Ahad, 22 April 2018

KEK LAPIS PAN BORNEO





Bahan A-

16oz Mentega

250gm Cream Cheese

1/2 tin susu manis

10 biji Telor Gread A

150gm Gula Halus

1 sudu makan Ovellet
80gm Holick
200gm Whipping Cream
50gm Nestum cerelax
330gm Tepung Gandum
Sedikit buah Prune

Bahan B
Warna Hitam + buah Prune yg di potong kecil
Warna Kuning + 2 sudu makan Jem Pineapple
Warna Merah + 2 sudu makan Jem Mix Fruit
Warna Putih + 25gm Coffee mate



Caranya -

Mentega + Cream Cheese + susu manis dipukol hingga kembang dan ketepikan

Telor + gula + Ovellet di pukol hingga pekat

Campurkan kedua dua adunan 

Masukkan Holick whipping Cream Nestum Cerelax dan akhir sekali Tepung gandum sedikit demi sedikit gaul hingga rata.

Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
Dan di Campur mengikut bahan B
Acuan 8 1/2 
Suhu 180c



Cara Melapis -

Lapisan Pertama -

 warna Hitam 1 lapisan

 warna Putih 2 lapisan

 warna Hitam 1 lapisan

 warna kuning 2 lapisan
 warna Merah 2 lapisan
 warna kuning 2 lapisan 
 warna Merah 2 lapisan
 Warna Hitam 1 lapisan 
 Warna Putih 2 lapisan
 Akhir sekali lapisan warna Hitam 1 lapisan.......Selamat Mencuba...

Sekadar Renungan Bersama ..... 

6 perkara Allah sembunyikan...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.



Filem Romantik Bermotivasi Tinggi Mesti Tengok : The Mountain Between Us Movie Review


Salam Malaysia Truly Asia,

Bagi peminat cerita-cerita romantiik, filem ini sudah semestinya menjadi pilihan untuk tontonan. Tambahan pelakon seperti  Kate Winslet yang membintangi filem tersohor Titanis dan latar belakang gunung salji membuatkan kita terfikir apakah sebenarnya corak cerita romantik ini.

Saya mulakan dengan  memperkenalkan pelakon utama  filem ini. Kate Winslet  (sebagai Alex Martin) di dalam cerita ini adalah seorang jurnalis (wartawan) sementara Idris Elba  (sebagai  Dr Ben Bass) adalah seorang pakar bedah.  kedua-duanya bertemu di Lapangan Terbang Boise. Pada masa tersebut, penerbangan dibatalkan disebabkan ribut salji. Alex telah mendapat idea untuk menyewa  kapal terbang kecil milik Beau Bridges (sebagai Walter) daripada Lapangan Terbang Boise ke Salt Lake City. Alex tidak dapat duduk diam kerana Alex akan berkahwin selang sehari. Sementara Dr Ben pula perlu menghadiri pembedahan di Baltimore, Maryland. Kedua-dua mereka menaiki kapal terbang milik Walter. Turut serta bersama-sama meraka adalah seorang anjing milik Walter.


Kapal terbang mereka secara amnya berjaya melalui kawasan-kawasan yang mengalami cuaca buruk. Alex dan Dr Ben menyangkakan mereka akan berjaya sampai ke destinasi. Malangnya, Walter  diserang strok menyebabkan kapal terbang mereka terhempas di atas gunung salji. Nasib Dr Ben sangat baik kerana masih hidup dan hanya mengalami cedera ringan. Sementara Alex, mengalami patah kaki , dan Walter terkorban.

Di sinilah bermula detik-detik permulaan cerita di mana kedua-duanya cuba untuk bangkit dan bersemangat untuk hidup dan mendapatkan pertolongan. Kedua-duanya, dan anjing milik Walter berjalan mengharungi gunung ganang yang sejuk dan beku tanpa hala tuju.


Semasa berada di dalam perjalanan, perbagai ujian ditempuhi oleh Alex dan Dr Ben, termasuklah kemalangan yang menyebabkan Alex terjatuh di dalam tasik yang membeku. Kerjasama, saling bantu membantu, saling faham memahami antara mereka merapatkan hubungan antara mereka. Pada saat inilah, Dr Ben dan Alex belajar untuk lebih mengenali satu sama lain. Pada kebanyakan masa, Dr Ben menjadi seorang hero yang menjaga kesihatan  dan  keselamatan Alex tanpa henti. 

Setelah menempuh perjalanan yang jauh, Alex tidak mampu lagi berjalan menyebabkan Dr Ben membuat satu alas untuk menarik Alex .  Bayangkanlah berjalan menempuh salji yang tebal dan sejuk . Sudahpasti pasti perjalanan mereka sangat sukar. Namun, nasih menyebelahi mereka.

Akhirnya mereka berjaya menemui sebuah rumah usang yang ditinggalkan. Di sana, mereka  menjadi lebih rapat dan cuba untuk mencari jalan untuk hidup. Sepanjang perjalanan, mereka tidak bertemu dengan sesiapa. Apabila mereka melihat rumah usang tersebut sekurang-kurangnya mereka berjaya untuk berlindung dari kesejukan salji. 


