Ahad, 22 April 2018

Filem Romantik Bermotivasi Tinggi Mesti Tengok : The Mountain Between Us Movie Review


Salam Malaysia Truly Asia,

Bagi peminat cerita-cerita romantiik, filem ini sudah semestinya menjadi pilihan untuk tontonan. Tambahan pelakon seperti  Kate Winslet yang membintangi filem tersohor Titanis dan latar belakang gunung salji membuatkan kita terfikir apakah sebenarnya corak cerita romantik ini.

Saya mulakan dengan  memperkenalkan pelakon utama  filem ini. Kate Winslet  (sebagai Alex Martin) di dalam cerita ini adalah seorang jurnalis (wartawan) sementara Idris Elba  (sebagai  Dr Ben Bass) adalah seorang pakar bedah.  kedua-duanya bertemu di Lapangan Terbang Boise. Pada masa tersebut, penerbangan dibatalkan disebabkan ribut salji. Alex telah mendapat idea untuk menyewa  kapal terbang kecil milik Beau Bridges (sebagai Walter) daripada Lapangan Terbang Boise ke Salt Lake City. Alex tidak dapat duduk diam kerana Alex akan berkahwin selang sehari. Sementara Dr Ben pula perlu menghadiri pembedahan di Baltimore, Maryland. Kedua-dua mereka menaiki kapal terbang milik Walter. Turut serta bersama-sama meraka adalah seorang anjing milik Walter.


Kapal terbang mereka secara amnya berjaya melalui kawasan-kawasan yang mengalami cuaca buruk. Alex dan Dr Ben menyangkakan mereka akan berjaya sampai ke destinasi. Malangnya, Walter  diserang strok menyebabkan kapal terbang mereka terhempas di atas gunung salji. Nasib Dr Ben sangat baik kerana masih hidup dan hanya mengalami cedera ringan. Sementara Alex, mengalami patah kaki , dan Walter terkorban.

Di sinilah bermula detik-detik permulaan cerita di mana kedua-duanya cuba untuk bangkit dan bersemangat untuk hidup dan mendapatkan pertolongan. Kedua-duanya, dan anjing milik Walter berjalan mengharungi gunung ganang yang sejuk dan beku tanpa hala tuju.


Semasa berada di dalam perjalanan, perbagai ujian ditempuhi oleh Alex dan Dr Ben, termasuklah kemalangan yang menyebabkan Alex terjatuh di dalam tasik yang membeku. Kerjasama, saling bantu membantu, saling faham memahami antara mereka merapatkan hubungan antara mereka. Pada saat inilah, Dr Ben dan Alex belajar untuk lebih mengenali satu sama lain. Pada kebanyakan masa, Dr Ben menjadi seorang hero yang menjaga kesihatan  dan  keselamatan Alex tanpa henti. 

Setelah menempuh perjalanan yang jauh, Alex tidak mampu lagi berjalan menyebabkan Dr Ben membuat satu alas untuk menarik Alex .  Bayangkanlah berjalan menempuh salji yang tebal dan sejuk . Sudahpasti pasti perjalanan mereka sangat sukar. Namun, nasih menyebelahi mereka.

Akhirnya mereka berjaya menemui sebuah rumah usang yang ditinggalkan. Di sana, mereka  menjadi lebih rapat dan cuba untuk mencari jalan untuk hidup. Sepanjang perjalanan, mereka tidak bertemu dengan sesiapa. Apabila mereka melihat rumah usang tersebut sekurang-kurangnya mereka berjaya untuk berlindung dari kesejukan salji. 


Pada suatu hari semasa sedang berjalan untuk mencari jalan keluar   kaki Dr Ben telah  terkena perangkap berduri. Alex yang dalam keadaan tidak bermaya terus  bergegas mencari pertolongan. Nasib baik pada masa tu anjing mereka telah membawa Alex ke kawasan pembalakan tidak jauh dari situ. 
Alex dan Dr Ben sedar  di bawa ke hospitall. Sebaik sedar daripada tidur,  Dr Ben  terus pergi ke bilik  Alex dan mendapati Alex  bersama tunangnya. Dr Ben rasa kecewa dan berlalu dengan hampanya. 

Sejak keluar daripada hospital, kedua-duanya tidak berhubung langsung. Dr Ben seolah-olah enggan mengingati semula kenangan bersama Alex. Dia cuba memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya. Sementara Alex pula cuba untuk menghubungi Dr Ben namun tidak pernah di sambut. Bagi Dr Ben, dia tidak mahu berasa kecewa  dan hampa. Biarlah Alex meneruskan hidupnya bersama tunangnya, sementara Dr Ben meneruskan kehidupannya bersama kerjayanya. 

