Isnin, 15 Oktober 2018

8 fakta menarik tentang Hostel 5Footway Inn at Boat Quay Singapore



Salam...

Sekiranya anda merancang untuk berjalan-jalan di Singapura dalam masa yang terdekat anda bolehlah menginap di 5Footway Inn di Boat Quay, Singapura. Ianya berkonsepkn asrama (hostel) kerana tidak menyediakan tandas di dalam bilik. Bilik-bilik yang ditawarkan hanya mempunyai katil, tilam dan plug untuk caj. Tandas dan bilik air diasingkan untuk lelaki dan perempuan dan dipisahkan oleh bilik-bilik. Dengan itu, penginap lelaki dan perempuan mempunyai arah tandas dan bilik air yang berbeza dan tidak bertembung.



Konsep ini sebenarnya terlalu ringkas. Namun,dek kerana keringkasannya maka harga yang ditawarkan juga agak menarik. Semasa saya menempah bilik di sini secara dalam talian, harga yang ditawarkan untuk satu katil double decker (2 tingkat) adalah RM150 (S$50) dan termasuk sarapan.

Jika anda ingin berminat untuk menginap di sini, anda boleh teruskan pembacaan mengenai 8 perkara menarik tentang hostel ini.


1. Self Check-In 

Di hostel ini anda tidak akan menerima greeting kerana hostel tidak menawarkan perkhidmatan kaunter untuk check-in. Terdapat 2 mesin check-in layan diri disediakan di tingkat 1 hostel ini. Anda boleh check in dengan memasukkan no booking dan menerima kad access ke bilik dari satu saluran yang ada pada mesin tersebut. Senang dan ringkas. 5 minit je dah siap semua dan dah boleh masuk bilik.



2. Security

Jangan pandang rendah pada hostel ini. Kad accessnya sama standard seperti hotel 5 bintang. Kad access yang berciri keselematan ini menjamin privacy dan keselamatan penginap di hostel ini. Jadi, anda janganlah risau pasal keselamatan kerana kad access ini tidaklah seprti kunci mudah dipecahkan. Tambahan, terdapat cctv di kebanyakan sudut yang monitor penghuni di dalamnya.




3. Plug standard 3pin

Ramai traveller berminat untuk mengetahui sama ada terdapat plug pengecas di dalam bilik hostel/hotel dan sama ada ianya standar biasa Asia dalam bentuk 3 pin atau jenis 2 pin. Di hostel ini, masih menggunakan standar 3 pin biasa sepertimana kita pakai di Malaysia.



4. Ruang bilik yang luas

Ini adalah ruang paling penting untuk diambilkira sebelum menempah mana-mana tempat penginapan. Di hostel ini, keluasan biliknya mungkin tidak setanding hotel tetapi sapa yang saya boleh katakan, ruang biliknya luas bagi harga yang berbaloi baloi. Kira oklah tu, ada sikit ruang untuk solat, bergerak sikit dan untuk letak barang. Bilik besar-besar pun bukannay duduk 24 jam kat bilik pun kan.




5. Sarapan layan diri

Harga yang murah, ruang bilik yang luas dan sebagai bonus, pakej penginapan disertakan dengan sarapan pagi. Walaupun sarapannya sama (saya menginap 2 malam di sana), roti bakar tetapi bagi saya sebagai pelancong saya tidaklah memilih bab makanan. Dah cukup baik dah sarapan disediakan. Sekurang-kurangnya jimat sikit kos makan. Tapi kan di waktu-waktu mengembara (melancong) roti hari2 pun tak kisah sebb dah lapar sangat.hahhaa.




6. Ruang makan yang luas

Ruang makannya luas. Terdapat 1 meja makan 6 seater dan  1 meja makan 4 seater di bahagian dalam dan di luar pula ada meja (bar) dan kerusi serta 1 meja dengan 4 seater. Nampak compact pada asalnya tapi sebenarnya luas sebab masih ada ruang untuk penginap di sini untuk keluar masuk dan bergerak.



7. Pemandangan yang indah dari balkoni di luar ruang makan.

Ini adalah bonus paling besar jika menginap di sini. Kawasan hostel ini adalah di tepian sungai Singapura. Jadi, anda boleh melihat pemandangan yang cantik dari luar balkoni ruang makan. Anda boleh melihat sekeliling dan paling best adalah apabila memandangan Marina Bay Sand yang tersergam indah nan menawan. 



8. Check-Out mudah. Just drop kad bilik dalam kotak yang disediakan.  

Jika tadi saya cerita pasa check in yang mudah, nak cerita proses check outnya lagi paling sempoi. Just drop kad access bilik di kotak disediakan sebelum jam 11 pagi dan tadaa...setel dah check out. Boleh blah dengan senang hati...




Itulah dia 8 perkara yang menarik dan perlu anda ketahui. Boleh google untuk further infor. Sekiranya anda berminat untuk stay di sini anda juga disarankan untuk rajin-rajinlah survey harga yang ditawarkan agen booking online umpanya booking.com atau agoda untuk mendapatkan harga yang paling rendah. Anda juga boleh melayari website hostel ini untuk menempah. Terdapat 2 cawangan lain hostel ini. Memandangkan saya tidak pernah menginap di 2 tempat yang lain tersebut saya tidak boleh mengagak sama ada fakta-fakta di atas terpakai di 2 tempat/cawangan tersebut.





Selamat bercuti!


Iswa Tonie
Putrajaya.
15.10.2018

Tiada ulasan:

Catat Komen

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.