. Selamat mencuba semua.

SALMON GRILLED LEMON SAUCE..
Cara-cara:

Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon,kemudian grilled salmon dgn sdikit butter..ketepikan..guna minyak yg sama utk buat sos.
Bahan sos..
Bwg putih cincang
Whip cream
Sdikit air perahan lemon
Bahan perasa
Sdikit tepung jagung(utk pekatkan kuah)
Cara-cara:

Tumis bwg putih hgga perang,masukkan air lemon dan juga whipping cream..kacau rata,tmbh sdikit perasa,masukkan air bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah..tuang ats salmon,hias dgn parsley kering..

Kredit: FB Herawati Basri

Tiada ulasan:

Catat Komen

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.