Madam King Nilai 3 Memang Kena Pergi Selalu Sebab...


Assalamualaikum...

Hari sabtu tanpa apa2 plan memang bosan. Selalu sabtu pagi bangun awal masak2 basuh baju by noon dah siap dah semua kerja. Begitulah yang berlaku hari ini. Selesai breakfast siap kemaskan rumah pikiran pun melayang layang pikir bagaimana nak menghabiskan hari2 masih awal ni.

Selalu plan nak ke Nilai 3. Kononnya nak survey langsir. Hajatnya nak tukar langsir rumah walaupun langsir yang ada sekarang ni pun baru berusia 4-5 bulan. Betul2 sebelum PKP hari tu kami beli langsir baru sebab nak dapatkan aura baru dekat rumah ni. Lagipun dah lama tak bertukar langsir sebenarnya...heheh

ok nak dijadikan cerita kami pun planlah nak ke Nilai 3. Mencari langsir atau mungkin juga nak ke Madam King. Idea nak ke Madam King ni pun sebenarnya dah lama ada sebab adik kat Melaka selalu share Madam King buat sale. Last masa nak raya hari tu n continue sampai hujung bulan 6. Sempatlah pesan kat adik belikan bekas lauk yang porselin. Bekas tu masih kat Melaka entah bilelah tu nak datang ambik.heheh...

Kami gerak ke Nilai 3 lepas perut dah kenyang hati pun senang. Anak2 pun ok boleh on walaupun tahu keluar kali ni just nak jalan2 aje bukan jalan2 shoping or, paling tidak singgah kat kedai Eco. Tidak ye anak2...kita cuma jalan2 meluaskan pandangan. Anak2 ni sebelum dieorang nak klua selalu tanya nak g mane kan. Dan saya n husband pula dah biasa bagitahu ke mana dan apa yang nak dicarik/dibeli. Kena cakap jelas2 supaya anak2 tahu kita bukannya nak menabur duit tetapi cuma tabur cukup bajet aje. So that dieorang takdela nak expect apa2. Kalau kita bagitahu nak keluar crik barang die pastu melalau ke tempat lain atau tak jumpa barang die boleh jadi gaduh o...

Last sekali kami ke Nilai 3 mungkin 3-4 tahun yang lepas. Itu pun pergi masa nak raya. Tempat yang besar yet crowded panas pulak tu memang leceh nak pergi. Lagipun masa tu anak2 kecik lagi. Jadi susah masa tu nak heret dieorang jalan2 kat tempat shopping. Kalau dalam mall lainlah kan. Ini bergerak dari satu kedai ke satu kedai yang lain memang stress sikitla. Hilang mood nak membeli dek kerana anak kepenatan.

Last sekali pergi tu gerak dari Shah Alam, bandar favourite kami sekeluarga. 9 tahun dok Shah Alam kami. Kami sayang Shah Alam. Tiberrr ahhaha..

So kiranya time kami kami 1st time gerak dari Putrajaya. Laluan tu kami tahu tapi untuk memudahkan urusan maka kami gunalah perkhidmatan Waze, bantuan sepanjang jalan kami dan anda semua (kan..).

Lebih kurang 30 minit jugak perjalanannya dari Putrajaya ke Nilai 3. Sampai kat sana jalan masuk memang ada sesak sikit. Kalau ikutkan raya pun dah habis. Kami imagine tempat ni mungkin lengang sikit. Tapi nampaknya kami salah. Tempat ni sentiasa hidup. Maklumla pusat segala pemborong kan.

Sampai aje kami terus menuju ke kedai Madam King berpandukan dengan tunjuk arah Waze. Masuk aje lorong yang mengarah ke Madam King parking kiri kanan semua penuh. Bila nampak kedai Madam King di sebelah kiri kami ingat nak terus ke depan mencari parking. Tapi, nasib menyebelahi kami. Ngam2 aje lalu depan kedai ni, satu kereta reverse keluar. Alhamdulillah. Kami dapat parking betul2 depan kedai.

Mula2 sampai kedai ni memang excited giler. Yerlah kedai ni famous kot sebab die jual barangan kaca porcelin etc untuk minah2 dapo. Kat luar ramai abang2 ayah2 yang menunggu bersama anak2. Ingatkan dieorang memang taknak masuk. Yerlah lelaki mane sangatlah minat nak tengok barang2 dapo.Bila nak masuk aje dalam akak depan pintu tu tahan. Die cakap budak2 takleh masuk. Aiseh. patutlah ayah2 n abang2 semua berdiri menunggu di luar bersama anak2. Rupanya anak2 takleh masuk. Nasib baik Akak dah nak sama tinggi ngan maknya, maka masuklah kami 2 beranak sementara husband dan Adik menunggu di luar. Nasib baiklah Akak masuk sekali, bolehla jadi Amah sementara tolong bawakkan bakul dan barang yang hendak di beli (nanti).

Masuk2 je dalam kedai perghh perasaan die susah nak diungkapkan. Bayangkan masuk2 je jumpa set pinggan yang cantik. I like yang ada bunga2 vantage2...
masuk ke dalam sikit jumpa periuk dengan harga mampu milik..pergh...susah nak cakap...jalan2 punya jalan jumpa sekumpulan akak/makcik yang tengah sibuk mengerumun satu kotak sambil belek2 tengok isi dalam. Sempatlah bertanya tengok apa. Rupanya dieorang pakat selongkar kotak2 untuk carik set bunga comel kaler pink. yang color oren dieorang tolak tepi. Cewahh famesnya bunge pink yeh.... 3 bekas makanan harga rm45 kaca lak tu.. berbaloi beli...masuk round ke2 kat tempat yang sama tengok2 yang oren tu pun habis orang sapu. Punye fames set yang itu. Masa 2nd round tu teringin juak nak sambar satu, dalam hati menyesal lak tak ambik siap2 masa stok masih ade tadi. Jalan kat satu ruang tengok bekas comel2 terjumpa satu kotak isinya bekas makanan bunga oren. Rupanya ada juga rezeki bunga oren balik Putrajaya. Terus ambik dan masuk barisan nak bayar..heheh


 RM65 

 RM45

Begitulah seadanya jalan2 ke Madam King yang femes dengan barangan rumah..ada periuk, pinggan , sudu garpu set bekas makanan, bekas air dan pelbagai lagi. Banyak stok raya yang dah habis sebenarnya. Mujur dapat sambar 2 periuk ni dan bekas makanan berbunga oren. Jadilah buat masa ni. Ada rezeki nanti nak datang lagi. Taknak decide nak carik apa. Masuk dalam dan decide kemudian. Begitu lebib afdal...hehe...

Kalau korang nak pergi ni alamat Madam King Nilai 3 : 148, Jalan Nilai 3/5, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.


Bye.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...