Ahad, 16 Disember 2018

5 hotel Pilihan di Putrajaya

Jika anda dan keluarga sedang merancang untuk stay di Putrajaya, berikut adalah pilihan hotel yang anda boleh pertimbangkan. Hotel-hotel yang dicadangkan ini adalah 


1. Hotel Dorsett, Putrajaya, Presint 1, Putrajaya




Hotel ini teletak kurang 10 meter daripada Masjid Besi. Berada di dalam satu blok bangunan yang meletakkan Starbuck, Pasaraya Hero dan berbagai kedai lain, Hotel Dorsett menjadi pilihan pertama yang saya cadangkan. Bagi saya, hotel yang berdekatan dengan kemudahan kedai adalah bonus paling besar.


Hotel ini menawarkan harga yang menarik namun bergantung kepada permintaan mengikut musim. Elok rasanya anda merancang dan menempah seawal sebulan daripada tarikh yang dicadangkan. Ini  bagi mengelakkan anda terlepas peluang untuk menikmati suasana di waktu malam di tengah-tengah Putrajaya. Sekiranya anda menginap di sini, ambillah peluang untuk berjalan di hadapan hotel menuju ke Masjid Besi, makan di Umai Cafe dan bergambar di hadapan bangunan Jakim yang mempunyai ciri Islamic yang menarik.

Sesuai dengan harganya, hotel ini turut menawarkan pakej lengkap dengan kemudahan di dalam hotel seperti towel, toiletteries, peti ais,  iron dan iron board dan beberapa kelengkapan lain. Anda boleh lihat gambar dan sedikit info berkenaan hotel ini di posting saya yang lalu berkenaan Hotel Dorsett Putrajaya.


2. Zenith, Presint 2, Putrajaya





Hotel 5 bintang ini terletak di tebingan Putrajaya. Mempunyai pemandangan ke arah tasik Putrajaya anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang luas dan tenang. Walking distance ke Masjid Putra dan Jambatan Wawasan yang merupakan spot untuk mengambil gambar dan sukar untuk parking. Pilihan utama adalah berjalan kaki sahaja dari hotel ke 2 destinasi ini.

3. The Everly Hotel, Presint 1, Putrajaya


https://www.emily2u.com/the-everly-hotel-putrajaya/




Terletak di sebelah bangunan blok Alamanda Shopping Mall adalah The Everly Hotel. Hotel yang menjadi kebanggaan warga Putrajaya ini menawarkan pakej hotel yang lengkap dan lokasi yang menarik. Kurang 5 minit perjalanan menuju ke Alamanda Shopping Mall yang merupakan satu-satunya mall yang betul-betul berada di dalam Putrajaya. Jika anda memilih untuk berada dekat dengan mall, hotel ini adalah pilihan terbaik untuk anda.


4. Hotel Pullman,  Presint 5, Putrajaya


Credit : Google


Hotel Pullman terletak di luar pusat pentadbiran Putrajaya. Walaupun begitu, terdapat blok bangunan MOTAC bersebelahan dengan hotel ini. Kawasan hotel sangat luas dan menempatkan beberapa spot yang menarik untuk bergambar. Umpamanya menara jam seperti gambar di atas. Terdapat juga tasik buatan yang berada di tepi hotel ini. Jika anda membawa anak-anak kecil dan teringin untuk bersantai di tepi pantai, bolehlah membawa keluarga ke sini. Turut disediakan adalah tandas dan tempat persalinan.






5. Pulse Grande Hotel (sebelum ini Putrajaya Shangri-La Hotel) Presint 1, Putrajaya


http://www.pulsegrande.com.my/pgp1/

Hotel ke 5 yang saya ingin cadangkan adalah Hotel Pulsegrande. Asalnya hotel ini adalah Hotel Shangri-La. Hotel ini cantik dan mempunyai decor yang sangat romantik. Sedikit bonus, hotel ini menawarkan penginapan di dalam kehijuan. Sekiranya anda inginkan tempat untuk relax, rehat dan peaceful, ini adalah hotel pilihan yang tepat.
Lokasi : Taman Putra Perdana Presint 1, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, 62000, Malaysia
Check-in: 14.00 p.m.     Check-out: 12.00 p.m.
Phone No.: (60 3) 8887 8888



Tiada ulasan:

Catat Komen

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.