Isnin, 29 Oktober 2018

Kek Batik Empire Oreo Cheese



Bahan-Bahan:

200 gm mentega
1/4 cawan gula halus
4 biji telur gred B (aznie guna gred A)
1/4 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlick
3 pek biskut oreo – (buang krim dan patah-patahkan)
pandan paste
pewarna hijau

Cara Menyediakan:

1. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang. Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan pula tepung gandum, horlick dan gaul hingga rata. Masukkan pandan paste juga sedikit pewarna hijau. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan biskut oreo, gaul hingga rata. Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek.

5. Masukkan adunan ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang-goyang dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.

6. Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana selama 1 jam.


Lapisan Cheese

Bahan-Bahan:

250g Cream Cheese
1 bj Telur GredA
2 sb Gula Halus (Aznie guna 1/4 cwn je)
**sedikit nutella

Cara Buat:

1. Putar kesemua bahan kecuali nutella sehingga kembang. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan sedikit nutella.

2. Tuangkan adunan cheese plain diatas kek batik tadi. Kemudian, paipkan adunan cheese yang telah dicampur dengan sedikit nutella. Buat la corak ikut suka.

3. Bubuh sedikit oreo diatas cheese (ikut suka, sekadar hiasan). Kukus selama 5-8 minit. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di potong/hidangkan.

Resepi Kek Batik Empire Oreo Cheese

Resepi Oleh: Aznie Khasri via resepi bonda



#keklapis #keklapis #keklapissarawak #keklapissedap #keklapispremium #kuihraya #kekraya #keklapismurah #keklapissarawakoriginal #keklapiscadbury #keklapismasammanis #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #bhfyp #keklapisnilai #ansuranraya #malaysia #kuching #keklapisraya #keklapisviral #rempeyek #kekbatik #keklapisbywai #keklapisseremban #bazaarpaknil #jalanjalancarimakan #kueh #kuchingfood #keklapisevergreen #kuehlapis #foodstagram #postagekeklapissarawak #keksarawak #kuih #kuchingfoodie #resepikeklapis #kuihlapis #keklapisasli #kekrayasarawak #kurangmanis #imsweetenough #originalsarawak #bazarpaknil #bmf #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade  #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #kekviral #kek #kek #cake #memes #meme #k #keksedap #pasta #dankmemes #cringe #dank #brownies #tatl #sunum #s #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #m #kurabiye #a #l #cakes #kekmurah #dessert #bhfyp #anime #dankmeme #biskutraya #yemek #r #kuihraya #ayylmao #chan #sayajual #kekbirthday #fnaf #i #homemade #b #food #edgymemes #filthyfrank #lmfao #cheesecake #instacake #mutfak #n #kekcoklatmoist #ke #nefisyemektarifleri #doorgift #papafranku #birthday #malaysia #lezzet #brownies #tatl #sunum #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #kurabiye #cakes #kekmurah #dessert #kekviral



Selasa, 23 Oktober 2018

Movie Review : The Billionaire (Thailand)



Ittipat, seorang anak muda dr keluarga berada yang suka bisnes dan malas belajar to sangat bijak mencari wang runtuh. Ittipat dapat income beribu hasil jual weapon thru online video games. Kiranya menjual weapons dlm games. Bayangkan hasil dari jualan tu beliau dapat beli kereta baru ...beli cash tue... At one point akaun  game online kene sekat sebb byk sgt transaksi online haram. So satu hari masa die tgh lapar nampak iklan pameran barangan n makanan industri. Beliau pun pergilah ke pameran tersebut dengan harapan dapatla makanan free. Memang sah beliau dapat makanan free kat situ. Kat situ jugalah beliau dapat tahu pelbagai jenis mesin kilang dan industri sehinggalah beliau terpandang kat mesin buat chestnut terus beliau terdetik nak buat bisnes tu. Beliau pun tanpa lengah-lengah terus beliau belilah mesin tersebut. Mesin sampai rumah terkejut beruk mak ayah die.Bayangkanlah mesin chestnut sampai kat rumah. Sapa nak guna.

So beliau bukak bisnes chestnut kat mall (booth).1st tapak beliau dekat depan foodcourt tp bisnes tak maju. Dalam sehari adalah seorang datang membeli. Beliau rasa down sgt masa nie. Tapi beliau tidak berputus asa. Beliau mencari di mana kesilapan bisnes dan dapati besar kemungkinan lokasi tapak tak sesuai dan menarik. Jadi, pada suatu hari beliau pergi berjumpa dengan pihak pengurusan dan tapak yang ada di hadapan pintu masuk. Rezeki beliau baik. Beliau dapat tapak yang diidamkan. Semasa berniaga di lokasi tu bisnes dah start maju. Maju punya maju sampailah satu hari pihak management complaint sebb siling dah hitam sebab habuk memasak. Oleh kerana bisnes baru je ok die janji nak cat balik kasi cantik. Pada masa inilah mak ayah beliau ajak pindah ke China sebab bisnes ayah beliau ada masalah hutang 40m dan telah diistiharkan muflis. Beliau turut kecewa dengan keadaan tu tapi beliau bertekad untuk kekal Thailand dan berjaya dalam bisnes. So beliau stay bersama pakcik jaga kat rmh beliau a.k.a pekerja booth chestnut sementara mak dan ayahnya berpindah ke China.

Berkenaan siling yang kotor dan hitam tadi, beliau telah berusaha untuk membersihkan kotoran hitam dan mengecat semula. Namun, malang bagi beliau kerana walaupun dah cat bisnes owner lain masih complaint jadi pihak management terpaksa tolak beliau keluar. So beliau pun berhenti berniaga. Pada masa ni bukan sahaja beliau yang down dengan saya saya sekali turut rasa down dan give up.

