Selasa, 26 Jun 2018

Jalan-jalan ke Toronto, Canada


Salam semua, selamat hari Selasa…

Hari ni saya terlebih rajin menggoogle dan terjumpa satu kursus yang menarik bertempat di York Universiti, Kanada. Berdasarkan iklan yang dimasukkan di dalam laman web tersebut, kursus tersebut akan berlangsung pada 5-9 November 2018. Kursus tersebut tidak menyediakan kemudahan penginapan. Namun, mencadangkan hotel terdekat dengan walking distance ke Universiti. Bagi peserta kursus, kedudukan yang dekat adalah satu kelebihan kerana peserta kursus tidak perlu untuk mengeluarkan kos untuk pengangkutan.
Memandangkan kursus tersebut terletak di bandar Toronto, bandar yang berada di kawasan tepian pandai Kanada, adalah elok jika ditinjau kawasan-kawasan menarik yang boleh dilawati sekiranya berjaya mendapatkan tempat di kursus tersebut kelak.

berikut adalah tempat-tempat yang disyorkan berdasarkan laman web : http://www.seetorontonow.com/attractions/torontos-must-see-attractions/

CN TOWER & EDGEWALK



Bangunan setinggi 1,815 kaki ini merupakan salah satu simbol "the Seven Wonders of the Modern World" dan merupakan mercu tanda kebanggaan warga Kanada.

Kos Masuk :

Dewasa : CA36
Kanak-kanak (4-12 tahun) : CA 26

Kanak-kanak (bawah 3 tahun) : Percuma

RIPLEY’S AQUARIUM OF CANADA



Akuarium ini terletak di bawah  CN Tower  dan mempunyai hampir 16,000 jenis haiwan exotic di Toronto.


ROYAL ONTARIO MUSEUM (ROM)




The Royal Ontario Museum adalah muzeum terbesar di Kanada yang menempatkan sejarah budaya dan sumber asli Kanada. Jika anda berkesempatan ke sini, jangan lupa singgah ke Gardiner Museum untuk melihat seramik dan Bata Shoe Museum yang hanya mengambil masa beberapa minit perjalanan hanya dengan berjalan kaki.

Kos Masuk :

Dewasa : CA20
Kanak-Kanak (15-19 tahun): CA 15.50
Kanak-kanak (4-14 tahun) : CA 14
Kanak-kanak (bawah 3 tahun) : Percuma

ART GALLERY OF ONTARIO (AGO)


TORONTO ISLANDS & CENTREVILLE




Jika anda berminat untuk melihat sendiri dan menyaksikan keindahan alam,  anda boleh menaiki feri dan menyusuri Pulau Toronto. Terdapat beberapa pulau, pantai-pantai, kawasan berkelah , kemudahan sukan seperti kayak dan banyak lagi ditawarkan.  Selepas melewati pantai-pantai anda juga boleh membawa anak-anak ke Taman Centrecille untuk bermain dan menikmati pelbagai kemudahan yang menarik malah tempat untuk makan dan minum bersama keluarga. 

ST. LAWRENCE MARKET








Sekiranya anda mencari-cari tempat untuk mendapatkan cenderamata anda bolehlah berkunjung ke St. Lawrence Market. Untuk pengetahuan semua, Market ini telah diistiharkan oleh National Geographic sebagai  Pasar makanan terbaik di dunia.

HOCKEY HALL OF FAME


Jangan lupa singgah di Hockey Hall of Fame ya! 

 TORONTO EATON CENTRE
The Eaton Centre adalah tempat paling menarik di Toronto. Terdapat lebih daripada 250 peniaga fesyen, perabot dan elektronik dan pelbagai jenis butik untuk dimasuki di sini. 


THE DISTILLERY HISTORIC DISTRICT



Tempat ini turut dikenali sebagai tempat bersejarah negara  "National Historic Site". Terasa rugi jika tidak singgah ke sini. Terletak di kawasan lama Toronto dan anda berpeluang untuk merasai sendiri suasana Toronto di zaman bersejarah dahulu.

CASA LOMA




Istana milik Sir Henry Pellatt in 1914 dan merupakan istana kediaman beliau namun telah ditukar menjadi kawasan kunjungan pelancong untuk melihat sendiri keindahan bangunan istana dan tamannya yang indah. 

Kos Masuk :

Dewasa : CA27
Kanak-Kanak (14-17 tahun): CA 17.20
Kanak-kanak (4-13 tahun) : CA 17

Kanak-kanak (bawah 3 tahun) : Percuma

ONTARIO SCIENCE CENTRE


The Ontario Science Centre menawarkan pelbagai pameran interaktif yang menunjukkan perkembangan teknologi. Terdapat  planetarium, OMNIMAX movie theatre dan taman permainan kanak-kanak yang unik untuk diterokai di sini.


TORONTO ZOO



Toronto Zoo memuatkan hampir 5,000 haiwan termasuk gorillas and beruang kutub (polar bears) yang terdiri daripada hampir 460 spesis haiwan kesemuanya.

Kos Masuk : Berbeza mengikut musim

CANADA’S WONDERLAND



Jika anda minat kepada permainan yang extreme dan seronok anda boleh datang ke Canada’s Wonderland yang merupakan taman permainan dan hiburan yang terletak di luar. Taman ini menawarkan 70 permainan dan 20 ekar taman air. Anda akan berpeluang untuk menaiki roller coaster terpanjang di Kanada di sini. Jangan lupa datang!

terdapat banyak lagi tempat menarik yang lain yang mejadi tumpuan pelancong namun saya berpendapat tempat-tempat yang dicadangkan oleh laman web ini adalah yang terbaik dan ringkas terutamanya bagi pelancong yang mempunyai masa yang sangat terhad. Selamat Melancong!


Iswa Tonie
Putrajaya
26.06.2018

Tiada ulasan:

Catat Komen

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.