Youtube Didenda USD170M atas isu COPPA

Image result for youtube fined 170 million

Assalamualaikum..

Isu TNC dan Guideline baru Youtube masih panas. Ramai Youtuber dan Youtuber baru nak up (me) tertanya-tanya kenapa keadaan ini berlaku. Hari ini saya sempat meneliti TNC secara detail dan terperinci dan memahami setiap inci TNC untuk mengetahui hasrat yang ingin disampaikan oleh Youtuber. Bila tengok TNC yang ada ni (thru email) seriously macam baca tenancy agreement yang di buat oleh agen rumah yang baru nak up. Dengan bahasa yang simple dan lenggok yang mudah diteka, saya agak yang mereka TNC tu mungkin nak cepat siap ataupun try untuk guna bahasa sesimple yang mungkin supaya pembacanya mudah faham akan maksud yang hendak disampaikan.

Di sebalik TNC yang mudah difahami itu, terdapat cerita dalam cerita sebenarnya. Umpamanya, apabila Youtube (YT) memaklumkan bahawa TNC baru itu dibuat sebagai salah satu syarat penyelesaian dengan FTC bagi isu pelanggaran Children's Online Privacy Protection Act (COPPA). Isu ni mungkin tidak pernah dicanang oleh media massa Malaysia ataupun dibincangkan di dalam mana-mana group YT tapi tahukah anda sebenarnya YT telah disaman oleh  Peguam Negara New York dan Federal Trade Commission untuk jumlah denda yang paling tinggi iaitu USD170M. Nampak banyak kan jumlahnya. Memang banyak pun. Tapi kalau nak dibandingkan dengan income tahunannya $13B ape sangatlah 170M tu kan.


Menurut CNN Business, kes yang melibatkan isu perlanggaran hak privasi kanak-kanak ini telah diselesaikan pada 4 September 2019. Selain daripada jumlah wang denda, Google juga disyaratkan untuk :

1. memastikan pencipta video (creator) membuat self declaration berkenaan video yang muatmasuk tersebut melibatkan kanak-kanak atau tidak;
2. ruangan komen dan notifikasi bagi video untuk tontonan kanak-kanak akan ditutup;
3. tiada lagi iklan peribadi di video untuk tontonan kanak. Ini bermakna tiada income dan monetisasi untuk pencipta video kanak-kanak. (Syarikat Les Copague dan sewaktu dengannya perlu komen pasal benda nie.)

Thats why  YT come out dengan TNC baru yang jelas berkenaan perkara yang saya sebutkan di No. 1, 2 dan 3 di atas. Selepas ini, pencipta video kanak-kanak akan kehilangan inc0me dan kanak-kanak pula boleh menonton video kegemaran mereka tanpa iklan. Kadang-kadang satu video tapi iklannya sampai 5 bijik dalam tu. Jenuh menunggu iklan tu habis...walaupun hanya 10 saat..hahaha

Untuk pengetahuan Youtube adalah anak syarikat Google yang dibeli dari Jawed Karim, Steven Chen dan  Chad Hurley pada tahun 2006. US mentafsirkan kanak-kanak sebagai yang berumur di bawah 13 tahun sementara kita tafsirkan sebagai yang berumur bawah 18 tahun. Kanak2lah sangat kan...

Dari sudut pandangan pengguna YT dan parents kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun saya setuju dengan syarat baru yang ditetapkan oleh FTC dan dipersetujui oleh Google ini. Bukan apa, budak-budak kan suka video yang cantik terang warna warni. Kene pulak dengan minat budak-budak yang suke menari menyanyi memang layanlah kan. Sanggup tak makan tak mandi. Kita sebagai orang tua nak kene pantau budak-budak walaupun kadang2 terpaksa bergaduh sebab merajuk ke ape kan. Tapi bayangkan kalau dah awal-awal tengok pun ade peringatan kene tanya mak ayah dulu, kene mintak consent mak ayah dulu sebelum tengok..senanglah kite nak bagitau anak2 bahawasanya nak tengok video dalam youtube pun ade tapisan bukan senang2 aje tengok. Macam amalan sekarangla. Bukak2 aje tekan2 dah bukak video yang dieorang minat. Boleh komen2 plak. Kadang2 bukan budak2 komen tapi tersilap tekan dengan entah apa2 emoji icon segala die bubuh dalam komen tu. Bayangkan kalau tersilap letak wording atau perkataan mencarut. adoyaii...