Nak dijadikan cerita pada suatu hari beliau berjumpa dengan girlfriend beliau. Masa tenagh sembang dlm kereta girlfriend beliau telah keluarkan satu bekas di dalamnya ada seaweed dan bagi kat beliau untuk rasa. So beliau pun ambik dan rasa sangat sedap dan terus dapat idea nak buat bisnes seaweed pulak.

Sudahnya beliau jual semua mesin chesnuts beliau dan beli seaweed berkotak2 n grg sendiri kat rmh. Beliau juga membeli mesin packaging plastik utk pembungkusan. Berkotak2 beliau goreng semua hangus dan tak sedap.Membazir kan. Oleh kerana terlalu banyak pembaziran sekali lagi beliau rasa sedih dan kecewa. Duit baki pun dah makin susut nak beli seaweed utk try pun dah tak cukup.sian die😢😢 


Pasa suatu hari hujan turut dengan lebatnya. Beliau pada masa tu dalam perjalanan balik ke rumah, Apabila sampai dekat rumah beliau tengok pakcik jaga yg tinggal dengan beliau terbaring pengsan. Beliau ingatkan pakcik tu mati. Beliau rasa sangat sedih memikirkan siapa akan temankan beliau nanti.

Well masih panjang rupanya cerita ni...Beliau bawak pakcik tu pergi hospital. Rupanya pengsan aje. So pakcik admitted beliau pun balikla ke  rumah.

Setelah sampai di rumah, beliau ada nampak ada satu bungkusan seaweed mentah yang .tak di goreng lagi. Kiranya itulah bungkusan terakhir yang masih berbaki. Walaupun dah basah sikit terkena tempias hujan, beliau masih teruskan niat untuk menggoreng seaweed tersebut. Dalam hati beliau masih tu memang dah putus asa sebab dah tak boleh pikir nak buat macam mana baik untuk goreng nak bagi sedap.

Siapa sangka rupa-rupanya itulah last n the 1st plastic seawed yg bawak tuah kat beliau..Rupanya2 seawed mentah yg dibeli tak boleh terus goreg.kena basahkan dulu baru goreng. Barulah rangup..cehhh!!! So beliau dah dpt idea baru dan beliau mulakan bisnes dengan menjual bungkusan demi bungkusan. Market pada masa tu sangat slow. Mungkin juga sebab cara pembungkusan yang tidak menarik atau bukan kegemaran penduduk di sana.
Pada suatu hari dgn rasa down sbb bisnes tak berjalan dengan lancar beliau pun pergilah masuk ke dalam kerdai 7E n masa melangkah keluar tu beliau terbaca something kat paper n dpt idea nak paasrkan barang beliau di 7E.
Esoknya beliau pergi bawak sampel kat 7e.7e bagi green light jadi beliau gembira yang sangat namun kegembiraan tersebut ternyata hanya seketika.Beliau terkejut apabila 7e bagitahu nak buat inspection kilang n nilai kebersihan kilang..aiseh kilang beliau masa tu ada dekat ruang belakang rmh die n pekerja hanyalah beliau dan pakcik jaga tu.

Ini adalah stage yang paling mencabar bagi beliau. Beliau berniat untuk adakan satu kilang yang betul-betul. Jadi beliau sanggup jual rumah  dan jual keretanya  untuk siapkan kilang dan mencari pekerja..sgt touching ms tu 😢😢😢 Terus ending...7e buat inspection..die berjaya jadi supplier untuk 7E so sekrg dh jd jutawan sebab yerla...berapa banyak cawangan yang 7E ade kan...giler mewah... 

Cerita ini telah diadaptasikan berdasarkan cerita sebenar jutawan muda, Itthipat Kulapongvanich yang menjadi jutawan di usia 19 tahun. Rezeki tidak datang bergolek dan tidak juga mengenal usia. Selagi ada usaha, ada semangat yang kental dan kerajinan yang tinggi pasti akan berjaya juga akhirnya. DOnt Give Up!






Isnin, 15 Oktober 2018

8 fakta menarik tentang Hostel 5Footway Inn at Boat Quay Singapore



Salam...

Sekiranya anda merancang untuk berjalan-jalan di Singapura dalam masa yang terdekat anda bolehlah menginap di 5Footway Inn di Boat Quay, Singapura. Ianya berkonsepkn asrama (hostel) kerana tidak menyediakan tandas di dalam bilik. Bilik-bilik yang ditawarkan hanya mempunyai katil, tilam dan plug untuk caj. Tandas dan bilik air diasingkan untuk lelaki dan perempuan dan dipisahkan oleh bilik-bilik. Dengan itu, penginap lelaki dan perempuan mempunyai arah tandas dan bilik air yang berbeza dan tidak bertembung.



Konsep ini sebenarnya terlalu ringkas. Namun,dek kerana keringkasannya maka harga yang ditawarkan juga agak menarik. Semasa saya menempah bilik di sini secara dalam talian, harga yang ditawarkan untuk satu katil double decker (2 tingkat) adalah RM150 (S$50) dan termasuk sarapan.

Jika anda ingin berminat untuk menginap di sini, anda boleh teruskan pembacaan mengenai 8 perkara menarik tentang hostel ini.


1. Self Check-In 

Di hostel ini anda tidak akan menerima greeting kerana hostel tidak menawarkan perkhidmatan kaunter untuk check-in. Terdapat 2 mesin check-in layan diri disediakan di tingkat 1 hostel ini. Anda boleh check in dengan memasukkan no booking dan menerima kad access ke bilik dari satu saluran yang ada pada mesin tersebut. Senang dan ringkas. 5 minit je dah siap semua dan dah boleh masuk bilik.