Pada suatu hari semasa sedang berjalan untuk mencari jalan keluar   kaki Dr Ben telah  terkena perangkap berduri. Alex yang dalam keadaan tidak bermaya terus  bergegas mencari pertolongan. Nasib baik pada masa tu anjing mereka telah membawa Alex ke kawasan pembalakan tidak jauh dari situ. 
Alex dan Dr Ben sedar  di bawa ke hospitall. Sebaik sedar daripada tidur,  Dr Ben  terus pergi ke bilik  Alex dan mendapati Alex  bersama tunangnya. Dr Ben rasa kecewa dan berlalu dengan hampanya. 

Sejak keluar daripada hospital, kedua-duanya tidak berhubung langsung. Dr Ben seolah-olah enggan mengingati semula kenangan bersama Alex. Dia cuba memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya. Sementara Alex pula cuba untuk menghubungi Dr Ben namun tidak pernah di sambut. Bagi Dr Ben, dia tidak mahu berasa kecewa  dan hampa. Biarlah Alex meneruskan hidupnya bersama tunangnya, sementara Dr Ben meneruskan kehidupannya bersama kerjayanya. 

Alex tidak pernah putus asa menghubungi Dr Ben walaupun Alex tahu semua panggilan telefonnya tidak pernah dilayan oleh Dr Ben.Sehinggalah pada satu hari Alex telah mengirimkan gambar-gambar yang telah di ambil semasa kejadian mereka bersama di gunung. Dr Ben yang menerima gambar-gambar tersebut telah terbuka hati untuk bertemu dengan Alex. Dan akhirnya mereka bertemu setelah sekian lama.

Pertemu mereka adalah penghujung kepada cerita romantis ini. Pada pertemu tersebut, kedua-duanya nampak janggal sedangkan kedua-duanya sangat rapat dan saling menyimpan perasaan antara satu sama lain semasa berada di pergunungan. Di pertemuan tersebut Alex telah meluahkan perasaannya dan memberitahu bahawa dia tidak dapat meneruskan perhubungan bersama tunangnya kerana telah jatuh cinta dengan Dr Ben. Pada masa ni keadaan seolah-olah tegang sikit sebab Dr Ben seolah-olah tidak ada perasaan langsung kepada ALex. Respon Dr Ben pada masa tu hanyalah  diam dan tidak memberikan respon balas yang postifi. Akhirnya kedua-duanya mengucapkan kata-kata selamat tinggal sedangkan di dalam hati mereka menyimpan rasa sayang antara satu sama lain.

Setelah berpisah daripada pertemuan tersebut, Alex dan Dr Ben berjalan secara berlawanan. Alex dan Dr Ben melangkah sambil berdialog di dalam diri mereka apakah jalan terbaik untuk mereka ambik. Dan akhirnya kedua-duanya berundur dan  berlari mendapatkan satu sama lain. 
Noktah.

Ada beberapa perkara yang boleh diambil iktibar setelah menonton cerita romnatis ini. Pertamanya, sifat azali manusia adalah mudah jatuh cinta dan sayang seseorang, terutamanya seseorang yang menjaga dan memberikan sepenuh perhatian kepada kita. Di dalam cerita ini Alex telah jatuh cinta  berdasarkan tindakan dan kebaikan yang telah dilakukan oleh Dr Ben terhadapnya. Sebagai seorang Dr, Dr Ben menjaga Alex yang dalam keadaan sakit, memerhatikan perkembangan luka dan kebajikan Alex dari pelbagai segi. Di dunia nyata, lelaki seperti Dr Ben adalah lelaki  yang diidamkan oleh semua wanita. Serius.

Keduanya, semangat untuk hidup yang tinggi antara mereka. Melihat kepada keadaan yang sejuk, gunung  ganang yang sejuk dek ais dan salji, mana mungkin manusia boleh hidup tanpa kekuatan fizikal dan mental. Di dalam cerita ini, Alex digambarkan sebagai seorang yang lemah. Mudah sakit dan cepat penat. Sementara Dr Ben digambarkan lelaki yang gagah, bersemangat tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat.



Perbezaan antara lelaki dan perempuan di dalam cerita ini adalah menggambarkan keadaan sebenar atau lumrah kehidupan. Dalam dunia yang nyata, wanita di pandu oleh lelaki. Lelaki telah dijadikan sebagai ketua yang akan memimpin keluarga, bangsanya  dan sudah pasti wanita. Gambaran ini jika digunakan di alam nyata, jelas memberikan tanggapan bahawa dalam menempuh dugaan, wanita mempunyai akal yang pendek sementara lelaki adalah teguh dan bersemangat memimpin untuk mengecap kejayaan.

Ketiga,  semangat untuk hidup bukan sahaja semasa di pergunungan yang seolah-olah tidak berpenghujung. Di dalam dunia nyata, cabaran hidup, kesempitan hidup atau pelbagai masalah adalah sama seperti pergunungan yang wujud di dalam cerita ini. Dalam ketidakpastian penghujungnya, kita mudah lemah dan kadang-kadang tersasar daripada semangat menempuh dugaan dan cabaran. Hanya manusia yang betul-betul kuat  fizikal dan mentalnya, akan berjaya mengharungi apa sahaja rintangan. Begitulah perumpamaan cerita romantis ini.


 Filem ni saya bagi  5. Jalan ceritanya menarik, pelakon yang berkaliber dan susun ceritanya sempurna.

