Sabtu, 23 Mac 2019

Rip It Up Show di Teater Garrick, London

Salam…


Itinerary untuk hari ni (17.3.2019/Ahad ) kami dah siapkan semalam lagi. So hari ni kami dah siap2 breakfast dan pkl 9 pagi teksi dah siap menunggu kami di perkarangan hotel. Kalau dulu semasa mula2 sampai saya hanya membawah satu luggage beg dan satu beg laptop. Tapi kali ni saya membawa bersama satu lagi beg luggage kecil yang baru beli semalam di Venice. Sebenarnya barang saya masih lagi tak cukup muatan walaupun saya dah beli luggage beg tambahan tu. Sebabnya, material yang saya dapat daripada ekspo boleh tahan banyaknya dan beg yang saya beli tu pula hanya bersaiz 20 inci. Menyesal pulak beli yang kecil…huhuu…Terus saya berniat untuk membeli satu lagi luggage di London nanti. Harap2 bertemu yang murah dan besar. Boleh saya agih2kan barang.

Perjalanan daripada Hotel Blu Suite ke Lapangan Terbang Bologna memakan masa sejam lebih juga. Namun, perjalanan kali ni terasa lebih cepat sampai. Baru aje saya nak letakkan kepala tak sempat nak lena dah terpaksa bangun. Ha..begitula perumpaannya…alhamdulillah freeway jalan tak sesak dan pemandu pun bagus. Tak too slow or too fast…

Selepas check in semua kami masuk ke balai berlepas dan sampai di Terminal 5 lebih kurang jam 12.50 petang (anggaran). Waktu di London awal sejam daripada di Italy. Daripada Heathrow Airport kami terus bergerak ke Hotel Cumberland, check in dan rehat sebentar sebelum berkumpul semula pada jam 6.30 petang untuk pergi ke Garrick Theater. Saya ada sediakan sikit perkongsian berkenaan hotel ni. Boleh baca di SINI.














The Souvenir

cantik mug ni [GBP8]




Iswa Tonie
Putrajaya
23.03.2019  

Tiada ulasan:

Catat Komen

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.