Letupan Gas di Beirut, Lebanon istihar 2 minggu darurat



Masih lagi tekejut dengan berita yang menggembarkan dari Beirut. 

Letupan di Beirut, Lebanon

4 Ogos 2020 (Selasa, 6 petang waktu tempatan) menjadi hari yang akan diingati oleh penduduk di seluruh dunia. Letupan yang sangat besar berskala 3.3 richter daripada gudang di pelabuhan di Beirut ini turut menggegarkan Cyprus yang berada 200 kilometer daripada Beirut sangat mengerikan. Bayangkan gegaran sangat hebat ini telah memusnahkan bangunan yang berada dalam radius 10 km. Ratusan terbunuh dan ribuan yang cedera. Menurut berita, kejadian ini telah memberi kesan kepada hampir 300 ribu orang penduduk di Beirut.

Istihar Darurat 2 minggu

Perdana Menteri, Hassan Diab berkata, kejadian berkenaan adalah satu malapetaka yang besar. Beliau telah mengadakan mesyuarat tergembar dan kemudiannya mengistiharkan darurat selama 2 minggu dan 3 hari berkabung. Setakat pagi ini (6.8.2020) kematian telah mencecah ratusan orang dan orang-orang yang cedera hampir ribuan orang. 

Punca Letupan

Menurut Hassan Diab, letupan ini berpunca daripada baja pertanian ammonium nitrat seberat 2,750 tan yang disimpan di gudang di pelabuhan berkenaan.


5 kejadian letupan akibat bahan mudah terbakar seperti ammonium nitrate 

1. Letupan gudang barang di Tianjin, China (2015)

Dua letupan besar terjadi di gudang yang terletak di bandar pelabuhan Tianjin, dan disusuli kebakaran besar pada Ogos, 2015.


Kejadian itu mengakibatkan 110 anggota kecemasan, 55 penghuni dan pekerja telah terkorban. Selain itu 790 orang awam dilaporkan tercedera, manakala lapan mayat gagal ditemui sehingga ke hari ini.

Menurut pihak berkuasa, letupan itu berpunca daripada bahan mudah terbakar seperti ammonium nitrate dan sodium cyanide.

2. Tragedi Ryongchon, Korea Utara (2004)

Beberapa kenderaan yang membawa baja nitrogen mengandungi ammonium nitrate, serta gerabak keretapi yang membawa cecair bahan api telah meletup di stesen keretapi Ryongchon pada penghujung April, 2004.

Sekurang-kurangnya 162 orang terkorban, dan lebih 3,000 tercedera akibat tragedi itu. Letupan itu turut memusnahkan kediaman sekeliling menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Media membuat spekulasi bahawa letupan itu merupakan perancangan untuk membunuh pemimpin Korea Utara ketika itu iaitu Kim Jong-il, yang mana keretapi yang beliau naiki sepatutnya melalui stesen itu ketika kejadian berlaku

3. Tragedi Bandar Texas (1947)

Tragedi industri paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat berlaku di Teluk Galveston, yang terletak di Pelabuhan Bandar Texas pada April, 1947. Ia dikatakan bermula apabila seorang individu terbuang puntung rokok yang masih menyala di atas kapal SS Grandcamp, yang sedang mengangkut 2.3 tan ammonium nitrate.

Letupan pertama mengakibatkan beberapa siri letupan susulan di atas kapal lain  yang sedang berlabuh, dan merebak ke sebuah loji pemprosesan minyak berhampiran. Tragedi itu mengakibatkan 581 orang terkorban, dan sekitar 3,500 lagi tercedera.

Letupan itu juga dilaporkan terkena kepada dua kapal terbang yang sedang melintasi ruang udara kawasan berkenaan.

4. Letupan Oppau di Jerman (1921)

Pada 21 September 1921, sebuah menara silo yang menyimpan 450 tan ammonium sulfate dan baja ammonium nitrate telah meletup, mengakibatkan 500 hingga 600 orang terkorban, dan sekitar 2,000 lagi tercedera.

Letupan itu dapat dirasai berbatu-batu jauh, sehingga mencecah bandar Frankfurt.

5. Letupan Great Kent (1916)

Pada 2 April, 1916, sebuah kilang yang menyimpan 25 tan bahan letupan TNT, dan 700 tan ammonium nitrate di Faversham, United Kingdom, telah terbakar dan meletup.

Tragedi itu telah mengorbankan 115 pekerja, yang kesemuanya adalah lelaki dan kanak-kanak lelaki. Tujuh mayat gagal dikesan.

Kesan letupan itu dapat dirasai sehingga ke Norwich, yang terletak 244 kilometer jauhnya dari tempat kejadian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...