Selamat menonton bagi yang belum menonton. 

Iswatonie 
Putrajaya.

Sabtu, 7 April 2018

Cara Beli Domain di NETKL

Salam Malaysia Truly Asia,

Pada entri yang lepas saya ada kongsikan betapa mudahnya embeli domain di NETKL. Hanya dengan beberapa klik dan dalam masa kurang 2 jam anda berpeluang untuk memiliki domain dengan nama sendiri. Tarikan yang utama bukanlah pada masa yang singkat untuk menguruskan setting domain tersebut tetapi pada harganya yang murah dan berbaloi. Sekiranya anda belum membaca entri yang lepas anda bolehlah membacanya di SINI.





1. Register dan confirmkan email address. terlebih dahulu.

2. Log in.

3. Klik kotak oren di sebelah kanan window.




4. Pilih DOMAIN.


5. Kemudian pilih DOMAIN PRICES.





- Kat sini anda boleh survey harga untuk beberapa penghujung domain. Contoh domain yang saya pilih adalah dot com (.com). Lain nama domain lain pula harganya. Jadi, pilihlah dulu domain yang anda sukai. Setelah berpuashati dengan domain itu anda  bolehlah isi kotak search di muka surat yang sama untuk periksa sama ada nama domain yang anda sukai itu tersedia (available) atau tidak. Kalau ada, anda boleh pergi ke langkah seterusnya.



4.  Sekiranya  domain yang anda pilih tu tersedia (available) anda boleh terus clik ADD TO CART buttons dan kemudian ke CHECKOUT  buttons. Anda boleh terus klik untuk langkah pembayaran.




5. Anda akan di bawa ke next window. Di sini anda diberi pilihan sama ada nak beli perlindungan ID atau tidak. Sekiranya anda berminat untuk beli anda boleh klik. Kemudian anda boleh teru klik butang CONTINUE untuk ke next window.


6. Di window seterusnya anda akan diberikan invois yang menyatakan jumlah bayaran dan nombor akaun NETKL. Anda boleh buat pindahan melalui internet banking atau pindahan melalui ATM. Terpulang kepada kesuaian anda. 




7. Setelah membuat bayaran, anda boleh emelkan resit dan maklumkan kepada pihak NETKL. Jangan risau sebab customer service dieorang memang perfect. Response guaranteed dalam masa 2-3 minit. 

8. Anda akan mendapat emel di bawah setelah payment disahkan dan sekarang anda sudah memiliki domain atas nama sendiri. 



9.  Sekiranya anda kurang pasti bagaimana caranya untuk setting domain baru anda, janganlah berasa risau sebab dengan kos RM10 pihak NETKL boleh membantu anda. Proses penukaran alamat domain yang dilakukan oleh pihak NETKL adalah sangat ringkas dan cepat dan pastinya tidak akan mengganggu masa anda untuk berblog. Anda boleh berblog seperti biasa sehingga proses yang hanya akan memakan masa lebih kurang 2-3 jam berakhir. Sekarang semua mudah. teknologi di hujung jari.


Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat untuk anda semua ya.

 Salam Sayang, 
 Iswatonie 
Putrajaya.

Khamis, 5 April 2018

Rendang Ayam Crispy



Salam Malaysia Truly Asia,

Korang dah try dah nasi lemak lau rendang ayam "crispy"? Kalau belum korang trylah buat seketol kalau bolehla kan....

Akak terkesan sungguh dengan cerita viral sekarang ni pasal rendang crispy. Bukan saja tajuknya rare malah sebagai peminat rendang Akak rasa ralat sekejab memikirkan bagaimana nak membuat ayam rendang tu jadi rangup. Boleh pecah kepala memikirnya.

Semalam cerita pasal rendang crispy ni masih hot dan spicy. Sampaikan KFC terpaksa bubuh "BUKAN RENDANG" kat iklan dieorang. Ni mesti KFC taknak disalahkan sebab memasukkan ciri-ciri rendang dalam ayam goreng dioerang. Mat Salleh yang rasa pun terpercaya itulah rendang. Tapi sebenarnya bukan!


Kalau korang nak tahu cerita ni bermula daripada rancangan Mascherchef UK. Salah seorang peserta adalah wanita kelahiran Malaysia yang berasal dari Pahang. Puan Zaleha nama beliau. Pada hari kejadian beliau telah mempersembahkan masakan favourite rakyat Malaysia iaitu nasi lemak ayam rendang. Seirus kalau tengok die nyer presentation memang cantik. Ayam rendang yang beliau masak pun nampak menyelerakan. Hidangan beliau kemas dan teratur. Namapun rancangan Masterchef jadi kita boleh agaklah peserta mestilah bukan orang sembaranagan kan. Serius beliau professional. Boleh bukak SINI untuk tengok siri tersebut.


Dipendekkan cerita semasa memberikan komen kepada hidangan beliau, 2 juri John Torode dan Gregg Wallace yang awalnya nampak seolah-olah terpikat dengan keunikan hidangan Zaleha memberikan komen berkenaan ayam rendang yang katanya kulit ayam tak rangup dan masih melekat kepada isi ayam. Adoyaiii.. Ni mesti kes makan rendang ayam yang bukan original rendang. Mistake sof fact dah nie. Pelik kan International Chef tak tahu ciri-ciri rendang. Dieorang ni juri tangkap muat ke ape.



