Sabtu, 28 November 2020

Beli Set Keyboard Set berbaloi dari Kedai di Shopee

 


Sesiapa yang kerap tengok Youtube mesti perasaan dekat Youtube kerap dimainkan iklan bermain piano. Sebenarnya iklan yang promote APP tentang belajar bermain piano. Selalunya saya skipkan saja iklan2 yang macam tu. Tapi satu hari ni entah macam mana saya tertarik pulak untuk tengok iklan tu sampai habis. Dan akhirnya, iklan tersebut berjaya menarik hati saya untuk belajar piano sendiri hanya dengan menggunakan app. Tapi sebelum tu kenalah pastikan pianonya ada terlebih dahulu, Kalau daftar app main dalam app pun boleh tapi tak ke mana la bakat tu kalau ada sebab awak bermain atas keyboard tipu2. Kalau saja nak try2 tu la.Sapa cakap tak boleh.

Hari ni saya taknak cerita pasa app tu. Saya nak cerita pasal kat mana nak beli keyboard. Kiranya keyboard anak piano.Piano tu yang ada rumah die sendiri dan harga ribu riban. Tak mampula pemain pemula macam say ani membeli aiehh.. Oh , actually yang nak belaja piano/keyboard ni saya sendiri dan akhirnya saya decide untuk belaja bersama-sama anak-anak saya. Begini ceritanya.


Dengan berbekalkan semangat untuk belaja maka saya pun trylah search dekat Shoppe kedai-kedai yang menawarkan keyboard dengan harga mampu milik. Cari punya carik akhirnya saya decide untuk beli daripada kedai ni. Kedai ni agak famous. Dekat review pun ramai yang bagi 5star. Semua review baik2 semuanya. So saya decide nak beli set dengan harga RM269. Dalam set tu nanti saya akan dapat keyboard, stand, kerusi, penutup keyboard, beg keyboard, mini microfon dan headphone. Saya rasa set ni memang berbaloi-baloi.Anak saya sangat excited bila saya bagitahu saya dah order set ni. Bila tengok gambar-gambar ni bertambah tambah pulak excited die.




Kalau ikutkan saya order pada 24.11.2020 dan barang sampai dekat saya pada 26.11.2020. Tapi memandangkan stand tak sampai serentak dan sampai pada 2.12.2020 jadi saya lambat untuk beri rating untuk kedai ni. So far dieorang sangat pantas dan baik je layan customer di shoppee app and dekat whatspp. So saya recommend untuk sesiapa yang baru nak mula belajar main keyboard, belajar melembutkan jari jemari, bolehlah sumbangkan modal sikit dalam RM270. Seronok belajar muzik ni. Nak2 lagi anak pun minat. Tekan simple2 je dah ada bunyi. Next posting saya akan kongsikan langkah seterusnya apa yang saya perlu buat setelah terima keyboard pertama saya. Jom follow my journey to be a mom with keyboard basic knowledge. Bye for now.


 




 Iswa Tonie, Putrajaya.

26 November 2020

 









Isnin, 9 November 2020

Selamat Jalan Gli - Hagia Sofia's Cat

 


Sejak Hagia Sofia ditukarkan menjadi Masjid semula, Gli, iaitu nama kucing yang tinggal di dalam Masjid tersebut menjadi semakin terkenal. Sememangnya, sebelum itu lagi Gli memang telah dikenali ramai terutamanya oleh pengunjung-pengunjung masjid yang kerap datang dan melawat Masjis tersebut. 