2. Security

Jangan pandang rendah pada hostel ini. Kad accessnya sama standard seperti hotel 5 bintang. Kad access yang berciri keselematan ini menjamin privacy dan keselamatan penginap di hostel ini. Jadi, anda janganlah risau pasal keselamatan kerana kad access ini tidaklah seprti kunci mudah dipecahkan. Tambahan, terdapat cctv di kebanyakan sudut yang monitor penghuni di dalamnya.




3. Plug standard 3pin

Ramai traveller berminat untuk mengetahui sama ada terdapat plug pengecas di dalam bilik hostel/hotel dan sama ada ianya standar biasa Asia dalam bentuk 3 pin atau jenis 2 pin. Di hostel ini, masih menggunakan standar 3 pin biasa sepertimana kita pakai di Malaysia.



4. Ruang bilik yang luas

Ini adalah ruang paling penting untuk diambilkira sebelum menempah mana-mana tempat penginapan. Di hostel ini, keluasan biliknya mungkin tidak setanding hotel tetapi sapa yang saya boleh katakan, ruang biliknya luas bagi harga yang berbaloi baloi. Kira oklah tu, ada sikit ruang untuk solat, bergerak sikit dan untuk letak barang. Bilik besar-besar pun bukannay duduk 24 jam kat bilik pun kan.




5. Sarapan layan diri

Harga yang murah, ruang bilik yang luas dan sebagai bonus, pakej penginapan disertakan dengan sarapan pagi. Walaupun sarapannya sama (saya menginap 2 malam di sana), roti bakar tetapi bagi saya sebagai pelancong saya tidaklah memilih bab makanan. Dah cukup baik dah sarapan disediakan. Sekurang-kurangnya jimat sikit kos makan. Tapi kan di waktu-waktu mengembara (melancong) roti hari2 pun tak kisah sebb dah lapar sangat.hahhaa.




6. Ruang makan yang luas

Ruang makannya luas. Terdapat 1 meja makan 6 seater dan  1 meja makan 4 seater di bahagian dalam dan di luar pula ada meja (bar) dan kerusi serta 1 meja dengan 4 seater. Nampak compact pada asalnya tapi sebenarnya luas sebab masih ada ruang untuk penginap di sini untuk keluar masuk dan bergerak.



7. Pemandangan yang indah dari balkoni di luar ruang makan.

Ini adalah bonus paling besar jika menginap di sini. Kawasan hostel ini adalah di tepian sungai Singapura. Jadi, anda boleh melihat pemandangan yang cantik dari luar balkoni ruang makan. Anda boleh melihat sekeliling dan paling best adalah apabila memandangan Marina Bay Sand yang tersergam indah nan menawan. 



8. Check-Out mudah. Just drop kad bilik dalam kotak yang disediakan.  

Jika tadi saya cerita pasa check in yang mudah, nak cerita proses check outnya lagi paling sempoi. Just drop kad access bilik di kotak disediakan sebelum jam 11 pagi dan tadaa...setel dah check out. Boleh blah dengan senang hati...




Itulah dia 8 perkara yang menarik dan perlu anda ketahui. Boleh google untuk further infor. Sekiranya anda berminat untuk stay di sini anda juga disarankan untuk rajin-rajinlah survey harga yang ditawarkan agen booking online umpanya booking.com atau agoda untuk mendapatkan harga yang paling rendah. Anda juga boleh melayari website hostel ini untuk menempah. Terdapat 2 cawangan lain hostel ini. Memandangkan saya tidak pernah menginap di 2 tempat yang lain tersebut saya tidak boleh mengagak sama ada fakta-fakta di atas terpakai di 2 tempat/cawangan tersebut.





Selamat bercuti!


Iswa Tonie
Putrajaya.
15.10.2018

Sabtu, 13 Oktober 2018

Hina Agama Punca Khabib mengamuk!


Jika ada yang masih tertanya-tanya mengapa Khabib yang menang dalam pertarungan UFC 229 pada 6 Oktober 2018 yang lalu telah mendapat liputan meluas di media massa, di sini ada jawapannya.

Sehari sebelum pertandingan berlangsung, satu sidang media telah diadakan secara besar-besaran, Pada majlis tersebut, kedua-dua pesaing ini diiring masuk oleh kumpulan masing-masing yang terdiri daripada jurulatih, pengurus dan ahli penyokong kumpulan. Kelihatan di dalam sesi tersebut, Khabib dengan tenang melangkah masuk walaupun ketika beliau melangkah masuk sudah terdengar sorakan daripada penyokong lawannya. Sikap tenang tapi tegas yang dizahirkan dari wajah peninju Rusia ini jelas menimbulkan rasa ketidakpuasan hati para penyokong pesaingnya.

Di majlis yang sama,  Mcgregor telah bertindak menawarkan arak kepada Khabib seolah-olah cuba untuk membangkitkan amarah (provoke) keimanan Khabib. Sedangkan Mcgregor sedar bahawa Khabib bukanlah seorang yang mudah diperkotak katikkan.  Dalam insiden tersebut, Khabib dengan tegass menolak pelawaan itu dan berkata “ I don’t drink and I never do”.

Berikut ucapan Khabib sebelum beredar daripada majlis tersebut.

Khabib : “Alhamdulillah…..alhamdulillah..i know you don’t like this…. (senyum) ..tomorrow Im gonna smash your boy…im gonna smash your boy, guys….”