Puan Zaleha nampak sedih selepas mendengar komen tersebut. Akak yang tengok youtube pun rasa terkilan dengan komen juri. Deep down rasa nak keluar air mata pun ade. Sedih kot dah masak sedap sedap. Ingatkan bolehla tanam rasa bangga sikit sebb makanan rutin Malaysia kan. Syokla nak bagi orang luar rasa our version pulak. Komen jelik pulak yang kite dapat. Sedih weii....Sabar ye Puan Zaleha.. Bukan Salah pun kulit ayam tak rangup. Salah juri yang tak sejajar dengan qualification dioerang. 


Komen jelik dan pelik satu hal dieorang ni. Dah tu singkirkan pulak Puan Zaleha. Seriusly nampak sangat dioerang tgh carik salah nak keluarkan Pn Zaleha. John Torode asal Australia takkan la tak tahu rendang tu macam mana. Aishhhh!!!



PM pun komen pasal benda nie..



Alang-alang cerita pasal rendang ayam maka kat sini Akak nak share resepi untuk tatapan juri International itew...


Bahan-Bahan:1/ 2 ekor ayam ( dipotong2 )
Bahan kisar
15-18 tangkai cili kering
1 1/ 2 biji bawang besar
6- 7ulas bwg putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari lengkuas
3 batang serai
( Kisar semua bhn ni )
1 biji kelapa ( blender dgn 2 1/2 cawan air. .perah ambil santannya)
5 helai daun limau purut ( carik2 )x nak letak pun xpe
2 paket kecil kerisik
2 helai daun kunyit ( hiris )
1 keping asam keping
1 1/2 sdb gula pasir
1/ 2 sdb garam
1 sdt perasa
1 1/2 senduk minyak masak


Caranya memasak:Panaskan minyak. .tumis bahan kisar. .masukkan asam keping. .gula.. tumis hingga betul2 naik minyak. .masukkan kerisik. .daun limau purut dan santan. .bila santan dah mendidih dan mula kering ( sentiasa kacau yer jgn sampai pecah santan)..masukkan ayam.. letak garam dan perasa.. bila ayam da empuk..tabur daun kunyit..bila kuah dah pekat.. sesuaikan rasa.. tutup api.. sedia utk dihidang. .


Iswatonie
Putrajaya.


Selasa, 3 April 2018

Cinta Hingga Hujung Nyawa : The Notebook Movie Review




Cerita romantik yang diadaptasikan daripada novel yang ditulis oleh Nickolas Sparks ini mungkin sudah dilupakan. Dikeluarkan pada tahun 2004 dan dilakonkan oleh 2 watak utama iaitu Ryan Gosling sebagai Noah dan Rachel McAdams sebagai Allie. Namun, cerita romantik ini tidak pernah dimakan waktu. Walaupun telah 13 tahun berlalu namun cerita ini seronok diulang tayang.



Bermula daripada cinta pandang pertama, Noah yang didorong perasaan yang membuak-buak cuba mendekati Allie. Noah hanyalah seorang budak kampung. Manakala Allie adalah anak orang kaya yang berada di area tempat tinggal Noah untuk bercuti di musim panas. Allie berumur 17 tahun pada masa tersebut dan digambarkan sebagai seorang yang ceria, mempunyai ramai kawan dan well dressed sesuai dengan latarbelakang beliau sebagai satu-satunya anak kepada pasangan orang berada. 

Semasa di dalam tempoh perkenalan, kedua-dua Allie dan Noah amat serasi. kedua-duanya berkongsi gelak ketawa dan akhirnya jatuh cinta. Pada masa tersebut, cinta Allie dan Noah adalah cinta pertama mereka dan kedua-duanya saling sayang menyayangi yang digambarkan dengan pandangan mata dan kelakuan kedua-duanya yang melakukakn adegan seperti orang bercinta.

Kedua-duanya tidak mengetahui bahawa perhubungan tersebut tidak direstui oleh orang tua Allie. Setelah orang tua Allie mengetahui wujudnya cinta antara mereka ibu bapa Allie terus membawa Allie keluar daripada pekan tersebut dan balik semula ke bandar. Allie kemudiannya menyambung pelajaran. Sementara Noah di pekan tersebut merindui Allie. Noah menggambarkan perasaannya melalui sura-surat yang dihantar kepada Allie pada setiap hari selama 365 haru (setahun). Namun, Noah tidak menerima apa-apa balasan daripada Allie. Apa yang tidak Noah ketahui adalah bahawa semua surat-surat yang di hantar kepada Allie sebenarnya tidak sampai ke tangan Allie. Emak Allie yang menerima surat-surat tersebut menyembunyikannya daripada pengetahuan Allie. Akhirnya, kecewa dengan surat-surat yang tidak dibalas dan beranggapan bahawa Allie tidak mengingati beliau lagi, Noah akhirnya berputus asa dan berhenti daripada mengirimkan surat kepada Allie.


