Resepi Acar Buah


Resepi Acar Buah


Bahan-bahan
2kg buah jeruk campuran - potong jika saiz besar
(Kana,Cherry merah, Cherry hijau, Pala, Jeruk Limau)
2 cawan kismis / raisin
4 sudu besar bijan - sangai dahulu

Bahan Masak Cuka
1 botol besar cuka makan (2 cawan)
3 cawan gula pasir
2 sudu besar garam
3 in halia - hiris memanjang
15 ulas bawang merah - belah 2
15 ulas bawang putih - belah 2
50 tangkai cili padi - jangan buang tangkai

Cara Penyediaan :
1.      Masukkan cuka, gula dan garam ke dalam periuk, kacau rata dan masukkan bahan-bahan lain, biar sekali mendidih.  
2.      Tutup api dan angkat.  
3.      Ketepikan dulu

Bahan Kisar halus
50 tangkai cili merah kerinting (buang biji, rebus dan kisar)
2 labu kecil bawang besar
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 inci halia
3 cawan minyak untuk menumis

Bahan Rempah
3 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
1 sudu besar serbuk jintan putih, 1 sudu besar serbuk jintan manis, 1 paket kecil rempah kari ikan, 1 sudu kecil serbuk kunyit (Satukan semua)

Cara Penyediaan :
1.      Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga betul-betul pecah minyak (1/2 jam) sentiasa kacau supaya tidak hangus.

2.      Masukkan bahan rempah dan tumis selama 10 minit hingga naik bau.

3.      Masukkan bahan masak cuka, bersama cuka sekali dan buah jeruk campuran.  Gaul rata.
4.      Kacau sehingga kuah hampir kering tetapi jangan terlalu kering, biar berkuah sedikit, selepas beberapa jam kuah akan memekat.

5.      Angkat dan tabur bijan.

6.      Simpan di dalam botol kaca untuk tahan lama.  Acar Buah semakin sedap jika di simpan beberapa hari.

Selamat Mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...