Ternyata, sorakan dan teriak dari penyokong pesaingnya tidak langsung menggerunkan Khabib. Dalam langkah penuh yakin bahawa Allah sentiasa ada bersamanya, Khabib beredar tanpa apa-apa tindakan lain walaupun terdapat sedikit provokasi dimulakan oleh Mcgregor.

Detik-detik perlawan berjalan dengan lancar. Tindakan Khabib ternyata mendominasi perlawanan. Dan bagaikan dijangka, Mcgregor menyerah kalah secara submission di round ke4.
Sebaik kemengan diumumkan, Khabis mendahulio Mcgregor, keadaan serta merta menjadi kacau apabila penyokong Mcgregor yang tidak berpuashati masuk ke gelanggang dan diikuti oleh penyokong Khabis. Pergaduhan tumbuk menumbuk berlaku namun akhirnya dapat dileraikan oleh pengawal yang bertugas.

Siapa sangka dalam kekalutan itu, Khabib yang sememangnya telah lama memendan rasa terhadap pengurus dan penyokong Mcgregor bertindak melemparkan pengunci mulut  dan melompat keluar terus melompat dan menendang pengurus Mcgregor. Perbuatan tersebut berlaku dalam sekelip mata. Mujurlah pengawal telahpun bersedia dan berjaya meleraikan pergaduhan tersebut.

Insiden ini telah menjadi isu utama yang diketengahkan oleh Khabib dalam ucapannya pada sidang media yang di buat sejurus selepas tamatnya perlawan tersebut. Khabib melahirkan rasa menyesal kerana telah bertindak melompat keluar daripada arena dan perkara ini sudah pasti akan mendapat kritikan daripda ayahnya sendiri. Khabib turut mempersoalkan pendirian penyokong Mcgregor yang berat sebelah dan tidak menilai keadaannya yang telah dihina baik dari segi keturunnya, agamanya dan malah ayahnya pernah menjadi topik hinaan Mcgregor. Perang psikologi yang diterbitkan oleh Mcgregor seolah-olah mencabar kesabaran dan keimanan seseorang. Khabib menambah, bahawa sebagai seorang petinju, perbuatan keluar daripada arena adalah dianggap tidak professional. Namun Khabib bertegas bahawa tindakan tersebut bersebab.


Jika diamati, banyak yang bole dikutip daripada insiden ini. Umpamanya, kesabaran ada batasnya. Apabila seseorang menghina tanpa henti dan menolak kesopanan dan kesusilaan, adalah tidak wajar kekal dengan pendirian tidak membalas dengan harapan penghina tersebut berhenti dan bertaubat sedangkan penghina tidak pernah tidak, cuba untuk menimbulkan perasaan marah yang amat sehinggakan setiap ruang dan peluang dimanfaatkan sepenuhnya. 


Dalam keadaan sebegini,  adakah diam itu memberhentikan penghina daripada berkata? Tepok dada tanyalah selera. Mungkin itulah yang Khabib ingin penyokong Mcgregor pikirkan. Bayangkan kalau anda berada di tempat Khabis, tidakkah anda akan "memanfaatkan" satu-satunya peluang yang ada?

"Allah is with me" 

Kejadian seperti sebenarnya bukanlah kejadian yang asing dan terpencil. Di zaman serba moden dan berteknologi tinggi ini sebenarnya agak mudah untuk mengkaji berkenaan kekurangan dan kelemahan pesaing. Setelah mendapat titik kelemahan pesaing adalah perkara mudah untuk bermain dengan perasaan walaupun terpaksa menghina agama yang sudah semestinya suatu isu yang sangat sangat sensitif. Tidak perlu melihat jauh, cuma klincarian hina agama, maka pelayar akan menunjukkan cerita-cerita dan isu hina agama yang berleluasa di dalam ataupun di luar media massa. Lebih buruk, penghina menghina secara bertubi-tubi tanpa apa-apa response daripada mana-mana pihak. Sekiranya agama itu mempunyai perasaan, tidakkah ianya berkecil hati atas penghinaan tanpa pembelaan. Sifat yang dimiliki oleh Khabis ternyata lebih wajar. Islam itu indah. Islam mengajar tentang keamanan dan adab manusia. Peradaba manusia seharusnya menuju penambahbaikan dan bukannya mundur ke belakang dan menyamai kaum keturunan terdahulu yang jahil tanpa agama sebagai panduan utama.




Ini adalah lanjutan daripada posting terdahulu. Jika ingin baca posting tersebut, boleh klik disini.

Khamis, 11 Oktober 2018

Si penawar hati


Ke mana lagi hendakku tuju
Ke mana lagi kakiku nan melangkah
Telah kering keringat ditubuh
Mencarimu aku belum ketemu
Mendakapmu hanya dalam mimpi di hujung waktu

Ke mana si buah hati
Hilang dari genggaman ini
Apakah kembali mencari yang sejati
Apakah kembali pada yang menagih janji
Apakah telah kembali sujud di kaki Ilahi

Kemanakau menghilang wahai si penawar hati
Baru semalam kau duduk bersimpuh disisi
Kau renung kau bisik kau bukakkan hati
Kau hidangkan sebuah tari
Entah di mana hilangnya pedoman diri
Kau suci hati nurani

Aku masih menunggu kau kembali



Rabu, 10 Oktober 2018

The Vow : Movie Review



Paige (Rachel McAdams) and Leo (Channing Tatum) adalah pasangan bercinta dan akhirnya berkahwin. Kehidupan kedua-duanya sangat indah. Paige adalah seorang artis yang yang melukis sebagai kerjaya sementara Leo mempynyai syarikat recodingnya sendiri.