Noah kemudiannya telah berkhidmat sebagai askar dalam Perang Dunia kedua. Sementara Allie telah menjadi jururawat sukarelawan setelah tamat pengajian di sekolah tinggi. Semasa berkhidmat sebagai sukarelawan Allie telah berkenalan dengan askar bernama Lon Hammond dan akhirnya bercinta dan bertunang. Perhubungan kedua-dua pasangan ini direstui ibu bapa Allie. Sementara Allie, masih mengimbau kenangan bersama Noah walaupun pada ketika itu telah menerima lamaran Lon Hammond.

Klimaks cerita cinta ini bermula setelah Noah kembali ke rumahnya setelah tamat berkhidmat di dalam perang. Noah telah diberikan oleh ayahnya sebuah rumah yang di beli semata-mata untuk dibaiki dan didiami oleh Noah. Rumah yang dibeli tersebut adalah rumah usang yang menjadi tempat sejarah antara Noah dan Allie. Itulah rumah yang menjadi tempat kedua-duanya "lepak". Noah meneruskan niatnya untuk menjadikan rumah tersebut rumah yang bermakna buat dirinya dan Allie, walaupun pada masa tersebut Noah tidak pasti sama ada Allie masih ingat kepadanya.

Setelah bekerja keras membaiki dan mengubahsuai rumah tersebut akhirnya siap. Ia menjadi sebuah rumah yang cantik dan kemas dengan cat bewarna putih, Ramai yang berminat untuk membeli rumah tersebut namun tidak ada satu tawaran pun diterima oleh Noah. Cerita berkenaan penjualan rumah dan kecantikan rumah tersebut akhirnya menarik perhatian wartawan dan menjadikan cerita rumah tersebut sebagai "headline" surat khabar. 

Secara kebetulan, Allie sedang membaca surat khabar apabila ternampak post tersebut. Akibat terkejut dan tergamam, Allie pengsan. 

Allie kemudiannya nekad untuk pergi ke pekan tempat tinggal Noah untuk bersemuka dengan Noah. Pertemuan kali tersebut akhirnya membawa kedua-dua pasangan ini ke alam percintaan yang mereka tinggalkan 7 tahun yang lepas. 

Konflik berlaku apabila Allie rasa bersalah terhadap tunangnya dan pada masa tersebut Noah menyarakan Allie untuk berfikir sejenak dan membuat keputusan untuk dirinya tanpa memikirkan orang lain.


Kalau dah jodoh tidak akan kemana. Begitulah perumpamaan keduanya. Akhirnya Allie kembali kepada Noah.

Cerita ini telah ditulis oleh Allie di dalam buku notanya dengan catatan "baca kepadaku dan aku akan kembali kepadamu". Rupa-rupanya Allie mengidap penyakit Alzheimer yang membawa kepada kehilangan ingatan yang tidak bersifat kekal. Allie telah ditempatkan di nursing house. Sebagai seorang suami yang sangat sayangkan isterinya, Noah telah mencari alasan bahawasanya beliau mengidap penyakit jantung agar dapat tinggal dan bersama-sama dengan isterinya. Sungguh loving dan ini digambarkan dengan perlakuan Noah yang menjadi rakan rapat isterinya dan berusaha untuk mengembalikan ingatan isterinya dengan membaca catatan di dalam buku nota agar ingatan Allie boleh kembali semula. Begitulah dalamnya cinta Noah kepada Allie. Cinta padang pertama yang kekal tidak berubah dan tidak dimakan usia.



Pada suatu hari semasa ingatan Allie hampir-hampir kembali, kedua-duanya telah menari dan gembira namun kegembiraan tersebut hanyalah seketika. Allie kembali agresif dan menyebabkan Allie diberikan suntikan dan dimasukkan ke wad. 

Noah yang merasa bimbang akan kesihatan isterinya telah berpura-pura diserang sakit jantung dan kemudiannya di tempatkan di wad yang sama. Semasa berada di wad inilah Noah mencari peluang untuk bersama-sama dengan isterinya.

Allie sedang tidur apabila Noah datang mendekatinya. Pada masa tersebut Allie terbangun dan dalam keadaan sedar dan mengenali Noah. Beliau tidak agresif seperti sebelumnya dan nampak sangat normal. Kedua-duanya tidur bersama sambil tangan kedua-duanya saling menggenggam erat tangan satu sama lain.

Keesokan paginya, jururawat yang bertugas masuk ke dalam bilik Allie dan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia.

Cerita cinta ini sangat berbaloi untuk ditonton. Terdapat banyak message percintaan, life and relationship yang diterapkan di dalamnya. Link di bawah adalah alternatif sekiranya anda ingin menonton melalui sewaan atau beli daripada Apple. 


Selamat menonton.

Iswatonie
Putrajaya.

Kucing Cantik Kat Mana Nak Beli?


Salam Malaysia Truly Asia dan Selamat pagi semua..

Kepada peminat kucing yang sedang mencari-cari dan riki penjual kucing berlesen, ambil masa sedikit untuk baca entri Akak nie. Hari ni Akak akan share tentang @johanandhiscat. Kalau korang yang dah follow beliau di instagram korang mesti tahu bahawasanya beliau adalah seorang catlover yang teramat penyayang and loving. Kalau korang stalk insta beliau ada banyak koleksi gambar dan video kucing-kucing yang ada dalam jagaan beliau malah keturunan kucing-kucingnya pun korang boleh belajar daripada beliau.


