3 Makan Wajib Try di Sarawak

Salam...

Alang-alang ke Sarawak mestilah nak merasa makanan exoctic n unik di Sarawak kan. Jadi posting kali ni Akak akan share beberapa makanan sarapan pagi yang biasa akan suggest kawan-kawan yang ke Sarawak untuk makan. Makanan-makan yang Akak suggest ni adalah berdasarkan pendapat Akak sendiri dan tidak sekali-sekali berkaitan dengan apa-apa unsur pemasaran yeh.
1st dalam list Akak mestilah LAKSA SARAWAK.


Asal usul laksa Sarawak memang Akak tak pasti dan tak pernah pulak kita Sarawakian bercerita pasal asal usul laksa. Yang penting rasa betul tak. Kalau datang ke Sarawak dan menetap di hotel-hotel bintang bintang esar kemungkinan laksa Sarawak bukan dishes favourites utk mana-mana santapan. Ini pendapat Akaka je tau. Jadinya kalau nak merasa laksa kenalah menapak ke mana-mana kedai di area Kuching ada yang ada menawarkan laksa Sarawak.

Semasa Akak menulis entry ni Akak hanya boleh cadangkan satu tempat yang selalu menjadi port Akak semasa bertugas di Kuching atau setiap kali ke Kuching. Mestilah ada banyak lagi tempat lain kan cumanya Akak ni dah lama dah tak balik dan tak testing lagi mana-mana tempat lain jadi sorilah akak boleh suggest satu tempat ni yang berdekatan dengan ofis akak yang lama di Jalan Satok.

Tempat yang akak maksudkan adalah kedai makan Copy O Corner . Lokasi korang boleh google atau waze semasa berada di Kuching. Boleh gak lawat fb dieorang https://www.facebook.com/kopiocorner92/ dan tengok sendiri makanan-makanan lain dan review daripada customer. Parking memang susah kat tempat ni jadi pandai-pandailah korang carik parking bile ke sini. Dan Akak gerenti korang surely akan puashati. Dulu-dulu ni tempat wajib pergi breakfast sebelum gi court atau balik dari court.





Yummy…
Dan makan ke2 dalam list yang Akak suggest adalah mee jawa special Sarawak. Di sebut mee jawa special sebab set mee jawa ni adalah mee jawa dan kuah yang pekat sedap di makan bersama-sama sate ayam atau daging. Korang pilih nak yang mana. Serius sedap…bagi Akaklaa..korang kena rasa sendiri sebelum bagi pendapat.hehee

Ni rupe bentuk mee jawa  biasa. Gambar sumber google image. Nak tau rupa sebenar kena datang dan rasa sendiri. Boleh gak google blog lain ada gambar sebenar mee jawa biasa dari copy o corner.


Dan ni rupe mee jawa special. Gambar sumber google image.


Pilihan keakak akan syorkan mestilah mee kolok. Makanan jenis mee-mee ni sebenarnya lebih sesuai di makan pagi berbanding makan nasik lemak. Bukan apa, makan nasik pagi-pagi memanglah seronok. Lagi-lagi makan dengan harapan supaya perut boleh tahan lama dan tak cepat lapar. Tapi sebenarnya kesannya sama je. Pernah ke korang makan nasik lemak pastu perut kenyang sampai tengahari. Kalau perut akaklah makan nasik lemak kol 9 pagi kol 10 dah start lapar balik. Tapi tu perut akakla. Kalau korang boleh bertahan sampai kol 1 akak salute sungguh.

Anyway mee kolok ni hidangan die adalah makanan mee dan daging rebus beserta sup daging.


Lepas baca posting ni korang jangan fikir akak kerje kat copy o corner pulak yeh. Tempat ni semua orang Kuching (Sarawak) tau dan femes. Kalau Akak nak promote sebab akak keje atau ada kaitan ngan kedai ni memang korang silap hehhe sebab Akak hanyalah peminat yang berjalan-jalan mencari makanan yang sedap. Ramai jugak kawan-kawan Akak yang komplen kalau kat Kuching susah jumpa kedai Melayu (halal) aduhaii macamana boleh jadi macam tu akak pun tak pasti. Banyak je kedai Melayu and halal. Tapi kalau korang stay hotel nun jauh di hujung plus malas nak berjalan-jalan mencari memangla tajk jumpa  adoiilaa.


Till next posting…

Iswa Tonie
Putrajaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...