Kehidupan yang ceria dan indah diduga apabila kedua-dua terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kesan terbesar apabila Paige hilang ingatan dan tidak mengenali suaminya sendiri, Leo. Leo yang terkejut tidak melatah sebaliknya menerima kekurangan Paige. 

Akibat daripada kemalangan itu, memori Paige terhad kepada keluarga dan memori di awal tamat persekolahan. sedikitpun memori berkenaan Leo tidak dapat diingatnya menyebabkan kedua-dua mereka menjadi orang asing dan mula hidup berasingan.

Keadaan ini menjadi titik mula kesedihan di mana kedua-duanya menjadi renggang. Pagie telah berpindah ke rumah ibu bapanya semula dan akhirnya menjalani kehidupannya dengan caranya sendiri. 

Sementara Leo hanya memberikan ruang kepada Paige untuk mengingati semula kenangan indah mereka bersama secara beransur-ansur dan tanpa memaksa.

Kehidupan berasingan memberi ruang kepada Paige untuk melalui kehidupan tanpa Leo sebagai penunjuk arah. Akhirnya tanpa sedar, Paige mula merindui Leo dan pada suatu malam, Paige terserempak dengan Leo di hadapan kedai yang biasa mereka pergi semasa bercinta. Dijadikan cerita, kedai tersebut telah ditutup dan secara alternatif Leo telah mengajak Paige untuk pergi ke kedai lain yang merupakan kedai favaourite mereka juga.

Paige seorang yang ceria dan berasal dari keluarga berada


perkahwinan Paige dan Leo


kehidupan Paige dan Leo yang sangat mencintai satu sama lain.
Kesimpulan daripada filem romantik ini :

1. Pasangan bercinta, suami dan isteri pasti akan diduga. Ada yang diduga dengan penyakit, ada yang diduga dengan perasaan beralih arah dan ada juga yang diduga dengan ketiadaan cahaya mata.  Dalam kehidupan ini, pilihan sama ada untuk kekal dengan perasaan yang ada, kecewa ataupun redha terletak di tangan kita sendiri. Di dalam filem ini, Leo tetap merasa kecewa atas perubahan sikap Paige namun beliau tidak memberontak dengan mencari cinta lain namun bersikap tabah dan sabar dan terus berharap agar ingatan isterinya kembali pulih. 

2. Hargai orang yang menyayangi dan menghargai kita dengan cara menerima baik dan buruknya. Dalam apa jua keadaan, dugaan dan cabaran tetap ada. Sabar, redha, syukur dan doa perlu dalam apa jua keadaan sekalipun.

3. Semua yang berlaku ada sebabnya. Besar kemungkinan kita akan nampak keburukan sahaja namun disebalik musibah terselit hadiah yang lebih besar dari segala hadiah yang ada di muka bumi ini dan kekal milik kita selamanya.

Wallahualam.


Iswa tonie, 
Putrajaya.

Isnin, 8 Oktober 2018

Assalamualaikum Khabib



Salam semua,

Selamat hari isnin. Ramai yang kata isnin hari yang paling malas nak turun keje sebab kalau boleh nak continue sambung weekend.2 hari tak cukup untuk rehat dan menguruskan kelusrga.Pendapat ni mungkin juga betul kadang kadang sebab permulaan hari memang banyak dugaannya.Sebegitu jugala permulaan untuk semua perkara sama ada permulaan perkahwinan permulaan hari sekolah pemulaan hari menjadi ibu bapa namun semua permulaan ini jika ditempuh dengan sabar dan tabah akan menjadi hari yang paling indah yang pastinya akan dikenang sehilang mati. Kerana setiap permulaan membawa kepada peluang dan ruang yang baru maka bertabahlah melawan nafsu sendiri.

Hari ini saya bercuti.Baru sahaja selesaj urusan peribadi dan urusan keluarga. Ada masa sedikit ni saya nak ulas atau mungkin juga berkongsi rasa dengan pembaca semua.
 
 
Kredit : www.theguardian.com

Tanggal 6 Oktober 2018 iaitu 2 hari lepas berlangsung perlawanan antara Khabib Nurmagomedov dan Macgregor. Siapa khalid?siapa Macgregor? Kedua-duanya adalah pesaing untuk UFC. UFC ni adalah singkatan bagi Ultimate Fighting Championship. Beribu pejabat di Vegas perlawanan hebat 6.10.2018 diadakan di Sin City dan menjadi tumpuan seluruh dunia.Perlawanan ini bukan sahaja memiliki daya tarikan tersendiri malah menjadi tumpuan apabila pelbagai isu dibangkitkan sebagai perang psikologi antara pesaing.

Khabib adalah warga Rusia beragama Islam yang mempunyai sejarah perlawanan tidak pernah kalah. Bagi saya Khabib adalah seorang Muslim yang tetap berpendirian. Kalau kita perhatikan betul-betul pesaing Khabib ni kuat main serang serang secara psikologi. Habis semua diungkitkan termasuklah bab agama, keturunan dan kewarganegaraan Khabib. Bagi peminat tegar Khabib korang mesti dah tengok kan bagaimana rude dan kurang ajarnya perangai si McG ni. Macam kuat sangat. Masok round 4 dah lembik macam gegirl. APatah!


Dan saya ingin melahirkan rasa syukur Khabib menang. Yelaah, cuba korang bayangkan kalau Khabib kalah. Masyaallah tak terbayang apa yang akan berlaku di dalam stadium tu. Mahunya geng2 McG tu merusuh mengamuk berbunuhan. Ini tak mustahil berlaku. Di sebalik ramai peminat Khabib atas attitude dan rendah dirinya itu, saya rasa ramai haters McG yang terdiri dari kaum dia sendiri. Semuanya berpunca kepada tindakan McG sendiri yang berlagak hebat, suka suki hina keturunan orang dan malah agama orang jugak! no manners dan sangat biadap. Benarlah kata-kata ustaz Zakir Naik. Semua kitab mengajar umatnya menjadi lebih baik dan sekiranya umat-umat kitab terdahulu benar2 berpegang kepada ajarannya sudah pasti mereka tidak akan terpesong, bertindak diluar batasan dan kurang rasa hormat. 