Pada entri yang lepas Akak ada sharekan berkenaan jenis-jenis kucing yang kebiasaannya ada di dalam jagaan orang-orang Malaysia. Kalau korang tak baca lagi entri tu korang boleh terus kes SINI.  Entri tu pun Akak just conclude daripada makcik Wikepedia. Kiranya korang tak yah susah-susah nak belek satu-satu kat wiki tu. Korang boleh tengok entri akak kiranya jimat masa korang riki satu hari. Mata pun tak penat. Korang tahulah kalau mata dah penat tu memang tidurlah yang paling best.

Untuk korang yang tak kenal dan tak follow lagi Insta beliau bolehla berbuat demikian. Beliau punyer id ade kat gambar di bawah nie. Maafkanlah gambar Akak yang tak edit tersebut. Dah upload ni kemalasan pulak nak mengedit. Adoyai.



Tengok koleksi gambar kat bawah ni. Semuanya menawan keluarga bahagia meooowww hehehe...



Akak pernah jumpa ramai peminat kucing tapi tak pernah pula jumpa seomeone yang menzahirkan passionnya seperti apa yang Johan buat. Nak jaga seorang pun kena tabahkan hati inikan pula nak jaga berekor-ekor. Serius kalau iman tak kuat boleh mendatangkan dosa. Apa taknya kucing ni  konsep penjagaannya macam jaga baby taw. Cukup masa nak makan. Cukup masa nak main, Cukup masa nak cakar, Cukup masa nak berak, nak berkawin, musim mengawan segala. Korang akan rasa keseronokan bermain hanya seketika bila korang jumpa seketoi benda coklat di tepi sudut sofa rumah korang. Bonus, dengan bau semerbak satu rumah boleh cium. Lebih bonus lagi, bau melekat kat baju-baju, tudung, langsir malah kat cadar bilik korang. Sebab? sebab si comel korang melepas awal pagi dan hanya diketahui bila korang balit rumah, ptg atau malamnya. Urut dada sekejab....

Kalau korang lemah iman atau tak tetap iman korang janganlah mengada-ada nak bela si comel. Kesian nanti korang jadikan tempat melempias marah dan stress korang. Si comel ni macam bayi. Dieorang tak tau apa-apa kecuali main, makan dan tidu plus oookk ookkk. So kalau korang faham konsep jagaan dan pandai tacle (layan) diorang, dioerang akan jd anak yang baik dan mendengar kata. Kalau tak korang tahulah nanti ape dieorang dieorang boleh buat kalau dieorang memberontak. Siap sedialah kunci pintu sebelum tidur. Risau karang ada yang datang belai-belai muka korang dengan tangan (kaki) bulu lembut dieorang tu hehhe...

Ok berbalik semula kepada Johan tadi sebenarnya Akak nak share bahawasanya beliau menjual beberapa jenis kucing, mengambil order dan menjual kucing-kucing yang ada dalam jagaan beliau. Melalui insta beliau, Akak ada nampak anak Dato Seri Vida (Miss B) beli kucing yang gila besar.  

Tengok ni. Besar kan kucing die. Ni breed Mainecoon dan breed ni memang jenis besar dan bulu tebal. Nak beli kucing jenis ni kalau korang mampu boleh teruskan. Tapi korang kena ingat makin tebal dan panjang bulu si comel makin sedap dibelai dan dipeluk tapi jangan tak tau maintenance pun tinggi ok. Tapi kalau korang berminat nak beli boleh aje follow dan DM Johan. Akak share untuk pengetahuan semua dan juga pengetahuan diri sendiri. Asalnya Akak follow beliau dulu sekadar nak tengok gambar dan video-video beliau bersama kucing yang comel gile babas tu. Tapi kan lama kelamaan rasa nak sunting satu. Kalau diberi pilihan Akak suka si kaki kontot. Tapi bila pikir-pikir balik kucing 2 ekor kat rumah yang Maha ganas tu pun Akak tak reti lagi nak belai jadi Akak matikan dulu niat Akak tu masa ni. Setakat niat dalam hati je la...huhuuhu...


Ok yang ni mesti orang kenal kan. Lagi-lagi si kecik kat belakang tu. Hanis Zalikha dan anaknya  baby Yusof. Setahu Akak @bujibuchampel (nama kucing peliharaan Hanis) di beli daripada Johan. Yang Hanis pegang dalam gambar tu adalah anak Bujibu yang dimatingkan dengan kucing Johan. Comelkan. Serius nak gomol gomol. 

Dalam gambar ni ada bujibu dibelakang tu ha.Muka sedih. Jiwa kacau kot.hehehe




Akak tengok gambar ni Akak teringat kat anak Akak masa baby dulu suka lagakan hidung. Bila dah jadi kebiasaan dah besar laga hidup jadi norm (kebiasaa). Didikan yang Johan buat ni sesuai dipraktikkan untuk baby ataupun kucing. Kalau tak cayer korang boleh try dengan baby kucing korang.

Lagi gambar-gambar si comel yang Akak copy dari Insta  Johan seperti yang ada kat bawah nie. COMEL kan dieorang nie.....
Awwwwww.....


hello....


segaknya die....hehhehe


Korang yang berada di area Shah Alam bolehla singgah dan lawat kucing-kucing Johan. Sebelum datang tu korang bolehla tengok video kat bawah ni dulu.

