The Vow : Movie Review



Paige (Rachel McAdams) and Leo (Channing Tatum) adalah pasangan bercinta dan akhirnya berkahwin. Kehidupan kedua-duanya sangat indah. Paige adalah seorang artis yang yang melukis sebagai kerjaya sementara Leo mempynyai syarikat recodingnya sendiri.

Kehidupan yang ceria dan indah diduga apabila kedua-dua terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kesan terbesar apabila Paige hilang ingatan dan tidak mengenali suaminya sendiri, Leo. Leo yang terkejut tidak melatah sebaliknya menerima kekurangan Paige. 

Akibat daripada kemalangan itu, memori Paige terhad kepada keluarga dan memori di awal tamat persekolahan. sedikitpun memori berkenaan Leo tidak dapat diingatnya menyebabkan kedua-dua mereka menjadi orang asing dan mula hidup berasingan.

Keadaan ini menjadi titik mula kesedihan di mana kedua-duanya menjadi renggang. Pagie telah berpindah ke rumah ibu bapanya semula dan akhirnya menjalani kehidupannya dengan caranya sendiri. 

Sementara Leo hanya memberikan ruang kepada Paige untuk mengingati semula kenangan indah mereka bersama secara beransur-ansur dan tanpa memaksa.

Kehidupan berasingan memberi ruang kepada Paige untuk melalui kehidupan tanpa Leo sebagai penunjuk arah. Akhirnya tanpa sedar, Paige mula merindui Leo dan pada suatu malam, Paige terserempak dengan Leo di hadapan kedai yang biasa mereka pergi semasa bercinta. Dijadikan cerita, kedai tersebut telah ditutup dan secara alternatif Leo telah mengajak Paige untuk pergi ke kedai lain yang merupakan kedai favaourite mereka juga.

Paige seorang yang ceria dan berasal dari keluarga berada


perkahwinan Paige dan Leo


kehidupan Paige dan Leo yang sangat mencintai satu sama lain.
Kesimpulan daripada filem romantik ini :

1. Pasangan bercinta, suami dan isteri pasti akan diduga. Ada yang diduga dengan penyakit, ada yang diduga dengan perasaan beralih arah dan ada juga yang diduga dengan ketiadaan cahaya mata.  Dalam kehidupan ini, pilihan sama ada untuk kekal dengan perasaan yang ada, kecewa ataupun redha terletak di tangan kita sendiri. Di dalam filem ini, Leo tetap merasa kecewa atas perubahan sikap Paige namun beliau tidak memberontak dengan mencari cinta lain namun bersikap tabah dan sabar dan terus berharap agar ingatan isterinya kembali pulih. 

2. Hargai orang yang menyayangi dan menghargai kita dengan cara menerima baik dan buruknya. Dalam apa jua keadaan, dugaan dan cabaran tetap ada. Sabar, redha, syukur dan doa perlu dalam apa jua keadaan sekalipun.

3. Semua yang berlaku ada sebabnya. Besar kemungkinan kita akan nampak keburukan sahaja namun disebalik musibah terselit hadiah yang lebih besar dari segala hadiah yang ada di muka bumi ini dan kekal milik kita selamanya.

Wallahualam.


Iswa tonie, 
Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...