9 Ramadhan 1439H


Amal Makruf Nahi Mungkar

Salam Malaysia Truly Asia dan Salam Jumaat yang barakah...


Hari ni  Kementerian Kewangan Malaysia  telah mengadakan perhimpunan bulanannya yang pertama bersama Menteri Kewangan yang baharu, YB Lim Guan Eng. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan yang baharu pada 21 Mei 2018 yang lepas dan memulakan hari bekerjanya yang pertama pada 22 Mei 2018. 

Perhimpunan bulanan di Kementerian Kewangan adalah rutin wajib yang mengumpulkan semua warga Kementerian dari semua bahagian dan unit. Di perhimpunan inilah, kebiasaannya Menteri Kewangan akan menyampaikan amanat yang akan mengkhuskan kepada pergerakan kerja dan integiriti warga Kementerian. Sebelum pilihanraya ke - 14 amanat disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua.

Berikut adalah 5 amanat atau yang disebut oleh YB Menteri Kewangan sebagai teras kepada perkhidmatan beliau  iaitu pemansuhan GST, menstabilkan harga minyak, menjaga kebajikan rakyat, scandal-scandal yang perlu dibersihkan dan memastikan etika kerja dan integriti (cat-cekap, accountable dan telus) diamalka oleh warga Kementian.


Semasa mengulas berkenaan teras perkhidmatan beliau, YB Menteri Kewangan turut menyentuh berkenaan pelantikan beliau dan perjuangan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahadir Mohamad yang disifatkan oleh beliau sebagai seorang yang mempunyai iltizam yang sangat tinggi dan malah beliau sendiri tidak dapat bergerak seiring dengan YAB PM. YB Menteri Kewangan turut menyatakan semangat beliau untuk berusaha sedaya upaya menjadikan Kementerian Kewangan suatu Kementerian yang disegani dan menjadikan YAB PM sebagai contoh terbaik untuk diikuti. Beliau turut menyifatkan bahawa semangat dan iltizam YAB PM akan menjadi "pimpinan melalui tauldan" yang perlu dicontohi.

Di akhir penyampaian amanat beliau, YB Menteri Kewangan dengan menyampai sebuah pantun yang berakhir dengan "Amal Makruf Nahi Mungkar".



Perhimpunan ini telah berakhir dengan sesi selfie dan welfie secara berjemaah. Warga Kementerian telah memanfaatkan masa dan peluang yang ada untuk bergambar bersama beliau sehingga menyebabkan pergerakan keluar yang sedikit lambat. Namun, pada pendapat saya "warm welcome" jelas ditunjukkan dan warga Kementerian menyenangi kedatangan YB Menteri Kewangan dalam menerajui Kementerian ke landasan yang betul seperti zaman-zaman kegemilangan sewaktu pimpinan tahun dahulu.

Di hari baik bulan baik jumlah kita sama-sama berdoa agar Malaysia 'pulih' semula dengan cepat. Ya Allah, Sejahterakan Malaysiaku..Amin...

Iswatonie,
Putrajaya.

6 Ramadhan

Salam Malaysia Truly Asia,



Salam Sayang,
Iswatonie
Putrajaya.

21 Mei 2018- Barisan Kabinet Menteri Angkat Sumpah

Salam Malaysia Truly Asia,












 Iswatonie
 Putrajaya.

Pendaki OKU Anak Sarawak BERJAYA Tawan Kem Induk Everest


21.05.2018
Salam Malaysia Truly Asia,

Semenjak PH diumumkan sebagai peneraju negara bermula 10 Mei 2018 yang lepas, saya semakin seronok membuat pemerhatian ke atas media-media massa terutamanya televisyen. Memang diakui di zaman telefon pintar ini ramai pengguna lebih berminat untuk membaca berita daripada siri-siri akhbar online yang mana lebih cepat malah ada siri "live" daripada kawasan kejadian. Saya sendiri sebenarnya lebih suka membuka laman akhbar atas talian. Namun sejak GE14 ini saya perhatikan terdapat perubahan dari segi skrip dan pengisian berita. Mungkin ada baiknya saya terusnya membuat pemerhatian ini, bukan untuk tatapan sesiapa, cukup untuk memuaskan hati sendiri sahaja.