Mengikut sejarah, Masjid Hagia Sofia adalah pada asalnya sebuah gereja yang dibina di Constantinople pada tahun 537M  oleh Empayar Byzantine. Namun, pada tahun 1453, Constantinople telah berjaya ditakluk oleh Sultan Al-Fateh (Kerajaan Uthmaniyah) yang kemudiannya menukarkan gereja tersebut menjadi masjid. Menurut sejarah, setelah ditukarkan menjadi sebuah masjid, Sultan Al-Fateh telah mengarahkan solat Jumaat pertama diadakan di dalam masjid tersebut.

pemandangan dalam Masjid

Masjid Hagia Sofia

Pada zaman kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah, terjadinya perubahan dasar Kerajaan. Presiden Turki yang namanya tidak akan dilupakan sehingga sekarang, Mustafa Kamal Artartuk, adalah orang menukar hampir keseluruhan zaman kegemilangan Islam yang telah dimulakan oleh Kerajaan Uthamaniyah dengan dasar-dasar anutan agama liberal iaitu agama tidak boleh disatukan dengan fahaman politik. Ia memberikan kesan yang mendalam kepada kehidupan masyarakat Islam Turki secara am dan dengan drastiknya. Bayangkan orang-orang Islam tidak dibenarkan berkumpul di Masjid, tidak dibenarkan melaungkan azan, melainkan dalam bahasa Turki. Wanita tidak dibenarkan memakai tudung dan menutup aurat dan para ilmuan Islam diseksa, ditangkap malah ada yang dibunuh jika engkar kepada perintah Kerajaan. Begitulah dasyatnya perubahan yang telah dibuat oleh Mustafa Kamal sehinggakan mayatnya tidak diterima bumi. Wallahualam.

Kembali kepada cerita berkenaan Gli, semenjak Hagia Sofia kembali menjadi Masjid, Gli menjadi semakin famous. Apatah lagi setelah seorang pemandu pelancong yang sangat meminati Gli telah membuka satu akaun khas memuatkan gambar2 comel dan aksi-aksi Gli yang manja untuk tatapan peminat Gli yang pernah berkunjung ke Hagia Sofia.


Gambar Gli dan Umut Bahceci seorang pemandu pelancong di Tukri yang telah membuka akaun Instagram untuk Gli 
(23 December 23 2017)( via REUTERS)

Kematian Gli

Pada 8 November 2020 setelah hampir seminggu dimasukkan di klinik Vet di Istanbul, Gli meninggal dunia akibat sakit tua. Gli yang sangat disayangi bukan sahaja sebab kecomelannya malah kerana aksinya yang bersahaja semasa di ambil gambar (camera-friendly), malah juga tidak takut dengan pelancong yang ingin bergambar dengannya. Masyallah. Sungguh Gli ini bertuah menjaga Masjid yang menjadi kebanggaan Muslim di seluruh dunia.Semoga Allah memberikan rahmatnya untuk Gli dan kita semua.
 
Gli Dalam Kenangan

Rujukan:
1. https://www.thestar.com.my/lifestyle/travel/2020/11/09/gli-the-famous-cat-of-istanbul039s-hagia-sophia-mosque-dies-of-old-age

Sabtu, 7 November 2020

Kos Langgan Netflix


Salam semua..ada yang tengah plan2 nak subscribe Netflix ke?

Di zaman moden teknologi di hujung jari ni sememangnya pilihan hiburan sangatlah banyak. Dalam FB sekalipun sekarang dah upgrade melampau. Dulu cuma boleh update status, boleh chat dan boleh tengok video pendek. Tapi sekarang semua ada di FB.Video, gaming, market/shopping online...everything dan tanpa TAPISAN.

Secara tak langsung bebanan tugas ibu ayah pun bertambah. Bukan apa, smart phone sekrang pun dah murah2. RM300 dah boleh dapat Redmi paling murah dengan 4G dan 32MB. Dah kira hebatlah tu telefonnya sebab dengan skrin besar dan gambar cantik memang sedaplah nak guna. Nak2 pulak rumah ade wifi memang seronok betul bukak media sosial. 

Tapi hari ni saya bukannya nak kongsi berkenaan tanggungjawab dan bebanan ibu ayah dengan majunya teknologi. Saya rasa ia subjektif sangat untuk di ulas sebab lain orang lain pandangan dan pandangan tidak akan pernah ada salahnya. Semua pendapat adalah betul jika anda fikirkan itulah yang terbaik untuk keluarga anda.

