Selasa, 5 Mac 2019

London | Keperluan Wajib di Bawa




Assalamualaikum…

Hari ni hati ade banyak bunga. Ada macam-macam bunga hahhaa…Sebabnya hari ni saya diberitahu kelulusan untuk keluar negara telah diperoleh dan pihak berkaitan sedang menguruskan tiket penerbangan.

Sekiranya tiada aral melintang, insyallah pada 11 Mac 2019 saya dan 2 rakan lain akan berangkat ke Italy untuk menghadiri ekspo. Perjalanan itu nanti akan menjadi pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang dalam tempoh yang lama dan menuju ke tempat idaman saya. Alhamdulillah. Tahun lepas saya terlepas peluang untuk menghadiri kursus pendek di London yang sepatutnya berlangsung pada Jun-Julai 2018. Saya juga terlepas peluang untuk mengikut rombongan ke Las Vegas untuk sesi lawatan dan latihan. Tipulah kalau saya tidak terkesan dengan 2 peluang yang saya terpaksa say bye bye ni. Namun, sebenarnya di sudut hati saya pada masa itu saya serahkan segalanya kepada Allah Taala. Walau bagaimanapun ready pun saya atau betapa bersungguhnya saya untuk pergi, namun sekiranya Allah tidak mengizinkan, maka ianya tidak akan berlaku jua. Samalah juga keadaannya apabila Allah berkehendakkan sesuatu itu terjadi, maka Allah jadikan juga walaupun dalam hati kerdil kita katakan ianya mustahil.

Perkara ini berlaku dalam kehidupan saya. Saya pernah kongsikan di posting saya sebelum ini di mana Allah telah makbulkan doa dan hajat saya untuk melihat malam Lailatulqadar.Alhamdulillah...Disaat hati saya berkata saya insan yang kerdil, banyak melakukan dosa dan bukanlah hambaNYa yang baik, Allah Yang Maha Mendengar masih lagi bersimpati kepada saya. Dia telah temukan saya dengan malam yang sangat sangat mustahil untuk ditemukan. Sungguh Allah itu wujud, Maha Mendengar dan Berkuasa atas segalanya. Jadi, janganlah kecewa atas kehilangan suatu peluang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.

Siapa sangka 2 peluang yang saya say bye bye tahun lepas digantikan dengan peluang yang lebih baik daripada itu. Mengikut perancangan, Ekspo yang perlu saya hadiri bersama 2 rakan lain tersebut akan diadakan di Rimini iaitu suatu daerah Kecil di Italy. Mengikut semakan saya daripada Google, kawasannya terletak di pesisir pantai. Permandangannya cantik dan menjadi tumpuan sewaktu musim panas. Memandangkan ekspo ini diadakan pada bulan Mac dan cuaca masih sejuk maka kawasan tersebut mungkin akan kurang happening.

Rombongan kami akan mulakan perjalanan dengan menaiki penerbangan rasmi Malaysia Airlines dari KL ke London dan transit semalam dan kemudian akan meneruskan perjalanan dengan menaiki British Airway dari London ke Bologna, Italy. Di sana, rombongan kami akan menaiki teksi ke Hotel Blu Suite di Rimini, Itali. Untuk perkongsian, teksi tersebut telah ditempah oleh urusetia dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Italy. Samalah juga dengan hotel yang kami akan duduki selama 5 malam, telah dicadangkan oleh pihak Kedutaan dan diuruskan tempahan oleh pihak mereka. Menurut carian Google, hotel yang dicadangkan tersebut terletak betul-betul di tepi pantai, cantik dan selesa. Tak sabar pulak rasanya nak kesana hahha...


Secara ringkasnya berikut adalah itinerary penerbangan kami :

(11.3.2019/0900am) KLIA - Lapangan Terbang Heathrow London (Terminal 4)(11.3.2019/2.35PM) 

(12.3.2019/2.45PM)Lapangan Terbang Heathrow London (Terminal 5) - Lapangan Terbang Guglielmo Marconi, Bologna, Italy (12.3.2019/3.10PM)

(17.3.2019/12.35PM)Lapangan Terbang Guglielmo Marconi, Bologna, Italy - Lapangan Terbang Heathrow London (Terminal 5) (1.45PM)

(18.3.2019/9.25PM)Lapangan Terbang Heathrow London (Terminal 4) - KLIA (19.3.2019/6.10PM)

Ada  lebih kurang 6 hari lagi sebelum berangkat. Banyak nak kene urus - kerja, meeting dan keluarga. Nasib baik benda begini saya dan husband telah lalui tahun lepas tapi tak jadi pergi. Sekurang-kurangnya kami dah tahu kat mana nak mulakan persiapan. Anyway, husband sedikit terkejut bila saya bagitahu saya akan ke Italy and its confirm. Sebab kejadian tahun lepas kami jadi beringat-ingat. Prepare only if its confirm supaya kami tak pening kepala. Well, banyak nak kene fikirkan termasuklah bajet duit poket huhuhu...

Saya akan sambung posting dengan sharing barang-barang yang saya prepare untuk bawa ke sana. Adalah sikit barang yang saya kene beli dan sedikit kos saya terpaksa spend di sini sebelum berangkat. Especially beg luggage. Walaupun selalu balik Kuching tapi beg luggage kami satu family selalu kongsi letak dalam satu beg bsr. rasanya beg tu dah tak relevan sebab besar hahah... 



The Preparation 

Seperti biasa jika saya ke mana-mana saya suka untuk bawak 3 benda ni- panadol, ubat sakit perut dan handplast. 3 barang ni saya tak beli sebab baki dari trip ke Hadyai tahun lepas. So jimat sikit di situ.





Dari kiri : pantyliner, shampoo, colgate, showergel dan wet tissue.

Kesemua barang-barang ini pun barang wajib ada jugak. Kadang-kadang bila masuk hotel memang ada yang menyediakan shampoo dan shower gel. Untuk trip kali ni, saya tak boleh jangka di mana akan menggunakan barang-brang ni jadi untuk mengelakkan pembelian dalam bentuk euro atau pound maka saya selitkan semua sekali this time. Panty liner dan wet tissue adalah keperluan wajib ada untuk para wanita. Especially bile wanita-wanita berjalan di negara yang kurang paip di tandas hahhaa. Masa nilah wanita akan rasa betapa pentingnya wet tissue.


Ini adalah waist pouch. Saya baca blog ramai yang nasihatkan pelancong yang nak ke Italy untuk berhati-hati dengan beg dan purse. Sebagai alternatif, saya beli pouch ini yang boleh digunakan untuk memuatkan passport, wang kertas dan syiling.


Seterusnya, saya bawa juga pencukur, deodorant, selfie stick, cotton bath dan tisu muka dan earphone. Barang yang saya bawak ni tak semua wajib ade yeh. especially pencukur, earphone dan cotton bath. Saya bawak sebab saya taknak keluarkan duit membeli. Bila saya guna benda ni pun saya tak tahu tapi elokla ade daripada takde nanti tercarik carik pulak heheh.

Till next posting...Salam dan terima kasih kerana sudi singgah ke rumah saya...Bye.

Iswa Tonie
Putrajaya.
5.3.2019



Tiada ulasan:

Catat Komen

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.