 Khabib Nurmagomedov submitted Conor McGregor in Saturday’s UFC lightweight title fight. Photograph: Stephen McCarthy/Sportsfile via Getty Images


Korang yang tak follow lagi insta Khabib bolehlah klik kat SINI. Saya perasan jumlah follower dah meningkat tak kurang 3 juta dalam masa 2 setangah hari. Alhamdulillah. Syukur ramai yang menyokong dan berada di belakang Khabib. 


Saya salute cara didikan yang diberikan kepada Khabib sejak kecil. Saya boleh katakan bahawa didikan ayahnya membentuk jati diri Khabib. Di zaman sekarang dugaan untuk mengekalkan keimanan pada diris sendiri pun sudah cukup berat  inikan pula dugaan melawan pesaing yang psiko.

Saya akan cuba untuk sambung entry ni. Banyak lagi nak share pasal video, instagram dan jugak komen follower and haters. Ada pengajaran yang menyentuh hati semua orang (muslim esp) rentetan daripada game 6.10.2018 ni.  To be continued.


Iswa Tonie
09.10.2018
Putrajaya

Ahad, 7 Oktober 2018

Trip Bajet ke Singapore Part II -Day 1

                                                 

Bersambung dari Part 1.


KL  (BTS) - Tuas Check Point (Singapore)- Golden Mile Complex (Singapore)-Jalan Arab -Boat Quay (Hotel)

Kami sampai di Imigresen Malaysia sekitar jam 12 tengahari. Pada masa ni bas hanya berhenti sekali dan kami semua dalam kelaparan sangat-sangat. Pada masa ni semua orang ingat bas akan berhenti untuk makan tengahari. Jadi semasa bas berhenti untuk kali pertama jam sekitar 1000 pagi semua kami hanya membelikan makanan untuk alas perut. Itupun semua habis di makan.

Kalu orang tua pun lapar apatah lagi buak-budak kan. Nasib baik pagi tadi saya sempat gorengkan nugget Ramli dan bawak bekal. So adelah makanan untuk mereka sementara menunggu masa untuk makan tengahari.

Selesai cek passport di Imigresen Malaysia, bas yang sama menunggu di luar stesyen pemeriksaan tersebut terus membawa kami bergerak menyusuri jambatan di Laut China Selatan ke Singapura. 



Check Point pertama adalah Tuas Check Point yang menempatkan kastam dan Imigresen Singapura. Di sini, kami terpaksa berdiri dalam queue lebih kurang sejam setengah. Boleh tahan jugakla lamanya tu. Bila sampai turn kite tak sampai 5 minit pun cek passport. Yang lamanya tuh berdiri..Naik longgar skru lutut. Dahlah lapar hehehe

Settel semua kami akhirnya masuk dalam Singapura...yess...WELCOME TO SINGAPORE...

Seperti yang saya sebutkan dalam entri terdahulu, bas yang kami baik akan stop di Golden Mile Complex. Ianya adalah terminal bas  macam Pudu Raya. Namun bas kami berhenti di hadapan Complex tersebut dan semua penumpang turun. Kami terpinga pingalah jugak sebab tak pasti kenapa semua orang turun. Bila ditanya dengan driver bas rupa-rupanya semua biasanya akan trn di bas stand hadapan complex kerana lebih mudah dan dekat dengan Masjid Sultan. 



Oleh kerana semua orang tengah lapar jadi kami singgah dulu makan. Masa ni dah tak kira dah nak masuk kedai mana sebab semua kedai boleh tahan penuhnya. Ramai betul manusia kat sini....



Iswatonie 
Putrajaya.

Trip to Guangzhou 2013

kredit : Youtube
Salam di pagi ahad…

Cuaca sedang elok je pagi ni. Sementara anak-anak concentrate dalam kelas swimming dieorang saya cuba untuk habiskan sharing nie..Posting ni sepatutnya di buat 5 tahun semasa kejadiannya baru-baru lagi berlaku tapi oleh kerana kekangan masa dan kekurangan mood untuk menulis apa lagi menaip, maka posting ini terlewat selama 5 tahun.

Mungkin ada yang bertanya kenapa dan apakah sebabnya saya kurang menulis. Takkanlah sibuk sangat sampaikan nak menaip sebaris ayat pun payah. Yah, kalua ada yang bertanya mungkin akan saya jawab dengan jawapan versi ini :

Saya bukanlah seorang yang sentiasa berada di hadapan pc atau laptop mahupun Hp menatap posting sendiri atau orang lain. Saya tidaklah sesibuk mana. Cukup saya katakan bahawa sebagai seorang dpp (pada masa itu)yang terbeban dengan keja yang tidak pernah susut, dan sebagai seorang isteri yang mempunyai 2 orang anak yang berumur 3 dan 7 tahun tanpa pengasuh atau orang gaji, masa-masa terluang saya sangat sangat berharga. Masa-massa lapang saya gunakan dengan membasuh, mengemas, melipat baju dan belaja memasak. Ya, saya bukan seorang yang dilahirkan dengan skill memasak yang bagus. Semasa saya mula-mula berkahwin dengan suami saya, masa kari pun tak pandai lagi. Bolehla masak kari tapi kejadiannya seperti serba tidak kena. Walaupun suami tak komen banyak, tapi sebagai seorang isteri kitab oleh perhatikan dengan berapa suap yang suami kita telan..Para isteri mesti faham situasi begini. Sememangnya isteri-isteri diberikan the 6th sense sebagai anugerah. Kalau nak diceritakan special sense sebenanya banyak lagi sense yang boleh saya ceritakan termasuklah kuasa menghidu perbuatan2 tak elok suami, kuasa meramal perangai anak-anak dan mungkin juga kuasa untuk meramal masa depan keluarga dan anak-anak 😊….nantilah kalau ada masa terluang saya akan usahakan untuk share personal knowledge berkeneaan kuasa-kuasa seorang isteri yang Allah anugerahkan…