Hari ini saya nak kongsikan berkenaan Netflix. Saya rasa ramai yang dah langgan Netflix ni sebab pakejnya murah aje RM55 sebulan berbanding Astro paling murah RM40/RM48 (maaf saya tak langgan Astro) dengan tayangan channel yang sangat limited.

Saya mula melanggan Netflix sejak Januari 2019. Oleh kerana di rumah kami cuma ada Hypptv jadi hiburan kami hanya terhad kepada siaran di Hypptv, di FB, insta dan juga Youtube. Kadang2 semua tu membosankan dan memenatkan. Bayangkan dari pagi membelek status orang, tengok Youtube peratikan perangaikan orang. Mata jadi penat dan mulalah mengantoknya. 

Kebetulan pada penghujung 2018 iklan Netflix memang merata di FB di Youtube. Jadi, mungkin sebab dah kerap sangat tengok jadi tangan mulalah ringan tekan dan belek2 pakej Netflix. Tahu2 dah mula melanggan. Kami anak beranak mulalah plan melepak depan tv secara berjamaah, bawak makanan siap2 dan jadikan hjg minggu as hari melepak sefamily. Mula dari pagi sampai ke petang (nak dijadikan cerita) kami tontotn satu demi satu movie. Biasanya kami akan tonton cerita yang bertemakan keluarga atau kartun. Cerita lain daripada tu saya dan husband tengok kat telefon aje.

Harga Pakej Netflix

Saya rasa harga untuk pakej Netflix ni masih murah atau rendah berbanding kepelbagaian genre movie yang ditawarkan dalam saluran ni. Memang betul, ada sesetengah pendapat tu mengatakan pakejnya tak berbaloi sebab cuma boleh tengok movie dan takdalah berita atau pakej cerita semasa macam tv biasa. Tapi bagi peminat panggung wayang macam saya dan keluarga, kos untuk masuk panggung aje makan RM60 ke atas. Jadi saya rasa untuk membayar RM55 sebulan untuk hanya melepak di rumah bersama anak-anak saya rasa cukup berbaloi.

Jika anda rasa pakej RM55 sangatlah mahal, anda juga boleh memilih pakej lain, namun gambar pada skrin tidaklah secantik dan jelas seperti pakej RM55.

Pakej Netflix:

(i) RM17 sebulan - mobile/1 device/standard definition/boleh download
(ii) RM35 sebulan - 1 skrin pada satu masa/standard definition/boleh download movie
(iii) RM45 sebulan - 2 skrin pada satu masa/Full HD/boleh download movie
(iv) RM55 sebulan - 4 skrin dalam satu masa/Full HD&4K/boleh download

 

Kelebihan Netflix

1. Sebagai ibu kepada anak2 yang dah pandai untuk log in kepada mana2 app, saya rasa konsep log ini dulu sebelum masuk ke dalam sistem Netflix adalah salah satu langkah untuk memastikan anak2 tidak semudah tekan remote dan bukak tv.


2. selain itu, penggunaan password untuk access masuk ke akaun2 kecil dapat menyekat anak2 kecil daripada access kepada akaun dewasa. Sebelum itu ibu ayah kenalah buat akaun2 kecil atas nama anak2 misalannya agar dapat disekat cerita2 dewasa daripada tontonan anak2. Untuk makluman semua, di US cerita dewasa dikategorikan 16 thn ke atas.Jadi kalau ada anak2 16 tahun di rumah pandai2lah setkan cerita/movie yang dieorang boleh tengok. 



Pastikan ibu ayah ingat password ye kalau tak nanti susah pulak nak access untuk sendiri tengok. Setakat ini ajelah perkongsian hari ini. Tepuk dada tanya selera, nak Netflix ke tidak.

Selamat menonton.

#netflix


Ahad, 1 November 2020

Muhammad SAW Pemimpin Teragung


Bismillah...

