Idea Minum Petang Buat Sendiri (Resepi Apam Balik)



Salam dan Selamat petang...

Sebagai perkongsian..

Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

“Sesiapa yang bermimpi melihat aku sesungguhnya ia akan melihat aku di waktu jaga atau seolah-olah ia melihat aku semasa jaga, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupaiku”. (Syaitan tidak dapat menjelma seperti Baginda Rasulullah SAW)(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Baru-baru ini saya berkempatan tengok ceramah  Ustaz Hanafiah Abdul Malek di Youtube. Dalam ceramahnya beliau menerangkan rupa paras nabi yang perlu kite kenali. Tersentuh hati saya kerana saya sendiri tidak kenal ciri-ciri rasul kesayangan kita ini. Bayangkan orang yang kita sayang seharusnya kita tahu rupa paras bentuk dan ciri-cirinya. Inikan pula nabi yang mengepali umat manusia.
Menurut Ustaz, rambut nabi saw bewarna hitam, tebal, panjang, lurus (ikal) dan sehingga bahu, kemas dan selalu di sisir dengan minyak zaitun. Rambut nabi juga dibelah tengah. 

Nabi juga suka menggunakan serban, dahinya luas, keningnya tebal, suka bercukur rambut dan di matanya selalu menggunakan celak. Kulit baginda putih kemerah-merahan dengan bibirnya juga merah. Gigi nabi putih dan indah dan kerap menggunakan kayu sugi.

Sungguh benar ucapan Anas bin Malik Ra.: “Tidak pernah kami melihat pemandangan lebih menakjubkan dari wajah Rasulullah Saw.” (Shahih Bukhari).

Demikianlah Ciri-ciri  Rasulullah yang perlu kita fahami dan kenali. 

Jom saya kongsikan resepi apam balik yang mudah dan ringkas dan boleh dicuba di rumah. Jangan lupa komen yeh.

Resepi Apam Balik


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum


½ cawan gula

1 sudu teh soda bicarbonate

1 sudu teh baking powder

Sedikit pewarna kuning

1 biji telur

1½ cawan air

Sedikit mentega/planta untuk mengoles


Bahan tabur:

Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.


Jagung manis dalam tin

Gula halus

Marjerin


Cara-cara Membuat :

1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. 

2. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

3. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. 
4. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
5. Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) 
6. Tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
7. Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...