Khamis, 4 April 2019

MAS Business Class Cabin -The Experience


Salam ...

Jika anda sedang merancang untuk berkelana di bumi London, saya syorkan anda menaiki penerbangan MAS yang menawarkan penerbangan terus ke London selama 14 jam. Walaupun jangkamasa yang disebutkan ini nampak seperti terlalu panjang namun di sebaliknya anda akan berasa puashati kerana kepenatan duduk selama 14 jam adalah lebih baik daripada menaiki penerbangan yang bersilih ganti. 

Bagi saya ada pro dan contranya menaiki penerbangan terus. Terpulang kepada cita rasa masing-masing. Bagi saya, saya suka "sekalijalan."


MAS Business Class Cabin - Food And Smile

Syukur alhamdulillah Mac 2019 saya mendapat peluang untuk ke bumi London yang biasa saya google dan lihat keindahannya di Instagram atau Youtube. Jika dibiayai sendiri mungkin tidak mampu ke sana apatah lagi menaiki penerbangan Business Class.

Saya bersyukur di layan seperti VIP sepanjang perjalanan. Disapa dengan lemah lembut oleh pramugari dan pramugara yang hensem dan cantik2...Saya banggga sebenarnya menaiki pesawat Malaysia.

Di Business Class rupanya, selain menawarkan kerusi yang luas dan boleh baring, anda juga dilayan seperti VIP. Selain sapaan yang lemah lembut anda juga disediakan dengan buku menu dan welcome drink.



Untuk makanan pertama, pilih sahaja daripada senarai yang ada. Semuanya telah tersedia. Saya pula, berniat untuk mencuba semua jenis menu (kalau boleh), rasa dan ambil gambar. Jadi, saya selang selikan masa untuk order makanan agar saya tidaklah terlalu kenyang. Nasib baik para flight attendant melayan karenah saya dengan baik. Jadi saya pun berbuat baik dengan order makanan dan menghabiskannya, agar pembaziran makanan tidak berlaku.


Ini appetizer ye..

Main course Nasi Lemak.Well serve and sedap.


Mee sup








Sepanjang 14 jam perjalanan anda akan rasa bosan yang teramat. Lagi2 jika anda menaiki flight dr KL yang berlepasa pada jam 9 pagi. Pada masa ini, keadaan masih siang dan pada permulaan anda akan mengalami kesukaran untuk tidur. Pada masa inilah anda akan cuba menghabiskan masa dengan menonton filem-filem yang disediakan.

Berlainan jika anda memilih untuk naik penerbangan pada pkl 11 malam. Keadaan malam akan menyebabkan anda secara automatik tidur dan kurang berjaga. Untuk pengetahuan semua MAS menawarkan 2 penerbangan sehari ke London iaitu pada pukul 9 pagi dan 11 malam sahaja. Jika anda tanya saya, saya akan pilih penerbangan jam 11 jam sepaya saya kurang berjaga dan banyak tidur. Dengan itu perjalanan yang jauh itu tidaklah terasa sangat.


MAS Business Class Cabin -The Souvenir



berus gigi, sikat, stokin panjang, penutup mata dan set freshner


selipar pakai buang (nama reka sendiri)

Yang saya share kat atas adalah selipar pakai buang. Saya namakan begitu sebab lepas pakai korang mesti dah tak nak bawak dah kan. Dan MAS akan buang (takkan nak simpan recycle pulak aiehh). Jenis selipar ni nipis aje memang sesuai untuk guna dalam flight aje. Sebabnya saya pakai masa keluar masuk tandas saya perasan lama-lame selipar jadi lembik. Memang tempah khas untuk beberapa jam aje agaknya...Tapi apa-apa pun tq for this experince. Selipar ni MAS akan kasi sebaik sahaja kite dah stable selepas boarding. Nak tulis ni pun teringat teringat aje keadaan masa tu. I miss the feeling so much. Seriously rasa seronok memikirkan jalan-jalan dan makan angin hhehhe...

Selain daripada selipar korang juga akan satu beg toiletteries. Actually dalam tu ade pelbagai barangan serbaguna. For example stokin panjang. Saya masa dapat tu terus bukak. Saja nak tengok apa barang yang ada kat dalam. Tengah belek-belek barang ternampak omputih kat kerusi sebelah sarungkan stokin panjang. Pada masa tu saya rasa ekon takdela sejuk sangat. Tapi sebab jakun nak try saya sarungla jugak. Memang best rasanya sebab stokin tu takde la tebal mane. Cuma masa saya pergi ni saya guna boot dah memang ade stokin. Nasib baikla stoking baru dan boot baru jadi bau masam takde lagila masa ni hehhe.. So pakaila berlapis lapis. Sedap gaklah tdo masa tu sebab badan rasa warm...hahha..jakun...

Nak sampai London saya bukak stokin tu dan pakai balit boot. Barang-lain saya tak pakai pun simpan aje jadi kenangan. Sekarang beg dan barang-barang ade kat tergantung kat ofis buat standby in case nak gune.
Dapat satu lagi beg masa nak balik ke Malaysia. Sebab flight masa tu malam jadi cuaca boleh tahan sejuknya. Jadi saya pun bukakla kasut (masa balik pakai kasut sukan je). Nak dijadikan cerita bau masam stokin ya ampun hahhah. Bayangkanlah berjalan 7 hari dengan stoking yang sama sebab nak kasi tebal dan kaki masa menapak tu selesa. Bezanya cuma 3 lapisan tu mungkin dipakai cara berbeza. Hari ni mungkin lapis atas kat bawah. Esoknya mungkin lapis bawah kat atas pulak. Begitula recycle dalam 7 hari. hahhaa... Nasib baik ade spray freshner dalam beg ni. So saya cepat2 keluarkan dan spray kat stoking sebelum nak letak stokin kelabu kat lapis luar. Alhamdulillah hilang bau sampaila balik rumah takde bau masam langsung..hehhe

Kalau korang tengak gambar bawah ni ade baju jaket jeans yang saya sangkut kat penyangkut yang memang stick dekat situ. Sebelum saya sangkut jaket ni saya sebenarnya dah tengok ade mat salleh selang 2 kerusi dari saya yang sangkut jaket die dekat situ. So saya followla jugak.. hebat kan heheh...



Jumpa lagi...

Iswa Tonie
Putrajaya

Tiada ulasan:

Catat Komen

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.