Maulidur rasul 1442H sudah pasti akan meninggalkan kesan yang besar kepada kita semua. Bukan sahaja tahun ini kita tidak dapat meraikan hari kelahiran rasullullah seperti tahun2 yang sebelumnya disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang masin belum reda, malah makin mencabar pada gelombang ke-3 ini. Setiap kali melihat statistik yang dikeluarkan oleh KKM saya akan merasa sedih. Bayangkan betapa penatnya KKM dalam melindungi nyawa2 mangsa-mangsa yang sedang menyabung nyawa. Saya tak boleh bayangkan betapa penatnya mereka sejak awal tahun ini. Semoga Allah kuatkan semangat frontliner Malaysia especially KKM yang sanggup mengenepikan kehidupan duniawi dalam memperjuangkan nyawa-nyawa yang memerlukan bantuan. Saya tidak pernah bayangkan berkorban untuk negara dalam keadaan begini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Allah berikan ganjaran bagi usaha2 mereka...dan semoga Allah berikan kesembuhan kepada mangsa-mangsa, dan segerakan melenyapkan virus ini daripada dunia ini, insyallah.

Pekerjaan sebagai seorang wartawan juga tidak kurang hebatnya. Selain daripada mengulas dan mengemaskini berita-berita tentang Covid-19, para wartawan juga sangat sibuk dengan berita tempatan di dalam negara. Panas dan sama-sama naik seperti angka Covid-19 adalah  berita tentang politik di dalam negara kita hebat diperkatakan. Saya sendiri akan mulakan hari2 dengan berita jam 8.00 pagi dan 9.30 pagi. Pastikan saya tonton di TV3. TV3 beritanya lepas kemas dan teratur dan saya sukakan style berita disampaikan dengan lenggok bahawa yang jelas. Itu pendapat saya ye.Tidak bias kepada mana-mana stesyen tv. Kadang2 saya juga suka saluran lain terutamanya TV Al Hijrah. Susun beritanya daripada yang paling utama dan penting didahulukan dan yang kurang penting (mungkin) di kemudiankan. Seronok begitu lagi2 apabila kita memang teruja untuk mendengar berita yang kita telah aim untuk dengar. 

Sejak minggu lepas kecoh di laman sosial membincangkan tentang islamphobia di Paris. Isu ini kembali hangat setelah berlaku pembunuhan (sembelih) yang melibatkan seorang guru di salah sebuah di Perancis. Dikatakan, guru tersebut telah menggunakan artikel berbentuk karikatur yang menyerupai Nabi SAW sebagai bahan pembelajaran. Difahamkan juga tajuk yang diajar pada masa tersebut adalah kebebasan bersuara. 

Pada tahun  2015, artikel yang sama telah disebarkan dan mencetuskan perbalahan hangat di Perancis. Akibatnya, serangan yang disifatkan suatu serangan terroris telah berlaku pada 7 Januari 2015 ke atas pejabat Syarikat yang menerbitkan surat khabar tersebut. Dikatakan 2 lelaki Muslim telah menembak 12 pekerja di syarikat tersebut yang termasuk juga polis keselamatan dan pekerja pembersihan yang berada di temoat tersebut. Manakala 11 lagi cedera dan 4 orang cedera parah. Difahamkan juga semasa menembak mangsa-mangsa, penyerang telah berteriak "Allahu akbar" ("God is great" in Arabic) dan "the Prophet is avenged". Dua penyerang tersebut adalah Saïd Kouachi dan Chérif Kouachi yang merupakan adik beradik dari keluarga Muslim Perancis yang berasal dari Algeria.

13 Rabiul Awal keadaan ini menjadi lebih tegang apabila ada negara Islam yang telah terang terangan menunjukkan ketidakpuasanhati terhadap perbuatan Perancis yang seolah olah mempertahankan hak untuk bersuara namun dalam pada masa yang sama menafikan hak untuk dihormati. Masyallah...