Road to London 2019



Bismillahirrahmannirahim....

Flight hari ini dijadualkan pada pukul 9.00 pagi dari KLIA. Seawal 6.00 pagi saya dan suami telah bergerak ke lapangan terbang. Putrajaya ke KLIA hanya memakan masa 30 minit. 

Sesampainya di sini husband terus park kejab dan hantar saya sehingga saya selesai check-in. Kesian die nampak sedih. Ke dalam hati berbunga riang dapat terbang bebas sebab bini takde tu tak taula kan..... 

Seperti biasa kami bersalaman dan sempatlah berselfie sefoto dua untuk kenangan. Ini bukan kali pertama kami berjauhan. Tahun lepas saya dan anak-anak ke Singapura tanpa beliau. Trip hjg tahun bersama rakan saya pun beliau tak ikut sama. Jadi mungkin disebabkan itulah maka kali ni perasaan kami bercampur gaul. Sedih sikit sebab berjauhan seminggu dan happy sikit sebab saya nak jalan makan angin. Eh! hahhaa

So this trip untuk kali pertamanya saya dapat duduk di kelas bisnes. Biasa dalam negara saya cuma layak untuk kelas ekonomi dan dek kerana first perasaan ingin tahu itu sangat menebal sampaikan tiket pun saya nak rakam gambar. hahaha


Semasa kami keluar dari rumah tadi anak-anak baru bangun dan sedang bersiap untuk ke sekolah. Anak-anak tahu maknya ini sangat sukakan London. Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa London terasa sangat dekat di hati ini. Macamlah ade keluarga kat sana kan..entah apa apala haii....

Apa-apapun sebelum menaiki kenderaan, elokla baca doa menaiki kenderaan. Syukur MAS menyediakan khidmat bacaan doa sebelum berlepas. Saya suka idea ni. At least remind us all.



Memandangkan ini pengalaman saya menaiki penerbangan MAS Airline di Kelas Bisnes, maka posting ini saya khaskan untuk perkongsian dan sebagai rujukan saya sendiri di masa hadapan. Pengalaman mungkin juga sama dan serupa tapi mestilah ada beza feeling betul tak. So feeling for the 1st time naik ni mestilah feeling yang takkan dilupakan...

Saya memang selalu naik MAS dari zaman study (Kuching-KL (UKM)) sehinggalah sekarang. Tapi kesemua penerbangan tu saya hanya layak di kelas ekonomi. Itu sebablah Enrich Mile saya tak naik-naik. Sebab fly balik Kuching tu pun sekali setahun atas waran Kerajaan heheh. Kalau nak balik guna wang sendiri pun sekali 2 aje naik MAS yang lebihnya terpaksala memilih Airlines yang menawarkan tiket lebih murah.

Saya ada pengalaman yang paling tak best dengan penerbangan MAS sebelum ni. Ada satu flight saya naik tu flight attendentnya langsung tidak peramah malah bila ditanya mendengus pula. Teringin juga nak menulis pasal Girl tu kat blog tapi bila pikir2 balik malasla nak cerita benda2 yang tak best. Biar orang lain menulis. Dalam banyak2 passenger masa tu mesti ade yang terlebih rajin. Hope so. Kalau takde then nasib die baikla tu.

Kalau anda tidak tahu ape itu waran Kerajaan, ianya adalah insentif yang Kerajaan kasi kat orang-orang Sarawak atau Sabah yang bertugas di Semenanjung Malaysia. Insentif atau kelayakan ni juga terbuka kepada orang Semenanjung yang bertugas di Borneo. Insentif ni layak digunakan sekali je dalam setahun perkhidmatan dan boleh pilih nak gune bile. Takde had masa atau tarikh tertentu ditetapkan untuk gunakan waran ni. Oh ya, waran ni layak juga untuk ahli keluarga, contoh nya husband dan anak-anak. Adik beradik dan mak ayah tak termasuk yeh.

