Selasa, 14 Mei 2019

Cara Buat Posting Pertama di Blog



Salam...

Tahniah! Korang dah berjaya buat blog sendiri.  OK sebagai sambungan bagi posting terdahulu, untuk langkah seterusnya anda boleh terus membuat posting sendiri. Terpulangla nak letak apa korang boleh rujuk langkah-langkahnya seperti di bawah ini.


1. Log in dan Klik NEW POST. Korang akan di bawa ke window di bawah ini.




2. Taipkan tajuk dan isi posting. Kalau korang nak masukkan gambar korang boleh klik icon di bawah (gambar A)



3. Kalau korang nak masukkan gambar korang boleh klik icon di bawah. Satu window kecil akan dibuka dan korang bolehlah upload gambar yang korang nak.




4. Posting korang akan jadi macam di bawah ni. Last sekali boleh tekan publish.





5. Kemudiannya korang di bawa semula ke DASHBOARD. Korang akan nampak senarai posting sudah ada di dalam kotak seperti di bawah ini. Untuk view, boleh klik VIEW yeh.

    


6. Tadaa...posting pertama korang dah siap dan dah tersiar di laman blog korang. Ok untuk adjust halaman Blog anda boleh baca posting seterusnya atau boleh terus klik LAYOUT dan try adjust sendiri..no harm trying..seeya!




Isnin, 6 Mei 2019

Marhaban Ya Ramadhan 1440H


 Salam 1 Ramadhan 1440 H...



Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita dan bertemu lagi kita dengan satu lagi bulan Ramadhan yang baru di tahun 1440H. Di bulan yang penuh barakah ini seluruh amalan baik yang kita kerjakan pahalanya akan dilipat gandakan. adi, sama2lah kita pastikan amalan puasa kita dipermudahkan dan solat tarawih tidak ditinggalkan walaupun solat tarawih bukanlah amalan wajib tapi sunat dikerjakan. Sebagai ganjaran, Allah memberikan pahala bagi umatnya yang mengerjakannya secara konsisten.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib bahwasanya beliau berkata: “Nabi Muhammad SAW, pernah ditanya tentang keutamaan shalat Tarawih di bulan Ramadhan. Kemudian beliau menjawab :

Keutamaan Shalat Tarawih :

1. ada malam pertama, keluarlah dosa orang mukmin (yang melakukan sholat Tarawih) sebagaimana ibunya melahirkannya didunia.              
2. Pada malam kedua, Orang yang melaksanakan Sholat Tarawih akan diampuni dosanya dan dosa kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.
3. Pada malam ketiga, Para Malaikat menyeru dari bawah ‘Arsy: “mulailah untuk melakukan amal kebajikan, maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu”
4.  Pada Malam keempat, Orang yang beriman akan mendapat pahala layaknya orang     yang    membaca kitab Taurot, Zabur, Injil dan Al-Qur’an.
5.  Pada Malam kelima, Allah SWT akan menganugerahkan pahala layaknya orang yang sholat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsha.
6. Pada Malam keenam, Allah SWT memberikan padanya pahala seperti pahala bagi orang yang melakukan Thowaf di Baitul Makmur dan Bebatuan memohonkan ampunan baginya.
7.  Pada Malam ketujuh, Bagi yang melaksanakan Sholat Tarawih seakan-akan menemui zaman Nabi Musa dan menolongnya dari serangan bala tentara Fir'aun dan Haman.
8. Keutamaan Shalat Tarawih Pada Malam kedelapan, Allah SWT akan memberikan segala sesuatu yang sudah diberikan-NYA kepada Nabi Ibrahim AS.
9. Pada Malam kesembilan, Orang yang Sholat Tarawih Mendapat pahala seperti layaknya pahala ibadah yang dilakukan oleh para Nabi.
10. Pada Malam ke-10, Allah SWT akan memberikan kebaikan dunia dan akhirat bagi yang Sholat Tarawih.
11. Pada Malam ke-11, Bagi orang yang Sholat tarawih kelak ia akan keluar dari dunia (mati) seperti hari dimana ia baru dilahirkan dari rahim ibunya.
12. Pada Malam ke-12, Dia akan berjalan di hari kiamat dengan wajah yang bersinar bagaikan rembulan di bulan purnama.
13. Pada Malam ke-13, Pada saat hari kiamat tiba, yang tarawih akan selamat dari segala macam keburukan.
14. Keutamaan Shalat Tarawih Pada Malam ke-14, Malaikat menjadi saksi bagi yang tarawih, sehingga kelak di hari kiamat dia tidak perlu dihisab (dihitung) amalnya.
15. Pada Malam ke-15, Seluruh Malaikat dan Malaikat yang menyangga ‘Arsy bersama-sama mendoakan selamat kepada orang yang Sholat Tarawih.
16. Pada Malam ke-16, Allah SWT kelak akan menulisnya termasuk kedalam golongan orang yang selamat dari api neraka dan masuk syurga.
17. Pada Malam ke-17, yang Solat Tarawih akan diberi pahala seperti layaknya para Nabi.
18. Pada Malam ke-18, Para Malaikat berseru: “Hai hamba Allah (Yang Solat Tarawih), seseungguhnya Allah SWT telah memberi ampunan kepadamu dan kedua orang tuamu”.
19. Pada Malam ke-19, Allah SWT kelak akan mengangkat darjat yang tarawih di syurga firdaus."
20. Pada Malam ke-20, bagi yang Sholat Tarawih diberi pahala layaknya orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Pada Malam ke-21, Allah SWT kelak akan membangunkan untuknya sebuah rumah yang dibuat dari cahaya di syurga.
22. Pada Malam ke-22, pada hari kiamat kelak, akan diselamatkan dari segala bentuk kesusahan dan kebingungan.
23. Pada Malam ke-23, Allah SWT akan membangunkan sebuah kota di Surga ini tentunya bagi yang sholat Tarawih.
24. Pada Malam ke- 24, Bagi yang Sholat Tarawih Allah SWT memberikan 24 do’a yang akan dikabulkan.
25. Pada Malam ke-25, Allah SWT akan menghilangkan siksa kubur untuknya.
26. Pada Malam ke- 26, Allah SWT meningkatkan baginya pahala selama 40 tahun.
27. Pada Malam ke-27, Tiba di hari kiamat kelak, dia akan melewati jembatan (siratul mustaqiim) seperti kilat yang menyambar.
28. Pada Malam ke-28, Allah SWT mengangkat seribu darjat baginya didalam syurga.
29. Pada Malam ke-29, Allah SWT akan memberikan pahala seribu (1000) kali ibadah haji yang diterima.
30. Pada malam  ke-30, Allah SWT berfirman: “Wahai hambaku makanlah buah surga, minumlah minuman syurga, mandilah dari air syurga, Aku Tuhanmu dan kamu hambaKu”.


Selamat Berpuasa ...


Iswa Tonie
Putrajaya