Saya rasa saya dah jauh ketengah laut nie…Eloklah saya kembali ke pesisir pantai.Hahaha… Beginilah saya banyak untuk saya ceritakan dan kongsikan. Saya selalu ingatkan diri untuk bercakap mengikut isu dan tajuk tapi kadang2 tajuk itu berkembang dan kerapkali saya tersasar. Bukan sahaja dalam posting tapi dalam kehidupan sebenarnya pun saya memang suka bersembang. Dan isu yang biasa kami suami isteri borakkan sudah semestinya socialmedia dan perkembangan anak-anak zaman sekarang..Nantilah ada masa saya cuba untuk ulas pasal isu itu pulak…

Ya, seperti yang saya cuba untuk huraikan di atas, saya bukanlah sesibuk mana.Hanya kesibukan biasa seorang ibu dengan 2 cahayamata yang meningkat usia. Kedua-duanya saya besarkan dengan didikan cara sendiri dengan berpandukan didikan mak ayah saya dan saya selitkan lebih kepada keutamaan berpegang pada Yang Esa. Saya kurang perhatian ke arah dunia social media.Jadi apabila timbul isu baru di mediasosia saya susah untuk memberikan komen. Isu socialmedia juga selalu menjadi isu bualan rakan-rakan. Oleh kerana saya susah untuk update isu-isu tersebut maka saya kurang bersocial juga. Lagipun saya terlalu sibuk dan masa-masa yang ada hanyalah sedikit untuk diri saya. Mungkin ada rakan-rakan yang kurang menyenangi tindakan saya yang kurang perihatin kepada perkembangan rakan sepejabat atau kurang ambil bahagian dalam perjumpaan atau sebagainya namun saya redha. Saya di sini hanyalah musafir. Hanya ada suami dan keluarga mentua. Itupun jauh nun di Rawang dan kami pada masa itu masih menetap di seksyen 6 Shah Alam. Dalam keadaan keluarga yang jauh saya cuba untuk minimisekan sebarang masalah…apa-apa sahaja masalah. Malah hujung minggu bagi seorang DPP tidaklah seindah hujung minggu rakan-rakan di unit lain…Walaupun berhujung minggu kami keja tetap diutamakan. Seawal petang ahad selalunya masa telah diperuntukkan untuk study kes minggu hadapan dan update apa sahaja yang perlu umpamanya dokumen dan saksi…menghantar reminder dan sebagainya….

Dan yaah,, saya dan suami berpeluang untuk ke Guangzhou, China pada Mei 2013. Trip yang kami rancang berdua ini sebenarnya adalah trip untuk membeli stok barang kraf saya. Dan oleh kerana negara China adalah negeri pemborong terbesar dan murah maka kami usahakan untuk kesana berdua.

Sebelum ke sana kami telah riki jalan dan hotel yang dekat-dekat. Kebanyakan maklumat yang kami tahu adalah berdasarkan blog2. Namun, blog2 tidaklah mendedahkan maklumat lengkap berkenaan area mana nak carik barang dan kedai yang murah dan sebagainya. Maklumat yang kami dapat cumalah perkongsian tempat nak pegi dan mungkin juga kemudahan yang ada di sana. Setakat itu sahaja.

Kami berdua memilih untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan MAS dengan seat economy. Pada masa tersebut tambang untuk pergi dan balik untuk seorang adalah RM2000 lebih kurang dan bagi kami harganya agak rendah berbanding airlines lain pada masa tersebut.

Perjalanan selama 4 jam dari KLIA ke Guangzhou berjalan dengan lancar pada masa itu. Setelah sampai di sana, kami dapatkan simcard local untuk memudahkan kami call anak-anak kami yang pada masa itu dijaga oleh anak saudara dan makcik saya yang diimport khas dari Kuching. Seterusnya, kami naik cab dan tunjukkan alamat kat driver taxi. Ini sebagai peringatan kat sape-sape yang nak ke China dan tak tahu bercakap mandarin yeh. Korang janganlah risau sebb kat sini kiranya driver-driver ni macam driver terlatih taw. Dieorg mungkin dah biasa bawak pelancong jdi korang cuma perlu tunjuk alamat dan die akan htr kat tempat tu. Macam kami hari tu kami tunjuk je alamat yang kami print kat paper (booking hotel) driver tu terus bawak ke hotel berkenaan. Cuma satu lah nak share...kadang2 sebutan nama hotel tu tak sama dengan sebutan kat sana jadi better tunjuk kat diorg nama and alamat hotel tu. Senang dioeg teka nak pegi mana.

Suami saya bolehla sikit bercakap mandarin. Nak dijadikan cerita pada hari kejadian tu sebenarnya suami dah bgtahu siap kat driver nama hotel tu. Bayangkanla dah cakap dalam mandarin pun die masih terpinga pinga. So kami tunjuk nama dan alamat yang dah diprint tu baru dia faham kami nak ke mana...begitulah ceritanya...