Alex tidak pernah putus asa menghubungi Dr Ben walaupun Alex tahu semua panggilan telefonnya tidak pernah dilayan oleh Dr Ben.Sehinggalah pada satu hari Alex telah mengirimkan gambar-gambar yang telah di ambil semasa kejadian mereka bersama di gunung. Dr Ben yang menerima gambar-gambar tersebut telah terbuka hati untuk bertemu dengan Alex. Dan akhirnya mereka bertemu setelah sekian lama.

Pertemu mereka adalah penghujung kepada cerita romantis ini. Pada pertemu tersebut, kedua-duanya nampak janggal sedangkan kedua-duanya sangat rapat dan saling menyimpan perasaan antara satu sama lain semasa berada di pergunungan. Di pertemuan tersebut Alex telah meluahkan perasaannya dan memberitahu bahawa dia tidak dapat meneruskan perhubungan bersama tunangnya kerana telah jatuh cinta dengan Dr Ben. Pada masa ni keadaan seolah-olah tegang sikit sebab Dr Ben seolah-olah tidak ada perasaan langsung kepada ALex. Respon Dr Ben pada masa tu hanyalah  diam dan tidak memberikan respon balas yang postifi. Akhirnya kedua-duanya mengucapkan kata-kata selamat tinggal sedangkan di dalam hati mereka menyimpan rasa sayang antara satu sama lain.

Setelah berpisah daripada pertemuan tersebut, Alex dan Dr Ben berjalan secara berlawanan. Alex dan Dr Ben melangkah sambil berdialog di dalam diri mereka apakah jalan terbaik untuk mereka ambik. Dan akhirnya kedua-duanya berundur dan  berlari mendapatkan satu sama lain. 
Noktah.

Ada beberapa perkara yang boleh diambil iktibar setelah menonton cerita romnatis ini. Pertamanya, sifat azali manusia adalah mudah jatuh cinta dan sayang seseorang, terutamanya seseorang yang menjaga dan memberikan sepenuh perhatian kepada kita. Di dalam cerita ini Alex telah jatuh cinta  berdasarkan tindakan dan kebaikan yang telah dilakukan oleh Dr Ben terhadapnya. Sebagai seorang Dr, Dr Ben menjaga Alex yang dalam keadaan sakit, memerhatikan perkembangan luka dan kebajikan Alex dari pelbagai segi. Di dunia nyata, lelaki seperti Dr Ben adalah lelaki  yang diidamkan oleh semua wanita. Serius.

Keduanya, semangat untuk hidup yang tinggi antara mereka. Melihat kepada keadaan yang sejuk, gunung  ganang yang sejuk dek ais dan salji, mana mungkin manusia boleh hidup tanpa kekuatan fizikal dan mental. Di dalam cerita ini, Alex digambarkan sebagai seorang yang lemah. Mudah sakit dan cepat penat. Sementara Dr Ben digambarkan lelaki yang gagah, bersemangat tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat.



Perbezaan antara lelaki dan perempuan di dalam cerita ini adalah menggambarkan keadaan sebenar atau lumrah kehidupan. Dalam dunia yang nyata, wanita di pandu oleh lelaki. Lelaki telah dijadikan sebagai ketua yang akan memimpin keluarga, bangsanya  dan sudah pasti wanita. Gambaran ini jika digunakan di alam nyata, jelas memberikan tanggapan bahawa dalam menempuh dugaan, wanita mempunyai akal yang pendek sementara lelaki adalah teguh dan bersemangat memimpin untuk mengecap kejayaan.

Ketiga,  semangat untuk hidup bukan sahaja semasa di pergunungan yang seolah-olah tidak berpenghujung. Di dalam dunia nyata, cabaran hidup, kesempitan hidup atau pelbagai masalah adalah sama seperti pergunungan yang wujud di dalam cerita ini. Dalam ketidakpastian penghujungnya, kita mudah lemah dan kadang-kadang tersasar daripada semangat menempuh dugaan dan cabaran. Hanya manusia yang betul-betul kuat  fizikal dan mentalnya, akan berjaya mengharungi apa sahaja rintangan. Begitulah perumpamaan cerita romantis ini.


 Filem ni saya bagi  5. Jalan ceritanya menarik, pelakon yang berkaliber dan susun ceritanya sempurna.

Selamat menonton bagi yang belum menonton. 

Iswatonie 
Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.