                    
 Ok korang. Ada masa nanti Akak sharekan pulak pasal mesin sedut bulu kucing. Untuk semua mama kucing papa kucing ...Happy MEOWing.



#cats #catsofinstagram #cat #of #catstagram #instagram #catlover #catlovers #instacat #meow #catlife #pets #kittens #kitten #kitty #catoftheday #cute #love #pet #world #dogs #animals #gatos #gato #adoptdontshop #lovecats #cutecats #petsofinstagram #catsagram #bhfyp #crosseyedca#catlife #pets #kittens #kitten #kitty #catoftheday #cute #love #pet #world #dogs #animals #gatos #gato #adoptdontshop #lovecats #cutecats #petsofinstagram #catsagram #instacats




Isnin, 2 April 2018

Review Filem : The Fault in Our Star



Salam Malaysia Truly Asia,

Cerita yang diadaoptasikan daripada novel tulisan John Green ini telah menjadi viral dan bualan pada tahun 2014. Bukan sahaja pilihan  pelakonynya tepat malah plot cerita yang diolah menjadi watak yang benar-benar wujud sedangkan menurut John Green di dalam bukunya, kesemua watak di dalam cerita ini dan jalan ceritanya diolah dengan imiginasi dan bukannya merujuk kepada mana-mana individu.





Cerita ini mengisahkan watak Hazel, seorang gadis muda berumur 16-17 tahun dan mengidap penyakit kanser tyroid pada asalnya namun sel kanser telah merebak ke paru-paru sehingga menyebabkan Hazel terpaksa hidup bergantung kepada bantuan oxigen. Hazel tidak dibenarkan untuk berada di tempat yang mempunyai udara tercemar dan perlu membawa gas oxigen bersama-samanya ke mana-mana sahaja Hazel pergi. 

Penyakit tersebut dikesan sejak Hazel berumur 13 tahun lagi. Bayangkan kekecewaan yang dialami oleh ibubapa Hazel pada ketika itu. Mereka tidak sanggup melihat kesengsaraan yang dialami oleh Hazel namun pada masa yang sama tidak mahu kehilangan satu-satunya anak kesayangan mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hazel telah lali dengan kehidupan biasanya iaitu chemo, hospital dan 8 preskripsi ubat yang perlu ditelan dalam masa sehari. 

Setelah 3 tahun berusaha untuk hidup,ibu Hazel merasakan Hazel perlu keluar dan bergaul. Oleh sebab itu, ibu Hazel telah mendaftarkan Hazel dalam satu SUPPORT GROUP yang akan mengadakan sesi perjumpaan bagi menambah kenalan dan berkongsi pandangan dan nasihat. Pada awalnya Hazel enggan pergi namun setelah didesak oleh ibunya, akhirnya Hazel mengalah.

Pada suatu hari semasa menghadiri sesi perjumpaan tersebut, Hazel dan Augustus telah bertembung secara tidak sengaja. Pada masa tersebut Augustus hadir kerana ingin menemani kawannya, Isaac yang juga pengidap kanser dan telah kehilangan salah satu matanya.


Bermula daripada detik pertembungan tidak sengaja tersebut, kedua-dua menjadi kawan dan akhirnya rapat. Setelah sesi pertama tersebut Augustus telah mengajak Hazel ke rumahnya. Di rumahnya, Augustus telah berkongsi minatnya dan Hazel menyatakan buku yang paling diminatinya yang ditulis oleh penulis bernama Peter. Menurut Hazel, Peter telah berpindan ke Armsterdam namun lokasi sebenar, Hazel tidak tahu.

Tanpa Hazel sedari, rupa-rupanya Augustus telah cuba menjejaki Peter dan akhirnya berjaya menemui lokasi Peter di Armsterdam. Emel yang telah di hantar oleh Augustus kepada pembantu Peter telah dijawab, malah menjemput kedua-dua Augustus dan Hazel bertemu sekiranya kedua-duanya datang ke Armsterdam.


Hazel yang mengetahui bahawa Augustus telah berjaya menjejaki Peter berasa sangat gembira. Malah Augustus mengajak Hazel ke Armsterdam untuk bertemu dengan penulis yang diminati oleh Hazel tersebut. Perkara ini menjadi hampir mustahil apabila keadaan Hazel tiba-tiba menjadi serius tidak lama selepas itu. Ini menyebabkan doktor yang merawat Hazel enggan membenarkan Hazel berada di negara tersebut.

Namun, sebagai seorang ibu yang sangat menyayangi dan prihatin kepada Hazel, ibunya telah memberikan jaminan bahawa beliau akan turut serta bersama Hazel ke Armsterdam.

Akhirnya Hazel dan Augustus bersama-sama ibu Hazel pergi ke Armsterdam. Semasa di Armsterdam, Hazel dan Augustus telah meluahkan perasaan antara satu sama lain dan mereka menjadi satu pasangan bercinta. 