Hari ini semasa menonton siaran TV3 di laman tonton, saya terpaku  seketika dengan slot yang dibawakan ini. Ia adalah berkaitan kejayaan seorang anak muda yang cacat kakinya dan hanya bergerak dengan menggunakan buku lima tangannya, menaiki gunung Everest dan sampai ke Kem Induk Gunung Everest. Betapa gigihnya semangat anak muda yang merupakan seorang penuntut UIAM ini menakluk gunung yang tinggi hanya dengan mengesot dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Pada 15 Mei 2018 yang lepas Berita Harian telah membuat liputan berkenaan perkembangan siri penakluman Everest oleh beliau yang lebih gemar dipanggil dengan nama Adam ini, bersama-sama kumpulannya. Menurut liputan tersebut, misi pendakian tersebut telah dimulakan pada pukul 7 pagi waktu tempatan (bersamaan 9.15 pagi waktu Malaysia) padan 2 Mei 2018.

Bayangkan dengan cuaca yang sejuk pada suhu 5-7 darjah celcius, laluan berbatu, kekurangan anggota kaki, mengensot sejauh  5350 meter  jika tanpa minat, usaha dan kegigihan tidak akan menjadi kenyataan. Benarlah pepatah berkata, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Adam dan kumpulannya berjaya menawan Kem Induk Gunung Everest setelah hampir 16 hari pendakian. 

sumber : bharian

Pendakian yang dianggotai oleh 4 orang pendaki berpengalaman dengan pelbagai latarbelakang ini telah ditaja oleh Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang merupakan seorang pendaki berpengalaman negara.  3 yang lain turut bersama Adam adalah Aliff Abdullah sebagai ketua perubatan dan Irwan Yusof, pengurus ekspedisi bersama jurulatih Adam, Ardi Dullam.

Cerita berkenaan minat dan kesungguhan Adam sebenarnya bukan baharu. Awal tahun ini, pada 21 Januari 2018  Adam berjaya menawan puncak Gunung Datuk di Rembau dan cerita mengenainya telah disiarkan dalam Utusan Malaysia Online

Pada 21.10.2017  adam telah mengikuti ekspedisi pendakian ke Gunung Kinabalu yang berketinggian 8848m dari aras laut. Puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara itu mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar. Namun, berkat kesungguhan Adam berjaya menawan puncak tersebut. Sebagai rakyat Malaysia dan hamba Allah saya merasa terharu dan bangga dengan kegigihan Adam dalam mencapai cita-citanya. Liputan cerita Adam menawan Kinabalu boleh di baca di SINI.







Sedikit biodata Adam :


Profil: Azzrulkhan Hasrullah Matsah 
Umur: 24 tahun Adik beradik: Anak keempat daripada sembilan beradik.
 Keistimewaan lain: Fasih lima bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Jepun dan Somalia. Jurusan pengajian: Sarjana Muda Komunikasi Massa, UIAM 
Asal: Kuching, Sarawak.


Sebagai anak Sarawak saya turut berbangga dengan pencapaian Adam. Bukan senang untuk membuat pendakian yang mencabar. Apatah lagi cabaran dari segi fikizal dan mental juga. 

Semasa ditanya di dalam wawancara pagi ini sama ada Adam mempunyai ketikanya berasa berputus ada atau tidak, Adam menyatakan perasaan putus asa tidak terlintas langsung. 



Iswatonie 
Putrajaya, Malaysia


5 Ramadhan

Salam Malaysia Truly Asia,


Salam Sayang,
Iswatonie
Putrajaya.

21.5.2018

Salam Malaysia Truly Asia,



Salam Sayang,
 Iswatonie
Putrajaya.

4 Ramadhan

Salam Malaysia Truly Asia,




Salam Sayang,
Iswatonie Putrajaya.

3 Ramadhan

Salam Malaysia Truly Asia,




Salam Sayang,
 Iswatonie
Putrajaya.

14.5.2018

Salam Malaysia Truly Asia,




 Salam Sayang, Iswatonie Putrajaya.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...