Masa saya mula-mula study UKM dulu, saya masih ingat tiket MAS pada masa tu boleh tahan jugaklah harganya. Mahal ya ampun. Bayangkan bapak saya kene beli 3 tiket untuk 3 anak perempuannya belajar di Semenanjung. Kalau satu hala berharga RM500 darab ngan 3 takke RM1500. Duit poket lagi...huhuh.. TQ pak huuhuhhh... 

Sekarang tiket MAS masih mahal. Sesuai dengan fasiliti yang MAS sediakan. Makan minum seat cantik siap boleh tengok movie. Sangat selesa. Bagi saya sendiri, MAS tidak banyak berbeza. Mungkin ade sedikit improvement dari segi fasiliti dan makanan tapi bagi saya to maintain is the hardest thing. Maaf cakap, Airasia bukan saya tak suka. Cuma saya tak seronok naik flight dengan makan minum beli dalam flight. Kalau bawak anak-anak takke nak beli bermacam-macam makanan. Biasalah budak-budak tengok makanan aje lapar. Tak beli karang kesian pulak. Bila dah beli tak dimakan satu hal mahal satu hal..aduhaii...

Berbalik kepada MAS Airlines time ni memang saya looking forward nak naik dan merasa sendiri pengalaman berada di seat Business Class. Sebelum tu boleh tengok gambar-gambar yang saya sempat rakamkan ni. Actually sebelum naik saya dah tengok dulu kat Youtube keadaan seatnya. Yerlah nak tanye orang malu hehhee...

THE SPACE

Ruang yang sangat luas bagi sayala...Boleh lunjur kaki semasa duduk. Kerusi  ni boleh baring flat kalau nak tdo. Sangat selesa. Siap ada comforter dan lapik tdo. Seriously rasa nak curi je bawak balik. Sebab comforter die best...selesa dan yang paling mahal ade logo MAS dekat situ. Tapi saya berani nak ambik kesian MAS kene tanggung rugi sebab saya ambik satu. Satu tu mungkin boleh recycle beratus flight tuh...emmm






THE ENTERTAINMENT

MAS Flight memang offer in flight entertainment. Saya tak pasti flight domestic semua dah upgrade ke belum. Last sekali saya naik flight Jun tahun 2018 ke Kuching yang tu takde tv jadi kene tengok movie yang ade dalam phone. Ada juga flight domestic yang offer. Rasanya depends on which flight kot. Bila dapat tengok tv/ movie memang best sebab tengah layan movie tengok2 dah sampai...hahha

Menempuh 14 jam dalam flight adalah satu pengalaman baru juga untuk saya. Jadi bila dah stable duduk dan dah baca doa menaiki kenderaan yang ada di screen monitor saya teruk godek2 tengok movie yang ada. Sepanjang perjalanan, daripada tido bangun makan saya sempat juga layan 3 movie. Ada masa nanti saya share sinopsis cerita tu- The Widow, A Star Is Born & The Internship.
  


THE FOOD
Saya paling suka topik ni. Saya tahu saya akan menulis tentang menu di dalam flight MAS jadi saya gunakan kesempatan yang ada untuk order banyak menu dan ambil gambar. Walaupun sebenarnya perut dah penuh dan kenyang saya order jugak..dan makan ok. Tu sebab bila landed di Terminal 4 Heathrow Airport saya memang full dan tak rasa lapar.hehhe. Harap flight attendant masa tu tak marah sayalah yek order banyak sedangkan jarak masa untuk hidangan last sangat dekat. hehhe. Anyway kalau korang nak baca pasal menu-menu di Business Class yang sempat saya sapu hari tu boleh tengok di posting saya yang boleh korang baca di SINI.