Namun, lawatan yang sepatutnya untuk bertemu dengan Peter tidak berjalan dengan lancar. Peter merupakan seorang peminum tegar dan tidak memberikan kerjasama malah mengherdik kedatangan mereka. Pembantu Peter yang berada bersama mereka pada ketika itu terpaksa masuk campur dan memberhentikan Peter daripada terus menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati Hazel dan Augustus. Beliau meminta maaf bagi pihak Peter dan sebagai tanda maaf dan memaklumkan bahawa beliau telah menjemput Hazel dan Augustus dengan harapan Peter tahu beliau mempunyai peminat dan Peter perlu berubah dan meneruskan penulisan beliau . 

Sebagai tanda maaf, pembantu Peter telah membawa Hazel dan Augustus berjalan-jalan dan melawat tempat bersejarah di bandar Armsterdam. 

Pada hari terakhir di Armsterdam, Augustus telah mengambil peluang membawa Hazel berjalan-jalan. Pada masa tersebutlah, Augustus mengaku bahawa sel kanser yang berada di dalam badannya telah kembali merebak iaitu semasa Hazel berada di hospital tempoh hari. Augustus tidak memberitahu Hazel kerana bimbang keadaan Hazel akan menjadi lebih teruk. Hazel terdiam. Perkara ini bukan perkara baru buat mereka. Masing-masing mengetahui bahawa kematian boleh tiba pada bila-bila masa.

Setelah kembali daripada Armsterdam, keadaan Augustus menjadi semakin teruk, Augustus terpaksa dimasukkan ke hospital dan sepanjang masa tersebut, Hazel tidak dapat bertemu dengannya. Ini membuatkan Hazel menjadi pendiam dan keliru.

Namun sebaik sahaja Augustus dibenarkan keluar dan balik semula ke rumahnya, Hazel telah bertemu dengan Augustus dan mereka mula berkongsi keadaan semula. Beberapa hari selepas itu Augustus telah meminta Hazel dan kawannya, Isaac untuk berjumpa di gereja dan mengadakan sesi pra-pengkebumian.

Pada masa tersebut Augustus meminta Isaac membaca ucapan pengkebumian yang terdahulu daripada telah disediakan untuk Augustus. Semasa Hazel membaca ucapan yang telah dibuatnya, keadaan menjadi sangat sedih. Bayangkan orang meninggal mendengar sendiri ucapan yang dibacakan oleh yang tersayang. Hazel pula membayangkan Augustus tiada lagi di dunia. Bukan senang melepaskan orang tersayang pergi untuk selamanya.

2 hari kemudian Augustus meninggal dunia. Semasa majlis perngkebumian, Hazel tidak bercadang membaca ucapan yang telah disediakan namun berucap hanya secara spontan. 

Tanpa disangka Peter hadir pada majlis pengkebumian. Hazel agak terkejut pada masa tersebut namun enggan menghiraukan Peter kerana masih teringat kejadian semasa di Armsterdam. 

Semasa Hazel berada di dalam kereta, Peter datang dan masuk ke dalam kereta dan cuba untuk berbual-bual dengan Hazel namun Hazel enggan bercakap dengan Peter dan menghalau Peter keluar. Sebelum keluar Peter sempat menyerahkan sehelai kertas dan cuba menerangkan kandungannya kepada Hazel namun Hazel yang berang pada masa tersebut enggan mendengar dan terus berlalu dengan hati yang sedih.

Beberapa hari selepas itu Isaac datang menemui Hazel dan berborak sambil mengingati Augustus. Isaac bertanya apakah kandungan emel yang diberikan oleh Peter kepada Hazel. Hazel menyatakan bahawa Hazel tidak langsung membaca emel yang ditulis oleh Peter tersebut.  Namun, Isaac memberitahu bahawa sebenarnya emel tersebut ditulis oleh Augustus kepada Peter. 

Hazel terus pergi ke keretanya dan mencari emel tersebut. Nasib baik menyebelahi Hazel kerama emel tersebut masih berada di dalam keretanya . Ianya adalah ucapan pengkebumian (eulogy) yang ditulis oleh Augustus untuk Hazel. Augustus telah minta Peter untuk menyampaikan ucapan tersebut kepada Hazel bagi menebus kembali tindakan Peter yang lepas.

Cerita ini bersifat motivasi. Pada pendapat saya ceritanya telah diolah dengan baik. Seseorang yang sedang berdepan dengan penyakit berbahaya tidak gentar dan takut kepada kematian. Kematian bagi mereka adalah pasti. Namun bagi Augustus beliau mahupun orang lain mengingatinya walaupun belia telah tiada. Oleh itu Augustus telah menggembirakan Hazel sehabis mungkin. Augustan juga berkata sekiranya kita tidak mampu menggembirakan ramai orang disekeliling kita, cukuplah seorang yang pastinya akan ingat kepada kita walaupun kita telah tiada.

Dalam kehidupan ini sebenarnya kematian itu memang hampir dan juga memang pasti. Bila dan  bagaimana hanya Allah yang mengetahuinya. Tidak sakit tidak bermakna mati itu jauh. Jika Allah takdirkan, sama ada sakit atau tidak kematian boleh berlaku. Kun Fa Ya Kun. 

Mesej yang ingin disampaikan oleh Augustus ada betulnya. Sebagai seorang manusia, gunalah peluang dan saki baki kehidupan untuk berbakti dan berbudi. Bukan sahaja kita akan diingati namun insyallah doa orang yang mengingati kita akan sampai kepada kita. Wallahu alam.




Iswatonie
Putrajaya.