Movie Review : The Ferdinand

Salam Malaysia Truly Asia,


Movie Review kali ni akan  membawa anda semua ke dunia animasi. Filem terbitan  20th Fox Century Animation, Blu Sky Studio s dan David Entertainment diadaptasikan daripada sebuah buku kanak-kanak tulisan Munro Leaf dan Robert Lawson yang bertajuk "The Story of Ferdinand".

Ferdinand adalah seekor anak lembu yang dibesarkan di sebuah ladang ternakan lembu yang khusus untuk melatih lembu-lembu untuk "bullfighting". Di Spain, salah satu sukan yang paling popular adalah perlawanan lembu. Bapa Ferdinand adalah salah seekor lembu "sado" yang akhirnya dipilih untuk ke perlawanan tersebut. 

Walaupun Ferdinand dilahirkan dan dibesarkan untuk menjadi "bullfighter" tetapi di dalam diri Ferdinand dia adalah seorang "matbunga". Ferdinand tidak sukakan pergaduhan dan merupakan seekor lembu yang penyabar. Buktinya, Ferdinand akan  cuba sedaya upaya untuk tidak bergaduh dan berlawan dengan kawan-kawannya walaupun di "provoke". Ferdinand juga  sangat sukakan bunga. Tersangat suka.

Pada hari kejadian semasa melihat bapanya beredar Ferdinand berasa sangat sedih dan menyuruh bapanya berjanji akan pulang semula berjumpa dengannya. Ferdinand menunggu sehingga malam namun bapanya tidak pulang. Keadaan tersebut membuatkan Ferdinand rasa sangat sedih dan cuba untuk melarikan diri.

Cubaan Ferdinand berjaya. Secara kebetulan semasa melalui kawasan rel keretapi Ferdinand mengejar keretapi yang sedang bergerak dan akhirnya Ferdinand berjaya melompat masuk ke dalam salah sebuah gerabak. Ferdinand pergi dengan membawa hati yang sedih kerana kehilangan bapa yang disayangi.

Keretapi yang dinaiki oleh Ferdinand berhenti di salah satu kawasan lapang. Ferdinand keluar daripada gerabaknya dan berjalan sambil melihat keadaan luar daripada ladang yang jelas berbeza daripada ladang tempat tinggalnya.

Semasa melalui suatu kawasan curam dan licin, Ferdinand tergelincir dan jatuh, Ferdinand telah diselamatkan oleh bapa Nina yang ketika itu kebetulan melalui kawasan yang sama.

Esoknya apabila bangun daripada tidur, Ferdinand terkejut dan tidak mengetahui di mana dia berada. Namun, setelh melihat Nina dan tutur kata Nina yang lembut dan manja.  Kedua-dua Nina dan Ferdinan menjadi kawan baik sehinggakan Ferdinand tidur pun di dalam bilik bersama Nina.


Ferdinand yang sememangnya peminat bunga  cepat serasi bersama Nina dan ayah Nina. Bukan sahaja Nina dan ayahnya seorang pencinta haiwan di mana mereka mempunyai ternakan ayam dan seekor anjing peliharaan. Mereka juga adalah pengusaha bunga. Tidak jauh daripada rumah Nina adalah kebun bunga yang mempunyai pelbagai jenis bunga. Ini membuatkan Ferdinand berasa sangat gembira dan beruntung kerana dia daoat menghidu bau alam dan bau bunga setiap hari. 




Ferdinand membesar bersama keluarga ini sehinggalah pada suatu hari apabila tiba musim bunga, Ferdinand menyimpan hasrat untuk pergi ke pekan yang menyambut pesta tersebut namun niat Ferdinand ini dihalang oleh bapa Nina.  setelah Nina dan bapanya bertolak ke pesta tersebut, Ferdinand telah nekad untuk menyusul tanpa diketahui oleh mereka.  setibanya di pekan tersebut, Ferdinand berasa sangat gembira apabila melihat hiasan bunga berada di setiap sudut pekan. Hampir kesemua bunga yang dijumpainya di hidu.  Penduduk pekan yang berada di pekan tersebut terkejut apabila melihat seekor lembu yang besar berada di dalam pekan tersebut namun mereka hanya diam dan tidak berbuat apa-apa.


Manusia takutkan binatang. Binatang pulak kasi senyum free.heheh





Keadaan bertukar menjadi kelam kabut apabila seekor lebah telah menyengat punggung Ferdinand menyebabkan dia menggelupar dan berlari tanpa tujuan. Seorang bayi yang terlepas daripada jagaan ibunya menjadi mangsa kejadian. Ferdinand yang kesakitan tidak menyedari bahawa tanduknya telah menyondol stroller bayi dan akhirnya tersangkut di penyidai yang berada laluan pejalan kaki di dalam pekan tersebut. Ferdinand kemudiannya tersedar dan terus menyelamatkan bayi tersebut daripada terjatuh.

Ferdinand tidak dapat menyelamatkan dirinya dan akhirnya ditangkap dan di bawa ke ladangnya semasa kecil dahulu. Nina berasa sangat sedih. Manakala Ferdinand pula berasa sangat terkejut apabila bertemu semula dengan rakan-rakannya semasa kecil. 


Seekor kambing betina telah diarahkan untuk menjadi penjaga (pengurus)  Ferdinand. Kambing betina ni perwatakannya sangat comel, petah dan kelakar. keadaan pada masa ni sangat genting kerana Ferdinand cuba untuk melarikan diri dan pada masa yang sama cuba untuk meyakinkan kawan-kawannya bahawa dia bukanlah seorang "fighter" dan dia perlukan kehidupan lain. 


Rakan-rakannya mengetawakan Ferdinand. Mereka berannggapan bahawa kehidupan mereka hanyalah bertarung di gelanggang atau menjadi mangsa sembelihan, dan tidak ada jalan kehidupan yang lain bagi seekor lembu melainkan 2 pilihan tersebut sahaja. Sekiranya gagal terpilih untuk menjadi fighter makan mereka akan disembelih akhirnya.


Ferdinand meneruskan niatnya untuk melarikan diri. Misi tersebut dibantu oleh 3 hedgehog yang comel ni. 


Akhirnya kesemua mereka berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta. Kelakar betul masa ni. Bayangkanlah semua naik satu kereta badan besar2 termasuklah 3 ketol tikus mondok dan kambing gegirl, Lupe.

comel kan dieorang nie.





















Namun dipertengahan jalan, Ferdinand berjaya ditangkap dan di bawa ke gelanggang stadium untuk perlawanan yang ditunggu-tunggu. 

keadaan di dalam stadium yang sarat dengan manusia membuatkan Ferdinand tergamam seketika. Dipendekkan cerita, Ferdinand hampir-hampir membunuh pengawal bullfighter tapi Ferdinand berjaya mengawal dirinya. Akhirnya pengawal tersebut dilepaskan Ferdinand bebas.

Nina muncul semasa semua orang sedang bersorak dan akhirnya Ferdinang kembali ke ladang bersama Nina dan ayahnya. Turut bersama adalah semua rakan-rakan Ferdinand.

Cerita ini sesuai untuk semua golongan. Banyak message kehidupan ada di dalamnya. Antaranya adalah konsep kehidupan tidak boleh berputus ada, perlu ada tujuan hidup dan hidup bersahabat. 


Antara pemilik suara animasi  :








      







Selamat Menonton Semua. 





Iswatonie,
Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...