Sekarang mak ayah dah ada alasan untuk sekat anak2 main handphone, tengok video segala. Lagipun kalau takde tapisan anak2 terdedah dengan video2 dewasa. Walaupun YT ade sekatan video yang lucah atau pelik2 tapi dieorang bukannya cek satu2 pun. Robot yang cek. Mesti ade yang terlepas punye..

Pengajarannya, gunalah YT secara berhemah. Jaga anak-anak. Omputih fights for hak anak anak-anak kita jadi kita janganlah pulak leka dan biarkan anak2 terdedah dengan dunia YT secara berlebih lebihan.


Semoga bermanfaat..


Iswa Tonie
Putrajaya
14.11.2019

6 travel tips ke Luar Negara



Hai Assalamualaikum...



Saya belajar dari pengalaman dan daripada blogger2 untuk dapatkan tips terbaik dan terpenting untuk dijadikan panduan. 6 tips yang saya sharekan di sini adalah yang terbaik yang saya dapat simpulkan. 

Lain orang lain pengalaman dan tips dan malahan ada banyak tips lain yang boleh disenaraikan. 

Secara ringkasnya, panduan dan tips adalah bergantung kepada individu. 


1. Check Passport

Untuk bergerak ke luar negara anda perlu mempunyai passport yang masih sah dan laku sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh anda di jangka balik ke Malaysia selepas bercuti. Tip ini saya jadikan perkara paling penting dan utama supaya anda tidak mengalami pengalaman di tahan di Imigresen dalam negara sendiri mahupun di luar negara. 

Untuk anda yang sedang merancang untuk ke luar negara dan belum lagi mempunyai passport antarabangsa, saya cadangkan buatlah passport dalam kadar segera. Berdasarkan pengalaman, sekiranya anda bercadang untuk membuat passport di Imigresen Putrjaya, di sana passport anda di jangka siap dalam masa 1 jam selepas selesai proses ambil gambar dan dokumentasi. Cuma, dek kerana ramainya orang yang hendak berurusan di sana maka saya cadangkan anda luangkanlah satu hari untuk urusan ini. Anda perlu hadir seawal pagi untuk mengambil nombor giliran dan bertabahlah menunggu kerana sesungguhnya penanti itu suatu penyeksaan. Pengalaman saya sendiri, saya pernah datang ke sana untuk renew passport pada waktu petang. Selepas punch out pada pukul satu, saya hadir di pejabat tersebut hanya untuk menerima kabaran bahawa nombor giliran untuk sesi urusan petang tersebut telahpun habis di agihkan. Terpaksalah melanggah keluar dengan sedih dan kecewa. Jadi, untuk elakkan keadaan yang sama, elokkah datang awal.

Satu lagi, pastikan anda simpan salinan scan copy passport di dalam emel, sediakan satu salinan fotostat dan di bawa bersama  sebagai salinan rujukan (just incase). Walaupun leceh saya cadangkan cara ini untuk mengelakkan sebarang pertikaian di luar negara sekiranya berlaku berkenaan passport ini.


2. Check Travel Insurans
Sumber : Google

Jangan abaikan kepentingan insurans perjalanan. Kita tidak tahu apa yang mungkin akan berlaku. Jadi, saya nasihatkan, belilah insurans perjalanan siap2 sebelum keluar negara. Insurans perjalanan boleh di beli selewat-lewatnya sehari sebelum memulakan perjalanan. Sekarang zaman teknologi di hujung jari. Anda tidak perlu mendapatkan agen insurans kerana anda boleh membeli sendiri secara dalam talian. Kali terakhir saya membeli insurans perjalanan adalah pada penghujung Januari lepas dan pada masa tersebut selepas mencongak ahirnya saya memutuskan untuk membeli dengan Etiqa Insurans (m

3. Wang Tunai
Sumber : Google


4. Check Cuaca
Sumber : Google

5. Install Application
Sumber : Google

6. Kamera, Powerbank, charger
Sumber : Google


Selamat menonton dan boleh komen jika ada tips lain yang mungkin saya boleh guna di masa hadapan..

Bye..

Iswa Tonie,
Putrajaya
4.11.2019

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...