So sampai hotel kami rehat dan kelaparan. Walaupun kami adelah bawak sikit bekalan maggie etc (taklarat nak memasak aiehh) tp sebb dah lapar sangat kami keluar dan berjalan keliling bertanya di mana ada makanan halal. Dengan berbekalkan sedikit kepandaian berbahasa mandarin kami berjalan dari hotel ke kedai makan muslim yang paling dekat. Nak sampai ke kedai tu kiranya makan masa sejamla jugak sebab sekejab kami tanya sekejab kami sesat dan sekejab lagi carik jalan tak berjumpa jalan hahhaa....begitula bile berjalan tanpa hala tujuan hehehe...

Inilah antara menu yang ada di kedai tersebut. Kalau korang nak tahu macam mana kami pasti ini kedai muslim, sebenarnya kami bertanya dan interview tuan kedai tu dulu. Bukan kamila, suami seorang. Saya adelah menyampuk sikit2 dgn broken english hhehe...
korang tunjuk je nak makan yang mana. Kalau korang nampak makanan mee ke nasik ke ade daging tu daging kambing yeh.dieorang takde stok daging lembu kat sana mostly lambing je....katanyala...so nama kedai n kat mana lokasi saya susah sikit nak share sebb tak ingat nak ambik gambar depan kedai. 2 kali je makan kat sana and 2-2 kali tu kami kelaparan sangat.masa tu pulak takde power bank segala. Sempat ambik satu gambar je nie jek..huuhhuu...




Lepas makan kami terus berjalan jalan mencari kedai untuk beli barang. Sempatlah ambik gambar sebijik dua.....







Ini adalah pemandangan diluar kawasan hotel yang kami duduk. Di sini ada pasar macam pasar malam kite yang jual pelbagai makanan dan barang-barang basah. sate yang dieorang jual ni sate kambing. Jangan risau kami dah tanya dulu dieorang ni muslim ke tak. Sate ni sedap. Rasanya memang lain daripada sate yang kita ada di sini. Dieorang jual sate tanpa pencecah. Just makan macam tu je. Walaupun takde kuah sate saya tetap sukakan sate ni. Sate ni dibakar setelah diperap sebab rasa rempahnya hingga ke isi dan letakkan serbuk lada sebelum di makan. kira macam korang beli ayam goreng uncle bob tu la. Lepas goreng kan dieorang letak lada dulu. Kira samalah mcam yang ini. So lepaslah sikit rasa lapar yang datang balik bile dah banyak berjalan kan...


Keesokkan harinya kami berjalan lagi sampai petang. Ini adalah pemandangan waktu malam di sekitar hotel. Sunyi dan sepi. Kalau siangnya riuh rendah sampai ke petang namun malam sangat sangat sunyi kat tempat ni. Sikitlah nak puji dioerang ni semua ni. Semangat bekerja mula dari awal pagi. Pagi2 pkl 5 dieorang dah riuh rendah tapi semua ni berakhir waktu petang. Lain pulak kite kat sini. Sibuknya daripada siang bawak ke malam. Itu yang masa untuk family and anak-anak hilang entah ke mana. macam dieorang ni pulak petang dah siap ade kat rumah melayan keluarga. Nampak macam teratur sikit sistem keluarga dieorang.Yerlah kan, keje ni takkan ke mana. Keluarga lebih  penting.

Malam-malam kami saja berjalan-jalan menghirup udara segar. Masa tu takdelah sejuk sangat cuma beranginla sikit. Sejuk2 makan jagung rebus panas memang best. Tak sangka jumpa jagung rebus kat Guanzhou ..hehe

Hari ketiga kami masuk ke bandar sikit. kami sempatlah shoping sikit barang-barang untuk anak-anak. Nak kate baju kat sana murah2 tu takdelah murah mane. Cuma dapatlah beberapa pasang baju yang cantik dan kualitinya mcam oklah dengan harga yang berbaloi. Sory takde gambar cuma untuk memori shje.

so ini adalah menu kami kat bandar hari tu. Lupa lagi nak ambik gambar kedai tu. Sempatla tengok menu die and snap gambar. And even kami berjumpa Malaysia yang jugak shoping di Guangzhou. Katanya kedai makan tu memang portion die besar so berbaloi dengan harganya.


Korang rasa portion ni besar sangat ke biasa biasa je...

Malamnya kami sempatlah jalan-jalan kat bandar. Sempatlah naik cruise ....


dan ambik gambar sekepong 2 buat kenangan..


ni view dari dalam cruise ...


dan cruise ni akan melalui Canton Tower. Cantik dan bewarna warni..sangat meriah

...bye bye cruise hhehe.. 


Ni pemandangan dari bilik hotel kami. Kiri kanan bangunan ok. Takde pemandangan pokok ke ape. Memang keras je mate tengok permandangan macam ni hari hari.


Hari terakhir di Guangzhou kami tak banyak aktiviti. Just kemas-kemas dan bersiap untuk balik. Jadi saya takde apa apa nak share kecuali nak share yang last ni. makanan kami dalam flight balik ke KL.

Kami terlepas flight sebab salah tengok masa jadi kami terpaksa beli tiket baru. Bab ni saya tak nak share sebab sakit kepala memikirkannya. Tunggu ade masa terluang nanti saya share. Cuma nak ingatkan korang cek betul2 masa dan tarikh flight especially kalau ke luar negara. Kalau kene beli tiket flight baru memang menangis haruuuuu....

ok sampai sini je perkongsian hari ni. Nanti kami datang semula ke Guangzhou saya akan update semula korang info yang terkini punyer yeh..bye..