Muhammad SAW Pemimpin Teragung


Bismillah...

Maulidur rasul 1442H sudah pasti akan meninggalkan kesan yang besar kepada kita semua. Bukan sahaja tahun ini kita tidak dapat meraikan hari kelahiran rasullullah seperti tahun2 yang sebelumnya disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang masin belum reda, malah makin mencabar pada gelombang ke-3 ini. Setiap kali melihat statistik yang dikeluarkan oleh KKM saya akan merasa sedih. Bayangkan betapa penatnya KKM dalam melindungi nyawa2 mangsa-mangsa yang sedang menyabung nyawa. Saya tak boleh bayangkan betapa penatnya mereka sejak awal tahun ini. Semoga Allah kuatkan semangat frontliner Malaysia especially KKM yang sanggup mengenepikan kehidupan duniawi dalam memperjuangkan nyawa-nyawa yang memerlukan bantuan. Saya tidak pernah bayangkan berkorban untuk negara dalam keadaan begini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Allah berikan ganjaran bagi usaha2 mereka...dan semoga Allah berikan kesembuhan kepada mangsa-mangsa, dan segerakan melenyapkan virus ini daripada dunia ini, insyallah.

Pekerjaan sebagai seorang wartawan juga tidak kurang hebatnya. Selain daripada mengulas dan mengemaskini berita-berita tentang Covid-19, para wartawan juga sangat sibuk dengan berita tempatan di dalam negara. Panas dan sama-sama naik seperti angka Covid-19 adalah  berita tentang politik di dalam negara kita hebat diperkatakan. Saya sendiri akan mulakan hari2 dengan berita jam 8.00 pagi dan 9.30 pagi. Pastikan saya tonton di TV3. TV3 beritanya lepas kemas dan teratur dan saya sukakan style berita disampaikan dengan lenggok bahawa yang jelas. Itu pendapat saya ye.Tidak bias kepada mana-mana stesyen tv. Kadang2 saya juga suka saluran lain terutamanya TV Al Hijrah. Susun beritanya daripada yang paling utama dan penting didahulukan dan yang kurang penting (mungkin) di kemudiankan. Seronok begitu lagi2 apabila kita memang teruja untuk mendengar berita yang kita telah aim untuk dengar. 

Sejak minggu lepas kecoh di laman sosial membincangkan tentang islamphobia di Paris. Isu ini kembali hangat setelah berlaku pembunuhan (sembelih) yang melibatkan seorang guru di salah sebuah di Perancis. Dikatakan, guru tersebut telah menggunakan artikel berbentuk karikatur yang menyerupai Nabi SAW sebagai bahan pembelajaran. Difahamkan juga tajuk yang diajar pada masa tersebut adalah kebebasan bersuara. 

Pada tahun  2015, artikel yang sama telah disebarkan dan mencetuskan perbalahan hangat di Perancis. Akibatnya, serangan yang disifatkan suatu serangan terroris telah berlaku pada 7 Januari 2015 ke atas pejabat Syarikat yang menerbitkan surat khabar tersebut. Dikatakan 2 lelaki Muslim telah menembak 12 pekerja di syarikat tersebut yang termasuk juga polis keselamatan dan pekerja pembersihan yang berada di temoat tersebut. Manakala 11 lagi cedera dan 4 orang cedera parah. Difahamkan juga semasa menembak mangsa-mangsa, penyerang telah berteriak "Allahu akbar" ("God is great" in Arabic) dan "the Prophet is avenged". Dua penyerang tersebut adalah Saïd Kouachi dan Chérif Kouachi yang merupakan adik beradik dari keluarga Muslim Perancis yang berasal dari Algeria.

13 Rabiul Awal keadaan ini menjadi lebih tegang apabila ada negara Islam yang telah terang terangan menunjukkan ketidakpuasanhati terhadap perbuatan Perancis yang seolah olah mempertahankan hak untuk bersuara namun dalam pada masa yang sama menafikan hak untuk dihormati. Masyallah...








 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...