Layanan MAS di kelas Ekonomi atau Business sebenarnya lebih kurang aje. Flight attendant yang ramah dan friendly adalah bonus kepada perniagaan Airlines kita yang terulung ni. Selain daripada baju pramugari yang ayu (saya suka kebaya dan bentuk badan dieorang yang cantik) tarikan pada makanan yang sedap dan friendly flight attendant adalah complete set. 


Cuma berbeza di kelas Bisnes ni, satu buku menu akan diberikan semasa kapal dah stable di udara. Dalam buku menu ni saya boleh pilih jenis makanan yang saya nak makan.Pilihla nak buah ke nak dessert dan main course. Semua tinggal petik aje nak ape. Korang kene baca posting pasal makanan in flight yang saya try hari tu memang sedap semua. Tak sia-sia saya order satu persatu.hehehhe..jakun...



THE SOUVENIR

OK bab ni pun saya suka. Saya ada buat posting berasingan pasal souvenir yang MAS kasi kat Business Class passenger. Boleh baca di SINI.

saya cuma bawak beg dan isi-isinya balik. Selipar saya tinggalkan aje sebb dah lembik.hehhe. Simkad tu saya tak tahu macam mana nak guna jadi saya just bawak untuk kenangan. 




11 Mac 2019 akan saya kenang sampai bila-bila. Pengalaman pertama menaiki kapal terbang di kelas yang lain dan ke benua Eropah yang saya tidak pernah jejaki di hari jadi suami tercinta. Masakan saya dapat lupakan. Allah telah aturkan semuanya. Mungkin ada lagi yang lebih hebat di depan yang masih terlindung dan belum lagi dibuka untuk saya tengok. Hanya Allah mengetahui.

Hari ini semasa otw balik dari sekolah anak-anak ke rumah, saya share sikit tazkirah kepada anak-anak. Saya tanya apa bezanya kita Islam dan Non Muslim. Masing-masing cakap tak tahu. Saya ulang semula kata-kata Ustaz Abdol Samad yang saya tonton ceramahnya di Youtube pagi tadi. Saya bgtahu anak-anak saya bezanya adalah solat. Kalau kita tidak solat maka samalah kita dan orang kafir. Jadi dirikanlah solat. Jika kita jaga solat insyallah perkara-perkara lain akan menjadi mudah. 

Contoh terdekat adalah pada diri saya sendiri. Tahun lepas Allah tutupkan jalan ke London dan Las Vegas yang asalnya dibuka untuk saya. Ditutup di saat2 akhir semasa persiapan semua sudah saya sediakan. Siapa yang tak sedih kan. Tapi saya berserah kepada Allah kerana Dia lebih tahu sama ada perkara itu baik atau tidak untuk saya. Rasa sedih sedikit pada masa tu apalah sangat jika dibandingkan dengan rasa gembira yang saya dapat. Saya idamkan London tapi Allah beri saya peluang untuk menjelajah lebih jauh dari itu. Saya diberi peluang untuk melihat ciptaan Allah di Rimini, Florence dan Venice di Italy. 

Posting berkenaan 3 tempat ini masih dalam draf. Insyallah saya cuba untuk siapkan hujung minggu ini. Apa yang boleh dikongsikan adalah, ketiga-tiga tempat ini adalah tempat sejarah Kristian menginjak bumi Allah dan tiada langsung bukti kemasukan agama Islam. Ini adalah berdasarkan 3 muzium yang sempat saya masuki dalam trip jalan-jalan singkat saya ke 3 tempat tadi. Bayangkan hanya agama Kristian yang menjadi modal untuk dijadikan tugu dan content di muzium. Tiada langsung pendedahan kepada agama lain. 

Syukurlah kita dilahirkan sebagai muslim. Tetapkan iman dan gandakan amalan. Itu yang paling afdal untuk kita dalam menuju akhir zaman.

Saya rasa saya dah tersasar jauh hehhe.. sori yeh..bila tangan dah laju menaip macam2 pulak idea datang. Nanti saya sambung untuk posting yang lain.
Salam..


Iswa Tonie
Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...