DIY Meja Ikea : Linnmon


Salam semua...

Bagi peminat barangan Ikea meja yang saya nak tunjukkan ni mungkin tidak asing dan senang bagi mereka untuk memasangnya. Bagi saya pula, saya berminat dengan meja ini kerana saiz dan warnanya sesuai untuk anak-anak saya. Ya, saya bercadang untuk membeli meja study untuk anak-anak saya. Sebelum ni mereka menggunakan meja banquet yang luas dan panjang. Namun, kali ini saya teringin untuk ubah angin dan mendapatkan sentuhan Ikea. Harap mereka suka pada meja yang ringkas dan comel ini.

Sebelum saya decide untuk keluar dan membeli meja ini, terlebih dahulu saya telah semak stok yang available di ikea cheras kerana ia lebih dekat memandangkan saya tinggal di Putrajaya. Untuk anda yang sudah biasa ke Ikea sudah pasti tau trick ini. Yerlah. Kita taknaklah sampai sana jauh2 tengok2 barang yang kita nak beli tu dah kehabisan stok. Kecewa jangan cakaplah kan.

So saya cek dulu. Nasib baik cek dulu. Rupanya stok di Ikea Cheras telah kehabisan. Nasib kami baik sebab stok meja ini masih ada di Ikea Damansara.  Jadi, berangkatlah kami 4 beranak ke Ikea dengan harapan sambil membeli kami akan singgah makan aiskrim dan karipap Ikea yang sedap itu.

Untuk pembaca yang nak tahu bentuk meja ia kelihatan seperti dalam gambar di bawah. Putih dan cantik.

Untuk set DIY meja ini, anda akan dapat satu table top dan 4 buah kaki meja. Setiap satu dijual dengan harga berasingan taw. 

                          


Langkah-langkah memasang kaki meja :

Pertama : buka satu bungkusan kaki meja. Keluarkan skru dan piring besi bulat dan tekapkan di penjuru bawah meja. Anda perlu selaraskan lubang yang terdapat pada piring besi tersebut dengan lubang yang telah siap ditebuk pada bawah meja.


Kedua : Mulakan dengan memasukkan skru satu persatu dan ketatkan. Saya gunakan pemutar skru biasa dan secara manual.


Ketiga : ulang langkah kedua pada 3 penjuru yang lain. 

Keempat : masukkan hujung kaki meja pada lubang yang terdapat di tengah-tengah piring besi tersebut sehingga ketat. 


Kelima : meja anda telah siap dipasang dan boleh digunakan. Ringkas kan. 

Meja study dah siap. Bila nak start belajar ni...

Baru-baru ni saya terjumpa tips ini dari saudara Khairul Hakimin Muhammad yang dikongsikan di laman FB beliau. Saya kongsikan di sini agar ia dapat dimanfaatkan bersama, insyallah.

10 Tips Kuatkan Ingatan (Memori) Anak-Anak (7-13 tahun)

1. Kanak-kanak mesti ada tidur yang cukup, 8-10 jam sehari. Boleh minta mereka dapatkan masa tidur sekejap pada waktu tengah hari (30-45 minit) kemudian tidur malam seperti biasa pada 9 malam hingga 6 pagi esok. Tidur siang (waktu tengah hari tersebut) akan memberi cas tenaga yang kuat kepada mereka.


2. Makan makanan yang betul. Untuk menguatkan minda dan otak, makanan yang bagus ialah badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan. Dikatakan, sekiranya ia memberikan daya mengunyah kepada anak-anak semasa makan, terutama menjamah buah-buahan, ia akan meningkatkan oksigen ke kepala dan membantu menaikkan fokus dan perhatian.


3. Wajib memberikan waktu mereka bermain di luar setiap hari dengan minima 30 minit per sesi. Sekiranya anak-anak tidak bergerak dan sentiasa duduk atau baring melihat tab atau telefon bimbit, pergerakannya terbatas dan menyebabkan mindanya tidak aktif untuk memproses data untuk diingat.

Dr. Eelco V. Van Dongen dari Radbound University mengatakan pergerakan anak-anak akan menyebabkan sel otak bergerak dan sentiasa menjana dunia kreatif dan aktif. Ia akan membantu otak bekerja untuk membuka kompartment memori dengan lebih banyak.


4. Beri anak-anak masa yang tenang semasa mahu ke sekolah, bersukan, makan, menonton tv, belajar, dan semasa mahu tidur. Tak boleh biarkan anak-anak melalui semua aktiviti itu dengan stress atau dalam keadaan baru dimarahi. Jika tidak, otaknya akan cedera dan mereka akan hilang fokus.


5. Sentiasa duduk dengan anak minima 30 minit sehari untuk buka semua buku yang beliau belajar pada hari tersebut sekadar untuk ulangkaji dan ulang semula apa yang dipelajari di sekolah.


6. Feeding anak-anak dengan pembacaan dan permainan yang ada huruf dan nombor supaya mereka ingat perkataan dan kira-kira. Perbanyakkan game seperti membaca plat kereta apabila di dalam kenderaan dan membuat matematik mudah seperti mengira berapa jumlah orang yang menyeberangi jalan dan sebagainya.


7. Jika anak-anak membuat silap, tegas dan didik supaya dia tidak ulangi. Jika hanya marah dan membebel membabi buta, anak akan lupa dan akan buat lagi dan lagi. Buat simulasi dan beri dia peluang belajar supaya perkara itu jadi pelajaran besar buatnya.


8. Sesekali (2 kali seminggu), minta anak-anak kita membaca dengan mendengar suara sendiri. Ia akan mengasah otak supaya bekerja dengan relaks dan kool. Apabila kita sendiri mendengar apa yang kita baca, ia akan lebih mudah diingati.


9. Sekiranya anak-anak penat, minta dia tidur. Tak perlu paksa untuk dia lawan. Biasanya melawan arus akan menjadikan memorinya terjejas dan dia akan berterusan penat hingga akhirnya merosakkan keupayaan dia untuk berfikir kreatif.


10. Bercakap dengan bahasa yang dia faham, dan biasanya mereka ini perlu diberi gambaran. Sekiranya dia tidak faham, maka penjelasan kepadanya perlu visual, ringkas dan padat. Tak perlu guna perkataan bombastik untuk beri anak-anak daya fikir yang luar biasa. Anak-anak adalah sama sahaja, yang membezakannya ialah bagaimana kita layan, kita berkawan dan cara kita menjawab soalannya.


Semua yang di atas adalah dari:
- Jennifer Heisz, McMaster University.
- BrainLab.
- Amanda Morin, Understood.org. dan 
- Khairul Hakimin Muhammad


Selamat belajar... Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat insyallah.



Iswa Tonie
Putrajaya
Sabtu, 05.01.2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...